~I am a dietitian who always think about delicious food.. just go with the flow.. live..laugh..love~
word power
“Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.”
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
lets follow each other
Showing posts with label breastfeedingjourney. Show all posts
Showing posts with label breastfeedingjourney. Show all posts
Tuesday, January 22, 2019
Keperluan Breastfeeding Mommy yang bekerja
Assalamulaikum,
Since ramai yang tanya ummi pasal breastfeeding , jadi kali ni ummi nak share sikit pasal brestfeeding. Alhamdulillah Aydin Eusuff dah masuk setahun 2 bulan dan dia masih fully breastfed.
Pertama sekali bila pregnant, ummi nasihatkan untuk cari ilmu, cari ilmu tentang penyusuan susu ibu sebanyak-banyaknya. ummi belajar dari pengalaman, masa zaman amra, ummi ingat ummi dah cukup ilmu dah, ummi excited nak fully bf kakak, ummi fikir pasal breast pump, storage bottle, cooler bag. tapi ummi lupa nak study macam mana nak berjaya breastfed sampai 2 tahun. Akhirnya ummi kecundang bila kakak usia setahun. ummi redha, mungkin rezeki kakak cuma setakat itu.
bila ummi pregnant lagi ummi nekad untuk belajar betul-betul, ummi follow group-group berkaitan breastfeeding.ok jom kita tengok apa keperluan breast feeding terutama untuk ibu yang bekerja macam ummi.
1. mesti tetapkan mind set nak breastfeed baby inshaAllah sampai 2 tahun.
yang ni penting sebab ramai yang kecundang bila banyak sangat "nasihat-nasihat" yang tak bertauliah daripada orang sekeliling, orang-orang sekeliling termasuk family. buat pekak je bila orang cakap apa-apa pasal bf. bila berpantang dengan family lagi lah di punya dugaan kuat. anak nangis sikit tak cukup susu lah, anak tak kenyang lah, susu ibu tak khasiat lah. no.no. no jangan ambik hati. buat pekak je. lama-lama diamlah mereka. paling penting masa preggy tu ajak husband belajar sekali, supaya ada support system yang kuat.
2. breastpump
pemilihan breastpump sangat penting untuk ibu yang bekerja. sama ada nak yang single pump, double pump, manual? ini ikut keperluan, jadual kerja. harga bermacam-macam ada dipasaran, nak mahal, nak murah semua ada. cuma breastpump ni kena pandai pilih supaya sesuai dengan nipple kita. next time ummi share lagi macam mana nak pilih yang sesuai dengan nipple kita.
ummi guna Cimilre F1 macam kat bawah ni, double pumping. inshaAllah lain kali ummi review ye.
3. Thermal bag
Thermal bag juga penting untuk kegunaan ketika waktu bekerja, bermacam jenis jugak dipasaran, ada yang bag pack, ada yang galas tepi. personally ummi suka yang galas belakang dan siap ada ruang nak letak barang belah atas manakala bahagian bawah boleh letak ice pack dan susu.
ummi guna macam dalam gambar kat bawah ni, tapi brand lain la. ummi suka guna yang macam ni sebab bahagian bawah boleh tanggal, incase nak basuh senang. tak payah basuh the whole bag. kalau nak beli beg macam ni boleh tengok kat sini. click link ni.
4. Storage bag / storage bottle.
Storage beg atau storage bottle mana-mana pun boleh, tapi dedua ada pro and cons dia. Kalau kita memang ada deep freezer khas sebenarnya lagi mudah guna storage bottle, sebabnya bila nak guna terus je thaw, paanskan dan letak puting . tak perlu nak transfer dalam botol lagi dah. pemilihan botol pun boleh terus pilih yang jenis wide neck atau slim neck bergantung pada jenis puting yang kita nak bagi pada baby nanti.
tapi kalau kita tak ada ruang yang besar so kita guna je storage bag. so bila nak simpan tu kita boleh leperkan dia, susun macam buku tu dalam bakul mengikut batch. nanti senang nak tengok expired date dia.
