word power

“Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.”
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

lets follow each other

Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Monday, August 12, 2013

lebaran 2013

salam..hai2 semua

selamat hari raya aidil fitri
maaf zahir dan batin
mohon ampun semua ye atas segala silap dan salah yang tak sengaja mahupun disengajakan..kikiki..


HARI RAYA


hari ni 5 syawal dan aku dah terrrpaksa bekerja..ceh bajet kerja beria je kan..hik3..biar la..
so raya tahun ni biasa-biasa je bagi aku..tak seseronok zaman kanak-kanak dolu-dolu..tahun ni rumah meraih suam-suam kuku je..sebabnya along turn beraya rumah mak mertua dia..ngah on call pula raya..hanya tinggal anak-anak dia je yang menuntut aku untuk menjaga..caiitt..tak hot raya ni sebab kena pgg baby,..hee
uda  je yang beraya dirumah itu pun tak meriah sangat sebab perut dah nak meletops..so aku pun dah xde geng nak bergigam..uda dah jiwa mak-mak dah..






hari raya pertama macam biasa pagi-pagi ke masjid..ada potluck..lepas tu pergi ziarah kubur..habes baju rayaku berkemuncup..pegi rumah makcik dan terus balik rumah je lepas tu sebab munchkin dah buat hal tokleh panas-panas..ngengade korang ni taw.. balik rumah ingatkan boleh rehat..sekali tetamu datang takl putus-putus sampai petang..serius penat..

raya kedua ada majlis makan-makan kat rumah..
raya ke tiga baru start nak pegi beraya balik
raya ke empat pegi kenduri kawen anak kawan mak..
raya ke lima dikampus..tetiba teringat kuih raya kat rumah..menyesal tak mkn puas-puas..


KUIH RAYA

kalau nak cerita pasal kuih raya ni kan..keluarga aku memang juara sokmo..juara TAK buat kuih raya..hikhik..itulah yang aku rasa tak hepi sangat..masa kau ekcik2 dulu along jela yang rajin buat-buat kuih raya ni..lepas dia kawen dah takde..ngah tosah cakap la memang dasar suka beli je..uda?? dia pun jenis malas jugak berlumur dengan tepung..aku rasa kat rumah aku tu selain mak..aku denga along je yang jenis suka masak-masak..hee..padahal brapa kali je aku pegang senduk kat rumah..bukan apa malas je nk tunjuk skill..hew..hew..2 tahun lepas aku ada lah jugak buat kuih raya sendiri sorang2..waktu tu sempat berpuasa kat rumah..anak buah pun time tu alif srg je yang menyebok..tahun lepas kena praktikal musim raya..lagi la kirim salam je kuih-kuih ni..tahun ni kalau aku buat confirm la jadi biskut khalisha...semperit maryam dan ketupat alif..

jenis family aku ni pulak tak suka nak beli kuih-kuih raya jual dekat bazar tu..sbbnye enakkkkk sgt kan..kerang ketung..so kalau beli mmg yang tempah2 biar mahal sikit asal tak patah gigi..selebihnya beli kerepek-kerepek jela..


BAJU RAYA

dalam usia aku 23 tahun ni raya tahun ni baru first time beli baju raya..tahun-tahun sudah mak buatkan untuk kami sekeluarga so boleh la nak sedondon kedondong kan..tapi tahun ni mak tak sempat lasnung nak bukak msein jahit dia..sebab jaga cucu khalisha dan maryam..lagipun mak kate dah tak larat sangat nak menjahit..so abah pun just bagi kami duit untuk beli baju raya masing-masing..budget besar jugak sebab abah kasi..ngah kasi..along kasi..ude blikan tudung..tapi bila dah kena manage sendiri ni baru sedar haii mahalnye semua benda..so aku decide beli sepasang jela..kedekut!!..hehe..sebab baju uda bagi yang dia tak jadi pakai masa bertunang tu tak pernah pakai un lagi..so boleh dikira baju baru  la kan..hehe..kitorang (mak, abah dan aku) decide nak pakai warna purple..sebab abah yang beli baju melayu dia dulu warna purple..pastu aku pun beli kurung warna purle ala-ala blue black..tapi mak pulak xde warba purple yang ada maroon je..so jadilah tema purple-maroon- purple ala-ala blue black..hik3..dua lagi my munchkin pun purple juge..








DUIT RAYA


hikhik..ni malu-malu ayam nak cerita..walaupun dah dewasa comel-comel macam aku ni still dapat duit raya taw..hikhik..siap dapat lebih dari budak2 lagi..ni yang rasa tanak keja lagi ni..hehe..tahun depan adakah giliran aku pula bagi duit raya..tungguuuuuu...korang doa la aku cepat-cepa dapat keja best yang gaji lumayan..heee


KASUT RAYA

takde maknanya kasut-kasut raya ni..recycle yang 2 tahun lepas je..nasib baik elok lagi..



akhir sekali selamat hari raya maaf zahir dan batin..
mohon ampun sekiranya ada silap dan salah..
jemput datang beraya ke blog..hehe..







sekian sahaja laporan raya..
moh je ngadap jurnal semula..






