word power

“Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.”
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

lets follow each other

Showing posts with label final sem. Show all posts
Showing posts with label final sem. Show all posts

Wednesday, January 15, 2014

throwback 2013

salam..

lately aku jadi seorang pemalas nk update blog..tak tahu kenapa..mungkin lose sedikit spirit..hewhew..orang thaun baru new spirits..aku..makin lose pulak...apepuntabole

fine kali ni aku telah ditag #throwback 2013 oleh kawan aku..so sebab banyakkkkk sangat masa terluang meh la kite tunaikan..teheheeee


anak buah ke 5 lahir pada 26/9/2013..alhamdulillah bertambah ahli keluarga
NUR ZARA SAFIYA


 anak buah ke 4 lahir alhamdulillah
PUTERI MARYAM




meet by former lecturer for the first time after graduating for the sake of business




perjumpaan pertama selepas berakhirnya praktikal dan final year student dietetic





posting pertama aku di hospital kemaman
dietitian to be



last dinner as dietetic student dan UniSZA student







the only one nephew 5 years old dah start school..seminggu aku tunggu dia di tadika..semoga abang menjadi pelajar yang cemerlang




harta pertamaku..kereta idaman..terima kasih abah for the down payment dan the rest aku yang bayar 



last sekali alhamdulillah aku berjaya dianugerah kan Ijazah Sarjana Muda Dietetik dgn Kepujian




maaf tak ikut susunan..tak perasan berahir sudah tahun 2013..tahun yang sangat hectic dengan praktikal dan macam-macam..macam mana aku survive for the first time hidup di kuala lumpur..macam mana aku belajar menjadi lone ranger tanpa teman-teman rapat disisi.. 

tahun 2014 ni bukan lagi tahun honeymoon bagi aku..tahun yang penuh dengan cabaran walaupun masih diawal bulan Januari..tahun yang membalas budi..tahun yang mencari makne kehidupan..tahun yang perlu membuat keputusan demi ke keputusan..tahun yang perlukan pengorbanan..

aku semakin dewasa dont mess with me...tehehe..

sekiam..
wsalam


~thanx for reading..feel free to drop by~

Wednesday, June 26, 2013

Pengalaman VIVA undergrad dietetik

salam..
alhamdulillah dah selesai VIVA untuk undergrad dietetik.. secara unoficially sekarang ni dah boleh grad dah..just tunggu result exam je lagi ni..
dan..
sekarang ni dah officially penganggur terhormat..hik3..

ok nak cerita pasal VIVA ni kan.. kami dibahagikan kepada 2 kumpulan..dan aku kumpulan pertama di bilik mesyuarat lembaga pengarah universiti (LPU) dan kumpulan kedua di bilik mensyuarat senat..
kumpulan pertama biasa lagi..tapi yang luar biasa kat sini adalah aku candidate pertama VIVA...erk..apekah..sepanjang 4 tahun aku di UniSZA ni inilah kali pertama aku jadi first candidate..nasib baik untuk assessment yang terakhir..hik3..


persiapan..ermm
sejujurnya sepanjang exam kali ni memang aku tak buat persiapan apa-apa pun..sesetengah kawan aku cakap aku tak pe tak study sebab baru balik dari praktikal sepcial unit..so masih fresh lagi ingat..yeke??.. aku pun tak pasti tentang itu..hehe

aku just study sikit2 untuk exam special unit saje..tu pun just review slide presentation kawan-kawan je..
ok berbalik pada VIVA ni..pagi sehari sebelum VIVA ni aku pegi ke PDK seberang takir bersama groupmate praktikal dulu..so memang tak study la kan..petang tu aku tidur je..masa tu list nama memang tak keluar lagi..just tahu tarikh, masa dan tempat je tentang VIVA..maklumat lain non hado..even external examiner pun tak tahu sape..I loike this surprise..huh!!

so petang tu bangun2 tidur bukak instagram tengok kawan aku post list name VIVA..oh..tanjat gegel bila tengok as first candidate..terus tak boleh nak tidur..dan2 tu jugak pegi bilik kawan tanya study pasal apa..tapi masih jugak tak study.. tetiab terus bersiap nak pegi beli makanan..haha..

