word power

“Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.”
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

lets follow each other

Showing posts with label practical. Show all posts
Showing posts with label practical. Show all posts

Tuesday, May 21, 2013

buku-buku yang wajib diangkut ketika praktikal

salam..

tetiba rajin nak update lagi..hikhok..hikhok..
aku kan tengah ready-ready nak pegi praktikal untuk special unit (NICU, PICU, CCU, ICU, burn unit)..so tengah-aku kemas-kemas barang..tetiba ada sorang junior aku ni tanye aku buku-buku ape yang nak kena bawak untuk pergi praktikal..so aku yang dah memang malas-malas ayam kemas barang ni terus pegi snap-snap gambar buku..



buku ni agak penting bagi aku yang takde gadget canggih manggih..orang yang ada ipad ke..tab ke..boleh la belek2 tab kan..tapi aku still belek buku ni..eventhough buku ni just ringkas je penerangan tapi at least ada la jugak idea pasal disease pateint tu



erm...buku ni macam tak guna sangat..aritu gatal nak beli tapi macam tak berguna je..tp for out patient or counselling maybe boleh bagi rough idea tuk counselling..





ohh..ini memnag penting ..bukan pharmacist je yang patut tahu pasal medications..tapi deititian juga..sebab kita nak tengok la kan side effect ubat ke ape ka kan..contohnya adal srg patient tu ada ESRF ..so actually macam susah la untuk dia buang air kan..tapi bila tengok I/O chart macam banyak pulak output die..so bila dah selidik bagai..rupa-rupanay dia ni ambik lasix..no memang tak syak lagi..bagi yang ada phone canggih bleh je download kat mediafire..tapi link aku tak jumpa pulak..nanti la kalau rajin aku cari..hik3..





dan ini adalah..mazhab terbaik aku..ni buku2 yang tersimpan formula-formula penting...dan buku ni sentiasa membesar..sebab bila dah makin lama makin kita tengok banyak formula-formula yang penting..



ok ini tersangatlah penting..untuk buat nutritional diagnosis..
kalau kat PPUM ni memang dietitian akan tanya pasal buku ni ..buku aku buruk je.. tp  ni pun belas ehsan  classmate aku bagi..hehe..aku kedekut sket....buku org lain cantik je..hehe



ni macam yang biasa guna la kan..tapi bila dah pegi praktikal ni macam banayk jugak la teks book yang memang kena belek-belek..kalau kat PPUM ni memang setiap dietitian akan bawak beg untuk isi semua buku-buku ke pamphlet ke..oflip chart ke..so aku pun terbelajar macam tu jugak..setiap pegi ward macam semua buku nak bawak..bila di tanya soalan kalu tak tahu bleh belek-belek buku..takde la terkulat-kulat tak tahu..dan akhirnya perkataan "maaf puan tak sy tak tahu".."maaf puan sy tak pasti"..minggu pertama mmg ni la ayat feberet aku..hehe..tapi sekarang dah belajar da angkut semua buku..

so sekian saje..

actually tak sehat sgt ni..demam + selesema..ptg tadi ada CNE pasal infant and toddler formula tahan jela..sakit muka sebelah kanan semu..owh..dugaan..doakan aku cepat sembuh..kes untuk write up and presentation takde lagi ni..sobss..sobsss..





~thanx for reading..feel free to drop by~

Saturday, May 18, 2013

Special Unit : Minggu Pertama di PPUM/UMMC

salam..
hai semua semoga sihat2 selalu..aku??
macam biasa la..fizikal sihat..mental je tak berapa nak stabil..hikhokk..hikhokk..


ok. aku dah berjaya menghabiskan 5 hari praktikal unit khas aku untuk semester akhir ni di PPUM atau nama omputihnye UMMC..so..perasaan aku??

erm..gerun..gentar..tercabar..segala macam ada..aku rasa macam aku paling tak bijak sekali kat sini..sebab macam banyak sangat benda yang aku tak tahu..rasa macam 3 tahun lebih kelas-kelas dan praktikal sebelum ni amatlah tidak membantu..ke aku je yang macam ni??

