salam..
alhamdulillah dah selesai VIVA untuk undergrad dietetik.. secara unoficially sekarang ni dah boleh grad dah..just tunggu result exam je lagi ni..
dan..
sekarang ni dah officially penganggur terhormat..hik3..
ok nak cerita pasal VIVA ni kan.. kami dibahagikan kepada 2 kumpulan..dan aku kumpulan pertama di bilik mesyuarat lembaga pengarah universiti (LPU) dan kumpulan kedua di bilik mensyuarat senat..
kumpulan pertama biasa lagi..tapi yang luar biasa kat sini adalah aku candidate pertama VIVA...erk..apekah..sepanjang 4 tahun aku di UniSZA ni inilah kali pertama aku jadi first candidate..nasib baik untuk assessment yang terakhir..hik3..
persiapan..ermm
sejujurnya sepanjang exam kali ni memang aku tak buat persiapan apa-apa pun..sesetengah kawan aku cakap aku tak pe tak study sebab baru balik dari praktikal sepcial unit..so masih fresh lagi ingat..yeke??.. aku pun tak pasti tentang itu..hehe
aku just study sikit2 untuk exam special unit saje..tu pun just review slide presentation kawan-kawan je..
ok berbalik pada VIVA ni..pagi sehari sebelum VIVA ni aku pegi ke PDK seberang takir bersama groupmate praktikal dulu..so memang tak study la kan..petang tu aku tidur je..masa tu list nama memang tak keluar lagi..just tahu tarikh, masa dan tempat je tentang VIVA..maklumat lain non hado..even external examiner pun tak tahu sape..I loike this surprise..huh!!
so petang tu bangun2 tidur bukak instagram tengok kawan aku post list name VIVA..oh..tanjat gegel bila tengok as first candidate..terus tak boleh nak tidur..dan2 tu jugak pegi bilik kawan tanya study pasal apa..tapi masih jugak tak study.. tetiab terus bersiap nak pegi beli makanan..haha..
so malam tu pun aku tak study jugak just google la jugak kan pengalaman org2 yang dah pernah VIVA ni,.so dalam pukul 10.30 pm macam tu dah ready nak tidur dah ni..terkujat lagi sekali tengok kawan-kawna post pasal pengalaman VIVA daru universiti lain..haip..stress jugak..tapi sambung je tidur..hehe
so pagi tadi bangun awal mandi dan iron baju..tapi still macam blur2 nak cakap apa masa VIVA..huhu..
sampai dah depan bilik LPU tu baru sibuk2 nak berlatih..biasa sangat ko ni zetty..nervous dah melebihi IPU jerebu dah ni..tetiba terus di panggil ke dalam bilik LPU..so bermulalah perjalan VIVA..
alhamdulillah aku dapat jawab hampir semua soalan .. alhamdulillah masih mampu berconfident..aku apelagi kan menjawab dengan penuh semangat sampai eh tetiba dah habis..serius masuk je dalam bilik tu terus rasa hilang debaran.. ni contoh soalan yang disoal kat aku..macam simple jugak la..tapi kawan-kawan aku ada yang kena lagi teruk:
1. of coz kena introduce our self..aku cakap sekejap je ni..simple sampai tahap sekolah menengah je..dan aku yakin examiner bukannya nak dengar sampai kisah-kisah keluarga bagai.
2. ditanya macam mana boleh masuk kos dietetik ni..aku pun cerita je balik kisah yang aku pernah post ni ..tapi aku siap cakap dietetik bukan fisrt choice aku kat matrix dulu..so examiner tanya ape first choice..aku jawab la cikgu..terkejut die..pastu dan-dan pulak tanya beza dietitian dengan cikgu..aku pun bantai je jawab takda beza sgt sebab dua-dua pun akan bertindak sebagai educator..
3. ceritakan pengalaman praktikal..ini aku rasa semua org pun kena tanya
4. the most interesting cases..aku pilih case leptospirosis yang aku manage kat ICU PPUM..nanti-nanti kalu rajin aku story pasal ni..yang ni paling teruk jugak aku kena..sampai kena tanya pasal fat metabolism..pastu macam mana nak educate low fat pada patient
5. examiner bagi scenario as catering dietitian..macam mana nak handle staff yang degil..aku cakap la slow talk, if tak dengar jugak bagi warning..lepastu examiner cakap..kalu degil lagi..aku pun bantai je cakap..mesti ada good relationship dengan pekerja bawahan..so drg aka respect sket..aku nampak examiner senyum-senyum je waktu aku jawab ni..mesti dalam hati die cakap budak ni dah start merapu dah..haha
tu je kot yang aku ingat aku kena tanya tadi.. sedar-sedar masa dah ahbis..serius tak rasa pape kat dalam tu..keluar dengan senyum lebar..padahal tak tahu fail ke pass..haha
nevermind..malas nak fikir..and now im free..
terima kasih pada external examiner yang datang jauh dari HKL..pn.mariam..dan juga internal examiner dr.aryati dan pn.muhaini..tolong luluskan saya..pleasee!!!...sob..sob....
~thanx for reading..feel free to drop by~
No comments:
Post a Comment