Saturday, August 20, 2011

nikmat seorang muslim : Malam Lailatul Qadar




salam..
selamat berbuka semua!

hari ni dah hari ke 20 ramdhan..maknanya tinggal lagi 9 hari kita semua akan menyambul syawal..bagaimana persiapan raya??
opss!! bukan itu yang mahu dikongsi..hari ni hari ke 20..maknanya malam-malam seterusnya adalah antara malam ke 10 ramadhan..malam dimana ada satu malam yang dipanggil Malam "Lailatul Qadar"

apakah lailatul qadar??



lailatul qadar akan terjadi antara 10 malam terakhir ramadhan, ia merupakan malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan..setiap mukmin pasti menunggu-kehadiran malam ini..di mana pada malam ini ibadatnya lebih baik daripada 1000 bulan..sebagaimana yang diterangkan di dalam al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".


malam lailatul qadar mempunyai banyak kelebihan..beruntunglah pada siapaa yang berjaya mencarinya..berjaya mencari keredha pada malam tersebut..berjaya meningkatkan ibadat pada malam tersebut..

Rasulullah s.a.w meyarankan agar umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang penuh barakah ini dengan pelbagai amalan dan ibadat..antara hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

tanda-tanda malam lailatul qadar: [sumber]

[1] Udara dan angin sekitar terasa tenang. Sebagaimana dari Ibnu Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لَيْلَةُ القَدَرِ لَيْلَةٌ سَمْحَةٌ طَلَقَةٌ لَا حَارَةً وَلَا بَارِدَةً تُصْبِحُ الشَمْسُ صَبِيْحَتُهَا ضَعِيْفَةٌ حَمْرَاء

Lailatul qadar adalah malam yang penuh kelembutan, cerah, tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar lemah dan nampak kemerah-merahan.” (HR. Ath Thoyalisi. Haytsami mengatakan periwayatnya adalah tsiqoh /terpercaya)

[2] Malaikat menurunkan ketenangan sehingga manusia merasakan ketenangan tersebut dan merasakan kelezatan dalam beribadah, yang tidak didapatkan pada hari-hari yang lain.

[3] Manusia dapat melihat malam ini dalam mimpinya sebagaimana terjadi pada sebagian sahabat.

[4] Matahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan jernih, tidak ada sinar. Dari Abi bin Ka’ab bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang artinya,”Shubuh hari dari malam lailatul qadar matahari terbit tanpa sinar, seolah-olah mirip bejana hingga matahari itu naik.” (HR. Muslim) (Lihat Shohih Fiqh Sunnah II/149-150)


*sesungguhnya sesiapa yang terlepas malam lailatul qadar teramatlah rugi..sama-samalah kita mencari malam tersebut..just untuk peringatan untuk diri sendiri..

btw, dlu mak pernah cerita ada sorang pakcik kat kampung dia ni sorang yang sangat alim dan baik..zaman dulu-dulukan manalah ada air paip kat masjis..masa tu kolah-kolah pun takde..so, dia pun pergi la kesungai untuk ambil wudhuk..sampai je kat sungai tu dia pun sangkut la tuala di pada sebatang pokok buluh *eyh pokok buluh orang panggil sebatang ke??* then dia pun pergi la ambil wuduk..lepas ambil wudhuk tu dia pun pergi kat tempat dia letak tuala tadi..then tengok tuala tu dah takde..rupa-rupanya tuala dia nun dihujung dahan buluh tu..kata orang pada malam lailatul qadar pokok-pokok semua sujud ke bumi..dimana pada malam ini para malaikat akan turun ke bumi..


ya..Allah..sy sangat teringin berjumpa malam lailatul qadar..semoga Allah s.w.t memakbulkan doa sy..amiin..sekian

~thanx for reading..feel free to drop by~

Friday, August 5, 2011

nikmat seorang muslim ; hikmah puasa

salam..
hye semua! puasa tak hari ni??

alhamdulillah..masuk hari ini bermakna sudah 5 hari kita semua berpuasa..ini bermakna hanya tinggal 25 hari sahaja lagi bakal berakhirnya bulan ramadhan...tetiba rasa sedih..agak-agaknya bertemu tak lagi kita dengan ramadhan akan datang?? insyaAllah kalau Allah masih panjangkan umur kita..

ok hari ini sekadar nak berkongsi hikmah puasa ataupun kelebihan puasa..sure dah ramai yang tahukan...tapi ini just untuk memperingatkan diri sendiri saje..


ada hadith nabi yang bermaksud :

perut ialah rumah penyakit dan puasa adalah raja segala ubat“.

so, memang tak lain tak bukanlah bahawa perut makanan adalah punca penyakit..namun bukanlah bermaksud jangan makan lansung or semua jenis makanan adalah pembawa penyakit.

puasa menurut syariat bermaksud menahan diri darisegala sesuatu yang membatalkan puasa daripada terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari, dengan disertai niat ibadah dengan Allah.

dalam bulan puasa ni banyak mengajar kita sifat-sifat mahmudah..dalam masa yang sama kita berjaya meningkatkan iman dalam diri..apa tidaknya waktu yang digunakan untuk makan selama ini boleh digantikan dengan ibadah seperti bertadarus..waktu ini juga boleh membersihkan rohani kita dengan menanam perasaan kesabaran, kasih sayang, pemurah, berkata benar, ikhlas, disiplin, terhindar dari sifat tamak dan rakus, dan sebagainya.

