word power

“Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.”
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

lets follow each other

Saturday, August 20, 2011

nikmat seorang muslim : Malam Lailatul Qadar




salam..
selamat berbuka semua!

hari ni dah hari ke 20 ramdhan..maknanya tinggal lagi 9 hari kita semua akan menyambul syawal..bagaimana persiapan raya??
opss!! bukan itu yang mahu dikongsi..hari ni hari ke 20..maknanya malam-malam seterusnya adalah antara malam ke 10 ramadhan..malam dimana ada satu malam yang dipanggil Malam "Lailatul Qadar"

apakah lailatul qadar??



lailatul qadar akan terjadi antara 10 malam terakhir ramadhan, ia merupakan malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan..setiap mukmin pasti menunggu-kehadiran malam ini..di mana pada malam ini ibadatnya lebih baik daripada 1000 bulan..sebagaimana yang diterangkan di dalam al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".


malam lailatul qadar mempunyai banyak kelebihan..beruntunglah pada siapaa yang berjaya mencarinya..berjaya mencari keredha pada malam tersebut..berjaya meningkatkan ibadat pada malam tersebut..

Rasulullah s.a.w meyarankan agar umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang penuh barakah ini dengan pelbagai amalan dan ibadat..antara hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

tanda-tanda malam lailatul qadar: [sumber]

[1] Udara dan angin sekitar terasa tenang. Sebagaimana dari Ibnu Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لَيْلَةُ القَدَرِ لَيْلَةٌ سَمْحَةٌ طَلَقَةٌ لَا حَارَةً وَلَا بَارِدَةً تُصْبِحُ الشَمْسُ صَبِيْحَتُهَا ضَعِيْفَةٌ حَمْرَاء

Lailatul qadar adalah malam yang penuh kelembutan, cerah, tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar lemah dan nampak kemerah-merahan.” (HR. Ath Thoyalisi. Haytsami mengatakan periwayatnya adalah tsiqoh /terpercaya)

[2] Malaikat menurunkan ketenangan sehingga manusia merasakan ketenangan tersebut dan merasakan kelezatan dalam beribadah, yang tidak didapatkan pada hari-hari yang lain.

[3] Manusia dapat melihat malam ini dalam mimpinya sebagaimana terjadi pada sebagian sahabat.

[4] Matahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan jernih, tidak ada sinar. Dari Abi bin Ka’ab bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang artinya,”Shubuh hari dari malam lailatul qadar matahari terbit tanpa sinar, seolah-olah mirip bejana hingga matahari itu naik.” (HR. Muslim) (Lihat Shohih Fiqh Sunnah II/149-150)


*sesungguhnya sesiapa yang terlepas malam lailatul qadar teramatlah rugi..sama-samalah kita mencari malam tersebut..just untuk peringatan untuk diri sendiri..

btw, dlu mak pernah cerita ada sorang pakcik kat kampung dia ni sorang yang sangat alim dan baik..zaman dulu-dulukan manalah ada air paip kat masjis..masa tu kolah-kolah pun takde..so, dia pun pergi la kesungai untuk ambil wudhuk..sampai je kat sungai tu dia pun sangkut la tuala di pada sebatang pokok buluh *eyh pokok buluh orang panggil sebatang ke??* then dia pun pergi la ambil wuduk..lepas ambil wudhuk tu dia pun pergi kat tempat dia letak tuala tadi..then tengok tuala tu dah takde..rupa-rupanya tuala dia nun dihujung dahan buluh tu..kata orang pada malam lailatul qadar pokok-pokok semua sujud ke bumi..dimana pada malam ini para malaikat akan turun ke bumi..


ya..Allah..sy sangat teringin berjumpa malam lailatul qadar..semoga Allah s.w.t memakbulkan doa sy..amiin..sekian

