word power

“Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.”
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

lets follow each other

Sunday, December 15, 2013

PRE CONVO PHOTOSHOT

sori we olssss tak habes lagi mood convo..layanzzzzz...haha









pre convo

QATRUN'S WEDDING

Salam..dear all

post ini didedikasikan untuk friend of mine Qatrun Nadira for her wedding

Qatrun ni salah seorang member zaman INTEK..cehh zaman..yelah sebab dah 6 tahun tinggalkan sekolah..aku super excited nak pergi kenduri Qatrun ni.sebab ni first time aku pergi wedding kawan sekolah..before ni asyik tak berkesempatan je..so here we go..jom tengok gambar..






qatrun and her husband rizan..pelamin super duper cantekkk amat..melting..dan verangan..mihmihmih..
dorang pakai emmerald green..pelamin kaler soft sangat..pink putih dan turquoise dan of cozz pengantin menyerlah sangat..


 


newly wed 




hantaran dari qatrun kepada her husband..sangat kretif okeyhh..ada padang bola lagikkk..


hantaran from her husband to her..both pon kakak qatrun yang buat..



yeahhh..ini kami berlapan..dari kiri 
shila..iffah..zue..aku..rizan..qatrun..izzati..asma..diebah..dilah



ada photo booth lagi..ini kakak qatrun dengan die yang buat tauu..dohhh awesome sangat



guest book pon buat sendiri jugakkk...argghhhh snagat kreatif..memang sesuai sangat cikgu seni





ehhh..tetiba kan..aminn..mohon next!








buat qatrun dan husband..
selamat pengantin baru
selamat bercinta hingga ke syurga
semoga cepat dapat baby
mihmihmih..




and today..I already miss all of them..semoga ketemu lagi semua..sorry tak sempat nak bawak berjalan ke semua tempat..


till we meet again.
salam


XOXO 
zetty

Monday, December 2, 2013

convocation day 30/11/2013

salam..
hari sabtu haritu my BIG day
my convocation day..
alhamdulillah officially pemegang
 Ijazah Sarjana Muda Dietetik dgn Kepujian

terima kasih buat mak dan abah
keluarga
pensyarah pensyarah..cikgu-cikgu dari pra sekolah sehinggalah ke matrix
kawan-kawan seperjuangan sepanjang 4 tahun ini
dan "teman bergaduh"





with mak dan abah, penyokong utama








terima kasih for those flowers and teddy bear..sampai tak muat tangan nak pegang semua

sebahagian coursemate dan lecturers

usaha menyerap aura lecturer..hehe


ok dah malas nak buat caption..jom layan saje gambar ye..












Monday, November 11, 2013

soalan bocor TPM


salam korangsss..

semalam aku ade shara pasal aku pergi interview TPM tu kan..so ada kawan aku ni msg tanya contoh-contoh soalan yang ditanya..katanya nak mohon untuk tahun 2015..wahhhh kelas kau jahh awal sgt  ni..hehe..

takpe..aku dulu pun time tahun 3 degree pun dah usha dah scholarship ni..

okaii..so here we go!!!

soalan 1
of coz drg akan suruh perkenalkan diri 1 minute..yang ni aku just cakap seringkas mungkin je..nama penuh, asal mana, study mana dan kerja apa sekarang..

soalan 2
aku kan bagi satu clear holder sijilkan..so drg tanya semua pasal aktiviti yang aku join tu..soklannya berbunyi begini "apakah sumbangan anda kepada fakulti dan masyarakat"..yg ni aku goreng rangup-rangup..hehe

soalan 3
apakah ciri-ciri seorang lecturer awak yang awak tengok semasa awak belajar..then drg tanay apa kualiti yang ada pada diri aku ni..haa yang ni aku pun masuk bakul angkat sediri le..hehe

soalan 4
tetiba drg tanya apa yang awak tahu pasal FSK aka Fakulti Sains Kesihatan..oh my..serious aku tak study lansung pasal uitm ni kenn..so sekali lagi aku panaskan minyak elok2 untuk menggoreng..

