word power

“Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.”
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

lets follow each other

Monday, June 20, 2016

Panel jemputan di Tabayyun Astro Oasis

 Salam,

Ada tak sapa-sapa terserempak dengan hakak dalam rancangan Tabayyun Jumaat lepas dis Astro Oasis dan Maya HD, sila angkat tangan??

Hew..hew..hew

 Alhamdulillah aku diberi peluang berkongsi ilmu berkaitan dengan pemakanan semasa bulan puasa di dalam rancangan Tabayyun bersama Dato' Ustaz Mohd Zawawi Yusoh. Sebenarnya ni adalah last minute call, berpuluh kali fikir tak tanak. Tapi bila lagi kann, amukan pulak orang besau-besau kalu tolak.

Sebenarnya di adalah kali kedua aku masuk tv, yang pertama dalam rancangan Bicara Siswa yang Dato' Fazli pengacara tu, ni zaman-zaman universiti dulu la. dan ini kali kedua, paling mendebarkan aku jemput sebagai panel. Boleh tahan tahap debaran dia tu.

Dan yang sebenar-benarnya aku tak pernah tengok rancangan Tabayyun ni wehh, Rumah iols takde Astrokan.. Lepas tu paling sadis I olss tak pernah tahu kewujudan pengacara Tabayyun ni.. Sedehhh..haha.. Bila kawan-kawan cakap pasal Wan Kamaruddin baru time tu jugak nak gugel, lalu time tu juga la baru ku tahu. hehe


next time kalu aku rajin aku nak cerita pasal flownya, tapi buat masa ni aku malas..heh

 jom jela layan gambar yang ada kawan-kawan snap dan hantar kat aku.. sumpah sampai hari ni aku masih xde kekuatan lagi nak tengok video sendiri..kah!












sekian, tq abi Amra dan Amra teman ummi sampai  ke malam, lebiu..

sekan.

Wednesday, June 1, 2016

Breast milk turn pink

Salam..

Sebab ramai cakap tak jumpa post ni kat fb maka aku up kat sini ler pulak..


[ BREAST MILK TURN PINK ]

Just nak share..

Selama ni ramai yang bagitahu susu ibu daripada darah.. Kalau dibiar lama ia akan bertukar jadi darah semula which is kaler mcm nak merah- merah.

One day aku tertinggal nak basuh satu botol susu amra..sebab terselit bawah bantal..so botol tu overnight la dengan ada leftover susu.. Tapi kaler dia still sama putih-putih kuning.. Cuma atas dia la ada fat deposit.. So masa tu aku tak boleh trima la teori yang orang bagitahu aku tu which is susu tu berubah jadi darah..

Tetiba satu hari masa nak basuh baju tidur amra aku tengok ade pink stain kat baju dia mcm dalam gambar tu..(dlm gmbar tu kejadian kali ke 3) Aku tengok bantal dia pun sama..baju tidor dia pakai malam tu biru.. Sarung bantal purple.. Alas tidur hijau.. Mustahil turun kaler dpt pink..

Lepas basuh still ada pink stain tu.. Bau macam susu basi.. Basuh few times tak hilang jugak..

So dengan gelabahnya aku tnya hampir semua kawan2 yang doktor.. Drg ckp tak pernah lagi jumpa peluh or air liur pink.. Yang ada air kencing.. 

Masa tu aku baru start minum sejenis minuman koko ni.. So aku mula nak salahkan benda tu.. Aku stop ambik seminggu untuk monitor.. Mmg takde stain  dah.. Mase tu aku buat hipotesis yg produk tu penyebab.. Sebab seminggu lps tu aku minum ada balik... Dan ada lagi.. So aku cuba cari article..produk ni tinggi selenium katanya..aku terus bayangkan selenium tu yg penyebab pink (aku tak tahu betul ke tak teori aku..ampun cikgu kimia)..

Tapiiii..lepas tu lain yang aku jumpa.. Aku terjumpa a few jurnal mcm dlm gambar tu.. Memang betul2 wujud weh susu berubah warna.. Bukan sebab jadi darah..tp sebab bacteria tu.. Dan mmg aku perasan ade stain sikit kat puting susu amra..

Aku tunjuk jurnal ni kat MO hospital aku.. Dia pun tak tahu weh kewujudan bnde ni.. Rare sgt kot..

Aku baca dia akan jadi pink bila biar overnighy especially dlm dark environment.. 

So dengan perasaan ingin tahu aku cuba buat 1 experiment.. Aku ambik 2 baju amra balik dari taska yang ade kesan susu aku tak basuh..satu aku  sangkut kat bilik yang gelap.. Satu lagi aku sangkut kt bilik yang buka lampu overnight.. 