~thanx for reading..feel free to drop by~

Friday, August 19, 2011

WAD 3 UTARA HUSM

salam..hye semua..
selamat berpuasa hari ke 20!
semoga kita semua terus tingkatkan amalan dan ibadat

hari ni selamat berbuka bersama keluarga tersayang selepas 6 hari berada di negeri Kelantan Darul Naim..ok sekarang ni bukan nak cerita pasal berbuka puasa tapi nak cerita pasal wad 3utara Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) , Kubang Kerian..wad 3U ni adalah wad sugery perempuan di HUSM terletak di tingkat 3 bangunan 102 HUSM tu..kenapa nak cerita pasal wad ni??sebabnya 2 mlm sy stay kat hospital ni temankan akak..kali ni tanak lagi cerita pasal penyakit akak..next time insyaAllah akan dikongsi..

ok, wad ni menempatkan patient yang tengah tunggu turn untuk di-operate or post-operative patient..wad ni untuk perempuan sahaja..tak tau la wad surgery untuk lelaki nama apa pulak..sebab tak sempat nak jalan-jalan dalam hospital..hehe...


wad ni macam dibahagikan kepada dua bahagian..sebelah untuk patient campur-campur sakit ape semua..then sebahagian lagi adalah bahagian neurology..kat bahagian tu memang agak ramai patient daripada bahagian sebelah lagi..bahagian-bahagian dalam wad ini dipisahkan oleh kaunter nurse, pantri dan stor..

1st time datang HUSM ..sangat teruja..terutama bila melangkah ke wad surgery ni..namun rasa teruja tu sekejap je..rasa nak menitis air mata bila tengok patient2 kat dalam wad tu..terutama yang dibahagian neuro..majornya memang dalam keadaan koma..dari remaja sampailah yang tua..HUSM ni peraturannya tak la ketat sangat..even kat wad perempuan pun lelaki boleh jaga..ada yang siap bawak anak kecil lagi..sebab takde orang nak jaga kat rumah..keadaan flexible cam ni ada baiknya..kadang-kadang kita tak tahu kesusahan keluarga tersebut..mungkin makcik-makcik tu hanya ada anak lelaki je kn..ade yang cucu lelaki jaga neneknya..terharu weh!


macam-macam kes dalam wad ni..rasa macam tak sanggup nak tengok keadaan dalam wad ni..sedih sangat..betapa kebalnya hati doctor2 dan nurse yang jaga patient2 ni..hebak!!
teringain rasa nak cerita pasal patient2 kat wad 3U tu..sape2 yang rasa nak jadikan kes study pun ok jugak..eyh ade ke yang nak study time2 cuti ni..haha


case 1
seorang patient wanita berumur lebih kurang 40 lebih..demam dari hari 1st puasa..dengan muntah2..klinik just bagi PCM dan suruh balik rumah..tapi makcik ni tak baik2 juga..sekali HUSM sahkan hati dia bernanah..tapi nanah tu tak matang lagi..20/11 ni baru boleh operate untuk sedut nanah tersebut..see..berapa lama makcik tu kena bertahan..dia memang tak rasa sakit pada hati dia tu..tapi dia demam teruk..muntah2..lansung tak boleh bangun..setiap setengah jam nurse akan datang inject antibiotik..sedih tengok keadaan dia..nasib baik ada anak-anak perempuan yang boleh uruskan dia..kes makcik ni menarik perhatian sy sebab kes dia ni melibatkan dietitian..tiap kali dokter datang pada makcik ni mesti dia akan paggil dietitian sama..sy just curi-curi dengar perbualan dorang..tapi tak faham sangat..kenapa sy berminat?? haruslahkan..kan bakal dietitian..haha


case 2
seorang makcik umur lingkungan 59 tahun..datang dengan sebelah wayar yang menyambungkan ureter dia tercabut..kedua-dua belah kidney dia disambungkan wayar..maksudnya urine dia tak disalurkan ke urinary bladder..tapi yang lebih menyedihkan makcik ni jugak ada cancer rahim dan masalah jantung..sedihkan..serius tak sanggup kalau terkena pada family sendiri macam ni..tapi part houseman officer (HO) yang incharge makcik ni memang menyakitkan hati..dia soal2 makcik tu pasal ubat jantung yang makcik tu ambil..kebetulan makcik tu tak bawak ubat dia coz datang HUSM tergesa-gesa sebab wayar dia tu tercabut..HO tersebut boleh ckap kat makcik tu "macam mana sy nak bagi ubat pada makcik..makcik pun tak tahu ubat apa yang makcik ambil.."..makcik tu jawab "tak pela..tayah kasi la ubat..dah makcik pun tak reti ubat ape"
tak faham kat sini siapa dokter..makcik tu ke HO..dah sedia tahu makcik tu org tua..org kampung lagi..manalah dia nak kenal jenis2 ubat..dahtu dia pula ada banyak penyakit..mestilah ada banyak jenis ubat..kat hospital memang takde record ubat patient ke???