soalan 5
since aku kerja sebagai RA kan..so drg tanya aku pernah tak deal dengan student..of coz pernah..aku pernah jaga exam junior aku..aku pernah assist lab junior aku..tetiba interviewer to tanay selain dari junior aku ..aku macam tak 'dapat' soalan tu..so aku tanya lagi sekali..then dia cakap contoh tengah aku duduk sesaje kat opis tu ada tak student medic ke..fisio ke datang..of coz la jawatan yesssss sgttt kan..aku salu lepak nagn kimi medic kot...kah3..

soalan 6
yang ni drg tanya aku ada tak pape soalan nak tanya drg..haha..include sekali ok..

opsss..semua in english ye..aku malas jela nak speaking kat sini kang terkezut pulak..kah3..perasannn sgtt..







ok ini adalah bagaimana BB Plus Collagen tu bertindak ye kawan-kawan

like sini >>> BB Plus Collagen


nak tahu lebih lanjut boleh lah pm ke link kat atas tu or sms/whatsapp 013-9102183



sekian


~thanx for reading..feel free to drop by~

Sunday, November 10, 2013

pengalaman interview tenaga pengajar muda (TPM)

salam...
hai..hai semua..

post ni aku nak cerita pengalaman interview aku yang kedua..yang pertama aku tak cerita lagi..haha
aku saje nak share pasal TPM ni sebab aku pun dapat info dari blog-blog juga pasal TPM so tak salah aku rasa kalau aku nak share pada orang lain pulak..

so alkisahnya aku usha TPM ni zaman tahun akhir dietetik lagi..aku kan ada cita-cita na jadi cikgu..tapi malangnya tak lepas so lepas tu cita-cita aku up sikit nak jadi lecturer..kikiki..

so aku pun usha-usha la kan macam mana nak sambung master dan macam mana nak apply jadi lecturer..dan salah satu caranya dengan TPM ni lah..

fine panjang lebar mukadimah aku

gini ceritanya aku memang tak expect boleh dipanggil interview ni..sebab org cakap memang susah
amat..gittew..


*** SEBELUM HARI KEJADIAN***



tapi aku cuba nasib jela..nak-nak lagi requirement untuk biasiswa 2014 nak apply pun macam leceh..

1st nak CGPA 3.5 keatas baru boleh apply..aku cukup-cukup makan je..kalau nak 3.5 keatas memang sistem awal-awal tendang

2nd nak surat beranak mak ayah sekali..yang ni nasib baik abah aku jenis org suka simpan dokumen baik2..so surat beranak mak n abah masih berupa lagi jika nak dibandingkan dengan kawan-kawan yng pergi interview aritu..haha

3rd lepas dah isi online kena pos pulak dokumennye

4th kena buat proposal penyelidikan..fine aku bangun pukul 3 pagi buat k..last minute punya kerja..


*** HARI KEJADIAN***

aku dijadualkan interview hari Khamis minggu lepas 7/11..so aku plan stay rumah excoursemate aku si ain..coz dia pun dapat interview tu jugak..kitorang plan nak g sama-sama..ain stay kat Vista Angkasa KL..so pagi tu kitorang tunggu bas nak ke Shah Alam .. interview pukul 9 pagi..pukul 7 lebih still di stesen LRT universiti..aku sedikit cuak..

then rapid KL no 80 pun sampai..so kitorang naik bas sampai seksyen 2 shah alam..ini lawak sebab kitorang both from terengganu so memang tak tahu seksyen 2 tu kat mana..asyik tanya org dalam bas tu je dah sampai ke belum..hehe

sampai di seksyen 2..kawan aku si azu yang study kat puncak alam bagi tahuada bas ke puncak alam RM 1.90 je..tapi aku syak memang tak sempat nak sampai pukul 9 pagi..so kitorang decided naik teksi.. RM 33.60 wehhhh..seriau aku...jauhhhhh amattttt puncak alam ituuuu.. cuak toksah cite la aku nikan..pakcik teksi tu pun bawak teksi 80/90 km/jam..aku rasa macam nak cakap kat pakcik tu biar aku jela yang drive..serious sakit hati..dah la jalan kosong je..

