word power

“Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.”
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

lets follow each other

Wednesday, December 9, 2015

ujian rumah tangga


Salam..

tajuk  macam matang je kan...haha...masuk bulan December ni kiranya hampir 10 bulan dah aku dengan hubby pjj..

walaupun ramai kata Seremban ke KL tu sekangkang kera je..tak payah nak sedih sangat pjj ..hubby balik 2 kali seminggu..

perasaan?

entahlah..masa awal-awal kawen dulu aku rasa sunyi juga sebab 1st time hidup tanpa teman..ye la sebelum ni tinggal di hostel..lepas tu kerja tinggal dengan kawan-kawan.. at least dengar la juga suara celoteh kawan-kawan..makan pun berteman..

masa awal-awal duduk rumah sewa sorang-sorang sedih la jugak..tapi masa tu sebukkan diri dengan kemas rumah.. baca buku semua.. so takde la bosan sangat.. tapi saat yang paling mencabar bila aku pregnant.. masa ni banyak dihabiskan dengan melepet di tilam.. nak bangun tak larat.. pening..muntah.. bila dah tak boleh buat apa-apa mula la rasa sunyi dan bosan.. aku pernah je menangis sorang-sorang.. sebab terlalu tak larat dan sunyi.. even nak pergi ambik air segelas kat dapur pun tak larat nak bangun.. tapi perancangan Allah tu cantik..masa aku alahan teruk dapat balik kampung dalam 2 minggu..tinggal dengan mak dan abah.. masa ni memang kemuncak mabuk yang teruk..tapi Alhamdulillah mak abah sangat memahami.. kalau tinggal sendiri tak tau la macam mana..

lepas 2 minggu balik kampung..aku dah mula kerja..awal-awal kerja agak azab pada aku... mabuk tak hilang lagi.. badan lemau sangat.. nasib baik ofis aku tertutup so banyak masa jugak aku ambik untuk nap.. *ampun bos...hehe

kemudian masa bulan puasa..yang jugak terlebih mencabar untuk aku..sebab aku tak boleh perut kosong..bulan puasa mana nak dapat lunch..nak masak memang tak la..bau minyak pun aku dah nak muntah.. bawak bekal roti..tapi tekak ni sangat memilih.. end up aku sanggup lagi tidur dari makan..kesian baby.. dan masa dalam bulan puasa ni jugak dah dapat rasa baby bergerak..tula yang beri semangat kat aku untuk bersabar..

now dah dihujung-hujung pregnancy.. tak sampai sebulan lagi nak bersalin..kami? 
masih pjj..tak tahu la sampai bila macam ni.. kadang-kadang terasa juga nak berenti kerja nak cari kerja lain..tapi terlalu banyak komitmen..sabar dan sabar selagi mampu..tu je aku mampu buat sekarang ni.. semoga ada hikmah di sebalik segala ujian..




~thanx for reading..feel free to drop by~

Monday, November 16, 2015

33 weeks milestone

Salam,

Dear anak Ummi,

sekarang baby AS dah 33 weeks in ummi's tummy.. lastweek check up masa 32 weeks berat awak 1.6 kg.. doktor cakap kecik sikit tapi still within normal range.. surprisingly masa scan tu kepala awak dak masuk laluan, so on the spot ummi kena inject dexa untuk matangkan paru-paru awak in case awak tak sabar dah nak keluar.. ummi pun tak sabar nak jumpa awak, tapi please keluar bila dah term ye syg..at least 3 weeks to go..

after injection tu baru la ummi tau yang ummi allergic to steroid, ummi jadi insomnia, tak boleh tidur lansung.. pastu seluruh badan rasa gatal-gatal.. tq kat abi sebab teman ummi jugak jumpa doktor hari tu.. kesian abi jadi tempat ummi lepaskan geram pulak..hehe..sorry syg..

lately makin kuat terasa baby AS tendang-tendang..sampai timbul2 kat perut ummi, kadang-kadang senakm jugak ummi rasa.. tidur malam memang dah tak lena..asyik rasa nak kencing, lebih-lebih lagi kalau awak gerak.. campur dengan tak selesa..badan sakit-sakit..

bila ummi berdiri or jalan rasa sakit sangat kat bawah perut.. rasa macam nak jatuh je perut.. lately kalau jalan pun dah buat ummi mengah.. terasa sakit di tulang rusuk..

macam ni rupanya apa yang ibu-ibu semua rasa.. buat ummi terfikir memang tiada yang lebih layak syurga tu dibawah tapak kaki ibu.. ni belum lagi sakit nak bersalin.. semoga ummi tabah..




To abi,

thank you for being with me through this time..
I love u both

ummi~



 

~thanx for reading..feel free to drop by~

Friday, October 16, 2015

bersyukurlah wahai diri ini








Salam..


straight to the point,  today rasa nak coretkan sikit pasal kerja aku.. which yang everyday aku rasa tak bersemangat.. rasa muak kerja.. rasa macam pffffffftt..

to be honest sebenarnya aku tak menjiwai sangat kerja aku.. dulu -dulu ambik dietetik sebab macam dah takde course yang menarik je nak ambik.. so hentam saja la labu ..nak-nak dengan result matrix yang biasa-biasa saje..

masa zaman study rasa seronok la juge.. mungkin sebab ada kawan-kawan.. lepas tu setiap semester mesti setiap subject tu akan ada 2 hari yang aku ponteng .. iaitu ponteng yang sengaja sebab kalu nak exam kena cukup 80% attendance kan.. so cukup la..tehehe..

bila masuk zaman praktikal aku dah mula malas-malas.. sebabnya aku baru sedar tak best rupanya bercakap untuk nasihat orang.. bila masuk wad yang crowded dengan bau-bauan aku rasa lagi hell.. bila kes banyak aku dah mula tak tahan lapar dan panas.. so posting yang aku paling suka dulu-dulu ialah special unit.. sebab ICU ada air cond.. gettew..

so kerja pertama aku selepas grad adalah pembantu penyelidik.. yang ni aku suka .. sebab masa kerja aku sangat flexible.. suka hati nak datang pukul brapa..suka hati nak balik pukul berapa janji task aku siap.. pulak tu aku duduk ngadap laptop dengan duduk dalam lab je.. which is tak perlu nak deal dengan manusia sangat kecuali bahagian kewangan yang sangat lembab nak masukkan gaji.. masa ni kawan-kawan pun best.. tetiap malam ajak Kimi test restoran-restoran baru kat KT tu..

tapi dalam masa kerja tu aku mengusha kerja lain juge.. interview pertama aku adalah catering dietitian BESTA.. sebenarnya aku tak berminat lansung nak jadi catering dietitian.. tapi nak test market punya pasal aku pergi je interview.. Alhamdulillah dapat tapi nak di hantar ke Pasir Gudang.. so aku tolak sebab aku rasa jauh dan tak berbaloi dengan gaji yang diberi tambah dengan cerita hell catering dietitian oleh kawan-kawan..

next kerja aku pegawai penyelidik.. yang ni nama je pegawai..ada hari macam kuli batak..yela  buat research banyak tempat.. tiap kali turun field segala mala file kena bawak dengan machine2 bagai.. so memang lain macam sikit la.. bukan junior cam aku je kena buat..tapi senior2 pun.. sesungguhnya gitu le research gomen.. masa kerja yang ni memang tetiap hari aku duk usha kerja lain.. resume tak yah cite berlambak apply mana-mana.. interview pun tayah cite memang aku paling champion.. tapi ntah kenapa walaupun penat dan stress keep in data aku rasa happy je.. tetiap hari sesak naik lrt pun ok.. tetiap hari marathon kejar ktm pun best.. kerja sabtu pun kadang-kadang best..sebab balik dari kerja cuci mata ke jln TAR, mid valley la.. TS la.. sogo la..macam-macam..tapi yang tak bestnya situ kontrak saje..

2 minggu sebelum kawen aku dapat kerja as dietitian sambilan di Seremban.. masa dapat tu seronok la jugak.. finally dapat la kerja yang setimpal dengan degree aku.. tapi seronoknya sekejap je.. sebab kan aku memang tak minat nak jadi dietitian kan.. so hari-hari ke wad.. hari-hari jaga klinik.. hari-hari ngadap patient.. serius penat amat.. tak rasa happy lansung..