cara kat sini totally different dengan tempat-tempat yang aku dah praktikal sebelum ni..semua berbeza..sistem of coz la kan..kat sini panggil case note..kat hospital kemaman panggil bht..kat HSNZ panggil HIS.. hakikatnya benda yang sama je..tetap nota tempat tulis-tulis pasal pesakit..agak keliru kat sini..banyak benda yang sgt lain..cara pengurusan pun lain..of coz tempat berbeza cara pun berbeza..tapi takpe banyak pengalaman yang boleh aku kutip ..* tetiba termotivasi..hik3..

tapi minggu pertama ni memang tak banyak naik wad..sebab dietitian macam busy sangat kat sini..ada yang pegi kursus dan ada yang ada klinik..so masa-masa lapang tu la aku utilize dengan study balik segala mak nenek yang aku tak tahu..* tetiba jadi rajin..hik3..

eventhough aku datang sini untuk praktikal for special unit..tapi jadual kami kena jugak pegi buat kaunseling dekat wad2 biasa..tapi mengikut pengalaman aku la kan..kes2 kat wad biasa kat sini sangat berbeza dengan kes-kes wad biasa kat HSNZ dan hospital kemaman..sebabnya macam teruk-teruk jugak patient wad biasa kat sini..so sape-sape yang memang niat nak berlajar meh la intern di sini..

so last week dalam jadual aku tu ada la yang kena pegi ICU kan..which memang specialize untuk praktikal kali ni..so aku pun dengan semangat message la kan kat dietitian yang terlibat..oh lupa nak bagitau..kat sini setiap hari memang dietitian berbeza..so memang setiap sesi kena contact dorang tuk tanya nak jumpa macam mana..so aku pun msg la kan..then dietitian tu call..die cakap die busy dan suruh kami ke wad dlu clerk patient..since this is the first time kami praktikal kat ICU..so aku tak tau nak buat macam mana..takot terganggu nurse2 kat situ..specialist pun tengah buat wad round time tu..so pergi masuk bilik patient takot tak boleh masuk..nak tengok case note pun berhati-hati..yela..ICU kot..most of the patient memang drg put on sedation..so memang tak berani masuk dekat-dekat dengan patient..dengan wayar-wayar yang banyak..mesin-mesin bagai..sile imagine sendiri..

so aku pun ambik la satu case untuk clerk..just take all the importan information kat case note..dan patient di ICU ni memang setiap orang ade chart yang banyak gile item..sampai aku rasekan semuanya adalah penting..macam nak salin semua note..hehe..luckily katil-katil kat ICU canggih manggih ada penimbang sendiri..so aku pun dengan bijaknya ambik jela berat kat situ..malangnya tinggi patient takde pulak..so aku ognore jela dlu kan..separuh jalan clerk case note.. rombongan specialist pun sampai kat patient aku tu..so aku pun beri la laluan kat drg dulu..

so nampak tak kat situ aku dah terpaksa membuang masa..

dan tengah aku nak g start clerk semua..tiba-tiba dietitian pun sampai..tetiba kena marah sebab tak habis clerk patient dalam masa sejam..sob..sob..kena soal macam-macam..tindakan bijak aku yang ambik berat yang kat penimbang katil tu rupa-rupanay tak bijak..sebab dietitian nak yang aku estimate g ukur-ukur segala tu..aku cakap la aku tak berani nak masuk sentuh patient..muka dietitian amatlah ketat..aku i dah seram sejuk je..rasa macam jap lagi aku pulak tempah bilik sebelah patient tu tadi..sroottt..sroottt..

dan akhirnya last-last tu dietitian cool sebab baru dia tahu ini first time untuk kami..dan akhirnya dia bagi kata-kata semangat..lega sikit hati..


seriously rasa macam tahap pendidikan aku tentang diet ni sekecil pasit di pantai je..cewahh..
dan aku mengharapkan tahap kerajinan aku berganda sejam demi sejam..aku tanak orang pandang rendah pada universiti kesayangan kami ni..


hoiii.hoii..sudah!..study sekarang...

kalau lecturer aku ke or dietitian sini ke..sedara dietitian ke baca post ni..buat-buat tak kenal aku jela eh.. *tetiba bajet macam ramai je baca blog aku..kih3..






psss..UMMC terlamapau complicated bangunan die bagi orng ulu macam aku..so hari jumaat baru jumpa the shortest way..hip..hip..horreyyy..


sekian..





