salam..
hai semua semoga sihat2 selalu..aku??
macam biasa la..fizikal sihat..mental je tak berapa nak stabil..hikhokk..hikhokk..
ok. aku dah berjaya menghabiskan 5 hari praktikal unit khas aku untuk semester akhir ni di PPUM atau nama omputihnye UMMC..so..perasaan aku??
erm..gerun..gentar..tercabar..segala macam ada..aku rasa macam aku paling tak bijak sekali kat sini..sebab macam banyak sangat benda yang aku tak tahu..rasa macam 3 tahun lebih kelas-kelas dan praktikal sebelum ni amatlah tidak membantu..ke aku je yang macam ni??
cara kat sini totally different dengan tempat-tempat yang aku dah praktikal sebelum ni..semua berbeza..sistem of coz la kan..kat sini panggil case note..kat hospital kemaman panggil bht..kat HSNZ panggil HIS.. hakikatnya benda yang sama je..tetap nota tempat tulis-tulis pasal pesakit..agak keliru kat sini..banyak benda yang sgt lain..cara pengurusan pun lain..of coz tempat berbeza cara pun berbeza..tapi takpe banyak pengalaman yang boleh aku kutip ..* tetiba termotivasi..hik3..
tapi minggu pertama ni memang tak banyak naik wad..sebab dietitian macam busy sangat kat sini..ada yang pegi kursus dan ada yang ada klinik..so masa-masa lapang tu la aku utilize dengan study balik segala mak nenek yang aku tak tahu..* tetiba jadi rajin..hik3..
eventhough aku datang sini untuk praktikal for special unit..tapi jadual kami kena jugak pegi buat kaunseling dekat wad2 biasa..tapi mengikut pengalaman aku la kan..kes2 kat wad biasa kat sini sangat berbeza dengan kes-kes wad biasa kat HSNZ dan hospital kemaman..sebabnya macam teruk-teruk jugak patient wad biasa kat sini..so sape-sape yang memang niat nak berlajar meh la intern di sini..
so last week dalam jadual aku tu ada la yang kena pegi ICU kan..which memang specialize untuk praktikal kali ni..so aku pun dengan semangat message la kan kat dietitian yang terlibat..oh lupa nak bagitau..kat sini setiap hari memang dietitian berbeza..so memang setiap sesi kena contact dorang tuk tanya nak jumpa macam mana..so aku pun msg la kan..then dietitian tu call..die cakap die busy dan suruh kami ke wad dlu clerk patient..since this is the first time kami praktikal kat ICU..so aku tak tau nak buat macam mana..takot terganggu nurse2 kat situ..specialist pun tengah buat wad round time tu..so pergi masuk bilik patient takot tak boleh masuk..nak tengok case note pun berhati-hati..yela..ICU kot..most of the patient memang drg put on sedation..so memang tak berani masuk dekat-dekat dengan patient..dengan wayar-wayar yang banyak..mesin-mesin bagai..sile imagine sendiri..
so aku pun ambik la satu case untuk clerk..just take all the importan information kat case note..dan patient di ICU ni memang setiap orang ade chart yang banyak gile item..sampai aku rasekan semuanya adalah penting..macam nak salin semua note..hehe..luckily katil-katil kat ICU canggih manggih ada penimbang sendiri..so aku pun dengan bijaknya ambik jela berat kat situ..malangnya tinggi patient takde pulak..so aku ognore jela dlu kan..separuh jalan clerk case note.. rombongan specialist pun sampai kat patient aku tu..so aku pun beri la laluan kat drg dulu..
so nampak tak kat situ aku dah terpaksa membuang masa..
dan tengah aku nak g start clerk semua..tiba-tiba dietitian pun sampai..tetiba kena marah sebab tak habis clerk patient dalam masa sejam..sob..sob..kena soal macam-macam..tindakan bijak aku yang ambik berat yang kat penimbang katil tu rupa-rupanay tak bijak..sebab dietitian nak yang aku estimate g ukur-ukur segala tu..aku cakap la aku tak berani nak masuk sentuh patient..muka dietitian amatlah ketat..aku i dah seram sejuk je..rasa macam jap lagi aku pulak tempah bilik sebelah patient tu tadi..sroottt..sroottt..
dan akhirnya last-last tu dietitian cool sebab baru dia tahu ini first time untuk kami..dan akhirnya dia bagi kata-kata semangat..lega sikit hati..
seriously rasa macam tahap pendidikan aku tentang diet ni sekecil pasit di pantai je..cewahh..
dan aku mengharapkan tahap kerajinan aku berganda sejam demi sejam..aku tanak orang pandang rendah pada universiti kesayangan kami ni..
hoiii.hoii..sudah!..study sekarang...
kalau lecturer aku ke or dietitian sini ke..sedara dietitian ke baca post ni..buat-buat tak kenal aku jela eh.. *tetiba bajet macam ramai je baca blog aku..kih3..
psss..UMMC terlamapau complicated bangunan die bagi orng ulu macam aku..so hari jumaat baru jumpa the shortest way..hip..hip..horreyyy..
sekian..
~thanx for reading..feel free to drop by~
Nak tahu intern di ppum kena bayar based on beberapa bulan kita kita nak intern ke?
ReplyDeletehi, not sure sekarang macam mana,zaman saya dulu tak perlu bayar pun.
Delete