case 3
seorang makcik yang dah lama sakit-sakit..tapi still tak tahu sakit apa..tiap kali buat test dokter still tak dapat kesan...selepas lama menderita akhirnya result test menunjukkan makcik tu ada ketumbuhan dalam perut die..tapinye ketumbuhan tu bergerak-gerak..dokter kena tunggu lama untuk buat operation untuk pastikan ketumbuhan tu tak bergerak..makcik tu bari lepas operate dua hari lepas..lepas operate dia muntah2 teruk dengan demam..mungkin kesan daripada operate tu..kesian kan..


case 4
seorang patient berumur 21 tahun..mula-mula dia datang buat medical check up coz perut dia tiba-tiba jadi buncit..lepas buat check up..dia disahkan ada cancer rahim..kesian..tengah budak-budak seusia dengan dia happy-happy..tapi dia terlantar di hospital..lebih sakit lagi bila semua bahagian reproductive system dia kena remove..apa yang lebih berharga bagi seorang wanita bila sesuatu yang mungkin membahagiakan hidup dia dah tak ada..??lagi jatuh ditimpa tangga bila cancer dia tu dah merebak ke colon..colon dia pun kena remove..so sekarang ni dokter just tebuk perut dia untuk buat saluran najis..serius kesian weh..


case 5
seorang patient perempuan ada gallstone pada gallbladder dia..*name pun dah gallstonekn..of coz la pada gallbladder ..haha*..ok nak cerita patient ni unik sikit..1st ultrasound dia menunjukkan da 7 biji gallstone..yang paling besar bersaiz 1.43 cm..then dokter amik keputusan uktuk buat ERCP..tapi selepas ERCP menunjukkan bahawa langsung takde gallstone tu dalam gallbladder or dalam saluran..apekah??kenapa?? ERCP??.. *pasal patient ni akan diceritakan dalam entry akan datang okeh..


btw, banyak lagi kisah-kisah dalam wad tersebut..tapi insyaAllah akan diceritakan lain kali..bersyukurlah kita yang punya tahap kesihatan yang baik..sedangkan insan lain bertarung dengan nyawa..terasa diri ini teramatlah manja tak bertempat..demam-demam sikit dah tak boleh nak buat apa-apa..kadang-kadang malas je yang lebih sebenarnya..terfikir lagi, dalam keadaan kita yang sihat ni..banyak mana ibadat kita..berapa banyak pahala yang kita dah dapat..jamin ke masuk syurga??..sedangkan orang-orang yang sakit masih bersusah payah bangun untuk menunaikan tanggungjawab mereka pada Allah swt.kita bagaimana??


3 hari 2 malam di HUSM banyak mengajar erti kesabaran..kesusahan..terima kasih pada semua dokter2 yang sanggup oncall malam2..nurse2 yang baik hati..I wonder kenapa nurse2 di HUSM tersangatlah baik even ada la jugak sorang dua yang sombong..tapi meraka teramat berbeza daripada nurse hospital kerajaan yang sombong tak bertempat..adakah sebab mereka-mereka di HUSM separuh swasta?? *sori if ada yang terasa hati..tapi inilah kebenaran..*


nanti nak cerita pasal HO pulalah..best tengok dorang bersemangat..tetiba time tu terbayang en.dokter sy..hik3..awk pun mesti semangat camtu jugakkan nanti..dah boleh bayang da camne seriusnye..hik3..


*eyh HO yang rawat akak sy tu teramat comel dan cntek ok...name dia dr.stanza cinta..eyh silap..dr amni..haha..muka lebih kurang amni dalam stanza cinta tu jugak..tapi lagi comel..dah tu lembut jek..speaking berabuk slang london..kah3..rerupenye bekas student manchester university..coppp!! nak jadi cam dia jugak lah..tapi manalah bolehkan dia dokter..sy dietitian je..tapi jd wife dokter ok gak kan..*mode gatal..lalala*
kalau sy jadi patient mmg terus baik tengok muka dokter tuh..kalu jadi patient lelaki plak..biarla discharge lambat2 sket..sebab rase tenang je tengok muka dokter tu..ngahaha...sekian.

