word power

“Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.”
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

lets follow each other

Monday, February 25, 2013

dulu dan kini

salam.. semalam aku tumpang bilik kawan di asrama Maidam..rase janggal selepas hampir 6 bulan meninggalkan Maidam..rasa semuanya lain..nak pegi toilet pun was2 betul ke tak jalan tu * ok ini mmg melampau ..dasar lupa daratan

padahal di situ lah tempat aku bermula..3 tahun penuh dengan kenangan..bilik yg sama tak pernah tukar..tapi kini semua terasa lain..rasa asing.. insyaAllah lagi 2 mnggu situ akan jadi rumah kedua untuk aku lagi..mampukah kenangan lama berulang??

ok ini bukanlah tujuan aku nak celoteh ni..
semalam aku pegi beli tiket bas nak balik bandar K..penuh sesak MBKT.. hampir semu kaunter tiket tutup..was2 ingatkan dah takde bas jalan sempena lawatan perdana menteri ke Terengganu..semua org bertumpu ke kawasan tengah MBKT.. yg berniaga sanggup tutup kedai bagai.. cameraman pun penuh tak kira sekecik zarah hingga ke besar gedabak saiz camera.. jenis yang lame ke jenis yang baru ke semua ada..aku malas nk ambik pusing benda-benda. cmni.. tujuan aku just nk beli tiket je dan nak settlekan hal-hal thesis.. tapi ade bebrapa scenario yng menarik aku perhatikan *yg menarik bg aku la kan..

scenario 1: di tangga MBKT
aku tengok ramai sangat orang tengah ambik gamba.. aku fikir owh ni mesti org besar2 datang ni pastu nak bergamba ..tapi rase leik jugak kan..kenapelah mesti kat situ..rupa-rupanya ade 2 org budak pegang kain putuh dengan tulisan "MAT SAID.........." aku tak perasan tulisan merah tu.. 2 org budak ni mengikut perkiraan aku mungkin lingkungan umur budak2 u ..drg kena halau dengan polis.. aku dengar budak2 berdua ni janji dah nak balik dan tak dtg lagi..

pada aku..ini hanyalah menempah malu..kalau berani buat la betul2..bile diherdik menikus.. dan terus balik.. apekah ini..

scenario 2 : di bahagian luar MBKT




yang paling aku pelik sepanduk yang tulis "KEKALKAN PASAR PAYANG"

dalam hati aku..apekah ini..bukan ke pasar pasang elok2 je terletak..
dan lagi sekali aku confuse bila one of my FB friend cakap psl payang akan digatikan dengan hotel..

so, mlm tu aku call kakak tanya pasal kes pasar payang ni.. hey org Temerloh lg up to date pasal isu-isu ni ok.. baru kini aku sedar dunia aku hanyalah thesis, praktikal, case write up, presentation case dan diet counselling.. erk..typical me.. hey inilah yang kawan-kawan aku cakap aku ni fokus tak bertempat..

dan aku rase dah berapa lama aku tak sentuh surat khabar..eyh tipu..last week baru baca..tp hanya selected topic saje..
katak di bawah tempurung adalah point pertama aku kali ni untuk diri sendiri

makanya second point aku hari ni kenapa mesti gantikan pasar payang tersebut...

aku seriously tak boleh terima bende-benda mcam ni..
ape yang nak dibanggakan sangat dengan hotel mahal-mahal..eventhough itu adalha penyumbang kepada ekonomi..but then bagi aku orang yang cintakan subject sejarah mase sekolah dulu..aku lebih suka benda yang lama dikekalkan..itulah yang dinamakan sentimental value.. hey seriously aku mmg xde kepentingan pun dengan pasar payang tu.. nak beli kain sutera pun belum mampu.. but then aku suka jalan-jalan situ..sungguh pn bangunan macam muzium je ..kaler tak striking.. tapi aku tetap sukakan suasana kat situ..so sila jangan ambil PASAR PAYANG KAMI!!!


aahhh..tetibe emo..
lagi xbleh blah membuktikan katak dibawah tempurung aku hari ni adalah.. bila HOD suruh bc pasal article susu dari New Zealand yg ada dicyandiarnide (DCD).. aku pun macam biasa belek2 dulu article tu sebelum baca.. dalam hati aku apekah ini..

tengok2 tarikhnya 28 January 2013..erk hello dah sebulan dah ko isu ni..aku baru nak taw... waaaa..  mmg terbukti sangat aku ni katak dibawah tempurung.. sobss..sobsss...



sekian luahan hati..
~thanx for reading..feel free to drop by~

Thursday, February 21, 2013

dilemma

salam.. hari ni aku sekali lagi dihantui perasaan dilemma..apeke hal le timbul2 perkara gitu..takpe2 Allah saje nak uji aku lagi sekali.. nak uji kematangan aku dalam membuat keputusan.. atau ini mmg syndrome student final sem..hew..hew..hew..

