word power

“Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.”
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

lets follow each other

Friday, August 19, 2011

WAD 3 UTARA HUSM

salam..hye semua..
selamat berpuasa hari ke 20!
semoga kita semua terus tingkatkan amalan dan ibadat

hari ni selamat berbuka bersama keluarga tersayang selepas 6 hari berada di negeri Kelantan Darul Naim..ok sekarang ni bukan nak cerita pasal berbuka puasa tapi nak cerita pasal wad 3utara Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) , Kubang Kerian..wad 3U ni adalah wad sugery perempuan di HUSM terletak di tingkat 3 bangunan 102 HUSM tu..kenapa nak cerita pasal wad ni??sebabnya 2 mlm sy stay kat hospital ni temankan akak..kali ni tanak lagi cerita pasal penyakit akak..next time insyaAllah akan dikongsi..

ok, wad ni menempatkan patient yang tengah tunggu turn untuk di-operate or post-operative patient..wad ni untuk perempuan sahaja..tak tau la wad surgery untuk lelaki nama apa pulak..sebab tak sempat nak jalan-jalan dalam hospital..hehe...


wad ni macam dibahagikan kepada dua bahagian..sebelah untuk patient campur-campur sakit ape semua..then sebahagian lagi adalah bahagian neurology..kat bahagian tu memang agak ramai patient daripada bahagian sebelah lagi..bahagian-bahagian dalam wad ini dipisahkan oleh kaunter nurse, pantri dan stor..

1st time datang HUSM ..sangat teruja..terutama bila melangkah ke wad surgery ni..namun rasa teruja tu sekejap je..rasa nak menitis air mata bila tengok patient2 kat dalam wad tu..terutama yang dibahagian neuro..majornya memang dalam keadaan koma..dari remaja sampailah yang tua..HUSM ni peraturannya tak la ketat sangat..even kat wad perempuan pun lelaki boleh jaga..ada yang siap bawak anak kecil lagi..sebab takde orang nak jaga kat rumah..keadaan flexible cam ni ada baiknya..kadang-kadang kita tak tahu kesusahan keluarga tersebut..mungkin makcik-makcik tu hanya ada anak lelaki je kn..ade yang cucu lelaki jaga neneknya..terharu weh!


macam-macam kes dalam wad ni..rasa macam tak sanggup nak tengok keadaan dalam wad ni..sedih sangat..betapa kebalnya hati doctor2 dan nurse yang jaga patient2 ni..hebak!!
teringain rasa nak cerita pasal patient2 kat wad 3U tu..sape2 yang rasa nak jadikan kes study pun ok jugak..eyh ade ke yang nak study time2 cuti ni..haha


case 1
seorang patient wanita berumur lebih kurang 40 lebih..demam dari hari 1st puasa..dengan muntah2..klinik just bagi PCM dan suruh balik rumah..tapi makcik ni tak baik2 juga..sekali HUSM sahkan hati dia bernanah..tapi nanah tu tak matang lagi..20/11 ni baru boleh operate untuk sedut nanah tersebut..see..berapa lama makcik tu kena bertahan..dia memang tak rasa sakit pada hati dia tu..tapi dia demam teruk..muntah2..lansung tak boleh bangun..setiap setengah jam nurse akan datang inject antibiotik..sedih tengok keadaan dia..nasib baik ada anak-anak perempuan yang boleh uruskan dia..kes makcik ni menarik perhatian sy sebab kes dia ni melibatkan dietitian..tiap kali dokter datang pada makcik ni mesti dia akan paggil dietitian sama..sy just curi-curi dengar perbualan dorang..tapi tak faham sangat..kenapa sy berminat?? haruslahkan..kan bakal dietitian..haha


case 2
seorang makcik umur lingkungan 59 tahun..datang dengan sebelah wayar yang menyambungkan ureter dia tercabut..kedua-dua belah kidney dia disambungkan wayar..maksudnya urine dia tak disalurkan ke urinary bladder..tapi yang lebih menyedihkan makcik ni jugak ada cancer rahim dan masalah jantung..sedihkan..serius tak sanggup kalau terkena pada family sendiri macam ni..tapi part houseman officer (HO) yang incharge makcik ni memang menyakitkan hati..dia soal2 makcik tu pasal ubat jantung yang makcik tu ambil..kebetulan makcik tu tak bawak ubat dia coz datang HUSM tergesa-gesa sebab wayar dia tu tercabut..HO tersebut boleh ckap kat makcik tu "macam mana sy nak bagi ubat pada makcik..makcik pun tak tahu ubat apa yang makcik ambil.."..makcik tu jawab "tak pela..tayah kasi la ubat..dah makcik pun tak reti ubat ape"
tak faham kat sini siapa dokter..makcik tu ke HO..dah sedia tahu makcik tu org tua..org kampung lagi..manalah dia nak kenal jenis2 ubat..dahtu dia pula ada banyak penyakit..mestilah ada banyak jenis ubat..kat hospital memang takde record ubat patient ke???


