word power

“Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.”
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

lets follow each other

Friday, October 16, 2015

bersyukurlah wahai diri ini








Salam..


straight to the point,  today rasa nak coretkan sikit pasal kerja aku.. which yang everyday aku rasa tak bersemangat.. rasa muak kerja.. rasa macam pffffffftt..

to be honest sebenarnya aku tak menjiwai sangat kerja aku.. dulu -dulu ambik dietetik sebab macam dah takde course yang menarik je nak ambik.. so hentam saja la labu ..nak-nak dengan result matrix yang biasa-biasa saje..

masa zaman study rasa seronok la juge.. mungkin sebab ada kawan-kawan.. lepas tu setiap semester mesti setiap subject tu akan ada 2 hari yang aku ponteng .. iaitu ponteng yang sengaja sebab kalu nak exam kena cukup 80% attendance kan.. so cukup la..tehehe..

bila masuk zaman praktikal aku dah mula malas-malas.. sebabnya aku baru sedar tak best rupanya bercakap untuk nasihat orang.. bila masuk wad yang crowded dengan bau-bauan aku rasa lagi hell.. bila kes banyak aku dah mula tak tahan lapar dan panas.. so posting yang aku paling suka dulu-dulu ialah special unit.. sebab ICU ada air cond.. gettew..

so kerja pertama aku selepas grad adalah pembantu penyelidik.. yang ni aku suka .. sebab masa kerja aku sangat flexible.. suka hati nak datang pukul brapa..suka hati nak balik pukul berapa janji task aku siap.. pulak tu aku duduk ngadap laptop dengan duduk dalam lab je.. which is tak perlu nak deal dengan manusia sangat kecuali bahagian kewangan yang sangat lembab nak masukkan gaji.. masa ni kawan-kawan pun best.. tetiap malam ajak Kimi test restoran-restoran baru kat KT tu..

tapi dalam masa kerja tu aku mengusha kerja lain juge.. interview pertama aku adalah catering dietitian BESTA.. sebenarnya aku tak berminat lansung nak jadi catering dietitian.. tapi nak test market punya pasal aku pergi je interview.. Alhamdulillah dapat tapi nak di hantar ke Pasir Gudang.. so aku tolak sebab aku rasa jauh dan tak berbaloi dengan gaji yang diberi tambah dengan cerita hell catering dietitian oleh kawan-kawan..

next kerja aku pegawai penyelidik.. yang ni nama je pegawai..ada hari macam kuli batak..yela  buat research banyak tempat.. tiap kali turun field segala mala file kena bawak dengan machine2 bagai.. so memang lain macam sikit la.. bukan junior cam aku je kena buat..tapi senior2 pun.. sesungguhnya gitu le research gomen.. masa kerja yang ni memang tetiap hari aku duk usha kerja lain.. resume tak yah cite berlambak apply mana-mana.. interview pun tayah cite memang aku paling champion.. tapi ntah kenapa walaupun penat dan stress keep in data aku rasa happy je.. tetiap hari sesak naik lrt pun ok.. tetiap hari marathon kejar ktm pun best.. kerja sabtu pun kadang-kadang best..sebab balik dari kerja cuci mata ke jln TAR, mid valley la.. TS la.. sogo la..macam-macam..tapi yang tak bestnya situ kontrak saje..

2 minggu sebelum kawen aku dapat kerja as dietitian sambilan di Seremban.. masa dapat tu seronok la jugak.. finally dapat la kerja yang setimpal dengan degree aku.. tapi seronoknya sekejap je.. sebab kan aku memang tak minat nak jadi dietitian kan.. so hari-hari ke wad.. hari-hari jaga klinik.. hari-hari ngadap patient.. serius penat amat.. tak rasa happy lansung..

rezeki datang lagi selepas aku dapat kerja yang sekarang ni..dietitian jugak.. masa dapat seronok juga.. masa tu fikir rezeki anak ni sebab baru dapat tau pregnantkan.. masa mula-kerja memang rasa pfffffttt sebab tengah alahan teruk.. sampai satu tahap tak larat sangat sampai bentang sejadah baring kat dalam ofis.. kepala memang ting tong dalam beg sentiasa ada plastik untuk stand by muntah.. kadang-kadang on the way nak pegi tengok patient bleh brenti muntah dulu.. kena attend meeting sampai setengah hari..masa dalam meeting tak tahan sakit kepala mintak izin nak keluar pegi toilet..pastu lepak dalam toilet stengah jam sambil menangis.. patient tak ramai tapi management work yang buat aku pening.. tambah dengan kitchen baru buka.. makanya menjiwai la sekejap perasaan catering dietitian.. memang banyak betul dugaan masa mengandung ni.. hmmm..ape-ape pun bersyukur dah lalui 28 weeks plus plus..

last week bukak wechat setelah berbulan tak buka.. tetiba tertengok status kawan yang terpaksa berhenti kerja sebab jauh dengan husband.. pulak tu tengah pregnant.. kerja pun still status kontrak.. tengok #tag dia tulis nak sambung study la kerja pun susah nak dapat..hmm





I think I just woke up from my deep sleep.. bersyukurlah.. bersyukurlah wahai hati..

No comments:

Post a Comment