semalam aku dah tak waeas berfikir..call semua org tanya pendapat..dan pagi tadi bangun dengan semangat sebesar centrepoint kemaman ni untuk membuat keputusan A..hati rase tenang sikit..but then 3 jam kemudian perasaan tak waras dtg lagi bila dapat call dr some place yang berminat menggunakan khidmat aku.. wah2.. ini mempermainkan perasaan tegar aku pagi tadi.. berfikir lagi.. adekah keputusan A akan merangkak ke keputusan B pula..

pening dah memikio ni ha.. setakat ni masih berada di keputusan A lagi.. ape kate esok??.. nntikan..


owh btw dah dapat tahu kena praktikal mana untuk special unit.. Alhamdulillah lah ade jugak insan berbelas kasihan nak bagi tempat kan..

keep remind my self malas nak fikir banyak terima dengan redha je.. kesian kat diri sendiri..kesian kat CI yg dah bersusah payah.. semuanya pasti ade hikmah.. chill~~~

~thanx for reading..feel free to drop by~

Tuesday, February 19, 2013

dunia dietetik 2

salam..

ok ini post bersiri..ala-ala pembunuhan bersiri gitu..

kali ni nak stori pasal subject yang wajib belajar semasa di universiti ni before bergelar graduan dietetik.. tapi rasa-rasanya setiap universiti schedule subject ni berbeza..depends pada u tersebut..tapi secara kasarnye ni la subjectnye2..ok ni yg akak belajar dulu la.. rasenye junior sekarang dah berbeza ikot sem..tapi subjet tetap sama.

semester 1
anatomi & fisiologi
asas sains makanan dan pemakanan
microbiology asas
biokimia asas


semester 2
patologi asas
kesihatan masyarakat & epidemiology
prinsip pemakanan dan metaboilisme
sosiologi makanan


semester 3
biokimia metabolisma
mikrobiologi makanan
pemakanan dan kitaran hidup
penilaian status pemakanan
seminar pemakanan dan dietetik


semester 4
pemakanan da kesihatan
asas genetik
biokimia klinikal
analisis makanan
anatomi dan fisiologi 2
medical nutrition therapy 1
pendidikan dan promosi pemakanan pesakit
halal haram dalam pemakanan


semester 5
farmakologi
imunology
psikologi perkembangan
prinsip penyediaan makanan
biostatistik
medical nutrition therapy 2
metodologi penyelidikan


semester 6
pengurusan perkhidmatan makanan
pemakanan lanjutan (advanced nutrition)
medical nutrition therapy 3
penyediaan diet terapeutik
pemakanan komuniti dan latihan * praktikal


semester 7
projek penyelidikan tahun akhir
catering placement *praktikal
dietetic training 1 (out-patient) *praktikal
dietetic training 2 (in-patient) * praktikal


semester 8
dietetic training 3 (out-patient) * praktikal
dietetic training 4 (in-patient) *praktikal
dietetic training 5 (special unit) *praktikal



makanya cukuplah 8 semester bersamaan 4 tahun..ni tajuk je dlm bahasa melayu..belajar semua english taw..


~thanx for reading..feel free to drop by~

Monday, February 18, 2013

dunia dietetik 1

salam..
hye semua...
ok post kali nih ala-ala formal taik-taik ayam gitu..btw thanx pada sorang adik nih sbb sudi baca blog syok sendiri akak ni...hik3..

ok adik ni berminat kat kos dietetik nih.. so sebagai seorang kakak yang prihatin yang tak berapa nak baik sgt ni nak bawak..adik ni dan semua adik-adik yang berminat dengak course dietetik menyelam dalam lautan pasifik..eh!!

dalam lautan dietetik..

ok mula-mula jom kite kenal ape dietetik atau dietitian to be ni.. tukang tolak troli makanan pesakit kat hospital ke??? ehh melampau betul kau..

so bawah ni adelah skop2 tugas pegawai dietetik..ni akak mintak kat web site spa nk tampal kat sini *kenkonon.. kat web site ni siap ade takat gaji lagi taw...