5. Ice pack / Ice brick
Ice pack ni penting untuk pastikan suhu susu masih within recommended range sepanjang kita bekerja sehingga nak transfer ke chiller nanti. personally ummi suka guna ice apck gabag, sebab dia boleh tahan lama up to 12 jam (gabag kata 16 jam, tapi dengan keadaan cuaca kawan ummi cuma best sampai 12 jam je ). nak guna ice brick pun takde masalah , cuma tahap sejuk dia cepat berhenti. selain tu ice pack Natural moms pun ramai yang review kata best.
6. Nursing cover
bagi ummi nursing cover ni snagat penting sebab kita kan guna bila nak outing (personally baby bawah setahun je yang nak duduk dalam ni, lepas setahun dia dah pandai selak .hehe). dan untuk guna masa pam dekat office, so tak perlu nak cari tempat khas untuk pam. just pam di work station saje. jimat masa dan bos tak tercari-cari kalau asyik hilang p pam. nurisng cover boleh cari kat sini. click je link ni
7. Collection cup
Collection cup ni sangat lah best sebab tak perlu nak pegang botol yang macam hon tu. hehe. selit saje dalam bra dah settle. sambil tu siap boleh buat kerja lagi tau. bestkan. ummi pakai freemie cup. brand lain pun banyak dah sekarang macam youha, freedom dan lain-lain.
itu saje perkongsian ummi setakat ni, harap membantu kalian. semoga lain kali ummi rajin lagi nak tulis. hehe
love,
ummi.
Wednesday, June 1, 2016
Breast milk turn pink
Salam..
Sebab ramai cakap tak jumpa post ni kat fb maka aku up kat sini ler pulak..
Sebab ramai cakap tak jumpa post ni kat fb maka aku up kat sini ler pulak..
[ BREAST MILK TURN PINK ]
Just nak share..
Selama ni ramai yang bagitahu susu ibu daripada darah.. Kalau dibiar lama ia akan bertukar jadi darah semula which is kaler mcm nak merah- merah.
One day aku tertinggal nak basuh satu botol susu amra..sebab terselit bawah bantal..so botol tu overnight la dengan ada leftover susu.. Tapi kaler dia still sama putih-putih kuning.. Cuma atas dia la ada fat deposit.. So masa tu aku tak boleh trima la teori yang orang bagitahu aku tu which is susu tu berubah jadi darah..
Tetiba satu hari masa nak basuh baju tidur amra aku tengok ade pink stain kat baju dia mcm dalam gambar tu..(dlm gmbar tu kejadian kali ke 3) Aku tengok bantal dia pun sama..baju tidor dia pakai malam tu biru.. Sarung bantal purple.. Alas tidur hijau.. Mustahil turun kaler dpt pink..
Lepas basuh still ada pink stain tu.. Bau macam susu basi.. Basuh few times tak hilang jugak..
So dengan gelabahnya aku tnya hampir semua kawan2 yang doktor.. Drg ckp tak pernah lagi jumpa peluh or air liur pink.. Yang ada air kencing..
Masa tu aku baru start minum sejenis minuman koko ni.. So aku mula nak salahkan benda tu.. Aku stop ambik seminggu untuk monitor.. Mmg takde stain dah.. Mase tu aku buat hipotesis yg produk tu penyebab.. Sebab seminggu lps tu aku minum ada balik... Dan ada lagi.. So aku cuba cari article..produk ni tinggi selenium katanya..aku terus bayangkan selenium tu yg penyebab pink (aku tak tahu betul ke tak teori aku..ampun cikgu kimia)..
Tapiiii..lepas tu lain yang aku jumpa.. Aku terjumpa a few jurnal mcm dlm gambar tu.. Memang betul2 wujud weh susu berubah warna.. Bukan sebab jadi darah..tp sebab bacteria tu.. Dan mmg aku perasan ade stain sikit kat puting susu amra..
Aku tunjuk jurnal ni kat MO hospital aku.. Dia pun tak tahu weh kewujudan bnde ni.. Rare sgt kot..
Aku baca dia akan jadi pink bila biar overnighy especially dlm dark environment..
So dengan perasaan ingin tahu aku cuba buat 1 experiment.. Aku ambik 2 baju amra balik dari taska yang ade kesan susu aku tak basuh..satu aku sangkut kat bilik yang gelap.. Satu lagi aku sangkut kt bilik yang buka lampu overnight..