~thanx for reading..feel free to drop by~

Wednesday, April 10, 2013

kejutan demi kejutan

salam..
seriously kalaulah aku boleh maki hamun..itu yang aku buat sekarang..huhu

apekah nasib..ingtakan dah settle segala..rupa-rupanya masih ade kejutan..
kalau yang baca blog aku ni pasti akan tahu kisah penempatan praktikal aku yang kucar-kacir..
dan aku ingatkan benda ni dah berakhir dengan kata putus special unit aku di HSNZ..

hati yang tak berapa excited dapat msg dari CI pagi tadi..katakan beliau emelkan jadual praktikal dan mohon bersedia ahad ni..
kejutan.

petang tadi..tak sampai 24 jam..kejutan bila kawan sepraktikal call katenye berita baru TERPAKSA bertukar tempat praktikal..itu bukanlah masalah besar ..tapi yang menjadi masalahnya bila TERPAKSA tangguh tarikh..seriusly aku sakit hati....arghh..

banyak kali aku ulang kat mak yang aku tanak g praktikal dah..huhu..

stress.

aku tak taw nak hepi ke..nak melompat ke..ehh tetiba rasa nak bunuh org plak.

satu family jadi serabut dengan berita aku ni..nak nanges..nak nanges..

kenapalah tak berbincang dulu dengan kami ni..biarlah kami buat keputusan pulak setelah dibolakan..seriusly aku lagi bengang bila dah siap-siap post tarikh exam..

semua planning aku lingkup..

nak sejukkan hati sendiri aku asyik kena ingatkan diri aku tentang hikmah..end up aku google pasal pengalaman praktikal di ppum..mmg tak banyak tapi berjaya membantu aku..huhu..sobs..sobss

oioiii...memang la aku tak patut salahkan CI tapi hakikatnya aku tak sanggup dibolakan lagi..she keep saying ini yang terbaik untuk aku..die mahukan yang baik untuk kami..fine..aku rase yang terbaik untuk aku sekarang ni kawen.boleh!..

cis gatal..


korang bleh bayang tak berada di tempat aku ..sepatotnya ahad ni dah start praktikal dah..tapi terpaksa tangguh sampai sebulan..lepas tu yang paling malang terpaksa start bila semua orang dah start cuti..


kawan aku cakap..dengan keadan bengong camni..mungkin hari ahad ni aku kena bersiap pakai baju praktikal bagai duduk depan hospital..pastu tunggu je call kot2 still ade perubahan..haha..bengom..


~thanx for reading..feel free to drop by~

Sunday, April 7, 2013

selesai bab ke 2

salam..
alhamdulillah..finally hari ni settle semua berkaitan opd..
officially dah tamah dah latihan dietetik 3..now holiday..bleh hilangkan stress walaupun hanya seminggu..
berdebar-debar pule nk tunggu next subjek special unit..haihh kena banyak study nih..dah lama dah tinggal segala formula..

actually khamis minggu lepas lagi sepatutnye boleh hip..hip..horeyy.. pasal dah tamah opd..tapi hari ni baru selesai hantar semua log book, reflective journal n assgmnt..makanya hari ni baru merdeka..

tetiba rase sedih nak tinggal kan kk hiliran tu..sobss..sobsss..tade makan free lagi..muahaha

terima kasih pada semua yang ade  kat kk hiliran tu..anda semua awesome..baik sgt..
especially dietitian pn.shaheeda dan kak siti..

banyak belajar kat situ actually..lain dr yang lain..bukan sekadar belajar nak bagi diet consultation..tapi banyak belajar management..satu pengalaman yang menarik..

gonna miss kk hiliran dan kk lain2 juge...sobs..sobss...





