word power

“Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.”
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

lets follow each other

Sunday, March 10, 2013

dunia dietetik 4 : maksud sebenar dietetik

salam...tak habes2 lagi pasal dietetik ni rupe-rupenye...baru2 ni ade org tanye aku ambik course ape
then aku cakap la couse dietetik..pastu die jawap "owh..patot la ko kurus..ko diet sgt ni..mmg ko pilih kos ni sbb nak kurus ke?" *erk...


nampaknya masih ramai yang misunderstanding dengan kos ni..ok lagi sekali meh nak jelaskan pasal dietetik ni..





Bidang pengajian dietetik mungkin menjadi sesuatu yang asing bagi sesetengah orang. Sedangkan di Hospital dan pejabat kesihatan mempunyai pegawai kesihatan dietetik yang merupakan salah satu kerjaya penting dalam bidang perubatan.
Secara mudah difahami, ramai yang memanggil Pegawai Dietetik ini seperti Doktor dalam bidang pemakanan untuk kesihatan. Dietetik, ialah dari perkataan diet itu sendiri menampakkan fungsinya sebagai pegawai yang menggunakan kombinasi teori dan pengalaman praktikal yang berasaskan sains fizikal, biological dan sains kelakuan dengan berfokuskan kepada makanan, pemakanan, terapi pemakanan perubatan, pengurusan makanan dan pemakanan komuniti. Sebagai contoh, ia melibatkan kajian pemakanan di hospital bekenaan jumlah pengambilan kalori, serta kajian pemakanan untuk mencegah gaya hidup tidak sihat hingga meningkatkan lagi obesity ( kegemukan ), selain itu ia membuat kajian nutrisi/makanan sepatutnya untuk komuniti serta pesakit-pesakit mengikut penyakit yang dialami.
Pegawai Dietetik biasanya akan mengenalpasti penyakit dan akan membuat sedikit kajian dan membuat saranan pemakanan perlu bagi kes-kes kronik dalam mengelakkan masalah akan terus parah.



Bidang Pekerjaan Pegawai Dietetik






Kebanyakan Pegawai Dietetik ini akan bertugas di institut penyelidikan, hospital, Pegawai kawalan Mutu, Pegawai pemasaran di institute pengeluaran makanan dan minuman dan sebagai perunding dietetik.



Selain itu, boleh juga untuk Pegawai Sains/ Pegwai penyelidik di intitut penyelidikan, intitut pengajian tinggi, hospital dan industry berkaitan kesihatan.
Untuk bidang pendidikan pula, bidang ini juga boleh sebagai pensyarah, pembantu pensyarah, tutor, guru di IPTA dan IPTS.




pendek kate dietitian bukan hanya untuk ini




malah juga untuk ini



ini 


ini





dan ini






yummeyhhh!!!!

makan je ape yang nak makan..tapi mesti dalam kuantiti yang betol  macam dalam food pyramid bawah ni










3 comments: