word power

“Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.”
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

lets follow each other

Showing posts with label dietitian. Show all posts
Showing posts with label dietitian. Show all posts

Monday, June 20, 2016

Panel jemputan di Tabayyun Astro Oasis

 Salam,

Ada tak sapa-sapa terserempak dengan hakak dalam rancangan Tabayyun Jumaat lepas dis Astro Oasis dan Maya HD, sila angkat tangan??

Hew..hew..hew

 Alhamdulillah aku diberi peluang berkongsi ilmu berkaitan dengan pemakanan semasa bulan puasa di dalam rancangan Tabayyun bersama Dato' Ustaz Mohd Zawawi Yusoh. Sebenarnya ni adalah last minute call, berpuluh kali fikir tak tanak. Tapi bila lagi kann, amukan pulak orang besau-besau kalu tolak.

Sebenarnya di adalah kali kedua aku masuk tv, yang pertama dalam rancangan Bicara Siswa yang Dato' Fazli pengacara tu, ni zaman-zaman universiti dulu la. dan ini kali kedua, paling mendebarkan aku jemput sebagai panel. Boleh tahan tahap debaran dia tu.

Dan yang sebenar-benarnya aku tak pernah tengok rancangan Tabayyun ni wehh, Rumah iols takde Astrokan.. Lepas tu paling sadis I olss tak pernah tahu kewujudan pengacara Tabayyun ni.. Sedehhh..haha.. Bila kawan-kawan cakap pasal Wan Kamaruddin baru time tu jugak nak gugel, lalu time tu juga la baru ku tahu. hehe


next time kalu aku rajin aku nak cerita pasal flownya, tapi buat masa ni aku malas..heh

 jom jela layan gambar yang ada kawan-kawan snap dan hantar kat aku.. sumpah sampai hari ni aku masih xde kekuatan lagi nak tengok video sendiri..kah!












sekian, tq abi Amra dan Amra teman ummi sampai  ke malam, lebiu..

sekan.

Tuesday, March 8, 2016

a letter to my self



Salam,

Dear me, MySelf, and I,

Today dah 9 bulan kerja as dietitian, tolak maternity leaves 2 bulan so jadi 7 bulan la.. perasaan?
erm.. bersyukur Allah masih murahkan rezeki aku ada jugak kerja.. but somehow rasa bosan gila kerja macam ni.. kadang-kadang hari yang rajin seronok jumpa patient, kadang-kadang rasa down..macam stranded kat sini..pfff

mungkin sebab diusia muda remaja (*muda remaja la sangat) camni terpaksa menjadi seorang ketua jabatan, which is aku rasa sangat tak layak, patut yang lebih berusia lagi yang jadi.. tapi no choice.. sungguh pun ada elaun tapi aku tak rasa berbaloi langsung.. I need my remaja timeeeee..

setiap hari pergi kerja with no spirit.. balik rumah fikir kerja untuk hari esok, lusa, tulat, tubir.. and list goes on..

penat weh, admin work, jumpa patient, community talk, health screening talk, consultation, kitchen, staff.. kadang-kadang fikir seronok juge jadi kerani je.. duduk je setempat.. tak perlun nak mingle around..

tapi dalam masa 7 bulan ni terlampau banyak yang aku belajar, ok.. aku patut bersyukur disitu..

one day tertengok cerita tundukkan playboy itu pukul 7 pm (*tertengok ok..in case my husband read this..haha).. i got something which is aku patut bersyukur masih ada rezeki , Allah masih sayang, He gives us what we need, not what we want..

but im still looking the best in my life, which is i also do not know what is that..rasa macam nak sambung study pun ade..


Tuhanku,
Kau murahkanlah rezeki buatku dan seluruh keluargaku...






sincerely,
me





~thanx for reading..feel free to drop by~

Friday, October 16, 2015

bersyukurlah wahai diri ini








Salam..


straight to the point,  today rasa nak coretkan sikit pasal kerja aku.. which yang everyday aku rasa tak bersemangat.. rasa muak kerja.. rasa macam pffffffftt..

to be honest sebenarnya aku tak menjiwai sangat kerja aku.. dulu -dulu ambik dietetik sebab macam dah takde course yang menarik je nak ambik.. so hentam saja la labu ..nak-nak dengan result matrix yang biasa-biasa saje..

masa zaman study rasa seronok la juge.. mungkin sebab ada kawan-kawan.. lepas tu setiap semester mesti setiap subject tu akan ada 2 hari yang aku ponteng .. iaitu ponteng yang sengaja sebab kalu nak exam kena cukup 80% attendance kan.. so cukup la..tehehe..

bila masuk zaman praktikal aku dah mula malas-malas.. sebabnya aku baru sedar tak best rupanya bercakap untuk nasihat orang.. bila masuk wad yang crowded dengan bau-bauan aku rasa lagi hell.. bila kes banyak aku dah mula tak tahan lapar dan panas.. so posting yang aku paling suka dulu-dulu ialah special unit.. sebab ICU ada air cond.. gettew..

so kerja pertama aku selepas grad adalah pembantu penyelidik.. yang ni aku suka .. sebab masa kerja aku sangat flexible.. suka hati nak datang pukul brapa..suka hati nak balik pukul berapa janji task aku siap.. pulak tu aku duduk ngadap laptop dengan duduk dalam lab je.. which is tak perlu nak deal dengan manusia sangat kecuali bahagian kewangan yang sangat lembab nak masukkan gaji.. masa ni kawan-kawan pun best.. tetiap malam ajak Kimi test restoran-restoran baru kat KT tu..

tapi dalam masa kerja tu aku mengusha kerja lain juge.. interview pertama aku adalah catering dietitian BESTA.. sebenarnya aku tak berminat lansung nak jadi catering dietitian.. tapi nak test market punya pasal aku pergi je interview.. Alhamdulillah dapat tapi nak di hantar ke Pasir Gudang.. so aku tolak sebab aku rasa jauh dan tak berbaloi dengan gaji yang diberi tambah dengan cerita hell catering dietitian oleh kawan-kawan..

next kerja aku pegawai penyelidik.. yang ni nama je pegawai..ada hari macam kuli batak..yela  buat research banyak tempat.. tiap kali turun field segala mala file kena bawak dengan machine2 bagai.. so memang lain macam sikit la.. bukan junior cam aku je kena buat..tapi senior2 pun.. sesungguhnya gitu le research gomen.. masa kerja yang ni memang tetiap hari aku duk usha kerja lain.. resume tak yah cite berlambak apply mana-mana.. interview pun tayah cite memang aku paling champion.. tapi ntah kenapa walaupun penat dan stress keep in data aku rasa happy je.. tetiap hari sesak naik lrt pun ok.. tetiap hari marathon kejar ktm pun best.. kerja sabtu pun kadang-kadang best..sebab balik dari kerja cuci mata ke jln TAR, mid valley la.. TS la.. sogo la..macam-macam..tapi yang tak bestnya situ kontrak saje..

2 minggu sebelum kawen aku dapat kerja as dietitian sambilan di Seremban.. masa dapat tu seronok la jugak.. finally dapat la kerja yang setimpal dengan degree aku.. tapi seronoknya sekejap je.. sebab kan aku memang tak minat nak jadi dietitian kan.. so hari-hari ke wad.. hari-hari jaga klinik.. hari-hari ngadap patient.. serius penat amat.. tak rasa happy lansung..

rezeki datang lagi selepas aku dapat kerja yang sekarang ni..dietitian jugak.. masa dapat seronok juga.. masa tu fikir rezeki anak ni sebab baru dapat tau pregnantkan.. masa mula-kerja memang rasa pfffffttt sebab tengah alahan teruk.. sampai satu tahap tak larat sangat sampai bentang sejadah baring kat dalam ofis.. kepala memang ting tong dalam beg sentiasa ada plastik untuk stand by muntah.. kadang-kadang on the way nak pegi tengok patient bleh brenti muntah dulu.. kena attend meeting sampai setengah hari..masa dalam meeting tak tahan sakit kepala mintak izin nak keluar pegi toilet..pastu lepak dalam toilet stengah jam sambil menangis.. patient tak ramai tapi management work yang buat aku pening.. tambah dengan kitchen baru buka.. makanya menjiwai la sekejap perasaan catering dietitian.. memang banyak betul dugaan masa mengandung ni.. hmmm..ape-ape pun bersyukur dah lalui 28 weeks plus plus..

last week bukak wechat setelah berbulan tak buka.. tetiba tertengok status kawan yang terpaksa berhenti kerja sebab jauh dengan husband.. pulak tu tengah pregnant.. kerja pun still status kontrak.. tengok #tag dia tulis nak sambung study la kerja pun susah nak dapat..hmm





I think I just woke up from my deep sleep.. bersyukurlah.. bersyukurlah wahai hati..