*gelabah je jiwa bila terbayang bakal berguru dengan mama K pule..kih3..
~thanx for reading..feel free to drop by~

Thursday, March 14, 2013

minggu pertama OPD klinik kesihatan

salam..hambik tajuk panjang-panjang..
patutnya tulis mcm ni


 "Pengalaman kali kedua praktikal out-patient department di klinik kesihatan di kuala terengganu"


herkkk..herrrkk....tarik nafas panjang- panjang....


ok..tahniah untuk diri sendiri kerana berjaya menghabiskan 1 minggu di klilik kesihatan H * H for what sile rujuk ke post-post yang lepas..maknanya tinggal lagi 3 minggu..

seriously untuk praktikal kali ni aku terasa tercabar dan begitu mencabar..tapi bukan dari segi clinical practice tapi dari segi kehidupan berdikari ..di ulangi " BERDIKARI"..

first time terasa segala kesusahan dengan kenderaan tak di sediakan..dan macam-macam lagi..semua ni buat aku menangis teresak-esak..org cengeng macam aku mmg camnih! sroottt...srootttt...* tarik hingus yang masih berbaki.


first day aku masih selamat pergi dan pulang.. balik toksah cakap la..mmg jammed yang teramat..terpaksa balik pukul 6.30 ptg ..

kenapa ia terjadi??

pada asalnya aku nego dengan pakcik prebet..tapi malangnye segalanya tak seperti yang dirancang..akhirnya aku yang cengeng ni menangis kat mak..hik3..pada asalnya tanak nanges..tapi tetibe jadi sebak plak..dan sebagai penyelesaiaannya abah dengan berat hati benarkan aku bawak motor..makanya aku merempit jela sekarang nih..

kenape aku kesah sangat pasal kenderaan ni kan..??

sebabnya 2 nd tu aku konon nak balik naik bas jelakan sebab pakcik prebet tu cakap tak bleh ambik awl..so aku pn call la pakcik tersebut:

aku : salam..pakcik..takpe la tak payah ambik sy la ptg ni..sy naik bas je

pak cik kereta putih : owh bagus jugak tu sebab pakcik mmg tak sempat nak ambik awk..hari-hari naik bas pun takpe

erk

aku : air mata pertama menitis

tetiba datang 2 org perempuan tunggu bas jugak
aku pn cuba control macho tahan nanges

tunggu sampai pukul 5.45petang.
2 perempuan tersebut dah naik bas lain

aku masih menanti..
air mata kedua menitis

tunggu lagi
tengok jam dah pukul 6.20 ptg
tetiba hingus meleleh
dengan langkah longlai ke tempat teksi

akhirnya naik teksi dengan harga RM 15 dari Mydin ke Maidam..sangat mencekik ye pakcik!!!!

thats it
balik terus call mak...apelagas air mata terus membasahi bumi.


keputusannya 3 hari dah aku merempit best jugak rupe-rupenye..hehe
tunggu jela mnggu depan kot2 ade yang bermurah hati bagi kereta sebijik ke.


sekian.



~thanx for reading..feel free to drop by~

Monday, February 25, 2013

dulu dan kini

salam.. semalam aku tumpang bilik kawan di asrama Maidam..rase janggal selepas hampir 6 bulan meninggalkan Maidam..rasa semuanya lain..nak pegi toilet pun was2 betul ke tak jalan tu * ok ini mmg melampau ..dasar lupa daratan

padahal di situ lah tempat aku bermula..3 tahun penuh dengan kenangan..bilik yg sama tak pernah tukar..tapi kini semua terasa lain..rasa asing.. insyaAllah lagi 2 mnggu situ akan jadi rumah kedua untuk aku lagi..mampukah kenangan lama berulang??

ok ini bukanlah tujuan aku nak celoteh ni..
semalam aku pegi beli tiket bas nak balik bandar K..penuh sesak MBKT.. hampir semu kaunter tiket tutup..was2 ingatkan dah takde bas jalan sempena lawatan perdana menteri ke Terengganu..semua org bertumpu ke kawasan tengah MBKT.. yg berniaga sanggup tutup kedai bagai.. cameraman pun penuh tak kira sekecik zarah hingga ke besar gedabak saiz camera.. jenis yang lame ke jenis yang baru ke semua ada..aku malas nk ambik pusing benda-benda. cmni.. tujuan aku just nk beli tiket je dan nak settlekan hal-hal thesis.. tapi ade bebrapa scenario yng menarik aku perhatikan *yg menarik bg aku la kan..

