word power

“Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.”
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

lets follow each other

Thursday, April 26, 2012

kenangan abadi pulau perhentian..

salam..


tetiba terrajin nak update blog..mungkin sebab rasa sedikit kelegaan lepas presant proposal FYP..alhamdulillah everythings is fine..nope..actually not everything..ngee..macam biasa there is some lack here and there..

ok..pas few week kami ke Pulau Perhentian.. kami disini merujuk kepada student dietetik yang ke misi khidmat komuniti MIKOM..

so, kali aku diberi tugas yang agak mencabar..iaitu ditugaskan untuk menjayakan sebuah program pembangunan diri a.k.a program motivasi untuk adik-adik darjah 6 dan 5 di SK Pulau Perhentian..btw ini adalah first time program yang aku sendiri conduct and sendiri construct dengan bantuan kawan-kawan lain..sebelum ini just jadi fasi2 yang tersedia tugas..alhamdulillah team members sangat-sangat membantu..xillion thnx to ari..shalin..azi..asma..ikram..rai..dan wani..xillion thnx juga pada En. Fadli and En. Nasir (pegawai-pegawai yang sangat banyak membantu)

tapi untuk menjayakan program ni bukanlah sesenang yang dinyatakan..banyak benda yang perlu di titikan beratkan..sedangkan diri sediri tunggang-langgang ..inikan pula nak memberi sedikit suntikan semangat kepada orang lain..almost 4 weeks before program ni diadakan..aku dah start survey teknik2 yang sesuai untuk adik-adik sekolah rendah..berbekalkan sedikit pengalaman yang di kutip masa zaman sekolah dan juga berkat bantuan guru2 kaunseling yang aku kenal dan juga team fasilitator dari universiti lain, akhirnya aku berjaya conduct satu program..

gambar sekitar program tersebut..

bersama kakak fasi- credit shalin


perbentangan setiap kumpulan

sharing experience as pakar bedah otak






actually banyak lagi gamabr2..tapi ingatkan dalam camera sendiri..puas digodek2 tak jumpa..rupa-rupanya dalam camera kwn2 lain..will update soon..*kalau rajin la..

btw..rasa rindu pada adik-adik ni..drg banyak buat aku rasa bersyukur berada ditempat sekarang..betapa susahnya nak capai apa yang kita impikan..inilah cermin aku zaman-zaman dulu mungkin.. even thought aku mmg dilahirkan dalam family yang agak kuat disiplin psl study2 ni..abah mmg sangat2 ambil berat psl study kami adik beradik..tp aku boleh tengok diri aku dalam diri mereka..

since darjah 4 lagi aku punya impian nak masuk boarding school..alhamdulillah doa itu termakbul..tapi lepas tu aku banyak main2..heee
tapi seriously aku sangat bersyukur.. honestly aku mmg nampak banyak perbezaan aku dan kwn2 aku yang dari sekolah biasa..bukan dari pelajaran..tp in term of self confident..self actualization..soft skills n banyak lagi...anak-anak aku nnti nak anta boarding school jgk la..boleh?..itupun kalu bapak drg kasi la..ngahaha..ok stop..

aku doakan adik-adik ni berjaya di dunia dan akhirat..semoga apa yanag kami sampaikan memberi manfaat kepada meraka..
insyaAllah kalau ade rezeki aku nak lagi ke pulau tersebut..subhanallah sangat cantik!

wsalam..








~thanx for reading..feel free to drop by~

Wednesday, April 25, 2012

doa..doa..mengadu pada Dia.

tetiba malam ni terasa sedih..rindu nak balik rumah..rindu mak..rindu abah..rindu semua!
maybe sebab mlm ni rasa lapang sikit lepas presant proposal semalam..lapang la sangat..padahal belambak lagi kerja lain..arghhh takde hati nak buat semua tu..huuu

bertambah tension bila semua orang dah tado..tapi aku still tak boleh nk tido..lepas tu mulalah pagi esok susah nak bangun..hai mata..mata..

sabarlah wahai hati..
doa..doa..




Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda:”Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.” Lalu baginda ditanya oleh seseorang:”Apa maksudnya meminta dicepatkan?”Jawab baginda:”Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:”Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.”

 
(Muslim)



Betulkah setiap doa akan dikabulkan oleh Allah ? Mungkin ada antara kita yang telah berdoa sesuatu namun tidak merasakan keberhasilannya. Selaku hamba, kita harus menyedari bahawa kita tidak berhak memaksa Allah kerana kitalah yang berhajatkan sesuatu bukan sebaliknya. Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita atau mungkin Allah mempunyai ketentuan lain yang tidak kita ketahui. Mungkin juga doa kita bukan tidak dikabulkan tetapi ditunda waktunya atau diganti dengan yang lebih baik. Nabi Zakaria a.s adalah contoh manusia yang sangat kuat nilai kesabarannya. Baginda telah puluhan tahun berdoa agar dikurniakan zuriat namun belum dikabulkan Allah. Antara isi doa baginda ialah: “Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku. (Maryam:4) sehingga pada akhirnya Allah SWT memakbulkan permintaan baginda dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya. Begitulah sikap yang seharusnya kita contohi iaitu jangan sekali-kali kecewa dalam berdoa. 