so malam tu pun aku tak study jugak just google la jugak kan pengalaman org2 yang dah pernah VIVA ni,.so dalam pukul 10.30 pm macam tu dah ready nak tidur dah ni..terkujat lagi sekali tengok kawan-kawna post pasal pengalaman VIVA daru universiti lain..haip..stress jugak..tapi sambung je tidur..hehe

so pagi tadi bangun awal mandi dan iron baju..tapi still macam blur2 nak cakap apa masa VIVA..huhu..
sampai dah depan bilik LPU tu baru sibuk2 nak berlatih..biasa sangat ko ni zetty..nervous dah melebihi IPU jerebu dah ni..tetiba terus di panggil ke dalam bilik LPU..so bermulalah perjalan VIVA..

alhamdulillah aku dapat jawab hampir semua soalan .. alhamdulillah masih mampu berconfident..aku apelagi kan menjawab dengan penuh semangat sampai eh tetiba dah habis..serius masuk je dalam bilik tu terus rasa hilang debaran.. ni contoh soalan yang disoal kat aku..macam simple jugak la..tapi kawan-kawan aku ada yang kena lagi teruk:

1. of coz kena introduce our self..aku cakap sekejap je ni..simple sampai tahap sekolah menengah je..dan aku yakin examiner bukannya nak dengar sampai kisah-kisah keluarga bagai.

2. ditanya macam mana boleh masuk kos dietetik ni..aku pun cerita je balik kisah yang aku pernah post ni ..tapi aku siap cakap dietetik bukan fisrt choice aku kat matrix dulu..so examiner tanya ape first choice..aku jawab la cikgu..terkejut die..pastu dan-dan pulak tanya beza dietitian dengan cikgu..aku pun bantai je jawab takda beza sgt sebab dua-dua pun akan bertindak sebagai educator..

3. ceritakan pengalaman praktikal..ini aku rasa semua org pun kena tanya

4. the most interesting cases..aku pilih case leptospirosis yang aku manage kat ICU PPUM..nanti-nanti kalu rajin aku story pasal ni..yang ni paling teruk jugak aku kena..sampai kena tanya pasal fat metabolism..pastu macam mana nak educate low fat pada patient

5. examiner bagi scenario as catering dietitian..macam mana nak handle staff yang degil..aku cakap la slow talk, if tak dengar jugak bagi warning..lepastu examiner cakap..kalu degil lagi..aku pun bantai je cakap..mesti ada good relationship dengan pekerja bawahan..so drg aka respect sket..aku nampak examiner senyum-senyum je waktu aku jawab ni..mesti dalam hati die cakap budak ni dah start merapu dah..haha

tu je kot yang aku ingat aku kena tanya tadi.. sedar-sedar masa dah ahbis..serius tak rasa pape kat dalam tu..keluar dengan senyum lebar..padahal tak tahu fail ke pass..haha

nevermind..malas nak fikir..and now im free..


terima kasih pada external examiner yang datang jauh dari HKL..pn.mariam..dan juga internal examiner dr.aryati dan pn.muhaini..tolong luluskan saya..pleasee!!!...sob..sob....




~thanx for reading..feel free to drop by~

Sunday, June 23, 2013

berakhirlah kisah exam

salam..
hai semua..sangat hibernate sapeanjang minggu exam ni..dan ..dan..maka hari ni berakhirlah kisah exam sepanjang 4 tahun bertukus lumus sebagai student dietetic di UniSZA ni..eh viva kira exam tak?..hew..hew..viva akan diadakan 25 june ..takpe ni kira exam yang ada grade dan bertulis jelah..ahaks..

makanya hari ni last la exam yang bertulis bagai dietetic training V..erm..rase lega la jugak even lusa viva pulak..lagi susah kot rasanya..tulis2 ni boleh la merapu takde org taw..hanya kita, Allah dan examiner saje..tapi viva kang tersalah cakap malu 7 keturunan..haha..