case 3
seorang makcik yang dah lama sakit-sakit..tapi still tak tahu sakit apa..tiap kali buat test dokter still tak dapat kesan...selepas lama menderita akhirnya result test menunjukkan makcik tu ada ketumbuhan dalam perut die..tapinye ketumbuhan tu bergerak-gerak..dokter kena tunggu lama untuk buat operation untuk pastikan ketumbuhan tu tak bergerak..makcik tu bari lepas operate dua hari lepas..lepas operate dia muntah2 teruk dengan demam..mungkin kesan daripada operate tu..kesian kan..


case 4
seorang patient berumur 21 tahun..mula-mula dia datang buat medical check up coz perut dia tiba-tiba jadi buncit..lepas buat check up..dia disahkan ada cancer rahim..kesian..tengah budak-budak seusia dengan dia happy-happy..tapi dia terlantar di hospital..lebih sakit lagi bila semua bahagian reproductive system dia kena remove..apa yang lebih berharga bagi seorang wanita bila sesuatu yang mungkin membahagiakan hidup dia dah tak ada..??lagi jatuh ditimpa tangga bila cancer dia tu dah merebak ke colon..colon dia pun kena remove..so sekarang ni dokter just tebuk perut dia untuk buat saluran najis..serius kesian weh..


case 5
seorang patient perempuan ada gallstone pada gallbladder dia..*name pun dah gallstonekn..of coz la pada gallbladder ..haha*..ok nak cerita patient ni unik sikit..1st ultrasound dia menunjukkan da 7 biji gallstone..yang paling besar bersaiz 1.43 cm..then dokter amik keputusan uktuk buat ERCP..tapi selepas ERCP menunjukkan bahawa langsung takde gallstone tu dalam gallbladder or dalam saluran..apekah??kenapa?? ERCP??.. *pasal patient ni akan diceritakan dalam entry akan datang okeh..


btw, banyak lagi kisah-kisah dalam wad tersebut..tapi insyaAllah akan diceritakan lain kali..bersyukurlah kita yang punya tahap kesihatan yang baik..sedangkan insan lain bertarung dengan nyawa..terasa diri ini teramatlah manja tak bertempat..demam-demam sikit dah tak boleh nak buat apa-apa..kadang-kadang malas je yang lebih sebenarnya..terfikir lagi, dalam keadaan kita yang sihat ni..banyak mana ibadat kita..berapa banyak pahala yang kita dah dapat..jamin ke masuk syurga??..sedangkan orang-orang yang sakit masih bersusah payah bangun untuk menunaikan tanggungjawab mereka pada Allah swt.kita bagaimana??


3 hari 2 malam di HUSM banyak mengajar erti kesabaran..kesusahan..terima kasih pada semua dokter2 yang sanggup oncall malam2..nurse2 yang baik hati..I wonder kenapa nurse2 di HUSM tersangatlah baik even ada la jugak sorang dua yang sombong..tapi meraka teramat berbeza daripada nurse hospital kerajaan yang sombong tak bertempat..adakah sebab mereka-mereka di HUSM separuh swasta?? *sori if ada yang terasa hati..tapi inilah kebenaran..*


nanti nak cerita pasal HO pulalah..best tengok dorang bersemangat..tetiba time tu terbayang en.dokter sy..hik3..awk pun mesti semangat camtu jugakkan nanti..dah boleh bayang da camne seriusnye..hik3..


*eyh HO yang rawat akak sy tu teramat comel dan cntek ok...name dia dr.stanza cinta..eyh silap..dr amni..haha..muka lebih kurang amni dalam stanza cinta tu jugak..tapi lagi comel..dah tu lembut jek..speaking berabuk slang london..kah3..rerupenye bekas student manchester university..coppp!! nak jadi cam dia jugak lah..tapi manalah bolehkan dia dokter..sy dietitian je..tapi jd wife dokter ok gak kan..*mode gatal..lalala*
kalau sy jadi patient mmg terus baik tengok muka dokter tuh..kalu jadi patient lelaki plak..biarla discharge lambat2 sket..sebab rase tenang je tengok muka dokter tu..ngahaha...sekian.

~thanx for reading..feel free to drop by~

4 comments:

  1. hai zetty...sonok bace entri nih...insyaAllah we are becoming dietitian...=)...
    good luck..

    ReplyDelete
  2. hehe..insyaAllah..teruja lah jumpe blogger dietitian to be juge..ktrg tade senior..so xtaw le sgt ape akn jdi..

    ReplyDelete
  3. zetty~saye bukan dietitian-to-be...saye amek cos radiography..tapi saye ramai member2 yg amek diet gak..hehe...ermmm saye baru je abis buat 2bln pektikel kat HUSM...emm nak tau lagi kisah ERCP tu la~^^

    ReplyDelete
  4. @tantan : owh i c..sowi..ngatkn awk amik dietetik juge..sbb tngok link kt member awk cm tulis diet jek..hehe..

    owh psl ERCP tu nnti sy update..skang ni cm mls sket mud raye lebih bermaharajalela..hehe.

    ReplyDelete