word power

“Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.”
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

lets follow each other

Wednesday, October 23, 2013

macam mana nak apply sebagai research assistant (RA)

Salam..
Bismillah..


ok..ade sorang adik ni tanya macam mana nak apply sebagai research assistant (RA)..adik ke?? ermm..aku pun fresh graduate jugak..convo pun belom..ehek..

alkisahnya  begini..aku pun sebenarnya tak arif sangat macam mana nak apply secara official..sebab aku ni ditawarkan oleh sorang lecturer ..masa tu aku masih lagi tengah praktikal kat PPUM..so aku pun apelagas setuju je masa tu sebab memang plan nak sambung study..


sebenarnya macam banyak je cara macam mana nak apply jadi RA ni..mengikut survey-survey yang aku buat kat blog-blog bagai..

yang pertama macam yang aku cakap tu la..try la tanya lecturer kot-kot ade yang ada grant tapi masih tak de RA..so boleh grab opportunity ni..

yang kedua macam ada classmate aku dapat jadi research officer (RO) lagi kat institur kesihatan umum (IKU) kat Bangsar nun..mengikut kata dorang yang ni bos kat tempat praktikal yang bagitahu ada vacancy..so drg apply..ada 3 orang kat sana.. drg ni pun boleh sambung master jugak dengan projek dorang..

aku sebenarnya tak tahu sangat berkaitan dengan course lain..yang aku tahu pasal sains kesihatan je..yang course lain tak pasti macam mana cara dia..tapi aku bagi contoh la macma mana nak apply

1.  korang mungkin boleh email or contact potential lecturer yang korang nak jadikan supervisor master korang tu. then tanya dia ada tak grant yg nak guna RA.so korang boleh guna grant lecturer tu as master projek korang.

2. korang boleh jugak search kat Google  vacancy for RA.. contoh macam bidang dietetik..nanti akan ada iklan dari HUKM ke institut-institut yang nak guna RA macam IKU tu ke..bidang lain serius aku tak tahu..sorry again..lepas tu dorang akan suruh hantar resuma dan panggil untuk interview..so after that korang pun boleh la jadi RA..tapi aku selalu tengok UM buat iklan vacancy for RA..gaji agak lumayan..
btw setakat ni UM dengan UKM jela bayar gaji RA mahal sikit dari universiti lain..


tu jela kot yang aku boleh kongsi kat sini..

macam yang adik ni cakap dia nak pengalaman dulu before amik master..so buat macam tu la..approach potential lecturer yang korang nak buat master tu..tengok expertise dia apa..pilih dari universiti yang korang agak-agak nak sambung tu..sebab if korang bantai je nak jadi RA tapi tak kesah expertise lecturer tersebut..rugi la..sebab korang dah work on that grant..tapi tak boleh nak guna hasilnya..

so kesimpulannya buat la research dulu tentang ke-expertise-san lecturer yang sesuai dengan projek yang korang ni tu..


aku rase macam aku duk ulang-sulang ayat yang sama jek..haha

owhh btw adik..akak ni RA kat UniSZA je..hikhokkkk

sekian.


~thanx for reading..feel free to drop by~

Sunday, October 6, 2013

my new obsession


welcome to the world my 4th niece



introducing u

NUR ZARA SAFIYA BT MOHD SHAHADAN

born on 26th September 2013
9.22pm
Hopital Hulu Terengganu..

congrats to both ibu dan ayah


semoga menjadi anak yang solehah ye syg




few hours after born






~thanx for reading..feel free to drop by~

Thursday, October 3, 2013

hidup tidak semudah ABCs

salam..

sekarang aku agak busy tapi macam biasa time tu jugak gedik nak tulis kat sini..aku kan ade satu penyakit was-was..aku tak pasti penyakit ke atau memang penyakit..ayat pe ntah ni..