so untuk semester akhirnya ada 3 paper yang bertulis..semuanya berkaitan dietetic training 3 (out-patient), dietetic training 4 (in-patient) dan dietetic training 5 (special unit)..tapi yang aku peliknye ketiga-tiga paper tu namanya lain..memang sepatutnya lain tapi dari segi no tu jelah..ni pelik pulak.. contohnya..untuk dietetic training 3 tu jadi clinical training 3, lepas tu dietetic training 4 jadi dietetic pratice 4, dan hari ni nama subject jadi panajng pulak tetiba dietetic clinical training 5 (kalu tak silap..tapi yang pastu semua nama lain)..erm...erm..takpe la malas nk kesah tapi nampak sangat tak selaras..

paper exam kali ni agak lain dari sem lepas untuk dietetic training 1 dan 2.. sem lepas setiap paper ada 5 soalan yang markahnya ciput tapi nak banyak perkara..aku tak pasti la org lain macam mana..tapi berdasarkan fahaman aku  macam tu la..katakanlah soalan mintak nutrition assessment dengan markah 4..
yang aku faham nutrition assessement banyak point dalam die..so markah mesti la lagi banyak kan..haha..

ni item yang termasuk dalam nutrition assessment :
client history
medical history
nutrition related physical focused findings
diet/nutrition related history (yang kena kira diet recall dengan markah sebanyak 4 je telah menimbulkan   perasaan tidak puas hari..haha)


so sem leaps ramai merungut dengat kena buat menu bagai..memang tak cukup masa..aku sampai tinggal je part menu yang 8 markah..nasib baik dapat A jugak..hik3..

so kali ni untuk dietetic training 3 dan 4 ada 4 soalan je..tu pun cukup2 masa je..tapi kali ni distribution markah logik sikit la dari dlu..tetibakan exam dietetic training 5 hari ni ada 5 soalan balik dan markahnya amtlah menyeramkan..sa tu soalan ada 14 markah..15 markah dan 20 markah..tapi ini better..at least kite tahu dah dan distribute sendiri markah-markah tu..tapi paling tak bleh blah maklumat yang diberi cipu je..sepanjang aku posting ICU..dietitian cakap semua maklumat penting..semua aku kena consider tak macam ward biasa..so bila drg bagi maklumat sikit aku dha tak tau nak generate ape..hew..hew..


ahh tak kesah..yang penting dah selesai..

hoii jangan nak

amik ha cop mohor 





hepi sangatlah ..lusa viva..dan report icu aku pun tak siap lagi..baekkk!!! pegi buat sekarang jugak..



bile la nk macam ni pulak..





~thanx for reading..feel free to drop by~

Tuesday, May 21, 2013

buku-buku yang wajib diangkut ketika praktikal

salam..

tetiba rajin nak update lagi..hikhok..hikhok..
aku kan tengah ready-ready nak pegi praktikal untuk special unit (NICU, PICU, CCU, ICU, burn unit)..so tengah-aku kemas-kemas barang..tetiba ada sorang junior aku ni tanye aku buku-buku ape yang nak kena bawak untuk pergi praktikal..so aku yang dah memang malas-malas ayam kemas barang ni terus pegi snap-snap gambar buku..



buku ni agak penting bagi aku yang takde gadget canggih manggih..orang yang ada ipad ke..tab ke..boleh la belek2 tab kan..tapi aku still belek buku ni..eventhough buku ni just ringkas je penerangan tapi at least ada la jugak idea pasal disease pateint tu



erm...buku ni macam tak guna sangat..aritu gatal nak beli tapi macam tak berguna je..tp for out patient or counselling maybe boleh bagi rough idea tuk counselling..





ohh..ini memnag penting ..bukan pharmacist je yang patut tahu pasal medications..tapi deititian juga..sebab kita nak tengok la kan side effect ubat ke ape ka kan..contohnya adal srg patient tu ada ESRF ..so actually macam susah la untuk dia buang air kan..tapi bila tengok I/O chart macam banyak pulak output die..so bila dah selidik bagai..rupa-rupanay dia ni ambik lasix..no memang tak syak lagi..bagi yang ada phone canggih bleh je download kat mediafire..tapi link aku tak jumpa pulak..nanti la kalau rajin aku cari..hik3..





dan ini adalah..mazhab terbaik aku..ni buku2 yang tersimpan formula-formula penting...dan buku ni sentiasa membesar..sebab bila dah makin lama makin kita tengok banyak formula-formula yang penting..



ok ini tersangatlah penting..untuk buat nutritional diagnosis..
kalau kat PPUM ni memang dietitian akan tanya pasal buku ni ..buku aku buruk je.. tp  ni pun belas ehsan  classmate aku bagi..hehe..aku kedekut sket....buku org lain cantik je..hehe



ni macam yang biasa guna la kan..tapi bila dah pegi praktikal ni macam banayk jugak la teks book yang memang kena belek-belek..kalau kat PPUM ni memang setiap dietitian akan bawak beg untuk isi semua buku-buku ke pamphlet ke..oflip chart ke..so aku pun terbelajar macam tu jugak..setiap pegi ward macam semua buku nak bawak..bila di tanya soalan kalu tak tahu bleh belek-belek buku..takde la terkulat-kulat tak tahu..dan akhirnya perkataan "maaf puan tak sy tak tahu".."maaf puan sy tak pasti"..minggu pertama mmg ni la ayat feberet aku..hehe..tapi sekarang dah belajar da angkut semua buku..

so sekian saje..

actually tak sehat sgt ni..demam + selesema..ptg tadi ada CNE pasal infant and toddler formula tahan jela..sakit muka sebelah kanan semu..owh..dugaan..doakan aku cepat sembuh..kes untuk write up and presentation takde lagi ni..sobss..sobsss..





~thanx for reading..feel free to drop by~

Saturday, May 18, 2013

Special Unit : Minggu Pertama di PPUM/UMMC

salam..
hai semua semoga sihat2 selalu..aku??
macam biasa la..fizikal sihat..mental je tak berapa nak stabil..hikhokk..hikhokk..


ok. aku dah berjaya menghabiskan 5 hari praktikal unit khas aku untuk semester akhir ni di PPUM atau nama omputihnye UMMC..so..perasaan aku??

erm..gerun..gentar..tercabar..segala macam ada..aku rasa macam aku paling tak bijak sekali kat sini..sebab macam banyak sangat benda yang aku tak tahu..rasa macam 3 tahun lebih kelas-kelas dan praktikal sebelum ni amatlah tidak membantu..ke aku je yang macam ni??

cara kat sini totally different dengan tempat-tempat yang aku dah praktikal sebelum ni..semua berbeza..sistem of coz la kan..kat sini panggil case note..kat hospital kemaman panggil bht..kat HSNZ panggil HIS.. hakikatnya benda yang sama je..tetap nota tempat tulis-tulis pasal pesakit..agak keliru kat sini..banyak benda yang sgt lain..cara pengurusan pun lain..of coz tempat berbeza cara pun berbeza..tapi takpe banyak pengalaman yang boleh aku kutip ..* tetiba termotivasi..hik3..

tapi minggu pertama ni memang tak banyak naik wad..sebab dietitian macam busy sangat kat sini..ada yang pegi kursus dan ada yang ada klinik..so masa-masa lapang tu la aku utilize dengan study balik segala mak nenek yang aku tak tahu..* tetiba jadi rajin..hik3..

eventhough aku datang sini untuk praktikal for special unit..tapi jadual kami kena jugak pegi buat kaunseling dekat wad2 biasa..tapi mengikut pengalaman aku la kan..kes2 kat wad biasa kat sini sangat berbeza dengan kes-kes wad biasa kat HSNZ dan hospital kemaman..sebabnya macam teruk-teruk jugak patient wad biasa kat sini..so sape-sape yang memang niat nak berlajar meh la intern di sini..

so last week dalam jadual aku tu ada la yang kena pegi ICU kan..which memang specialize untuk praktikal kali ni..so aku pun dengan semangat message la kan kat dietitian yang terlibat..oh lupa nak bagitau..kat sini setiap hari memang dietitian berbeza..so memang setiap sesi kena contact dorang tuk tanya nak jumpa macam mana..so aku pun msg la kan..then dietitian tu call..die cakap die busy dan suruh kami ke wad dlu clerk patient..since this is the first time kami praktikal kat ICU..so aku tak tau nak buat macam mana..takot terganggu nurse2 kat situ..specialist pun tengah buat wad round time tu..so pergi masuk bilik patient takot tak boleh masuk..nak tengok case note pun berhati-hati..yela..ICU kot..most of the patient memang drg put on sedation..so memang tak berani masuk dekat-dekat dengan patient..dengan wayar-wayar yang banyak..mesin-mesin bagai..sile imagine sendiri..