Ayat puasa itu dimulai dengan firman Allah:"Wahai orang-orang yang beriman" dan disudahi dengan:" Mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa."Jadi jelaslah bagi kita puasa Ramadhan berdasarkan keimanan dan ketaqwaan.Untuk menjadi orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah kita diberi kesempatan selama sebulan Ramadhan,melatih diri kita,menahan hawa nafsu kita dari makan dan minum,mencampuri isteri,menahan diri dari perkataan dan perbuatan yang sia-sia,seperti berkata bohong, membuat fitnah dan tipu daya, merasa dengki dan khianat, memecah belah persatuan ummat, dan berbagai perbuatan jahat lainnya.Rasullah s.a.w.bersabda:

"Bukanlah puasa itu hanya sekadar menghentikan makan dan minum tetapi puasa itu ialah menghentikan omong-omong kosong dan kata-kata kotor."
(H.R.Ibnu Khuzaimah)

antara hikmah lain berpuasa adalah puasa sebagai pelindung ataupun perisai..perisai ?? Rasulullah SAW menjelaskan bahawa syurga diliputi dengan perkara-perkara yang tidak disenangi, dan nerakan diluputi dengan syahwat.. jika telah jelas demikian , sesungguhnya puasa boleh menghancurkan syahwat, dan mematahkantajamnya syahwat yang bisa mendekatkan seorang hamba ke neraka.. antara hadith yang menjelaskan :


Bersabda Rasulullah SAW "Tidaklah seorang hamba yang berpuasa di jalan Allah kecuali akan Allah jauhkan dia (karena puasanya) dari neraka sejauh tujuh puluh musim". (HR. Bukhari 6/35, Muslim 1153 dari Abu Sa'id Al-Khudry.

Rasulullah SAW bersabda "Puasa adalah perisai, seorang hamba berperisai dengannya dari api neraka" (HR. Ahmad 3/241, 3/296 dari Jabir, Ahmad 4/22 dari Utsman bin Abil 'Ash. Ini adalah hadits shahih).

Dan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda "Barangsiapa yang berpuasa sehari di jalan Allah maka di antara dia dan neraka ada parit yang luasnya seperti antara langit dengan bumi".

Kajian sains dan ilmu moden berkenaan kelebihan puasa (sumber)

Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik / racun2 dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit2nya dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubat2 moden. Dan puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat juga menajamkan minda kita.

Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.

Dr. Alan Cott, Seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.

Puasa juga insyaAllah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan.

Sedangkan dunia perubatan pula telah mengenal pasti pelbagai punca penyakit yang dialami masyarakat dunia masa kini dan antara penyakit yang paling kerap berlaku di dunia masa kini menurut Pertubuhan Kesihatan SeDunia ialah disebabkan sindrom metabolik. Sindrom ini meliputi 4 masalah iaitu: (1) glukos darah tinggi (2) Tekanan darah tinggi (3) Lipid darah tinggi dan (4) lebih berat badan atau obesiti. Dengan hanya meneliti penyakit utama dunia kini dan kesan puasa pada tubuh badan dapatlah kita simpulkan bahawa berpuasa adalah sangat bersesuaian untuk mencegah penyakit sindrom metabolik yang melanda dunia masa kini.

Al-Harits seorang doktor Arab mengatakan :“Yang banyak membunuh manusia adalah kerana manusia suka memasukkan makanan pada perut sebelum makanan dalam perut dicerna.”

Dr. Alexis Carel seorang doktor antarabangsa dan pernah memperolehi penghargaan nobel dalam bidang kedoktoran telah menyatakan bahawa dengan berpuasa dapat membersihkan pernafasan.

Puasa dapat manambahkan kesegaran dan kesihatan pada tubuh, kerana perut yang sentiasa bekerja memproses makanan juga perlu berhenti bekerja buat sementara waktu. Dan ketika berpuasa itu lah perut kita berehat dan mendapat kesegaran semula untuk bekerja kemudiannya. Sama juga ibaratnya seperti enjin kereta yang mungkin tidak tahan lama jika dipaksa untuk sentiasa berjalan tanpa henti.


sedikit info..moga memberi manfaat untuk kita semua..

p/s : tetibe rindu zaman puasa kat sekolah..tadarus same2 kat surau annur..terawih same2..serve makanan kat dewan makan sesame..hope ramadhan tahun ni lebih bermakna dari tahun2 lepas dengan penuh keberkatan..mari khatam quran beramai-ramai !



~thanx for reading..feel free to drop by~

Sunday, July 31, 2011

salam ramadhan almubarak


salam..hello peeps..

selamat menyambut ramadhan almubarak..
semoga ramadhan tahun ini membawa sejuta erti dan penuh dengan keberkatan
..selamat berpuasa semua...jgn lupa niat!



*mekasih pkcik google n blogger..keh3..

because she is me