word power

“Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.”
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

lets follow each other

Tuesday, January 22, 2019

Keperluan Breastfeeding Mommy yang bekerja


Assalamulaikum,

Since ramai yang tanya ummi pasal breastfeeding , jadi kali ni ummi nak share sikit pasal brestfeeding. Alhamdulillah Aydin Eusuff dah masuk setahun 2 bulan dan dia masih fully breastfed.

Pertama sekali bila pregnant, ummi nasihatkan untuk cari ilmu, cari ilmu tentang penyusuan susu ibu sebanyak-banyaknya. ummi belajar dari pengalaman, masa zaman amra, ummi ingat ummi dah cukup ilmu dah, ummi excited nak fully bf kakak, ummi fikir pasal breast pump, storage bottle, cooler bag. tapi ummi lupa nak study macam mana nak berjaya breastfed sampai 2 tahun. Akhirnya ummi kecundang bila kakak usia setahun. ummi redha, mungkin rezeki kakak cuma setakat itu.

bila ummi pregnant lagi ummi nekad untuk belajar betul-betul, ummi follow group-group berkaitan breastfeeding.ok jom kita tengok apa keperluan breast feeding terutama untuk ibu yang bekerja macam ummi.

1. mesti tetapkan mind set nak breastfeed baby inshaAllah sampai 2 tahun. 

yang ni penting sebab ramai yang kecundang bila banyak sangat "nasihat-nasihat" yang tak bertauliah daripada orang sekeliling, orang-orang sekeliling termasuk family. buat pekak je bila orang cakap apa-apa pasal bf. bila berpantang dengan family lagi lah di punya dugaan kuat. anak nangis sikit tak cukup susu lah, anak tak kenyang lah, susu ibu tak khasiat lah. no.no. no jangan ambik hati. buat pekak je. lama-lama diamlah mereka. paling penting masa preggy tu ajak husband belajar sekali, supaya ada support system yang kuat.

2. breastpump

pemilihan breastpump sangat penting untuk ibu yang bekerja. sama ada nak yang single pump, double pump, manual? ini ikut keperluan, jadual kerja. harga bermacam-macam ada dipasaran, nak mahal, nak murah semua ada. cuma breastpump ni kena pandai pilih supaya sesuai dengan nipple kita. next time ummi share lagi macam mana nak pilih yang sesuai dengan nipple kita.

ummi guna Cimilre F1 macam kat bawah ni, double pumping. inshaAllah lain kali ummi review ye. 



3. Thermal bag

Thermal bag juga penting untuk kegunaan ketika waktu bekerja, bermacam jenis jugak dipasaran, ada yang bag pack, ada yang galas tepi. personally ummi suka yang galas belakang dan siap ada ruang nak letak barang belah atas manakala bahagian bawah boleh letak ice pack dan susu.

ummi guna macam dalam gambar kat bawah ni, tapi brand lain la. ummi suka guna yang macam ni sebab bahagian bawah boleh tanggal, incase nak basuh senang. tak payah basuh the whole bag. kalau nak beli beg macam ni boleh tengok kat sini. click link ni.


4. Storage bag / storage bottle.

Storage beg atau storage bottle mana-mana pun boleh, tapi dedua ada pro and cons dia. Kalau kita memang ada deep freezer khas sebenarnya lagi mudah guna storage bottle, sebabnya bila nak guna terus je thaw, paanskan dan letak puting . tak perlu nak transfer dalam botol lagi dah. pemilihan botol pun boleh terus pilih yang jenis wide neck atau slim neck bergantung pada jenis puting yang kita nak bagi pada baby nanti.

tapi kalau kita tak ada ruang yang besar so kita guna je storage bag. so bila nak simpan tu kita boleh leperkan dia, susun macam buku tu dalam bakul mengikut batch. nanti senang nak tengok expired date dia.

5. Ice pack / Ice brick

Ice pack ni penting untuk pastikan suhu susu masih within recommended range sepanjang kita bekerja sehingga nak transfer ke chiller nanti. personally ummi suka guna ice apck gabag, sebab dia boleh tahan lama up to 12 jam (gabag kata 16 jam, tapi dengan keadaan cuaca kawan ummi cuma best sampai 12 jam je ).  nak guna ice brick pun takde masalah , cuma tahap sejuk dia cepat berhenti. selain tu ice pack Natural moms pun ramai yang review kata best.


6. Nursing cover 

bagi ummi nursing cover ni snagat penting sebab kita kan guna bila nak outing (personally baby bawah setahun je yang nak duduk dalam ni, lepas setahun dia dah pandai selak .hehe). dan untuk guna masa pam dekat office, so tak perlu nak cari tempat khas untuk pam. just pam di work station saje. jimat masa dan bos tak tercari-cari kalau asyik hilang p pam. nurisng cover boleh cari kat sini. click je link ni


7. Collection cup

Collection cup ni sangat lah best sebab tak perlu nak pegang botol yang macam hon tu. hehe. selit saje dalam bra dah settle. sambil tu siap boleh buat kerja lagi tau. bestkan. ummi pakai freemie cup. brand lain pun banyak dah sekarang macam youha, freedom dan lain-lain.

itu saje perkongsian ummi setakat ni, harap membantu kalian. semoga lain kali ummi rajin lagi nak tulis. hehe


love,
ummi.

2 comments: