Salam..
hi peeps..
hari ni aku nak menunaikn janji ak yang dah lamaaaaa sangat tuh
sorry buat yang tanya-tanya tu
aku busy sikit sebenarnya..malas yang banyak..kikiki
ok..so mulai hari ni aku akan cuba rajinkan diri slow-slow update pasal weight lose ni ye
ok first thing first
korang nak "My Body Fat and Flabby" or " My Body Fit and Fabulous" ????
ok the answers is yours
so hari ni aku akan act sebagai dietitian korang ok
aku akan cuba share knowledge aku
tapi jangan expect aku selalu update..or pantas update ye..sebab korang faham-faham jela tahap kemalasan aku ni ok?
bagi aku perkara pertama yang kita kena ambik tahu adalah Body Mass Index (BMI) ataupun Indek Jisim Tubuh (IJT)
korang pernah dengar tak ??..sure pernah kan
so ape korang rasa BMI ni??
BMI adalah ukuran untuk menilai berat badan anda berbanding dengan ketinggian.
[source]
Tahukah anda bahawa kelebihan atau kekurangan berat badan boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan?
Kajian menunjukkan bahawa berat badan yang berlebihan adalah masalah kesihatan yang serius bagi kebanyakan orang. Ia meningkatkan risiko mereka terhadap beberapa penyakit yang serius seperti penyakit jantung, angin ahmar, kencing manis, kanser,dan darah tinggi.
Mencapai dan mengekalkan berat badan unggul melalui pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang tetap boleh membantu mencegah penyakit-penyakit ini.
Bilakah anda dianggap sebagai kekurangan berat badan?
Jika BMI anda di bawah paras 18.5kg, anda dikira kekurangan berat badan
Apa yang berlaku sekiranya seseorang itu kekurangan berat badan?
Kekurangan berat badan meningkatkan risiko seseorang dalam masalah kesihatan.
Kekurangan berat badan dikaitkan dengan masalah jantung, penurunan daya tahan tubuh terhadap jangkitan keletihan yang kronik, anemia, kemurungan dan penyakit-penyakit yang lain.
jadi, macam mana nak kira BMI ni agak-agaknya
ok tengok bawah ni formulanya..ada jenis yang korang boleh guna..1 dalam pound dan satu lagi dalam kg..tapi kat Malaysia ni biasa akan gunakan kg..
kalau yang pakai smartphone canggih manggih tu lagi senang..korang download je app kat google play tu..nahhh semudah ABC masukkan tinggi dan berat korang keluarlah ia
jadiii...jadiii...
perkara pertama yang korang harus ambil tahu adalah ketinggian korang..yang ni sekali ukur pun dah ok..sebab ketinggian kita selalu stop awal..so kalau umur dah 20 tahun ke atas tak perlu lagi nak pergi bergayut kat dahan pokok tu..memang tak naik dah dek non oii..
yang kedua korang harus tahu berat korang..yang ni pun semudah ABC sebab sekarang ni banyak penimbang kat pasaraya..korang cuma perlu masukkan 20 sen atau 50 sen atau seringgit kalau penimbnag yang lebih advance..
contoh pengiraannya macam ni ye hadek hadek :
berat : 50 kg
tinggi : 1.58m
cara nak kira
BMI = berat (kg) / tinggi 2 (m2)
BMI = 50 / (1.58)2
BMI = 20.08kg/m2
nahhh..kan semudah ABC
*berat BMI aku je tu..wink wink
next
fine sekarang dah tahu dah BMI tu..so macam mana pulak nak tahu kelasnyekan..kurang berat badan (underweight) ke , normal ke, berat badan berlebihan (overweight) ke , obesiti tahap 1 ke, obesiti tahap 2 ke atau obesiti tahap 3??
haaaa..tengok carta kat bawah ni
agak-agak korang kat mane tuuuuu
kalau korang di area 25 keatas..berhati hatilah..banyak risikonya...so ape lagi..jom monitor berat kitaaaaaa
soooo..cara nak menurunkan berat badan tu macam mana agaknya..ok next post mungkin..stay tuneeeee
*ok itu sahaja untuk kali ni..aku sebenarnya tak tahu nak tulis macam mana..tak tahu jugak nak terangkan macam mana..sebab aku kalu bagi consultation aku ade modul sendiri which is aku kena ikut modul tu sejibik..tapi setiap orang akan ada problem tersendiri..so aku kena tackle problem orang tu dulu befor ebagi intervention..so if korang nak tanya pape just email to me at zetty7813@gmail.com ..insha Allah aku akan bantu korang..ni free consultation je tau.. =)
wsalam.
~thanx for reading..feel free to drop by~
No comments:
Post a Comment