word power

“Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.”
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

lets follow each other

Wednesday, May 14, 2014

hal kurus lagi : metabolism




Metabolisme (Metabolism) atau Tahap Metabolisme (Metabolic Rate) amatlah kacip berkawan dengan berat badan ni sebenarnya..

dah kenapa aku cakap macam tu???

sebabnya badan kita memerlukan 60 - 70% tenaga untuk kegunaan macam bernafas, untuk jantung pam darah, untuk otak bekerja dengan sempurna. Inilah yang digembar-gemburkan sebagai "basar metabolic rate" (BMR).

aku selalu pesan kat client cakap kalau skip meals BMR akan turun maka lemak-lemak beriang gembira membiak dengan jayanya..hah inilah puncanya..

kenapa?? kenapa??

sebab bila kita tak makan makanya tenaga yang diperuntukkan untuk proses makanan tu akan disimpan rapi sebagai lemak.. selain dari skip makan ni..ade macam-macam lagi benda-benda yang jadi pengaruh dan batu api untuk BMR ni..contohnya umur, ketinggian, jantina, komposisi tubuh, suhu persekitaran, diet ok diet nak kurus tu dan stress..

umur - BMR akan berkurang bila meningkat usia..sebab tu bila dah berumur ni lemak-lemak makin tepu pulak

ketinggian - BMR akan meningkat bila org tu makin tinggi..sebab tu org comel (baca: rendah) cepat je badan dia naik kan

jantina - BMR kat lelaki lebih tinggi dari perempuan..yg ni aku rasa berkait rapat dengan komposisi badan jugak ni

komposisi tubuh - BMR meningkat bila otot meningkat

suhu persekitaran - makin menigkat suhu bila extreme heat atau extreme cold

dieting (ni untuk yang berdiet secara extreme je ok) - BMR makin menurun bila ambil terlalu rendah calorie

stress - ye korang bila stress BMR akan naik


jadiii..jadiii..benda2 ni la yang kita nak kena aware..

tapi haruslah sedar diri macam mana nak ubah jantina..tetiba kena jadi lelaki pulak sebab nak naikkan BMR ..ohmaiiiii

tak pun ubah umur..eh!

tak pun ubah ketinggian tetiba tambah besi nak panjangkan kaki cam retiss korea tu..heyyyy!!!


jadi haruslah kita gunakan pemboleh ubah yang bergerak balas..ye ye je aku ni kan..
ok. faktor-faktor yang kita boleh ubah antaranya..jeng..jeng..jeng...


pertama-tamanya jangan extreme diet..maksud aku jangan sesekali korang skip meals tau.. ni antara punca utama client aku gebu - gebu (baca: overweight/obese) belaka..makan biar ikut masa..tapi portion kena jaga..jangan main bantai pulak..mentang-mentang aku cakap jangan skip korang pg belasah suka hati pulak yang dah memang sedia ambik 5-6 kali makan tetiba tambah lagi 7-8 kali..tu namanya menjemput lemak-lemak tepu..yang wajib cumalah sarapan pagi (6.30- 8.30 pagi), makan tengah hari (12.30 - 2.00 ptg) dan makan malam ( 6.30 - 8.30 mlm) sajokkk...

komposis tubuh pun boleh ubah..macam mana tu? cam ni bro..makin banyak muscle makin naik BMR, makin banyak exercise makin banyak muscle..jadi marilah kite exercise!!!





please do
- makan kerap tapi sikit-sikit
- tambahkan otot dengan exercise
- pastu aerobic aktiviti


please don't
- rapid weight loss diet




lol!!










~thanx for reading..feel free to drop by~





Saturday, May 10, 2014

dua kategori my BFF

Salam..
hi peeps..
hari ni aku nak menunaikn janji ak yang dah lamaaaaa sangat tuh
sorry buat yang tanya-tanya tu
aku busy sikit sebenarnya..malas yang banyak..kikiki
ok..so mulai hari ni aku akan cuba rajinkan diri slow-slow update pasal weight lose ni ye



ok first thing first

korang nak "My Body Fat and Flabby" or " My Body Fit and Fabulous" ????

ok the answers is yours

so hari ni aku akan act sebagai dietitian korang ok
aku akan cuba share knowledge aku
tapi jangan expect aku selalu update..or pantas update ye..sebab korang faham-faham jela tahap kemalasan aku ni ok?


bagi aku perkara pertama yang kita kena ambik tahu adalah Body Mass Index  (BMI) ataupun Indek Jisim Tubuh (IJT)

korang pernah dengar tak ??..sure pernah kan








so ape korang rasa BMI ni??

BMI adalah ukuran untuk menilai berat badan anda berbanding dengan ketinggian.
[source] 





Tahukah anda bahawa kelebihan atau kekurangan berat badan boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan?
Kajian menunjukkan bahawa berat badan yang berlebihan adalah masalah kesihatan yang serius bagi kebanyakan orang. Ia meningkatkan risiko mereka terhadap beberapa penyakit yang serius seperti penyakit jantung, angin ahmar, kencing manis, kanser,dan darah tinggi.
Mencapai dan mengekalkan berat badan unggul melalui pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang tetap boleh membantu mencegah penyakit-penyakit ini.