Yerp mmg betul..bacteria tula penyebabnya.. Baju kat bilik gelap yg dlm gambar tu..basuh banyak kali pun tak hilang.. Still bau susu.. Yang kat bilik cerah tak berubah ape pun.. 

Ape pun sekarang ni aku tak biar dah baju amra lmbt basuh..sebab syg baju stain tak hilang.. 

So ikotkan ape yang aku baca xde lah bahaya sgt bacteria ni..tp still kena monitor la amra ni..

Sekian..

*baru nak berangan amra ade superpower bleh kluarkan kaler pink..rupa-rupanya bacteria tu..hehe..

1st hypothesis abi amra, susu tu ada chemical..the result of reaction tu pink. .failed 😂😂😂

*
*
*

Aku jeke baru tahu psl ni.. Ke korang dah tahu?

Tuesday, May 31, 2016

taska (nursery) vs pengasuh (babysitter)

Salam..

Since ramai yang tak aku hantar Amra ke mana, taska or pengasuh. So, meh aku nak cerita sikit pasal ni. Pada awalnya aku memang niat nak hantar Amra ke taske je sebab aku tengok anak-anak buah aku semua ke taske je. Kecuali Khalisha pernah hantar ke rumah pengasuh , tapi pengasuh dia amatlah baik sebaiknya.

Lepas diskus dengan abi Amra dan fikir pro n cons maka kami hantar dia ke rumah pengasuh. Aku namakan pengasuh dia si A la mudah. Aku jumpa pengasuh ni sebab aku iklan kat dalam group fb iklan cari pengasuh. So, si A ni wasap la aku, masa ni aku dah ready dah dengan semua soalan yang aku patut tanya dia. Antara kreteria yang aku nak yang boleh handle EBM dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Lepas dah soal selidik aku puas hati la sikit, tapi still ada ragu-ragu. Aku cube ignore perasaan tu, walaupun orang selalu cakap kat aku yang instinct ibu ni tepat. Aku anggap tu perasaan biasa.

So bermulalah hari pertama Amra di rumah pengasuh, masa ni mak dengan abah ade lagi kat rumah. First day aku hantar half day, tapi aku tak inform kat pengasuh, tengah hari tu aku main terjah je ambik. Aku jenis yang kalau nak balik Amra aku akan pusing kereta siap2. So masa aku bagi salam tu si A tengah tanggal baju Amra nak basuh berak katanya. Aku cakap takpe la aku basuh kat rumah je, so balik tu aku popo Amra dah kering dah. Aku cube think positif, pendam je sorang-sorang tak bagitahu mak kot2 mak berat hati nak tinggalkan Amra kat sini.

Second day aku hantar full day, Alhamdulillah ok. Third day dalam pukul 12 pm si A call aku bagi tahu Amra kembung, tanak tidur merengek je. So aku mintak mak pegi tengok dulu, mak cakap sampai je rumah si A tu Amra tak nangis pun, kesan menangis pun xde dan si A dah ready kemas barang Amra, husband dia pun dah angkut barang bawak masuk dalam kereta. Aku bersabar lagi, beberapa hari lepas tu still ok, tapi asyik la jugak wasap aku bagitahu Amra kembung, nangis, tanak tidur. Aku keraskan hati buat-buat tak tahu.

Weeknd tu si A wasap aku mintak upah untuk semiggu dlu then inform nak cuti hari Selasa nextweek. Aku dah rasa bengang, tapi diam lagi. Dalam minggu tu jugak aku cari taska dan pengasuh lain. memang sakit hati, aku dah la dalam probation period, mana boleh nak cuti suka hati je bebila. Finally aku jumpa 1 taska, aku pegi melawat terus lepas balik dari kerja, kali ni aku selidik betul-betul. Alhamdulillah aku lega sikit tengok taska ni, berdaftar dengan JKM, cikgu nampak ok, bilik baby nampak ok jugak.

Masa ni aku tak bagi tahu lagi tanak dah hantar Amra ke taska. Moment paling aku sakit hati ni hari last aku hantar Amra ke rumah pengasuh, si A wasap aku lebih kurang pukul 10 pg , ayat dia macam ni " anak akak ni melalak dari akak hantar sampai sekarang, susu tanak, tidur pun tanak, 5 orang jiran saya datang jenguk ingat saya dera budak" . Aku cepat-cepat mintak EL dan balik nak ambik Amra.

masa aku sampai kat rumah dia aku tengok Amra tak nangis pun, jiran-jiran takde pun (dah balik mungkin, choiiii). aku cakap aku nak bawak Amra balik, so dia kemas barang Amra. Aku rasa susu sejuk amat macam baru keluarkan dari ice box je..