scenario 1: di tangga MBKT
aku tengok ramai sangat orang tengah ambik gamba.. aku fikir owh ni mesti org besar2 datang ni pastu nak bergamba ..tapi rase leik jugak kan..kenapelah mesti kat situ..rupa-rupanya ade 2 org budak pegang kain putuh dengan tulisan "MAT SAID.........." aku tak perasan tulisan merah tu.. 2 org budak ni mengikut perkiraan aku mungkin lingkungan umur budak2 u ..drg kena halau dengan polis.. aku dengar budak2 berdua ni janji dah nak balik dan tak dtg lagi..

pada aku..ini hanyalah menempah malu..kalau berani buat la betul2..bile diherdik menikus.. dan terus balik.. apekah ini..

scenario 2 : di bahagian luar MBKT




yang paling aku pelik sepanduk yang tulis "KEKALKAN PASAR PAYANG"

dalam hati aku..apekah ini..bukan ke pasar pasang elok2 je terletak..
dan lagi sekali aku confuse bila one of my FB friend cakap psl payang akan digatikan dengan hotel..

so, mlm tu aku call kakak tanya pasal kes pasar payang ni.. hey org Temerloh lg up to date pasal isu-isu ni ok.. baru kini aku sedar dunia aku hanyalah thesis, praktikal, case write up, presentation case dan diet counselling.. erk..typical me.. hey inilah yang kawan-kawan aku cakap aku ni fokus tak bertempat..

dan aku rase dah berapa lama aku tak sentuh surat khabar..eyh tipu..last week baru baca..tp hanya selected topic saje..
katak di bawah tempurung adalah point pertama aku kali ni untuk diri sendiri

makanya second point aku hari ni kenapa mesti gantikan pasar payang tersebut...

aku seriously tak boleh terima bende-benda mcam ni..
ape yang nak dibanggakan sangat dengan hotel mahal-mahal..eventhough itu adalha penyumbang kepada ekonomi..but then bagi aku orang yang cintakan subject sejarah mase sekolah dulu..aku lebih suka benda yang lama dikekalkan..itulah yang dinamakan sentimental value.. hey seriously aku mmg xde kepentingan pun dengan pasar payang tu.. nak beli kain sutera pun belum mampu.. but then aku suka jalan-jalan situ..sungguh pn bangunan macam muzium je ..kaler tak striking.. tapi aku tetap sukakan suasana kat situ..so sila jangan ambil PASAR PAYANG KAMI!!!


aahhh..tetibe emo..
lagi xbleh blah membuktikan katak dibawah tempurung aku hari ni adalah.. bila HOD suruh bc pasal article susu dari New Zealand yg ada dicyandiarnide (DCD).. aku pun macam biasa belek2 dulu article tu sebelum baca.. dalam hati aku apekah ini..

tengok2 tarikhnya 28 January 2013..erk hello dah sebulan dah ko isu ni..aku baru nak taw... waaaa..  mmg terbukti sangat aku ni katak dibawah tempurung.. sobss..sobsss...



sekian luahan hati..
~thanx for reading..feel free to drop by~

Thursday, February 21, 2013

dilemma

salam.. hari ni aku sekali lagi dihantui perasaan dilemma..apeke hal le timbul2 perkara gitu..takpe2 Allah saje nak uji aku lagi sekali.. nak uji kematangan aku dalam membuat keputusan.. atau ini mmg syndrome student final sem..hew..hew..hew..

semalam aku dah tak waeas berfikir..call semua org tanya pendapat..dan pagi tadi bangun dengan semangat sebesar centrepoint kemaman ni untuk membuat keputusan A..hati rase tenang sikit..but then 3 jam kemudian perasaan tak waras dtg lagi bila dapat call dr some place yang berminat menggunakan khidmat aku.. wah2.. ini mempermainkan perasaan tegar aku pagi tadi.. berfikir lagi.. adekah keputusan A akan merangkak ke keputusan B pula..

pening dah memikio ni ha.. setakat ni masih berada di keputusan A lagi.. ape kate esok??.. nntikan..


owh btw dah dapat tahu kena praktikal mana untuk special unit.. Alhamdulillah lah ade jugak insan berbelas kasihan nak bagi tempat kan..