Yerp mmg betul..bacteria tula penyebabnya.. Baju kat bilik gelap yg dlm gambar tu..basuh banyak kali pun tak hilang.. Still bau susu.. Yang kat bilik cerah tak berubah ape pun..
Ape pun sekarang ni aku tak biar dah baju amra lmbt basuh..sebab syg baju stain tak hilang..
So ikotkan ape yang aku baca xde lah bahaya sgt bacteria ni..tp still kena monitor la amra ni..
Sekian..
*baru nak berangan amra ade superpower bleh kluarkan kaler pink..rupa-rupanya bacteria tu..hehe..
1st hypothesis abi amra, susu tu ada chemical..the result of reaction tu pink. .failed 😂😂😂
*
*
*
Aku jeke baru tahu psl ni.. Ke korang dah tahu?
olala
Amra Surfina,
breastfeedingjourney
Thursday, March 17, 2016
my breastfeeding journey
Salam and good morning..
wahhh tajuk tanak kalah kau.. padahal baru 3 bulan journeynya..atas permintaan kawan maka iolss up satu entry laa..
ok actually aku bercita-cita nak exclusive breast feed my baby dari zaman dulu kala lagi..masa tengah study lagi ada cita-cita ni.. sebabkan dulu ada jugak subjek pasal breastfeed bagai nikan.. so dari situ la dapat tahu kelebihan titisan emas ni..
so masa pregnantkan Amra selalu blogwalking cari info-info, jenis pump yang sesuai dan gajet-gajet yang lain la seperti cooler bag, storage bottle, bottle warmer and list goes on..
first yang aku survey dulu pump, majority cakap suruh beli brand Medela worth invesment katanya, well aku rasa mostly tahu harga Medela kan.. so aku tak bercita-cita nak beli Medela.. lagipun masa tu aku ada negative thought sikit, aku takut dah beli mahal-mahal tapi tak berjaya.. So masa tu plan nak beli malish Aria je yang double pump..murah sikit..
tapi aku terbekenan pula dengan freemie, so tetiba dapat idea nak beli single pump dengan freemiw je.. kebetulan kakak aku nak let go Malish mango dia yang baru guna beberapa kali je, so aku setuju nak beli yang dia je..
sebulan lebih guna Malish mango single pump without freemie, serius penat weh, takes more time, makanya kecek2 en hubby pun setuju belikan freemie.. tq syg.. kih3..
lepas ada freemie aku bertambah bersemangat waja pump, sebab cepat boleh pump both, lepastu handsfree, aku pernah pump sambil iron baju, lipat baju, sambil makan, sambil baca buku, memang heaven la..
now Amra biasa minum 3oz each so aku perlukan around 21oz per day, but the production around 26-30 oz per day only.. tak tahu la nanti sempat ke tak nak buat stock.. banyak sangat meeting, event bagai so pumping schedule juga berubah.. serius rasa risau jugak ni..
ok back to topic, actually Amra tak la exclusive BF (breastfeed) sebab since day 1 in her life dah kena warded till day 6, so mula-mula tu susu sikit sangat, so kat ward tu nurse dah bagi formula milk, tapi aku berusaha jugak pump and hantar ke hospital, after day 6 Amra dah boleh balik, so since then memang aku bagi direct feed until 2 weeks before aku start kerja, it such heartbreaking masa nak bagi dia bottle fed and formula milk... sedih gilo..but I have to..no choice, tak sempat nak kumpul EBM (expressed breast milk) banyak-banyak.. tapi waktu tu azam kat diri sendiri balik seremban aku mesti rajin pump and kumpul.. Alhamdulillah masa balik 2 minggu kemudian aku berjaya kumpul..
seriously BF anak memang sangat mencabar, salute sangat dekat mommy2 yang dapat BF anak sampai 2 tahun.. aku ni hati dan minda nak kena gagah, bila penat always remind myself "I must fed her..I must fed her"
so aku ada lagi 1 tahun 9 bulan to fed her.. ermm.. wish me luck..inshaAllah
![]() |
hahahaaa..kena sangat dengan diri sendiri |
olala
Amra Surfina,
breastfeedingjourney
Subscribe to:
Posts (Atom)