fyi aku bekalkan 3oz EBM setiap botol, ada 6 botol semuanya. dan 3oz fresh milk awal-awal pagi.

dan masa aku nak ambik Amra aku tengok ada 5 oz susu dalam botol tu, heyyy macam mana jadi cemni!

balik rumah aku cek pampers penuh, susu baru 1 luak. dengg. Aku syak dia campur fresh milk pagi tadi dengan yang dalam ice box. thats it!

aku tak perlu lagi memperjudikan nasib Amra dekat pengasuh macam ni. hari tu hari last, macam-macam alasan aku cipta tanak hantar Amra dekat dia dah. Aku masih lagi nak jaga hati dia, cukup lah, aku ambik keputusan hantar Amra ke taska.

so bermula dari situ taska la tempat Amra masa ummi kerja. Alhamdulillah setakat ni aku rasa taska tu ok, Amra pun nampak happy setakat ni kat taska . Kecuali satu kes yang pipi Amra kena cakar dengan kawan bak kata tecernya. Kejadian merobek hati aku jugak tapi aku think positif, nanti anak aku pun  ntah-ntah buat cemtu juge..

So kesimpulannya pada aku better taska, tapi make sure cari yang berdaftar, yang boleh handle EBM, masuk dalam taska tu, tengok segala fasiliti dia dan lain-lain.


*giler panajng post, terima kasih sudi buang masa kat sini..hehe

sekian. 



Saturday, April 16, 2016

Surat cinta buat Amra Surfina : pengalaman bersalin

* post lama yang terperam dalam draft..


Salam..

Hi Amra..

Today umur Amra 104 hari, so today ummi nak cerita pengalaman ummi lahirkan Amra untuk kenangan kita bersama, abi, ummi dan Amra dan adik-adik Amra akan datang inshaAllah..

Actually estimated due date ummi 4 Januari 2016, tapi dengan izin Allah Amra nak keluar 14 hari awal, masa tu ummi 37 minggu 4 hari. ok lets get to our story

 10 Desember tu ummi ada blood show, masa tu sikit gelabah sebab takut terberanak dekat Seremban ni, ummi niat nak bersalin kat kampung. So terus call  Dr yang check up ummi, dia cakap itu perkara biasa selalunya around seminggu atau 2 minggu masih ada yang tak bersalin lagi walau ada blood show. Ummi cuba bertenang, tapi blood show masih berterusan. Next Isnin malam tu abi dan ummi decide untuk pergi ke hospital malam tu, Dr buat VE cuma 1 cm saje. sikit kecewa sebab ummi tak sabar nak jumpa Amra dah..haha

Esoknya ummi apply unpaid leave sebab nak balik kampung awal, tapi kena reject pulak, sebab dorang cakap anak first selalunya overdue. Tapi ummi rasa ummi akan bersalin cepat, so ummi mintak surat Dr untuk benarkan Ummi cuti awal, tapi dalam hati ummi ade jugak rasa risau kot overdue sia-sia pulak cutinya.. so 16 December tu abi start cuti juga nak hantar ummi balik kampung..maka pulanglah kami Rabu tu jugak..

Masa kat kampung tu ummi rilex2 je..takde tanda-tanda nak bersalin pun, so kami decided balik kampung abi pulak.. sebab if ummi tak bersalin lagi abi akan balik kerja dulu..if ummi bersalin awal abi akan sambung cuti sampai krismas..

so masa ni ummi saje-saje search macam mana nak bagi mudah bersalin, majoriti tips yang ummi baca semua cakap suruh banyak jalan, so hari sabtu pagi 19/12 tu ummi ajak abi jalan-jalan kat pantai batu buruk lepas hantar kereta untuk servis..boleh tahan jugak lelah berjalan sepanjang pantai dengan panas matahari pagi.. lepas dah habis pusing pantai tu sambung pusing paya bunga square pulak..balik terbongkang tidur =P

malam tu kitorang keluar makan kat kampung cina.. sambil tunggu order tu tetiba ummi rasa pergerakan baby sangat kuat tetiba rasa macam 'pop'.. lepas tu ummi rasa ada air meleleh keluar..ummi dah agak ni mesti ketuban pecah sebab ada baca few kisah yang macam ni.. so malam tu lepas makan balik tukar baju terus ke hospital.. rupanya nak lahir kat hospital besar anak ummi ni..hehe

di hopital Dr cek bukaan baru 2 cm.. sikit kecewa time tu.. tapi dah agak mesti bersalin within 24hours jugak ni sebab ketuban dah pecah.. so Dr decided ummi kena kem labour room terus sebab membrane dah missing, so baby akan senang kena infection.. tapi malangnya labour room penuh.. so kena masuk wad jugak dlu.. 

start pukul 11 malam ummi dah rasa sakit, tapi masa tu boleh tahan lagi.. ummi try bertahan sampai subuh.. so pagi tu pukul 6 baru ummi di hantar ke labour room, tapi sepatutnya dari semalam lagi ummi patot bagitahu nurse since dah takde membrane tapi ummi tak tahu..my bad..