rezeki datang lagi selepas aku dapat kerja yang sekarang ni..dietitian jugak.. masa dapat seronok juga.. masa tu fikir rezeki anak ni sebab baru dapat tau pregnantkan.. masa mula-kerja memang rasa pfffffttt sebab tengah alahan teruk.. sampai satu tahap tak larat sangat sampai bentang sejadah baring kat dalam ofis.. kepala memang ting tong dalam beg sentiasa ada plastik untuk stand by muntah.. kadang-kadang on the way nak pegi tengok patient bleh brenti muntah dulu.. kena attend meeting sampai setengah hari..masa dalam meeting tak tahan sakit kepala mintak izin nak keluar pegi toilet..pastu lepak dalam toilet stengah jam sambil menangis.. patient tak ramai tapi management work yang buat aku pening.. tambah dengan kitchen baru buka.. makanya menjiwai la sekejap perasaan catering dietitian.. memang banyak betul dugaan masa mengandung ni.. hmmm..ape-ape pun bersyukur dah lalui 28 weeks plus plus..

last week bukak wechat setelah berbulan tak buka.. tetiba tertengok status kawan yang terpaksa berhenti kerja sebab jauh dengan husband.. pulak tu tengah pregnant.. kerja pun still status kontrak.. tengok #tag dia tulis nak sambung study la kerja pun susah nak dapat..hmm





I think I just woke up from my deep sleep.. bersyukurlah.. bersyukurlah wahai hati..

Tuesday, October 13, 2015

28 weeks milestone

Salam..

Alhamdulillah baru habis audit JCI..baru boleh bertenang..kalau tak stress je manjang..kesian baby.. now dah 28 weeks plus plus.. rasa cepat je masa berlalu.. rasa macam baru je lagi muntah-muntah..nangis-nangis tak larat =P

now baby dah masuk 28 weeks.. makin terasa gerakkan.. awal-awal dulu cuma rasa macam angin bergerak dalam perut.. lepas tu rasa gelombang-gelombang.. now memang rasa sangat dia pusing-pusing dan tendang..kadang-kadang tetiba rasa nak terkencing..lepas tu hilang.. lepas tu rasa lagi.. kawan-kawan ummi cakap awak tendang pundi kencing ummi..

 now abi dan ummi dah beli barang-barang keperluan untuk baby.. tapi tak complete semua lagi.. ummi rasa macam banyak je lagi masa.. tapi semua orang cakap dah kena prepare especially beg untuk bawa pegi hospital.. ummi ikot jela..dah ni 1st time kan.. semua tanya org..

sekarang ni ummi tak boleh nak tido sangat malam-malam sebab rasa baby asyik tendang-tendang je.. bila ummi mengiring baby tendang-tendang.. bila ummi baring melentang baru baby diam.. agak kematu blakang ummi asyik melentang je =D

ummi tak sabar nak jumpa baby..
abiummiloves u syg~



Thursday, August 27, 2015

21 weeks milestone

 Salam..

Minggu ni baby dah usia 21 minggu, maksudnya dah 5 bulan lebih.. Alhamdulillah aku still survive dan kesihatan getting better, cuma pagi-pagi je ada muntah.. Selera makan pun dah ok.. surprisingly berat naik 4 kg.. >,<

Cuma lately asyik mengantuk yang amat, kadang-kadang rasa nak jalan sambil pejam mata..bila lambat makan pening kepala yang tak dapat dibendung lagi.. so memang akan bawa bekal roti sentiasa.. 

Semalam monthly check up, macam biasa Dr akan scan setiap kali check up.. so semalam dapat tahu dah jantina baby.. sama macam di teka-teka sebelum ni.. lepas dapat tahu terus dah bayang-bayang baju yang cute-cute..hehe

ok back to topic



Dear baby,

sekarang ummi dah dapat rasa awak gerak2..tendang2.. dah nampak awak gerak2.. walaupun semua orang cakap perut ummi kecik tapi ummi yakin awak sihat-sihat2 je..

Biasa awak suka gerak petang-petang.. bila ummi balik dr kerja awak mesti gerak2.. dan lately makin kerap awak gerak.. malam2 la paling banyak.. sebelum ummi nak tido awak dah tendang2.. lepastu kadang-kadang ummi tersedar tengah malam sebab awak gerak.. terima kasih teman ummi tido ..

semalam masa Dr scan awak tutup muka..awak angkat tangan..Dr cakap awak sambut merdeka kot..lepas ummi ketawa awak hisap jari pulak.. ummi tak sabar nak tunggu awak keluar..another 4 months to go..

 please bear with ummi syg..
 abi dan ummi loves u..