~thanx for reading..feel free to drop by~

Tuesday, August 9, 2011

puasa di rumah, sekolah dan universiti

Align Center

salam..
hye2 semua
alhamdulillah.hari ini dah masuk hari kesembilan puasa..ini bermakna tinggal lagi 21 hari lagi nak raya kan..eyh2..tapi tahun ni raya 30 sept kan..maksudnya tinggal lagi 20 hari lagi lah kan..owh sedihnya ramadan semakin penghujung..huu

tahun ni tahun paling bertuah sebab berkesempatan puasa di rumah..sepanjang ramadhan berada dirumah..dah lama tak rasa nikmat macam ni..yela sejak umur 13 tahun memang tak berkesempatan nak merasa bulan ramadhan di rumah lama-lama..tapi tahun ni alhamdulillah Allah beri kesempatan untuk merasa nikmat ramadhan di samping keluarga tercinta..

berpuasa dirumah dan diasrama teramatlah berbeza..memandangkan 20 sept ni ada reunion kat sekolah..rasa cam giler-giler nak pergi..rindu pada kawan-kawan sebaik + serajin + sealim ..haha..rindu juga pada cikgu2 yang banyak menyumbangkan ilmu..tapi harapan tinggal harapan..takpe2 ade hikmah jugak tak dapat pergi neh..kawan-kawan nanti kita buat reunion lagi time kita sume umur 30 tahun..time tu kita bawak husband kita yang nsem2 bersama anak yang berderet-deret okeh..haha *dengan penuh semangat*

okeyh nak cite pasal puasa zaman kanak-kanak di sekolah..takde banyak beza pun dengan duduk kat u..tapi kat sekolah ni unik sikit..sebab kitorang ada jam loceng yang gerakkan untuk sahur..*warden-warden..exspecially cikgu asmui*. so, wajib la bangun kan..nanti kalau makanan dekat dewan makan (DM) tak habes, makcik DM tu siap ngadu kat GPK HEM lagi kan..giler baik makcik2 tuh..cam mak2 je kan.. *tipu saje* so, terpaksa la bangun jugak tuk habeskan makanan kat DM tuh..walaupun selera nak bersahur lansung takde..time tu senang je nak pegi DM nak bersahur..bangun je dari katil dengan mamai..terus sarung jubah dan tudung ready-to-wear..*yang pasti girl kat asrama wajib ade jubahkan..sebab senang sarung je time nk pegi mane2..even dalam jubah tersebut adalah baju tidur yang penuh dengan peta..kan..kan..haha*

tapi bila dah masuk u...semua kena berdikari..kena beli jam loceng sendiri.. untung2 ada housemate yang rajin bangun..kalau yang liat tu..kau puasa jela tanpe sahur ok..jgn banyak soal!
so pagi boleh la pergi kelas dengan muka segar, pulang dari kelas pengsan di tengah jln.. *giler lemah kau*


tapi time sekolah waktu nak berbuka memang best..sebab berbuka ramai2..setiap dorm akan dijadualkn bertugas untuk menghidang makanan untuk berbuka puasa..dulu, time dijadualkan bertugas ni adalah masa yang paling best..sebabnya kalu dorm ktrg yg bertugas hari tu..kitorang boleh balik awal time tadarus kat surau annur, pastu lagi boleh balik hostel bersiap awal2..tayah la nak berebut showerkan..nak duduk dalam toilet berejam pun tade orang nak maki hamun..see..seronok kan..dan part yang paling best adalah..siap boleh pilih2 lagi lauk2 yang best..maca boleh pilih ketulan ayam yang paling besar..boleh pilih tray yang ada banyak nasi, boleh rembat kuih2 lebih yang tak berapa enak..

tapi kalau dekat u..semua nak kena cari sendiri..sape yang nk tolong hidang deq non oii..kalau time bulan puasa mula lah surau di penuhi orang..baguskan mereka.. *padahal tompang tdo je pun* pastu kat library pun mula dipenuhi makhluk2 yang kuat study..tak kurang juga yang kuat stado..semua berubah menjadi anai-anai buku..ini semua adalah helah nak tunggu bazar bukak ye! tapi paling xbleh bla ketika di matrix yg kedua terhujung di semenanjung mesia..waktu berbukanya adalah sgt lambat..kadang2 time family call lepas berbuka, tapi kami warga matrix kedah masih berpuasa..wuuu

part terawih zaman sekolah gak tak ley blah..penyakit mengantuk memang menghantui pelajar sbp..ke sekolah aku je?? sampai tengah rakaat tu.. pastu saf yang tadi penuh jadi berlobang.. nape eyh..adakah ini sumpahan?? pastu ada bagi alasan terkentut la ..nak amik air sembahyang..tapi kesuhannya meleapak bawah ampaian telekung menjamu selera beramai..termasuklah aku..haha *jangan tiru aksi ini*

bila dekat u, kesedaran mula datang, tapi kat matrix boleh bilang je berapa hari pergi terawih..selebihnya terbuntang selepas magrib..kwang3..tahun-tahun berukutnya di universiti sifat kedewasaan mula datang..cewaahh. xley bla ayat..time mulalah berjinak-jinak berterawih di masjid kampung ladang..rasa bahagia tak terkata..masa ini jugalah niat nak khatam quran di bulan ramadhan datang secara ikhlas..

see, banyakkan pro and cons..semuanya bergantung pada diri sendiri..tapi giler rindu weh zaman sekolah..seronok kot buat baik sesame..haha

tahun ni berpuasa di rumah..best tak terkata..hari-hari makanan yang dimasak oleh ibu tercinta..petang2 pulak pegi bazar..tapi status bazar same je macam pasar malam. so, kurang berminat tuk pergi..sebab terlalu sesak..sahur pn teramatlah rajin untuk bangun..owh bahagia!

p/s : tak sabar nak berbuka dan sahur dengan suami dan anak-anak pule.. haha *mode gatal*

~thanx for reading..feel free to drop by~

Friday, August 5, 2011

nikmat seorang muslim ; hikmah puasa

salam..
hye semua! puasa tak hari ni??

alhamdulillah..masuk hari ini bermakna sudah 5 hari kita semua berpuasa..ini bermakna hanya tinggal 25 hari sahaja lagi bakal berakhirnya bulan ramadhan...tetiba rasa sedih..agak-agaknya bertemu tak lagi kita dengan ramadhan akan datang?? insyaAllah kalau Allah masih panjangkan umur kita..

ok hari ini sekadar nak berkongsi hikmah puasa ataupun kelebihan puasa..sure dah ramai yang tahukan...tapi ini just untuk memperingatkan diri sendiri saje..


ada hadith nabi yang bermaksud :

perut ialah rumah penyakit dan puasa adalah raja segala ubat“.

so, memang tak lain tak bukanlah bahawa perut makanan adalah punca penyakit..namun bukanlah bermaksud jangan makan lansung or semua jenis makanan adalah pembawa penyakit.

puasa menurut syariat bermaksud menahan diri darisegala sesuatu yang membatalkan puasa daripada terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari, dengan disertai niat ibadah dengan Allah.

dalam bulan puasa ni banyak mengajar kita sifat-sifat mahmudah..dalam masa yang sama kita berjaya meningkatkan iman dalam diri..apa tidaknya waktu yang digunakan untuk makan selama ini boleh digantikan dengan ibadah seperti bertadarus..waktu ini juga boleh membersihkan rohani kita dengan menanam perasaan kesabaran, kasih sayang, pemurah, berkata benar, ikhlas, disiplin, terhindar dari sifat tamak dan rakus, dan sebagainya.