Thursday, June 4, 2015

kisah move on


 Salam..
hai semua..macam dah lama je tak jenguk sini kan..
 btw banyak sangat benda nak cerita..banyak sangat yang nak dijadikan kenangan..tapi kekangan masa jadi tak sempat semua campur dengan badan tak sihat *alasan seposen dua..


 ok now officially aku dah brenti kerja as dietitian kat HTJS.. banyak sangat belajar kat sana.. walaupun cuma 2 bulan tapi ilmu yang di timba terlalu bnayak..terima kasih pada semua dietitian di HTJS terutamanya untuk bos sebab bagi aku peluang timba pengalaman kat sana.. korang semua memang awesome la..hehe

sepanjang tempoh dua bulan tu macam-macam aku lalui..suka duka semua akan aku jadikan kenangan selamanya.. seronok kerja kat sana ..nak resign banyak kali jugak fikir.. tapi demi masa depan yang lebih cemerlang gemilang dan terbilang aku harus move on..sampai bila nak berada di zon selesa je kan..

so here I am.. officially clinical dietitian di KPJ Seremban.. eventhough macam-macam orang cerita pasal scary jadi dietitian di private tapi what else I can do..aku anggap di rezeki untuk aku dan keluarga..

hari ni hari ke 4 aku di KPJ.. memang rasa masa berjalan sangat lambat..yela kerja 6 hari seminggu.. sepanjang tempoh 3 bulan tak boleh cuti.. badan pulak tak sihat.. Allah saje yang tahu perasaan aku.. setiap hari mengharapkan kekuatan dariNya.. tapi Alhamdulillah still survive..

Alhamdulillah jugak semua orang yang aku jumpa sangat baik..tak tahu la sebab baru lagi ke or sebab sini kan private so mungkin kena nice la kan..or mungkin sebab aku head of service.. mostly cakap janganlah berhenti dah ..aku ntah dietitian yang ke berapa dah.. hope so..aku pun dah penat nak tukar-tukar kerja..


now aku sedang biasakan diri dengan environment, hopefully badan makin sihat makanya makin bagus la...dan next week our own kitchen akan start beroperasi..aku mengharapkan yang terbaik dari semua pihak..semoga semua berjalan lancar.

ok la ..till then..



~thanx for reading..feel free to drop by~

Monday, November 10, 2014

Interview Pegawai Dietetik U41






salam

ada orang takkkkkk... =)

fuhhhhhh fuhhhhhh fuhhhhhhh




kali ni aku nak cerita pengalaman aku pegi interview SPA untuk jawatan pegawai dietitik minggu lepas.. aku memang nak cite sipi-sipi bila oarang dah nakhabis musim interview sebab tanak bagi soklan bocor ke orang yang tak interview lagi..herherher...main jeee

alasan sangat..padahal aku malas *mata ke atas


aku kan macam ada prob sikit application aku tu tak melepasi syarat katanya..syarat apa pulak aku tak pasti..sebab call banyak kali ke SPA pun jawapan hampeh..makanya tak expect la dapat kan..

tiba-tiba je status jadi normal pastu tetiba dipanggil interview.. suka surprise-surprise gini tauuuu * tangan dibahu


happynya macam dah dapat kerja dengan hospital pilihan je.. =)

makanya terpaksa adhoc cuti sementelah tempat interview yang aku pilih di Kuala Terengganu.. serius weh aku tak study lansung.. tambah stress aku tengok kenkawan study bagai nak rak..aku terpaksa akui aku bukan pelajar cemerlang ^_^

so first time interview SPA ni aku macam teruja la..ada dua orang panel, sorang dari pihak SPA iaitu Tuan Haji S dan yang kedua dietitian  Pn R.. mengikut perkiraan dan hasil survey, Tuan Haji S ni suka tanya perkara yang islamik sebab beliau ni orang JAKIM..