~thanx for reading..feel free to drop by~

Friday, August 7, 2015

1st trimester

 Salam semua..

Alhamdulillah dah masuk 2nd trimester...baru terhegeh2 nak tulis 1st trimester..kikiki

aku start morning sickness around week 6 cemtu.. mula-mula tu just lapar di tengah malam yang ibarat tiada lagi hari esok.. bila ignore dia datang rasa loya dan muntah-muntah..time tu aku ingatkan gastrik aku the culprit.. rupa-rupanya petanda morning sickness..

nama je morning sickness tapi aku afternoon sickness, evening sickness, night sickness..setiap masa la..masa ni alhamdulillah sanagt aturan Allah tu maha indah.. aku baru resign tempat kerja lama dan mintak tangguh 2 minggu tempat baru..so boleh balik rehat kat kampung..bukan apa..kesian hubby nak kena ulang alik dari KL melayan kerenah aku.. tambah pulak waktu tu ada spotting sikit..

so 2 minggu melepek kat kampung..nak makan semua tak boleh..perut berangin je..loya muntah pening..semua complete set.. sampailah satu tahap aku memang dah tak tahan sangat so pegi masuk air kat spital..dapat 2 botol lega la.. masa ni refuse untuk admit..walaupun sakit degil tetap ada..mihmihmih..

masa ni teman baik aku adalah minyak angin..memang lumur satu badan.. urut dah banyak kali jugak..lega kejap je..lepas tu datang balik.. masa ni semua orang duk tanya aku nak makan apa..tapi soalan tu boleh mengundang sakit hati yang melampau.. padahal tanya nak makan apa je pun..hehe

hari2 masa ni aku ulang minum air milo bergelas2 dengan tembikai je..yang tu je boleh makan tu..tu pun kalau rezeki aku..if tak memang muntah balik la..

so total all setakat hari ni dah 3 kali aku pergi masuk air kat hopsital.. perit pedih kena cucuk toksah cakap la..tapi demimu syg..ummi redha..cecece..padahal masa tu mmg mood out giler..

now dah trimester kedua..Alhamdulillah feeling better..xde dah muntah selalu..cuma pagi2 je akan muntah...now kerap lapar..memang sentiasa bekal soya dan roti..dah mula rasa nak makan macam2..ape2 saje demimu anak..



~thanx for reading..feel free to drop by~

Tuesday, July 7, 2015

new journey


 salam..
aku kan malas gila nak update blog..cerita banyak tapi serius malas tahap gaban..tapi tetiba satu pagi hubby cakap tulis la kat diary..nanti bila anak besar boleh tau bahagia dalam derita umi dia..cemtuuu

aku pun rasa macam betul..hiks

so aku pun buat-buat rajin..

alkisahnya.. aku kan kawen masa raya cina hari tu..aku ni suka gila kat baby.. lagi pun dah biasa ngan anak buah yang ramai..so lagi la tak nyempat nak pregnant.. pulak tu kenkawan yang kawen sama tarikh dah ada yang pregnant..lagikk la aku nak sgt2..

cubaan pertama gagal..dan Alhamdulillah cubaan ke dua berjaya..hewhewhew..syukur sgt..

so macam mana yang aku tahu aku pregnant..ermmm

seminggu sebelum tarikh period aku tu tetiba ada spotting..ingta lagi time aku wasap kat hubby dengan perassan kecewa..masuk ofis dengan muka sedih..kawan-kawan tanya period kee? hahaha

so masa tu malas nk nak berharap..hari tu hari jumaat..so hubby balik malam tu kena puasa la kan..sebab period kenkonon kan..tapiii..tetiba lps magrib sampai la tarikh sepatutnye period tu non hado plak spottingnya..masa tu aku dah syak dah..sebab aku ingat lagi satu malam lepas aku balik dari zumba tetiba badan aku panas gila..demam yang high grade fever.. macam kejang seluruh badan..tapi esok tetiba baik..so pelik disitu..

dengan prasaan tak sabo aku ke farmasi beli upt..hubby suruh buat time dia ada kat rumah sebab dia kata senang nak handle aku kalau result negative (aku kan emo kalu negative..haha) ..tapi memang sgt tak sabo ptg tu jugak buat..aku beli satu je.. pulak tu yang murah..sebab aku malu org kat farmasi tu semua tengok aku waktu aku tanya psl upt.. muka aku macam budak sekolah ke?..