5 jam ummi di labour room, bertarung dengan rasa sakit ditemani abi, time ni ummi bersyukur juga bersalin kat situ sebab abi boleh teman dari awal sampai habis.. masa ni ummi rasa menyesal jugak sebab tak bleh nak kawal emosi.. terlalu fikirkan sakit, abis semua lupa surah-surah dan doa-doa yang ummi hafal nak baca..bila Dr offer pethidine terus ummi setuju..tapi seriously tak membantu, time contraction still rasa sakit teramat.. masa ni terfikir mati je.. sempat mintak maaf kat abi..kih3..

kesan dari pethidine dan entonox gas ummi tak sedar bila nak kena teran.. in the middle of nak kena teran tu bila takde contraction ummi boleh tertidur semula.. sampai nurse panggil suruh bangun.. Alhamdulillah finally ummi berjaya jugak keluarkan amra.. amra keluar bersama segala rasa sakit.. lepas tu terus takda rasa sakit dah.. sampai ummi lupa dah macam mana rasa sakit tu.. the rest is history..hehe

 tengok ni dah besar dah baby ummi..






rasa rindu pulak nak pregnant lagi.. hehehe..




Abi n Ummi sayang Amra..

love~
Ummi







Thursday, March 17, 2016

my breastfeeding journey









 Salam and good morning..

wahhh tajuk tanak kalah kau.. padahal baru 3 bulan journeynya..atas permintaan kawan maka iolss up satu entry laa..

ok actually aku bercita-cita nak exclusive breast feed my baby dari zaman dulu kala lagi..masa tengah study lagi ada cita-cita ni.. sebabkan dulu ada jugak subjek pasal breastfeed bagai nikan.. so dari situ la dapat tahu kelebihan titisan emas ni..

so masa pregnantkan Amra selalu blogwalking cari info-info, jenis pump yang sesuai dan gajet-gajet yang lain la seperti cooler bag, storage bottle, bottle warmer and list goes on..

first yang aku survey dulu pump, majority cakap suruh beli brand Medela worth invesment katanya, well aku rasa mostly tahu harga Medela kan.. so aku tak bercita-cita nak beli Medela.. lagipun masa tu aku ada negative thought sikit, aku takut dah beli mahal-mahal tapi tak berjaya.. So masa tu plan nak beli malish Aria je yang double pump..murah sikit..

tapi aku terbekenan pula dengan freemie, so tetiba dapat idea nak beli single pump dengan freemiw je.. kebetulan kakak aku nak let go Malish mango dia yang baru guna beberapa kali je, so aku setuju nak beli yang dia je..

sebulan lebih guna Malish mango single pump without freemie, serius penat weh, takes more time, makanya kecek2 en hubby pun setuju belikan freemie.. tq syg.. kih3..


lepas ada freemie aku bertambah bersemangat waja pump, sebab cepat boleh pump both, lepastu handsfree, aku pernah pump sambil iron baju, lipat baju, sambil makan, sambil baca buku, memang heaven la..

now Amra biasa minum 3oz each so aku perlukan around 21oz per day, but the production around 26-30 oz per day only.. tak tahu la nanti sempat ke tak nak buat stock.. banyak sangat meeting, event bagai so pumping schedule juga berubah.. serius rasa risau jugak ni..


ok back to topic, actually Amra tak la exclusive BF (breastfeed) sebab since day 1 in her life dah kena warded till day 6, so mula-mula tu susu sikit sangat, so kat ward tu nurse dah bagi formula milk, tapi aku berusaha jugak pump and hantar ke hospital, after day 6 Amra dah boleh balik, so since then memang aku bagi direct feed until 2 weeks before aku start kerja, it such heartbreaking masa nak bagi dia bottle fed and formula milk... sedih gilo..but I have to..no choice, tak sempat nak kumpul EBM (expressed breast milk) banyak-banyak.. tapi waktu tu azam kat diri sendiri balik seremban aku mesti rajin pump and kumpul.. Alhamdulillah masa balik 2 minggu kemudian aku berjaya kumpul..


seriously BF anak memang sangat mencabar, salute sangat dekat mommy2 yang dapat BF anak sampai 2 tahun.. aku ni hati dan minda nak kena gagah, bila penat always remind myself "I must fed her..I must fed her"


so aku ada lagi 1 tahun 9 bulan to fed her.. ermm.. wish me luck..inshaAllah



hahahaaa..kena sangat dengan diri sendiri