aku syak masa tu macam aku nak pergi interview guru KAFA dah sebab segala hadis dan ayat Quran yang berkaitan dengan makanan aku cubaaaaa hafal.. namun non hado yang ditanya kecuali lehebatan Habbatus Sauda diceritakan dalam hadis ke dalam Quran..


so tetiba rasa berbesar hati nak share antara soalan yang ditanay oelah Tuan Haji S..jengg jengg jenggg


- Self Introduce
- Self promote
- kenapa nak jadi dietitian
- soalan berkaitan kerja aku sekarang..to be specific berkaitan dengan obesiti, range umur, group mana paling efektif, hasil kepada komuniti
- pendapat berkaitan traditional and complimentary medicine (TCM), hadis berkaitan Habbatus Sauda


soalan dari Puan R

- jika dihantar ke tempat yang tak pernah ada dietitian apa yang perlu dilakukan..yang ni agak tricky..soalan yang takde jawapan rigid..oh my aku main cakap je ni...


so itu jela alkisah interview aku hari tu..meh nak share tips sikit

- kita disaranlan pakai kasut warna gelap yang bertutup dan ada tumit sikit..tapi aku syak pihak SPA tak tengok pun dan ada je candidate lain pakai flat shoes warna terang je.. so aku simpulkan ni depends on orang la kot

- tolong..tolonggg bawak semua dokumen yang dah ditetapkan..kalau ada yang macam was-was perlu ada dalam file or tak just bawak je dulu..nanti dorang akan check dan ajar cara susun.. macam tempat aku haritu ada fresh grad yang tak dapat scroll lagi tak bawa surat tamat belajar, makanya free-free je kena ceramah.. tapi masa aku haritu interviewer tak tengok pun file aku..resume je yang dorang tengok..

- tolonggg jugak bawak gambar yang original..bukan sekadar gambar print colour..mengundang bebelan lagi

- study sikit pasal negara, perlembagaan, ekonomi..soalan ni aku tak kena tapi kawan-kawan yang interviewer lain ramai yang kena

- study sikit isu semasa, kebetulan musim aku minggu lepas tengah hot isu complain makanan hospital dan isu lemak tepu takde kaitan untuk orang sakit jantung.. aku prepare dah ajwapan..tapi tak tanya pulak...kecewa iolss disitu..


itu je kot..hopefully membantu untuk korang-korang akan datangg..



daaaa




~thanx for reading..feel free to drop by~

Wednesday, May 14, 2014

hal kurus lagi : metabolism




Metabolisme (Metabolism) atau Tahap Metabolisme (Metabolic Rate) amatlah kacip berkawan dengan berat badan ni sebenarnya..

dah kenapa aku cakap macam tu???

sebabnya badan kita memerlukan 60 - 70% tenaga untuk kegunaan macam bernafas, untuk jantung pam darah, untuk otak bekerja dengan sempurna. Inilah yang digembar-gemburkan sebagai "basar metabolic rate" (BMR).

aku selalu pesan kat client cakap kalau skip meals BMR akan turun maka lemak-lemak beriang gembira membiak dengan jayanya..hah inilah puncanya..

kenapa?? kenapa??

sebab bila kita tak makan makanya tenaga yang diperuntukkan untuk proses makanan tu akan disimpan rapi sebagai lemak.. selain dari skip makan ni..ade macam-macam lagi benda-benda yang jadi pengaruh dan batu api untuk BMR ni..contohnya umur, ketinggian, jantina, komposisi tubuh, suhu persekitaran, diet ok diet nak kurus tu dan stress..

umur - BMR akan berkurang bila meningkat usia..sebab tu bila dah berumur ni lemak-lemak makin tepu pulak

ketinggian - BMR akan meningkat bila org tu makin tinggi..sebab tu org comel (baca: rendah) cepat je badan dia naik kan

jantina - BMR kat lelaki lebih tinggi dari perempuan..yg ni aku rasa berkait rapat dengan komposisi badan jugak ni

komposisi tubuh - BMR meningkat bila otot meningkat

suhu persekitaran - makin menigkat suhu bila extreme heat atau extreme cold

dieting (ni untuk yang berdiet secara extreme je ok) - BMR makin menurun bila ambil terlalu rendah calorie

stress - ye korang bila stress BMR akan naik


jadiii..jadiii..benda2 ni la yang kita nak kena aware..