Ayat puasa itu dimulai dengan firman Allah:"Wahai orang-orang yang beriman" dan disudahi dengan:" Mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa."Jadi jelaslah bagi kita puasa Ramadhan berdasarkan keimanan dan ketaqwaan.Untuk menjadi orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah kita diberi kesempatan selama sebulan Ramadhan,melatih diri kita,menahan hawa nafsu kita dari makan dan minum,mencampuri isteri,menahan diri dari perkataan dan perbuatan yang sia-sia,seperti berkata bohong, membuat fitnah dan tipu daya, merasa dengki dan khianat, memecah belah persatuan ummat, dan berbagai perbuatan jahat lainnya.Rasullah s.a.w.bersabda:

"Bukanlah puasa itu hanya sekadar menghentikan makan dan minum tetapi puasa itu ialah menghentikan omong-omong kosong dan kata-kata kotor."
(H.R.Ibnu Khuzaimah)

antara hikmah lain berpuasa adalah puasa sebagai pelindung ataupun perisai..perisai ?? Rasulullah SAW menjelaskan bahawa syurga diliputi dengan perkara-perkara yang tidak disenangi, dan nerakan diluputi dengan syahwat.. jika telah jelas demikian , sesungguhnya puasa boleh menghancurkan syahwat, dan mematahkantajamnya syahwat yang bisa mendekatkan seorang hamba ke neraka.. antara hadith yang menjelaskan :


Bersabda Rasulullah SAW "Tidaklah seorang hamba yang berpuasa di jalan Allah kecuali akan Allah jauhkan dia (karena puasanya) dari neraka sejauh tujuh puluh musim". (HR. Bukhari 6/35, Muslim 1153 dari Abu Sa'id Al-Khudry.

Rasulullah SAW bersabda "Puasa adalah perisai, seorang hamba berperisai dengannya dari api neraka" (HR. Ahmad 3/241, 3/296 dari Jabir, Ahmad 4/22 dari Utsman bin Abil 'Ash. Ini adalah hadits shahih).

Dan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda "Barangsiapa yang berpuasa sehari di jalan Allah maka di antara dia dan neraka ada parit yang luasnya seperti antara langit dengan bumi".

Kajian sains dan ilmu moden berkenaan kelebihan puasa (sumber)

Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik / racun2 dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit2nya dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubat2 moden. Dan puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat juga menajamkan minda kita.

Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.

Dr. Alan Cott, Seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.

Puasa juga insyaAllah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan.

Sedangkan dunia perubatan pula telah mengenal pasti pelbagai punca penyakit yang dialami masyarakat dunia masa kini dan antara penyakit yang paling kerap berlaku di dunia masa kini menurut Pertubuhan Kesihatan SeDunia ialah disebabkan sindrom metabolik. Sindrom ini meliputi 4 masalah iaitu: (1) glukos darah tinggi (2) Tekanan darah tinggi (3) Lipid darah tinggi dan (4) lebih berat badan atau obesiti. Dengan hanya meneliti penyakit utama dunia kini dan kesan puasa pada tubuh badan dapatlah kita simpulkan bahawa berpuasa adalah sangat bersesuaian untuk mencegah penyakit sindrom metabolik yang melanda dunia masa kini.

Al-Harits seorang doktor Arab mengatakan :“Yang banyak membunuh manusia adalah kerana manusia suka memasukkan makanan pada perut sebelum makanan dalam perut dicerna.”

Dr. Alexis Carel seorang doktor antarabangsa dan pernah memperolehi penghargaan nobel dalam bidang kedoktoran telah menyatakan bahawa dengan berpuasa dapat membersihkan pernafasan.

Puasa dapat manambahkan kesegaran dan kesihatan pada tubuh, kerana perut yang sentiasa bekerja memproses makanan juga perlu berhenti bekerja buat sementara waktu. Dan ketika berpuasa itu lah perut kita berehat dan mendapat kesegaran semula untuk bekerja kemudiannya. Sama juga ibaratnya seperti enjin kereta yang mungkin tidak tahan lama jika dipaksa untuk sentiasa berjalan tanpa henti.


sedikit info..moga memberi manfaat untuk kita semua..

p/s : tetibe rindu zaman puasa kat sekolah..tadarus same2 kat surau annur..terawih same2..serve makanan kat dewan makan sesame..hope ramadhan tahun ni lebih bermakna dari tahun2 lepas dengan penuh keberkatan..mari khatam quran beramai-ramai !



~thanx for reading..feel free to drop by~