keep remind my self malas nak fikir banyak terima dengan redha je.. kesian kat diri sendiri..kesian kat CI yg dah bersusah payah.. semuanya pasti ade hikmah.. chill~~~

~thanx for reading..feel free to drop by~

Tuesday, February 5, 2013

IPD 2nd attachment

salam...
ok sekarang ni aku tengah praktikal di sebuah hospital K (kalau ade yang suka membuang masa membaca post-post aku before akan tahu hospital K tu dekat mana)..

so ..hospital K ni tak lah besar mane ..hanya sebuah hospital daerah yang terletak di pantai timur saje.. aku mula-mula mase dapat tahu aku kena praktikal kat sini agak down jugak lah.. sebab aku selalu bayangkan kalu hospital besar-besar of coz la akan dapat case yang best-best sket kan.. (nampak sgt mendoakan rakyat Malaysia tidah sihat..hehe)..

so hari ni dah masuk hari ke 3 aku praktikal kat sini.. erm rumah..ermm.. so so saje... ok la untuk stay sebulan..kalau 3 bulan mau meraung aku..dengan tahap kebersihan di tahap failed..

ok straight to the point.. 1st day praktikal mmg takde case..just orentasi ward ke ward saje.. dietitian bawak kami berkenalan dengan kitchen staff, ward staff, specialist dan sister yg in charge..1st ade 1 case refer..malangnya tak dapat join dietitian coz patient tu MRSA.. (MRSA tu apa sile bukak kamus)..so agak boring.. waktu ni hanya tuhan saje yang tahu rase stress..niat nak datang belajar sekali case mcm segan-segan je nak ada..

tapi 2nd day Alhamdulillah.. pg dietitian ajar macam mana nak isi maklumat patient secara online.. bila survey2 rupa-rupanya banyak jugak case kat hospital K ni.. majornye RTF.. aku mmg teruja sebab aku tak pernah handle RTF case..so hati sikit berbunga-bunga.. and petang tu dietitian bawak ktrg merayau di ward.. ade 2 case refer..Alhamdulillah dapat handle 1 case.. poor oral intake.. but then tergagap.. waa malu..tergagap..


so today alhamdulillah dietitian bg kepercayaan handle RTF... walaupun agak sentap bila tengok status kwn2  dapat 15 patient dlm masa 2 hari..tapi takpe.. mane2 pun ade experience.. (ayat nak sedapkan hati)..


so for 3rd day aku terperangkap dalam 1 scenario ni

dietitian to be: salam.. sy dari bahagian pemakanan.. sy nak bgtaw pasal pemakanan pak cik ni..
caregiver: bagi makan ape ni..
dietitian to be : arotu dah dapat susu kan.. so kite teruskan susu tu..tapi kite nak tambah lagi lah pengambilan
caregiver: ni atas arahan sape suruh bagi makan ni !! (dengan muka serious)
dietitian to be: * terdiam..terperanjat
dietitian to be: erm kami dapat surat refer dari doctor yang in charge.. so tadi dietitian dah suggestkan untuk penambahan jumlah makanan..
caregiver: owhh.. bkn ape..ayah sy ni dah nazak.. doctor pakar cakap tak yah bg makanan..kite mmg nak bagi..tapi doctor pakar ckp ikotlah keluarga
dietitian : owh.. ok ini terpulang pada encik sekeluarga lah.. tapi kami mahukan yg terbaik untuk pakcik ni .. pakcik ni tetap perlukan makanan untuk lawan penyakit die..
caregiver: doctor cakap ayah sy ni x bertahan sebab banyak jangkitan kuman..

so dalam hal sekarang ni aku tak pasti aku yg patot give up ikot doctor tu ke or camne.. but then aku rase tak patot kot kalu stop feeding die..

hopefully esok ade yang terbaik untuk kami..