~thanx for reading..feel free to drop by~

Thursday, April 19, 2012

after almost 5 years

me and my besties zaman sekolah..iffah

after almost 5 years tak jumpa..akhirnya rezeki kami..Allah izinkan kami bertemu kembali di hadapan bangunan FPSK UPM..last 2 weeks..
ahh..damn miss all my friends
kalu tak silap last jumpa drg2 ni masa ambil result SPM and ada yang certain jumpa time ambil sijik SPM.. n member satu matrix..iaitu cik adilah..yang lain..fhad n dibah time raya tahun lepas..yang lain2....non hado..

bukan tade reunion, tapi selalu ada kekangan masa..fuhh!!

serious kau suda mature cik ipah..kih3..
aku?..berpura2 disebalik paksaan memakai baju kurung..kih3

kalau iffah cakap kat fb kenangan kami baling2 bedak atas tudung..makanya kenangan aku paling xbleh lupa masa FIFA 2006..kami sama2 tengok bola sampai pukul 4.30 pagi..hehe..lepastu esoknya kena denda kawad kaki reramai sebab bersorak kuat sgt..
itu belum lagi dendaan keliling padang sekolah..ingat tak group halogen???hehe

itu zaman dulu2..sekarang kawan-kawan aku semua da mature..kan..kan..
serious rindu korang..
cokeng..ipah..pinaz..dilah..zue..tengku..erika..asma..budak2 bilih selasih..opsss..

ok .salam.

hopefully Allah pertemukan lagi kami semua..aminn

~thanx for reading..feel free to drop by~

Saturday, April 7, 2012

MIKOM PULAU PERHENTIAN


salam..
ini adalah kesinambungan entry MIKOM 2012 dan entry ini Pulau Perhentian
MIKOM ataupun nama panjangnya Misi Khidmat Komuniti telah dilaksakan di Pulau Perhentian pada 28, 29 dan 30 march 2012

misi-misi yang kami bawa adalah pemeriksaan percuma, bantuan bakul makanan sihat, pemeriksaan rumah ke rumah, kem pembangunan diri untuk pelajar tahun 5 dan tahun 6 Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian

btw kali ini saya diberi mandat untuk menjadi ketua unit aktiviti..alhamdulillah dapat pengalaman baru..walaupun terasa sangat penat dan pening dari bermulanya usulan proposal MIKOM sampailah kepada hari balik tugas ketua unit aktiviti still tak berakhir.. sehinggalah selamat sampai ke asrama..alhamdulillah segala penat lelah terbayar dengan segala kelancaran majlis..evethough ada beberepa perubahan tapi ianya sangat bermakna

terima kasih tak terhingga kepada semua yang sudi membantu..terutamanya orang-orang kuat MIKOM

En. Adziem dan Puan Norhayati
AJK MIKOM
Dekan FPSK
Pegawai-pegawai sains
doktor yang terlibat
pelajar ISM dietetik tahun 3
pelajar medic tahun 3
SK Pulau Perhentian
Klinik Desa Pulau Perhentian
Penduduk Pulau Perhentian
dan semua yang terlibat
*ade lagi ke yang sebut*


alhamdulillah bersyukur tak terhingga..semoga MIKOM memberi sejuta manfaat kepada penduduk pulau perhentian dan kami juga..


~thanx for reading..feel free to drop by~

Friday, April 6, 2012

suasana 5/4

salam..

selamat bercuti kawan-kawan..semoga dengan cuti ini mampu meng'refresh'kan diri kita..
btw kawan-kawan dah balik 2 hari baru sy berjaya balik rumah..semua salah 'propojal'
*ahh padahal diri sendiri yang malas..haha*

ok aritukan sy ada poskan pasal ayah pindah tempat kerja dari temerloh ke lipis kan..
so sekarang ni abah pindah lagi..kali ni ke kuala terengganu
well..saya dengan mak adalah orang paling gembira sebab bagi saya dah lama sangat tinggal berjauhan dengan keluarga..so masa nilah saya nak berada dekat dengan mereka..bagi mak pula mestilah hepi sebab pulang ke negeri kelahiran sendiri..abah pun hepi sebab dekat dengan kebun-kebun dia..

tapi gembira tu macam tak lama..dah hampir sebulan lebih abah pindah kuala terengganu..tiba-tiba semalam ada berita yang tak berapa best nak dengar..abah kata dia dah give up dengan kerja..sangat banyak..serabut..tension..btw abah kali ini abah ditugaskan bahagian tender dan kontrak..dan unit di kuala terengganu ni baru dibuka..so abah kena mulakan semuanya dari zero..can u imagine?

mak cakap sepanjang dia hidup dengan abah..baru ni first time abah bersungut tentang kerja..baru sekarang rasa give up dengan kerja..kenapa??
saya memang tak de jawapan..sigh!

owh..cepat-cepatlah masa berlalu..saya nak kerja cepat2..supaya abah tak perlu kerja lagi..huhu



~thanx for reading..feel free to drop by~

Monday, April 2, 2012

MIKOM 2012

alhamdulillah..akhirnya MIKOM 2012 ataupun nama panjangnya dalah Misi Khidmat Komuniti di Pulau Perhentian boleh di kategorikan sebagai sangat berjaya..
terima kasih pada semua yang terlibat secara lansung dan tidak lansung especially pada lecturer dan staff -staf yang sangat membantu..
alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..terasa terubat segala penat lelah..terasa lepas beban dibahu..alhamdulillah
terima kasih yang tidak terhingga kepada komuniti Pulau Perhentian, Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian , Klinik Desa Pulau Perhentian dan semua-semua la..
sangat berpuas hati dengan segalanya..semoga kedatangan kami itu membaya seribu rahmat buat mereka..

soon akan di update dengan detail n gambar..
~thanx for reading..feel free to drop by~