so aku pun ambik la satu case untuk clerk..just take all the importan information kat case note..dan patient di ICU ni memang setiap orang ade chart yang banyak gile item..sampai aku rasekan semuanya adalah penting..macam nak salin semua note..hehe..luckily katil-katil kat ICU canggih manggih ada penimbang sendiri..so aku pun dengan bijaknya ambik jela berat kat situ..malangnya tinggi patient takde pulak..so aku ognore jela dlu kan..separuh jalan clerk case note.. rombongan specialist pun sampai kat patient aku tu..so aku pun beri la laluan kat drg dulu..

so nampak tak kat situ aku dah terpaksa membuang masa..

dan tengah aku nak g start clerk semua..tiba-tiba dietitian pun sampai..tetiba kena marah sebab tak habis clerk patient dalam masa sejam..sob..sob..kena soal macam-macam..tindakan bijak aku yang ambik berat yang kat penimbang katil tu rupa-rupanay tak bijak..sebab dietitian nak yang aku estimate g ukur-ukur segala tu..aku cakap la aku tak berani nak masuk sentuh patient..muka dietitian amatlah ketat..aku i dah seram sejuk je..rasa macam jap lagi aku pulak tempah bilik sebelah patient tu tadi..sroottt..sroottt..

dan akhirnya last-last tu dietitian cool sebab baru dia tahu ini first time untuk kami..dan akhirnya dia bagi kata-kata semangat..lega sikit hati..


seriously rasa macam tahap pendidikan aku tentang diet ni sekecil pasit di pantai je..cewahh..
dan aku mengharapkan tahap kerajinan aku berganda sejam demi sejam..aku tanak orang pandang rendah pada universiti kesayangan kami ni..


hoiii.hoii..sudah!..study sekarang...

kalau lecturer aku ke or dietitian sini ke..sedara dietitian ke baca post ni..buat-buat tak kenal aku jela eh.. *tetiba bajet macam ramai je baca blog aku..kih3..






psss..UMMC terlamapau complicated bangunan die bagi orng ulu macam aku..so hari jumaat baru jumpa the shortest way..hip..hip..horreyyy..


sekian..





~thanx for reading..feel free to drop by~

Wednesday, May 8, 2013

how time flies

salam...
oioiii dah lame tak update blog..kemalasan berganda..banyak je benda nak cerita..tapi takpelah aku pemalas..hikhokk..

ouchhouchh..cuti sebulan hampir tamat..rase macam sekejap sangat aku bercuti walaupun dah hampir sebulan..rupa-rupanya aku banyak membuang masa dalam sebulan ni..buktinya case write up aku tak siap lagi..log book posting yang lepas aku tak kemas-kemas lagi..hikhik..seram pulak bila fikir minggu depan dah nak start praktikal special unit..segala persediaan aku tak buat lagi..study?? lagi la hampeh..sekian..

hari ni baru nak pegi beli barang-barang nak bawak pegi um nun..dalam minggu ni jugak lah baru nak g kerat lengan white coat..baru nak cari balik baju kurung..tudung..etc..haih..aku aim esok settle la aku kena kemas sagala barang..sebab pago sabtu dah nak bertolak pegi key ell..semoga tercapai impian aku ni..hikhik..malam ni target nak kumpul2kan baju..tapi macam perangai malas dah datang je..bukan pe tengah hari tadi aku dah melilau cari barang kat bandar..balik2 je basuh kete..sekarang dah penat tahap dewa..tapi masih gatal nak online and baca novel..

ahh..tetiba rase sedih nak tinggalkan rumah..semoga aku pulang lagi sebulan dengan sebuah kejayaan..ececeh..macam nak pegi berperang pulak..

so apeje yang aku buat sepanjang sebulan bertapa kat umah ni eh

1- makan tido makan tido..(hari2 kena bebel..hikhok..hikhok..)

2- pagi-pagi jadi driver pasa tuan besar Wan Alif pegi tadika.. jemput dr sekolah tadika pukul 12

3- jadi babysitter pada Maryam

4- hari-hari kena buli dengan tuan besar buat susu..buat air teh..buat mi kaie (* maggi kari)..sus dan air teh setiap 20 minit..mak seteghehh nak..

5- nonton sinetron..ni boleh tekgok bila tuan besar pegi sekolah dan tido saje..kalu tak mak incik sama-sama kena tengok ceria dan tv IQ saje..

6- khatam kan novel-novel..(hoi tetiba baru sedar kalua aku baca quran dah berapa kali agaknya boleh khatam..memang dasar sgt sekarang baru nak sedar)

7- etc

8- etc

9-etc...etc..etc.. owh terlalu banyak perkara yang tak berfaedah..




betapa aku dah merugikan masa..


I'm gonna be student again..and insyaAllah this gonna be my last practical before graduate ..pray for me..

sekian mekasih


~thanx for reading..feel free to drop by~

Sunday, April 7, 2013

selesai bab ke 2

salam..
alhamdulillah..finally hari ni settle semua berkaitan opd..
officially dah tamah dah latihan dietetik 3..now holiday..bleh hilangkan stress walaupun hanya seminggu..
berdebar-debar pule nk tunggu next subjek special unit..haihh kena banyak study nih..dah lama dah tinggal segala formula..

actually khamis minggu lepas lagi sepatutnye boleh hip..hip..horeyy.. pasal dah tamah opd..tapi hari ni baru selesai hantar semua log book, reflective journal n assgmnt..makanya hari ni baru merdeka..

tetiba rase sedih nak tinggal kan kk hiliran tu..sobss..sobsss..tade makan free lagi..muahaha

terima kasih pada semua yang ade  kat kk hiliran tu..anda semua awesome..baik sgt..
especially dietitian pn.shaheeda dan kak siti..

banyak belajar kat situ actually..lain dr yang lain..bukan sekadar belajar nak bagi diet consultation..tapi banyak belajar management..satu pengalaman yang menarik..

gonna miss kk hiliran dan kk lain2 juge...sobs..sobss...





*gelabah je jiwa bila terbayang bakal berguru dengan mama K pule..kih3..
~thanx for reading..feel free to drop by~

Thursday, March 28, 2013

minggu ke 3

salam..
hari ni genap 3 minggu aku jadi dietitian kat kk hiliran ni..eyh..bukan dietitian tapi student intern saje..
bese la dietitian cuti 2 hari maka aku pun mula la nak feeling-feeling dietitian sebenar..padahal tak cukup tangan nak menyalin log book..baru sentap feeling student smule..

3 minggu

rase sekejap giler..sebabnye..tiap2 hari memang klinik tak pernah lengang dengan patient..almost everyday aku kena bagi talk untuk group counselling..aku pun macam feeling-feeling penceramah gitu..verangann!!

bukan nak bangga diri..setekat nak bagi talk pasal DM, GDM, HPT, HPL sile la panggil aku je bagi talk..gile vangga..haha
seriously terlalu ramai patient sampai terpaksa ade 2, 3sesi untuk ceramah-ceramah sehari gitu..patient pulak ikot ske hati drg je nak dtg pukul brapa even dah bgtaw siap-siap suh datang pukul 9..bila dah datang ikot suke hati gini le jadinye..keikhlasan bekerja pun melayang..just fikir nak abeskan sesi pagi dengan pantas seperti bullet train saje..

ape yang seronok kat kk ni adelah bile dietitian superb best..staff nurse peramah..staff lain juge begitu..doktor-doktor pun best peramah dan tak sombong..cume ade seorang yang mulut taraf longkang..bese la dalam setandan kelapa mesti ade yang buruk..hehe..
tapi aku abaikan saje makhluk itu..ahhh ade aku kesah..

bila kerja kat kk ni ..dietitian terpaksa cover banyak kk lain lagi..so every monday mmg kami2 akan bermusafir ke klinik lain la..seronok juge..pegi banyak tempat..banyak ragamnye..banyak pengalaman..

makanya tinggal lagi seminggu nak bertapa di kk ni sebelum berangkat ke HSNZ untuk special unit..hohoi tak sabar nak grad..cite pasal grad ni sbenarnye buat aku pening lagi sekali..tak taw nak sambung ke nak keje..