tapi lepas buat tu memang tak nampak line ke dua..nampak sipi2 tapi terlalu mcm ntah la..putih pun ada..masa tu geram jugak kat diri sendiri kenapa tak beli  banyak sikit dan yang berkualiti sikit.. petang esok balik kerja pegi beli lagi sekali..lepas gugel cakap yg brand guardian boleh tahan accurate..so aku beli 2 free 1..so total 3.. 

esoknya pagi-pagi lagi aku cek..sebab melalui yang aku baca drg cakap air kencing yang pertama adalah accurate..tetiba exited gila...Alhamdulillah..Alhamdulillah..siap-siap mandi tak sabar nak tunjuk kat hubby..hehe

so hari tu aku rasa saat paling inah dalam hidup aku cewahhhh...


sekian saje la..next time cite pasal merana dalam bahagia morning sickness pulak la..

~thanx for reading..feel free to drop by~

Thursday, June 4, 2015

kisah move on


 Salam..
hai semua..macam dah lama je tak jenguk sini kan..
 btw banyak sangat benda nak cerita..banyak sangat yang nak dijadikan kenangan..tapi kekangan masa jadi tak sempat semua campur dengan badan tak sihat *alasan seposen dua..


 ok now officially aku dah brenti kerja as dietitian kat HTJS.. banyak sangat belajar kat sana.. walaupun cuma 2 bulan tapi ilmu yang di timba terlalu bnayak..terima kasih pada semua dietitian di HTJS terutamanya untuk bos sebab bagi aku peluang timba pengalaman kat sana.. korang semua memang awesome la..hehe

sepanjang tempoh dua bulan tu macam-macam aku lalui..suka duka semua akan aku jadikan kenangan selamanya.. seronok kerja kat sana ..nak resign banyak kali jugak fikir.. tapi demi masa depan yang lebih cemerlang gemilang dan terbilang aku harus move on..sampai bila nak berada di zon selesa je kan..

so here I am.. officially clinical dietitian di KPJ Seremban.. eventhough macam-macam orang cerita pasal scary jadi dietitian di private tapi what else I can do..aku anggap di rezeki untuk aku dan keluarga..

hari ni hari ke 4 aku di KPJ.. memang rasa masa berjalan sangat lambat..yela kerja 6 hari seminggu.. sepanjang tempoh 3 bulan tak boleh cuti.. badan pulak tak sihat.. Allah saje yang tahu perasaan aku.. setiap hari mengharapkan kekuatan dariNya.. tapi Alhamdulillah still survive..

Alhamdulillah jugak semua orang yang aku jumpa sangat baik..tak tahu la sebab baru lagi ke or sebab sini kan private so mungkin kena nice la kan..or mungkin sebab aku head of service.. mostly cakap janganlah berhenti dah ..aku ntah dietitian yang ke berapa dah.. hope so..aku pun dah penat nak tukar-tukar kerja..


now aku sedang biasakan diri dengan environment, hopefully badan makin sihat makanya makin bagus la...dan next week our own kitchen akan start beroperasi..aku mengharapkan yang terbaik dari semua pihak..semoga semua berjalan lancar.

ok la ..till then..



~thanx for reading..feel free to drop by~

Thursday, April 2, 2015

solemnization : 19 February 2015


Salam..

hye all... so yeahhh 1st post for 2015..ngee~
punya la lama tak buka blog.. reason?..
ntah sebab malas kot.. takde masa juga kot..eceh macam busy selalu saje

so cut it short and precise 19 Februari aritu officially someone's wife..
macam tak percaya lagi pun ada walaupun dah sebulan lebih kahwin..macam ape je kan =P

aku rasa aku tak pernah pun cerita pasal bertunang ke ..pasal kitorang ke kat sini kan.. tetiba dah nak kawen ..cemtuu..

so actually kitorang bertunang 31 Ogos 2014 tahun lepas, short notice punye plan ni.. less than 1 month punya preparation..ok bab ni nanti aku cerita..bepuluh kali dah janji dengan kawan-kawan nak cerita.tapi malas amat nak menaip kat sini..


so 

.
.
.
.
.
.
.

yeahhhh

 introducing my husband









ps: ilysms


~thanx for reading..feel free to drop by~