Bilakah anda dianggap sebagai kekurangan berat badan?

Jika BMI anda di bawah paras 18.5kg, anda dikira kekurangan berat badan
Apa yang berlaku sekiranya seseorang itu kekurangan berat badan?
Kekurangan berat badan meningkatkan risiko seseorang dalam masalah kesihatan.
Kekurangan berat badan dikaitkan dengan masalah jantung, penurunan daya tahan tubuh terhadap jangkitan keletihan yang kronik, anemia, kemurungan dan penyakit-penyakit yang lain.






jadi, macam mana nak kira BMI ni agak-agaknya


ok tengok bawah ni formulanya..ada jenis yang korang boleh guna..1 dalam pound dan satu lagi dalam kg..tapi kat Malaysia ni biasa akan gunakan kg..
kalau yang pakai smartphone canggih manggih tu lagi senang..korang download je app kat google play tu..nahhh semudah ABC masukkan tinggi dan berat korang keluarlah ia




jadiii...jadiii...
perkara pertama yang korang harus ambil tahu adalah ketinggian korang..yang ni sekali ukur pun dah ok..sebab ketinggian kita selalu stop awal..so kalau umur dah 20 tahun ke atas tak perlu lagi nak pergi bergayut kat dahan pokok tu..memang tak naik dah dek non oii..

yang kedua korang harus tahu berat korang..yang ni pun semudah ABC sebab sekarang ni banyak penimbang kat pasaraya..korang cuma perlu masukkan 20 sen atau 50 sen atau seringgit kalau penimbnag yang lebih advance..

contoh pengiraannya macam ni ye hadek hadek :

berat : 50 kg 
tinggi : 1.58m

cara nak kira

BMI = berat (kg) / tinggi 2 (m2)

BMI = 50 / (1.58)2
BMI = 20.08kg/m2

nahhh..kan semudah ABC
*berat BMI aku je tu..wink wink

next

fine sekarang dah tahu dah BMI tu..so macam mana pulak nak tahu kelasnyekan..kurang berat badan (underweight) ke , normal ke, berat badan berlebihan (overweight) ke , obesiti tahap 1 ke, obesiti tahap 2 ke atau obesiti tahap 3??


haaaa..tengok carta kat bawah ni

agak-agak korang kat mane tuuuuu




kalau korang di area 25 keatas..berhati hatilah..banyak risikonya...so ape lagi..jom monitor berat kitaaaaaa

soooo..cara nak menurunkan berat badan tu macam mana agaknya..ok next post mungkin..stay tuneeeee




*ok itu sahaja untuk kali ni..aku sebenarnya tak tahu nak tulis macam mana..tak tahu jugak nak terangkan macam mana..sebab aku kalu bagi consultation aku ade modul sendiri which is aku kena ikut modul tu sejibik..tapi setiap orang akan ada problem tersendiri..so aku kena tackle problem orang tu dulu befor ebagi intervention..so if korang nak tanya pape just email to me at zetty7813@gmail.com ..insha Allah aku akan bantu korang..ni free consultation je tau.. =)

wsalam.








~thanx for reading..feel free to drop by~

Wednesday, May 7, 2014

her 'C' day - dedicated to my sister


salam...
a bigggg late..
as alwayssss..yeahhh that me yang selalu lewat ape-ape aje


so dikesempatan ini aku nak ucapkan tahniah untuk kakak ku Dr. Zuryany atas pencapaian gemilang beliau..
now officially beliau pemegang ijazah sarjana in maxillo facial surgery
segala hasil penat lelah akhirnya berbaloi
kitorang daftar masuk u pada tahun yang sama..which is aku for first degree dan dia untuk master
dan kami grad beza lebih kurang 6 bulan

penat lelah selama ni akhirnya membuahkan hasil yang lumayan..taniah juga buat mak dan abah kerana melahirkan anak yang cekal begitu..
how i wish satu hari nanti aku akan ikut jejak dia sambung master..in sha Allah


so here we go..
ada gambar ni je..sedih aku tak dapat bersama-sama di hari gembira dia sebab keje on her C day




abah dan mak on their 5th istiadat - 26/4/2014 - USM Minden, Pulau Pinang


sincerely:
your little sister who admire you much
4.46 pm
7/5/2014
Bangsar, Kuala Lumpur






nota kaki:
ku menulis ini bukanlah atas dasar nak berbangga dengan pencapaian adik beradik sendiri..tapi ini sekadar ingatan buat masa depan..mane la tahukan satu hari nanti aku kena amnesia ke..nauzubillah..

wasalam..
till we meet again


~thanx for reading..feel free to drop by~