~thanx for reading..feel free to drop by~

Thursday, February 21, 2013

dilemma

salam.. hari ni aku sekali lagi dihantui perasaan dilemma..apeke hal le timbul2 perkara gitu..takpe2 Allah saje nak uji aku lagi sekali.. nak uji kematangan aku dalam membuat keputusan.. atau ini mmg syndrome student final sem..hew..hew..hew..

semalam aku dah tak waeas berfikir..call semua org tanya pendapat..dan pagi tadi bangun dengan semangat sebesar centrepoint kemaman ni untuk membuat keputusan A..hati rase tenang sikit..but then 3 jam kemudian perasaan tak waras dtg lagi bila dapat call dr some place yang berminat menggunakan khidmat aku.. wah2.. ini mempermainkan perasaan tegar aku pagi tadi.. berfikir lagi.. adekah keputusan A akan merangkak ke keputusan B pula..

pening dah memikio ni ha.. setakat ni masih berada di keputusan A lagi.. ape kate esok??.. nntikan..


owh btw dah dapat tahu kena praktikal mana untuk special unit.. Alhamdulillah lah ade jugak insan berbelas kasihan nak bagi tempat kan..

keep remind my self malas nak fikir banyak terima dengan redha je.. kesian kat diri sendiri..kesian kat CI yg dah bersusah payah.. semuanya pasti ade hikmah.. chill~~~

~thanx for reading..feel free to drop by~

Tuesday, February 19, 2013

dunia dietetik 2

salam..

ok ini post bersiri..ala-ala pembunuhan bersiri gitu..

kali ni nak stori pasal subject yang wajib belajar semasa di universiti ni before bergelar graduan dietetik.. tapi rasa-rasanya setiap universiti schedule subject ni berbeza..depends pada u tersebut..tapi secara kasarnye ni la subjectnye2..ok ni yg akak belajar dulu la.. rasenye junior sekarang dah berbeza ikot sem..tapi subjet tetap sama.

semester 1
anatomi & fisiologi
asas sains makanan dan pemakanan
microbiology asas
biokimia asas


semester 2
patologi asas
kesihatan masyarakat & epidemiology
prinsip pemakanan dan metaboilisme
sosiologi makanan


semester 3
biokimia metabolisma
mikrobiologi makanan
pemakanan dan kitaran hidup
penilaian status pemakanan
seminar pemakanan dan dietetik


semester 4
pemakanan da kesihatan
asas genetik
biokimia klinikal
analisis makanan
anatomi dan fisiologi 2
medical nutrition therapy 1
pendidikan dan promosi pemakanan pesakit
halal haram dalam pemakanan


semester 5
farmakologi
imunology
psikologi perkembangan
prinsip penyediaan makanan
biostatistik
medical nutrition therapy 2
metodologi penyelidikan


semester 6
pengurusan perkhidmatan makanan
pemakanan lanjutan (advanced nutrition)
medical nutrition therapy 3
penyediaan diet terapeutik
pemakanan komuniti dan latihan * praktikal


semester 7
projek penyelidikan tahun akhir
catering placement *praktikal
dietetic training 1 (out-patient) *praktikal
dietetic training 2 (in-patient) * praktikal


semester 8
dietetic training 3 (out-patient) * praktikal
dietetic training 4 (in-patient) *praktikal
dietetic training 5 (special unit) *praktikal



makanya cukuplah 8 semester bersamaan 4 tahun..ni tajuk je dlm bahasa melayu..belajar semua english taw..


~thanx for reading..feel free to drop by~

Monday, February 18, 2013

dunia dietetik 1

salam..
hye semua...
ok post kali nih ala-ala formal taik-taik ayam gitu..btw thanx pada sorang adik nih sbb sudi baca blog syok sendiri akak ni...hik3..

ok adik ni berminat kat kos dietetik nih.. so sebagai seorang kakak yang prihatin yang tak berapa nak baik sgt ni nak bawak..adik ni dan semua adik-adik yang berminat dengak course dietetik menyelam dalam lautan pasifik..eh!!

dalam lautan dietetik..

ok mula-mula jom kite kenal ape dietetik atau dietitian to be ni.. tukang tolak troli makanan pesakit kat hospital ke??? ehh melampau betul kau..

so bawah ni adelah skop2 tugas pegawai dietetik..ni akak mintak kat web site spa nk tampal kat sini *kenkonon.. kat web site ni siap ade takat gaji lagi taw...



$_______$

cissss dasar mata duitan kau zetty



Deskripsi Tugas:
a. Perkhidmatan Dietetik Klinikal
  • Melaksanakan langkah-langkah dalam nutrition care process seperti nutritional prescription, nutrition monitoring and evaluation bagi setiap pesakit dalam atau pesakit luar yang dirujuk oleh doktor untuk mencapai tahap kesihatan yang optima.
b. Perkhidmatan Dietetik Komuniti
  • Menyumbang kepada program/aktiviti dalam perkhidmatan promosi kesihatan dan pencegahan penyakit kepada hospital, klinik-klinik kesihatan, organisasi dan media massa.
c. Penyediaan Perkhidmatan Makanan
  • Menyelia operasi penyediaan makanan untuk memastikan diet normal, diet teraputik atau tube feeding yang disediakan untuk pesakit adalah betul, mengikut preskripsi dan menepati tahap kualiti perawatan.
d. Latihan
  • Memberi latihan mengenai penyediaan diet-diet kepada Tukang Masak, Penyelia Asrama dan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan.
e. Memberi perkhidmatan pemakanan/diet di hospital-hospital dan klinik-klinik kesihatan.



ok gitu alkisahnye pekerjaan sebagai seorang pegawai dietetik di sektor gomen ni..
so sekarang meh kita listkan universiti mana plak yang menawarkan kos dietetik ni


1- UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN *jangan tanya kat mane..sile gugle sendirik

2- UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

3- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

4- UNIVERITI PUTRA MALAYSIA

5- UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA


so tepuk dada bandingkan dengan result nak pilih mane...



~thanx for reading..feel free to drop by~

Thursday, February 14, 2013

officially final semester

salam alhamdulillah..finally officially masuk sem 8..padahal dah start 2 minggu yang lepas.. tapi baru hari ni dapat result sem lepas.. agak lambat ye di situ..sedangkan nextweek ni student-student lain dah nak sem baru dah..

alhamdulillah bersyukur sgt result sem ni jauh dari jangkaan.. terima kasih pada semu lecturer dan CI yang banyak membantu..syukur sgt2 subject paling killer finally membuahkan hasil yang sgt manis selepas berhempas pulas menyiapkan..inilah yang dikata bersusah-susah dahulu bersenang kemudian..

rasa terbayar segala kepenatan..sebab sem ni dilalui dengan penuh dugaan dan cabaran..

result kali sungguh bermakna sebab hampir seminggu ni hati asyik bermuram durja je disebabkan beberapa kekurang yang terpaksa dilalui..bertukar tempat praktikal.. terpaksa extent kan tempoh parktikal dan mcm2 la..dan macam biasa.. Allah lebih tahu ape yang terbaik untuk kita..terasa segala kepahitan hilang macam tu je.. terima kasi Allah..

terima kasih mak..abah.. siblings..
lecturer..CI..
awak yg kacak di hati sy..hehe
dan kawan2..


sekarang ni hanya tinggal semangat yang bekobar-kobar nak habiskan praktikal ni nak balik bercuti seminggu...eh!!

semangat berkobar-kobar nak hard boundkan thesis dan meneruskan perjuangan sem ni...laaaa...

tahniah pada kawan-kawan dan adik-adik yang reach target masing-masing.. yang tak reach takpela..insyaAllah ini yg terbaik untuk kita.. terus berusaha..yeehaaaa!!!...
pada adik2 selamat bersemester baru..





"kalau semalam Allah berikan aku hujan.. aku bersedih sangat.. rupa-rupanya hari ni Allah nak hadiahkan aku pelangi yang cantik sangat.. Alhamdulillah..semoga aku menjadi insan yang sentiasa bersyukur kepada Nya"


~thanx for reading..feel free to drop by~