~thanx for reading..feel free to drop by~

Friday, November 30, 2012

pioneer

salam..
hari ni rase nak meluahkan sedikit yg terbuku di hati..aku selalu ditakdirkan menjadi pioneer sesebuah keadaan... bukanlah selalu pun actually..ade la 2 kali je pun..first masa sekolah dulu.. batch aku menjadi first batch.. menjadi insan-insan first batch bukanlah segah namanya.. actually tersangat banyak yang kami lalui untuk mencapai ke tahap ini.. pelbagai kekurangan yang ada.. kalau nak cerita kat sini 10 hari belum tentu abes sebab aku malas nak taip..muahaha..

ok sekarang ni bukan nak cerita pasal masa aku first batch kat sekolah dulu..tapi nak cerita pasal aku jadi first batch course dietetic di sebuah universiti tu kan..macam yang aku mention tadi terlalu banyak kekurangan..hey ko jgn nak banding u ko yang setahun jagung dengan u orang lain yang dah tu kerepot ituh!.. *akur sambil tunduk kepala ke bawah..

ok kami masuk dengan segala kekurang tak kira dari segi apapun..maybe result result matrix kami dulu kurang jugak kot.. hehe..so lecturer kurang.. asrama cenonet kecik benor  tak boleh nak buat lingkungan mak kiah bersembang..macam- macam kami lalui.. dengan lecturer yang silih berganti sebab pegi sambung study..makanya timbullah lecturer baru.. terpaksa menumpang lab course lain.. terpaksa berulang- alik dari main kampus ke kampus kota.. terpaksa yang mcm-mcm lagi terpaksa.. so pada adik-adik yang baru masuk tu meh nak piat mulut tu yang bnayak sangat complain..haih!

ok actually nak cakap pasal practical aku sekarang ni.. memandangkan banyakkkkk sangat CI yang ada...makanya kami.. eh aku jela kot terasa sangatttttttt banyakkkkkkk ilmu yg dapat.. kat sini mungkin aku boleh bagi hypothesis semakin ramai guru semakin banyak ilmu yang dapat!

malangnya semakin banyak cikgu semakin banyak mazhab..makanya semakin confuse la kami..especially aku..so untuk tidak mengecewakan cikgu-cikgu ni..kami absorb je semua ilmu yg diberi..tapi kami dah semakin bijak menggunakan.. maksud yg bijak kat sini tu ialah..contoh

bila turn cikgu 1, makanya kami guna mazhab 1
bile turn cikgu 2, makanya kami guna mazhab 2

mcm tu la seterusnya..mungkin kalau ada 10 cikgu.. 10 mazhab kami buat.. =P


itu tak kesah lagi.sebab mmg ade CI ckp setiap dietitian mmg akan ada thought mereka sendiri.. sebab benda-benda bukan lah nak kata kena ikot teori dalam buku teks je..memang basic semua sama je..tapi it is depends on current situation..so its ok.banyak ilmu yang dapat..

tapi yang paling tak best kenapa kami dicampak ke tempat yang jauh..dan setiap hari terpaksa balik lewat..yang menyebabkan semua org stress.. kami as student.. CI .. driver bas.. sebab dah banyak kali kami ni dirungut lewat even bukanlah kehendak kami..sape je yg nak stay di hospital tu ptg2 dikala org dah beriadah..bila tiba time2 mcm ni aku mulalah nk mengutuk org yang buat keputusan mcm ni..hehe..

hopefully for next generation yang nak pegi praktikal hope this person in charge fikir molek2 deh..jgn fikir short term sgt.. fikir long term sket.. kalau letak kami dekat2 dengan hospital tu mungkin bnyak benda yang tak menstresskan kami dan juga CI yg bertugas..and seriously aku mmg tak faham lagi intention org tersebut..but then aku bersyukur le segala kesusahan menyebabkan aku jadi kuat dan berhati beku cenggini.. =P

ok habis melalut.. just mind sharing.. for junior.. pastikan before masuk attachment segala ilmu mesti di kepala.. sebab tak muat tangan nak hangkut smeua teks book pegi ward.. and kita ni sangat menarik sebab org selalu perhatikan kita.. asyik nak cari salah kita..padahal kalau nak dibandingkan dengan student u lain mmg takde beza pn..malahan aku rasa kita-kita lagi bagus dari drg.. tapi bila hati dah busuk mmg org xkn nampak kepandaian kita..chill...

# setiap kesusahan yang dilalui pasti ada kesenangan yang menanti


~thanx for reading..feel free to drop by~