contohnya aku selalu was-was yang aku dah kunci kereta ke belum..kalau boleh setiap pintu kereta aku nak pergi check before tinggalkan kereta..pintu rumah pun macam tu..lagi..

aku selalu was-was nak sebut Alhamdulillah bila dah habis sendawa..bukan was-was nak sebut Alhamdulillah..tapi was-was dah sebut ke belum..menyebabkan aku akan sebut banyak kali..tapi takpe its a good thing..tapi..

aku rase bodoh jugak semua jenis makanan aku nak kena bau dulu before makan..ehh dah kenapa dgn aku ni..

paling aku tak boleh terima kadang-kadang dalam solat aku macam..eh dah rakaat ke berapa ni..dah cukup 4 ke ape..gile yang ni aku paling tak boleh nk terima..wth bile solat je mcm fokus nak kira rakaat pulak menjadikan aku tak kusyuk..

serius kepala semakin ting tong..

itu bukan fokus utama post aku hari ni..

minggu ni aku ade la sikit mase nak melepak dengan kawan-kawan medic aku..ceh ayat medic aku tu xleh blah.. x__x

so banyak dengar isi-isi hati drg ni..saje tanak sebut rugutan..kih3..
drg kate penat jadi 5th year student..kena marah dengan prof tu prof ni..banyak kerja..sampai kadang-kadang takde masa nak pergi hospital..tengok HO kena marah takut..etc..etc..etc..

dan jawapan aku..nanti bila korang dah kerja krg akan rasa betapa heaven zaman study..jawapan aku mmg standard je..aku pun tak reti nk comfort drg camne..sedangkan diri ku ini belum berjaya lagi..

takpe itulah yang dinamakan perjalanan hidup..aku jugak pernah mengalami saat-saat itu..sape yang kate course lain tak susah macam medic..sape kate course lain tak stress macam medic..sape kate course lainrelax..meh sini aku nk luku laju2..krg pernah rase ke masuk course lain??

walaupun medic pada namanya sudah gah..tapi course lain pun gah jugak dari segi cabaran..tayah cakap banyak cuba sehari pegi jadi dietetic intern kat hospital dan dalam masa yang sama pegi buat fyp dan dalam masa yang sama pegi buat case write up plus assgmnt yg CI kasi..pasti krg terguling jugak..

ujian Allah dalam pelbagai bentuk..susah korang sekarang tapi masa depan krg terjamin..insyaAllah keluar nanti kerja dah sedia ternanti..kami-kami ni..terpaksa bersusah dulu mintak kerja sana sini..mohon sana sini.. post resume sana sini..masa duit dan tenaga habis..tapi kepastian tak ade..

masa tengah belajar pun sama..bila buat program..mesti ayat..wah seronoknye korang..buat program berjaya..best la ada masa buat program..kami ni tak de masa nk buat program..sedar tak program tu satu requirement pada kami..sedar tak betapa sakitnya kami nk uruskan smeua tu?

pendek kata setiap org pasti ada ujian untuk dia..tapi ingat satu je..Allah tak kan beri kita ujian melebihi apa yg kita mampu..

kata kawanku semalam..macam mana nanti nak jadi HO..takot la..kata aku..kalau org lain boleh ..mesti ko pon boleh..kataku aku tak pernah dengar lagi HO mati..katanya ramai HO refer ke psychiatrist..kataku..berapa percent yg macam tu?? kenapa nak ambik contoh golongan minoriti..

ok lah..malas dah nk taip..post ni jugak bertujuan dedicate untuk diri aku sendiri yang sdg malas..mihmihmih..

nanti mesti ada yang kata dalam hati camna..ala boleh la die cakap..bukan die yang merasa pun..bukan dia yang ambik medic pun..kitorang berganda rasa stress..kornag kos diet biasa-biasa je..

sentap hati I tawu tak..ko hingat diet senang ke..kalau tak mesti semua comel2 selim je kan..

daa~~




~thanx for reading..feel free to drop by~