$_______$

cissss dasar mata duitan kau zetty



Deskripsi Tugas:
a. Perkhidmatan Dietetik Klinikal
  • Melaksanakan langkah-langkah dalam nutrition care process seperti nutritional prescription, nutrition monitoring and evaluation bagi setiap pesakit dalam atau pesakit luar yang dirujuk oleh doktor untuk mencapai tahap kesihatan yang optima.
b. Perkhidmatan Dietetik Komuniti
  • Menyumbang kepada program/aktiviti dalam perkhidmatan promosi kesihatan dan pencegahan penyakit kepada hospital, klinik-klinik kesihatan, organisasi dan media massa.
c. Penyediaan Perkhidmatan Makanan
  • Menyelia operasi penyediaan makanan untuk memastikan diet normal, diet teraputik atau tube feeding yang disediakan untuk pesakit adalah betul, mengikut preskripsi dan menepati tahap kualiti perawatan.
d. Latihan
  • Memberi latihan mengenai penyediaan diet-diet kepada Tukang Masak, Penyelia Asrama dan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan.
e. Memberi perkhidmatan pemakanan/diet di hospital-hospital dan klinik-klinik kesihatan.



ok gitu alkisahnye pekerjaan sebagai seorang pegawai dietetik di sektor gomen ni..
so sekarang meh kita listkan universiti mana plak yang menawarkan kos dietetik ni


1- UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN *jangan tanya kat mane..sile gugle sendirik

2- UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

3- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

4- UNIVERITI PUTRA MALAYSIA

5- UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA


so tepuk dada bandingkan dengan result nak pilih mane...



~thanx for reading..feel free to drop by~

Thursday, February 14, 2013

officially final semester

salam alhamdulillah..finally officially masuk sem 8..padahal dah start 2 minggu yang lepas.. tapi baru hari ni dapat result sem lepas.. agak lambat ye di situ..sedangkan nextweek ni student-student lain dah nak sem baru dah..

alhamdulillah bersyukur sgt result sem ni jauh dari jangkaan.. terima kasih pada semu lecturer dan CI yang banyak membantu..syukur sgt2 subject paling killer finally membuahkan hasil yang sgt manis selepas berhempas pulas menyiapkan..inilah yang dikata bersusah-susah dahulu bersenang kemudian..

rasa terbayar segala kepenatan..sebab sem ni dilalui dengan penuh dugaan dan cabaran..

result kali sungguh bermakna sebab hampir seminggu ni hati asyik bermuram durja je disebabkan beberapa kekurang yang terpaksa dilalui..bertukar tempat praktikal.. terpaksa extent kan tempoh parktikal dan mcm2 la..dan macam biasa.. Allah lebih tahu ape yang terbaik untuk kita..terasa segala kepahitan hilang macam tu je.. terima kasi Allah..

terima kasih mak..abah.. siblings..
lecturer..CI..
awak yg kacak di hati sy..hehe
dan kawan2..


sekarang ni hanya tinggal semangat yang bekobar-kobar nak habiskan praktikal ni nak balik bercuti seminggu...eh!!

semangat berkobar-kobar nak hard boundkan thesis dan meneruskan perjuangan sem ni...laaaa...

tahniah pada kawan-kawan dan adik-adik yang reach target masing-masing.. yang tak reach takpela..insyaAllah ini yg terbaik untuk kita.. terus berusaha..yeehaaaa!!!...
pada adik2 selamat bersemester baru..





"kalau semalam Allah berikan aku hujan.. aku bersedih sangat.. rupa-rupanya hari ni Allah nak hadiahkan aku pelangi yang cantik sangat.. Alhamdulillah..semoga aku menjadi insan yang sentiasa bersyukur kepada Nya"


~thanx for reading..feel free to drop by~

Wednesday, February 6, 2013

everyone have their own role

salam..
kisah hari ni berbeza dari semalam.. owh ye patient yg anak die dah tanak bg makan tu dah discharge hari ni AOR..(* at own risk)..

sedih je rase.. sebab ni patient yang aku follow dari awl.. but then semuanya terserah pada family die..pape pun aku mendoakan yang terbaik pada patient ni.. kata anaknya tadi..kedua-dua paru2 paru ayah dia dah collapse so drg minta cabut oxygen semua.. terserah pada takdir..

ok straight to the point.. hari ni mcm biasa follow up lagi patient smlam dan counselling untuk new case.. masa nk tnggu kawan aku siapkan note dalam bht tu..aku berdiri la sebelah die.. then tiba2 sorang nurse ni tercari-cari bht srg patient.. rupa-rupanya bht tu yg kwn aku tengah tulis tu.. then nurse tu ok je.. so tetibe srg HO ni yang aku nk namakan die sebagai doctor X (*X for org yang berlagak).. alkisahnye macam ni la:

doctor X : sape tu ..HO baru ke.. (sambil muncungkan mulut ke arah kami
nurse : owh itu student practikal dietetik..
doctor X : buat ape kat sini
nurse : dietitian drg yg suruh cleark patient dan counselling
doctor X: eh serabut la.. boleh tak kalau jangan nk attachment kat sini ..kat ward medical ni.. pegi la attachment kat ward lain (sambil buat muka)
nurse : *senyum je..

aku : eyh macam nk bagi penampo sebijik je kat  doctor X tu.. sangat berlagak ok.. baru HO kot.. time MO dengan specialist ade kau muke innoncent sgt.. bile semua dah xde ko la hantu..

ape salah kami.. salah ke student dtg ward untuk clerk patient.. kami pegi ward pun atas arahan dietitian dan bersama surat refer dr doctor..kalau tak belajar di ward medical tu..nak belajar kat mane lagi.. tak kan tetibe terus pandai kot..

even specialist pun  siap pesan dekat kami suruh buat active screening sebab kat hospital ni ramai sangat patient DM, HPT, HPL dll..drg tak sempat nak refer..so salah ke kami ni..

first day aku rase selesa dengan hospital K ni coz masa orentasi tu everyone sgt baik.. dari nurse sampailah specialist.. terharu bila specialist tegur2..ajak borak..nurse pun ok..tapi disebabkan kehadiran doctor X ni..aku jadi mls nk g naik ward kalau ade muka si X ni..takpe2...aku tak heran dengan kata2 dia tuh..

pada aku setiap health care provider mesti hormat menghormati..masing -masing master dalam bidang sendiri.. and to doctor X even ko jadi doctor pun dont expect ko taw everything dan tak perlukan health care provider yang lain...see u tomorrow doctor X.. esok aku nak buat muka kental sikit..muahaha...

cam ni ke







or cam ni pun ok gak.. hahaha










~thanx for reading..feel free to drop by~

Tuesday, February 5, 2013

IPD 2nd attachment

salam...
ok sekarang ni aku tengah praktikal di sebuah hospital K (kalau ade yang suka membuang masa membaca post-post aku before akan tahu hospital K tu dekat mana)..

so ..hospital K ni tak lah besar mane ..hanya sebuah hospital daerah yang terletak di pantai timur saje.. aku mula-mula mase dapat tahu aku kena praktikal kat sini agak down jugak lah.. sebab aku selalu bayangkan kalu hospital besar-besar of coz la akan dapat case yang best-best sket kan.. (nampak sgt mendoakan rakyat Malaysia tidah sihat..hehe)..

so hari ni dah masuk hari ke 3 aku praktikal kat sini.. erm rumah..ermm.. so so saje... ok la untuk stay sebulan..kalau 3 bulan mau meraung aku..dengan tahap kebersihan di tahap failed..

ok straight to the point.. 1st day praktikal mmg takde case..just orentasi ward ke ward saje.. dietitian bawak kami berkenalan dengan kitchen staff, ward staff, specialist dan sister yg in charge..1st ade 1 case refer..malangnya tak dapat join dietitian coz patient tu MRSA.. (MRSA tu apa sile bukak kamus)..so agak boring.. waktu ni hanya tuhan saje yang tahu rase stress..niat nak datang belajar sekali case mcm segan-segan je nak ada..

tapi 2nd day Alhamdulillah.. pg dietitian ajar macam mana nak isi maklumat patient secara online.. bila survey2 rupa-rupanya banyak jugak case kat hospital K ni.. majornye RTF.. aku mmg teruja sebab aku tak pernah handle RTF case..so hati sikit berbunga-bunga.. and petang tu dietitian bawak ktrg merayau di ward.. ade 2 case refer..Alhamdulillah dapat handle 1 case.. poor oral intake.. but then tergagap.. waa malu..tergagap..


so today alhamdulillah dietitian bg kepercayaan handle RTF... walaupun agak sentap bila tengok status kwn2  dapat 15 patient dlm masa 2 hari..tapi takpe.. mane2 pun ade experience.. (ayat nak sedapkan hati)..


so for 3rd day aku terperangkap dalam 1 scenario ni

dietitian to be: salam.. sy dari bahagian pemakanan.. sy nak bgtaw pasal pemakanan pak cik ni..
caregiver: bagi makan ape ni..
dietitian to be : arotu dah dapat susu kan.. so kite teruskan susu tu..tapi kite nak tambah lagi lah pengambilan
caregiver: ni atas arahan sape suruh bagi makan ni !! (dengan muka serious)
dietitian to be: * terdiam..terperanjat
dietitian to be: erm kami dapat surat refer dari doctor yang in charge.. so tadi dietitian dah suggestkan untuk penambahan jumlah makanan..
caregiver: owhh.. bkn ape..ayah sy ni dah nazak.. doctor pakar cakap tak yah bg makanan..kite mmg nak bagi..tapi doctor pakar ckp ikotlah keluarga
dietitian : owh.. ok ini terpulang pada encik sekeluarga lah.. tapi kami mahukan yg terbaik untuk pakcik ni .. pakcik ni tetap perlukan makanan untuk lawan penyakit die..
caregiver: doctor cakap ayah sy ni x bertahan sebab banyak jangkitan kuman..

so dalam hal sekarang ni aku tak pasti aku yg patot give up ikot doctor tu ke or camne.. but then aku rase tak patot kot kalu stop feeding die..

hopefully esok ade yang terbaik untuk kami..




~thanx for reading..feel free to drop by~