tapi haruslah sedar diri macam mana nak ubah jantina..tetiba kena jadi lelaki pulak sebab nak naikkan BMR ..ohmaiiiii

tak pun ubah umur..eh!

tak pun ubah ketinggian tetiba tambah besi nak panjangkan kaki cam retiss korea tu..heyyyy!!!


jadi haruslah kita gunakan pemboleh ubah yang bergerak balas..ye ye je aku ni kan..
ok. faktor-faktor yang kita boleh ubah antaranya..jeng..jeng..jeng...


pertama-tamanya jangan extreme diet..maksud aku jangan sesekali korang skip meals tau.. ni antara punca utama client aku gebu - gebu (baca: overweight/obese) belaka..makan biar ikut masa..tapi portion kena jaga..jangan main bantai pulak..mentang-mentang aku cakap jangan skip korang pg belasah suka hati pulak yang dah memang sedia ambik 5-6 kali makan tetiba tambah lagi 7-8 kali..tu namanya menjemput lemak-lemak tepu..yang wajib cumalah sarapan pagi (6.30- 8.30 pagi), makan tengah hari (12.30 - 2.00 ptg) dan makan malam ( 6.30 - 8.30 mlm) sajokkk...

komposis tubuh pun boleh ubah..macam mana tu? cam ni bro..makin banyak muscle makin naik BMR, makin banyak exercise makin banyak muscle..jadi marilah kite exercise!!!





please do
- makan kerap tapi sikit-sikit
- tambahkan otot dengan exercise
- pastu aerobic aktiviti


please don't
- rapid weight loss diet




lol!!










~thanx for reading..feel free to drop by~





Saturday, May 10, 2014

dua kategori my BFF

Salam..
hi peeps..
hari ni aku nak menunaikn janji ak yang dah lamaaaaa sangat tuh
sorry buat yang tanya-tanya tu
aku busy sikit sebenarnya..malas yang banyak..kikiki
ok..so mulai hari ni aku akan cuba rajinkan diri slow-slow update pasal weight lose ni ye



ok first thing first

korang nak "My Body Fat and Flabby" or " My Body Fit and Fabulous" ????

ok the answers is yours

so hari ni aku akan act sebagai dietitian korang ok
aku akan cuba share knowledge aku
tapi jangan expect aku selalu update..or pantas update ye..sebab korang faham-faham jela tahap kemalasan aku ni ok?


bagi aku perkara pertama yang kita kena ambik tahu adalah Body Mass Index  (BMI) ataupun Indek Jisim Tubuh (IJT)

korang pernah dengar tak ??..sure pernah kan








so ape korang rasa BMI ni??

BMI adalah ukuran untuk menilai berat badan anda berbanding dengan ketinggian.
[source] 





Tahukah anda bahawa kelebihan atau kekurangan berat badan boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan?
Kajian menunjukkan bahawa berat badan yang berlebihan adalah masalah kesihatan yang serius bagi kebanyakan orang. Ia meningkatkan risiko mereka terhadap beberapa penyakit yang serius seperti penyakit jantung, angin ahmar, kencing manis, kanser,dan darah tinggi.
Mencapai dan mengekalkan berat badan unggul melalui pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang tetap boleh membantu mencegah penyakit-penyakit ini.

Bilakah anda dianggap sebagai kekurangan berat badan?

Jika BMI anda di bawah paras 18.5kg, anda dikira kekurangan berat badan
Apa yang berlaku sekiranya seseorang itu kekurangan berat badan?
Kekurangan berat badan meningkatkan risiko seseorang dalam masalah kesihatan.
Kekurangan berat badan dikaitkan dengan masalah jantung, penurunan daya tahan tubuh terhadap jangkitan keletihan yang kronik, anemia, kemurungan dan penyakit-penyakit yang lain.






jadi, macam mana nak kira BMI ni agak-agaknya


ok tengok bawah ni formulanya..ada jenis yang korang boleh guna..1 dalam pound dan satu lagi dalam kg..tapi kat Malaysia ni biasa akan gunakan kg..
kalau yang pakai smartphone canggih manggih tu lagi senang..korang download je app kat google play tu..nahhh semudah ABC masukkan tinggi dan berat korang keluarlah ia




jadiii...jadiii...
perkara pertama yang korang harus ambil tahu adalah ketinggian korang..yang ni sekali ukur pun dah ok..sebab ketinggian kita selalu stop awal..so kalau umur dah 20 tahun ke atas tak perlu lagi nak pergi bergayut kat dahan pokok tu..memang tak naik dah dek non oii..

yang kedua korang harus tahu berat korang..yang ni pun semudah ABC sebab sekarang ni banyak penimbang kat pasaraya..korang cuma perlu masukkan 20 sen atau 50 sen atau seringgit kalau penimbnag yang lebih advance..

contoh pengiraannya macam ni ye hadek hadek :

berat : 50 kg 
tinggi : 1.58m

cara nak kira

BMI = berat (kg) / tinggi 2 (m2)

BMI = 50 / (1.58)2
BMI = 20.08kg/m2

nahhh..kan semudah ABC
*berat BMI aku je tu..wink wink

next

fine sekarang dah tahu dah BMI tu..so macam mana pulak nak tahu kelasnyekan..kurang berat badan (underweight) ke , normal ke, berat badan berlebihan (overweight) ke , obesiti tahap 1 ke, obesiti tahap 2 ke atau obesiti tahap 3??


haaaa..tengok carta kat bawah ni

agak-agak korang kat mane tuuuuu




kalau korang di area 25 keatas..berhati hatilah..banyak risikonya...so ape lagi..jom monitor berat kitaaaaaa

soooo..cara nak menurunkan berat badan tu macam mana agaknya..ok next post mungkin..stay tuneeeee




*ok itu sahaja untuk kali ni..aku sebenarnya tak tahu nak tulis macam mana..tak tahu jugak nak terangkan macam mana..sebab aku kalu bagi consultation aku ade modul sendiri which is aku kena ikut modul tu sejibik..tapi setiap orang akan ada problem tersendiri..so aku kena tackle problem orang tu dulu befor ebagi intervention..so if korang nak tanya pape just email to me at zetty7813@gmail.com ..insha Allah aku akan bantu korang..ni free consultation je tau.. =)

wsalam.








~thanx for reading..feel free to drop by~

Monday, March 24, 2014

my second job

salam..
hello people..

it has been 1 month plus plus I leave my previous job which is research assistant..
now research officer..

sama tapi tak serupa..getteww...
kali ni upgrade la sikit..Q41 kena la dengan degree aku kan..kalau tak mungkin degree tersebut boleh buat pekasam sahaja!

walaupun nampak sama tapi tak serupa..namun amatlah berbeza
*fine ayat berbelit

beza sangat actually dulu aku denkat UniSZA aku main dengan sample tumbuhan..duku..daun bismillah..pokok yang tak tahu nama tu..so aku memang totally lab basa kat sana..hari-hari aku ngadap daun, extraction, chemicals, dan juga mat london. Eh!

sekarang kerja aku community base..sample dan respondent adalah totally homo sapien (manusia) yang montel-montel geram untuk dicubit-cubit.. subjek kami adalah overweight dan obesity housewife..
deal dengan manusia actually lagi susah dari nak cari active compund dalam tumbuhan..berganda masalahnya..yolah manusia rambut sama hitam.tapi hati lain-lain...ceaaa ayat tak bole belahh

walaupun jawatan aku Q41..tapi cum dietitian jugak U41..mungkin boleh jadi

Q41 + U41 = QU81 *jawatan baru..mihmihmih

kenapa...kenapa..kenapa.... *mata terkelip-kelip

sebabnya aku kena bagi diet consultant jugak pada akak-akak comelness tersebut.. kiranya diet consultant tu one of the intervention buat mereka.. aku memang tak minat sangat nak bagi consultant ni..tapi apekan daya gatal pergi mabil course dietetik..berbuih jugaklah mulut aku kalau time dapat 4 orang respondent sehari..

sebulan buat benda yang sama kadang-kadang datang jugak perasaan fed up..namun ku cuba niatkan jugak lillahi taala..semoga Allah redha..semoga berkat rezeki ini.. * tak bersyukur sgt ko ni zetty..lempang baru tahu!

sejujurnya lagi kerja dekat sini seronok sebab kawan-kawan sekerja best..happy go lucky..bos jugak best..senior dietitian juga best..paling penting at least aku kenal siapa disebalik tabir NHMS.. yang ni mungkin hanya dietetik student , nutrition student dan medikal student jela yang tahu kot..sebab data NHMS sangatlah glemer bila tiba part literature review FYP korangkan..survey kebangsaan kot ni..sape student diet yang tak tahu meh sini beratur nak luku kepala sorang-sorang..

projek aku ni mungkin sebesar tahi lalat je kot kalau nak dibandingkan dengan NHMS tu..NHMS tu ibarat tahi lembu.. dah kenapa kau zetty mesti gunakan tahi juga sebagai perumpamaan?

ok fine..actually aku banyak keje ni...saje je gedik nak update belog kejap sebab korang rindu aku kan..mihmihmih...

ok la..nak pegi sambung jadi cikgu kejap *check food diary respondent..

daaaa..salam....





*buat adik yang email sy nak tahu hala tuju after SPM tu kan..akak kau ni rasa macam pernah dah tulis sebelum ni..try sekeroll la dik ye..sikap pemalas kakak ko ni tak mampu dibendung lagi dah.. =)





~thanx for reading..feel free to drop by~

Tuesday, March 18, 2014

one month at IKU




TEAM MY BFF@HOME
















one month at IKU teach me everything..life..love..laugh..friendship..

Allah sent those people to develop new me..tq Allah

sincerely,
zetty


Wednesday, January 15, 2014

throwback 2013

salam..

lately aku jadi seorang pemalas nk update blog..tak tahu kenapa..mungkin lose sedikit spirit..hewhew..orang thaun baru new spirits..aku..makin lose pulak...apepuntabole

fine kali ni aku telah ditag #throwback 2013 oleh kawan aku..so sebab banyakkkkk sangat masa terluang meh la kite tunaikan..teheheeee


anak buah ke 5 lahir pada 26/9/2013..alhamdulillah bertambah ahli keluarga
NUR ZARA SAFIYA


 anak buah ke 4 lahir alhamdulillah
PUTERI MARYAM




meet by former lecturer for the first time after graduating for the sake of business




perjumpaan pertama selepas berakhirnya praktikal dan final year student dietetic





posting pertama aku di hospital kemaman
dietitian to be



last dinner as dietetic student dan UniSZA student







the only one nephew 5 years old dah start school..seminggu aku tunggu dia di tadika..semoga abang menjadi pelajar yang cemerlang




harta pertamaku..kereta idaman..terima kasih abah for the down payment dan the rest aku yang bayar 



last sekali alhamdulillah aku berjaya dianugerah kan Ijazah Sarjana Muda Dietetik dgn Kepujian




maaf tak ikut susunan..tak perasan berahir sudah tahun 2013..tahun yang sangat hectic dengan praktikal dan macam-macam..macam mana aku survive for the first time hidup di kuala lumpur..macam mana aku belajar menjadi lone ranger tanpa teman-teman rapat disisi.. 

tahun 2014 ni bukan lagi tahun honeymoon bagi aku..tahun yang penuh dengan cabaran walaupun masih diawal bulan Januari..tahun yang membalas budi..tahun yang mencari makne kehidupan..tahun yang perlu membuat keputusan demi ke keputusan..tahun yang perlukan pengorbanan..

aku semakin dewasa dont mess with me...tehehe..

sekiam..
wsalam


~thanx for reading..feel free to drop by~

Sunday, December 15, 2013

PRE CONVO PHOTOSHOT

sori we olssss tak habes lagi mood convo..layanzzzzz...haha









pre convo

Monday, December 2, 2013

convocation day 30/11/2013

salam..
hari sabtu haritu my BIG day
my convocation day..
alhamdulillah officially pemegang
 Ijazah Sarjana Muda Dietetik dgn Kepujian

terima kasih buat mak dan abah
keluarga
pensyarah pensyarah..cikgu-cikgu dari pra sekolah sehinggalah ke matrix
kawan-kawan seperjuangan sepanjang 4 tahun ini
dan "teman bergaduh"





with mak dan abah, penyokong utama








terima kasih for those flowers and teddy bear..sampai tak muat tangan nak pegang semua

sebahagian coursemate dan lecturers

usaha menyerap aura lecturer..hehe


ok dah malas nak buat caption..jom layan saje gambar ye..