Salam..
Since ramai yang tak aku hantar Amra ke mana, taska or pengasuh. So, meh aku nak cerita sikit pasal ni. Pada awalnya aku memang niat nak hantar Amra ke taske je sebab aku tengok anak-anak buah aku semua ke taske je. Kecuali Khalisha pernah hantar ke rumah pengasuh , tapi pengasuh dia amatlah baik sebaiknya.
Lepas diskus dengan abi Amra dan fikir pro n cons maka kami hantar dia ke rumah pengasuh. Aku namakan pengasuh dia si A la mudah. Aku jumpa pengasuh ni sebab aku iklan kat dalam group fb iklan cari pengasuh. So, si A ni wasap la aku, masa ni aku dah ready dah dengan semua soalan yang aku patut tanya dia. Antara kreteria yang aku nak yang boleh handle EBM dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Lepas dah soal selidik aku puas hati la sikit, tapi still ada ragu-ragu. Aku cube ignore perasaan tu, walaupun orang selalu cakap kat aku yang instinct ibu ni tepat. Aku anggap tu perasaan biasa.
So bermulalah hari pertama Amra di rumah pengasuh, masa ni mak dengan abah ade lagi kat rumah. First day aku hantar half day, tapi aku tak inform kat pengasuh, tengah hari tu aku main terjah je ambik. Aku jenis yang kalau nak balik Amra aku akan pusing kereta siap2. So masa aku bagi salam tu si A tengah tanggal baju Amra nak basuh berak katanya. Aku cakap takpe la aku basuh kat rumah je, so balik tu aku popo Amra dah kering dah. Aku cube think positif, pendam je sorang-sorang tak bagitahu mak kot2 mak berat hati nak tinggalkan Amra kat sini.
Second day aku hantar full day, Alhamdulillah ok. Third day dalam pukul 12 pm si A call aku bagi tahu Amra kembung, tanak tidur merengek je. So aku mintak mak pegi tengok dulu, mak cakap sampai je rumah si A tu Amra tak nangis pun, kesan menangis pun xde dan si A dah ready kemas barang Amra, husband dia pun dah angkut barang bawak masuk dalam kereta. Aku bersabar lagi, beberapa hari lepas tu still ok, tapi asyik la jugak wasap aku bagitahu Amra kembung, nangis, tanak tidur. Aku keraskan hati buat-buat tak tahu.
Weeknd tu si A wasap aku mintak upah untuk semiggu dlu then inform nak cuti hari Selasa nextweek. Aku dah rasa bengang, tapi diam lagi. Dalam minggu tu jugak aku cari taska dan pengasuh lain. memang sakit hati, aku dah la dalam probation period, mana boleh nak cuti suka hati je bebila. Finally aku jumpa 1 taska, aku pegi melawat terus lepas balik dari kerja, kali ni aku selidik betul-betul. Alhamdulillah aku lega sikit tengok taska ni, berdaftar dengan JKM, cikgu nampak ok, bilik baby nampak ok jugak.
Masa ni aku tak bagi tahu lagi tanak dah hantar Amra ke taska. Moment paling aku sakit hati ni hari last aku hantar Amra ke rumah pengasuh, si A wasap aku lebih kurang pukul 10 pg , ayat dia macam ni " anak akak ni melalak dari akak hantar sampai sekarang, susu tanak, tidur pun tanak, 5 orang jiran saya datang jenguk ingat saya dera budak" . Aku cepat-cepat mintak EL dan balik nak ambik Amra.
masa aku sampai kat rumah dia aku tengok Amra tak nangis pun, jiran-jiran takde pun (dah balik mungkin, choiiii). aku cakap aku nak bawak Amra balik, so dia kemas barang Amra. Aku rasa susu sejuk amat macam baru keluarkan dari ice box je..
fyi aku bekalkan 3oz EBM setiap botol, ada 6 botol semuanya. dan 3oz fresh milk awal-awal pagi.
dan masa aku nak ambik Amra aku tengok ada 5 oz susu dalam botol tu, heyyy macam mana jadi cemni!
balik rumah aku cek pampers penuh, susu baru 1 luak. dengg. Aku syak dia campur fresh milk pagi tadi dengan yang dalam ice box. thats it!
aku tak perlu lagi memperjudikan nasib Amra dekat pengasuh macam ni. hari tu hari last, macam-macam alasan aku cipta tanak hantar Amra dekat dia dah. Aku masih lagi nak jaga hati dia, cukup lah, aku ambik keputusan hantar Amra ke taska.
so bermula dari situ taska la tempat Amra masa ummi kerja. Alhamdulillah setakat ni aku rasa taska tu ok, Amra pun nampak happy setakat ni kat taska . Kecuali satu kes yang pipi Amra kena cakar dengan kawan bak kata tecernya. Kejadian merobek hati aku jugak tapi aku think positif, nanti anak aku pun ntah-ntah buat cemtu juge..
So kesimpulannya pada aku better taska, tapi make sure cari yang berdaftar, yang boleh handle EBM, masuk dalam taska tu, tengok segala fasiliti dia dan lain-lain.
*giler panajng post, terima kasih sudi buang masa kat sini..hehe
sekian.
No comments:
Post a Comment