tepat pukul 9.05 pg baru kitorang sampai di uitm puncak alam nuha...jauh wehh..dekat sejam..sampai sana cuak bertambah sebab tak jumpa bangunan 6...bangunan 12345 dan 7 jumpa..tapi 6 non hado..cuak lagi..last tanay student kat parking lot tu..rupa-rupanya bangunan paling tinggi..

so kitorang pun dengan pantas naik lift ke tingkat 17..tengok2 semua orang dah berkumpul..dah siap ambik attendance dah..nasib baik kitorang still diterima..

kitorang pun terus ambik sit dan aku buat-buat tanya dekat candidate lain kena buat mock teaching ke tak..dorang semua terkejut..sebab tak diberitahu, takde state dalam surat dan ada yang call tapi kata tak perlu..aku pun lega la sikit kan coz aku pun tak prepare..haha

few minutes first group dipanggil..3 org..kalau tak silap aku di geng-geng phd..geng master still menanti..lepas beberapa minit tetiba salah srg staf datang suruh kitorang prepare untuk mock teaching...erk..memang semua cuakkk...coz tak diberitahu..ada yg pergi ke kereta ambik laptop..ada yang download slide kat interne ..aku ??
nasib baik aku print jurnal yang aku buat proposal tu..so aku mengajar without slide power point..aku buat ala-ala jurnal review..hampeh betul..

dan..dan..akau adalah candidate yang seterusnya..dan..dan..aku adalah candidate tunggal yang mohon untuk buat research on cancer..serious nak pitam..aku sorang bersama panel seramai 7 orang..erk!!!!


Alhamdulillah aku mampu menjawab semua soklan dengan gornegan penuh confident..haha


maka itulah pengalaman interview kedua aku..yang pertama dengan BESTA..nanti la kalau rajin aku type..serious dalam fasa malas sekarang ni..heheeee


doakan aku kawan-kawan..











berminat nak beli BB Plus Collagen atau menjadi dropship agent???



click sini



~thanx for reading..feel free to drop by~

Wednesday, October 23, 2013

macam mana nak apply sebagai research assistant (RA)

Salam..
Bismillah..


ok..ade sorang adik ni tanya macam mana nak apply sebagai research assistant (RA)..adik ke?? ermm..aku pun fresh graduate jugak..convo pun belom..ehek..

alkisahnya  begini..aku pun sebenarnya tak arif sangat macam mana nak apply secara official..sebab aku ni ditawarkan oleh sorang lecturer ..masa tu aku masih lagi tengah praktikal kat PPUM..so aku pun apelagas setuju je masa tu sebab memang plan nak sambung study..


sebenarnya macam banyak je cara macam mana nak apply jadi RA ni..mengikut survey-survey yang aku buat kat blog-blog bagai..

yang pertama macam yang aku cakap tu la..try la tanya lecturer kot-kot ade yang ada grant tapi masih tak de RA..so boleh grab opportunity ni..

yang kedua macam ada classmate aku dapat jadi research officer (RO) lagi kat institur kesihatan umum (IKU) kat Bangsar nun..mengikut kata dorang yang ni bos kat tempat praktikal yang bagitahu ada vacancy..so drg apply..ada 3 orang kat sana.. drg ni pun boleh sambung master jugak dengan projek dorang..

aku sebenarnya tak tahu sangat berkaitan dengan course lain..yang aku tahu pasal sains kesihatan je..yang course lain tak pasti macam mana cara dia..tapi aku bagi contoh la macma mana nak apply

1.  korang mungkin boleh email or contact potential lecturer yang korang nak jadikan supervisor master korang tu. then tanya dia ada tak grant yg nak guna RA.so korang boleh guna grant lecturer tu as master projek korang.

2. korang boleh jugak search kat Google  vacancy for RA.. contoh macam bidang dietetik..nanti akan ada iklan dari HUKM ke institut-institut yang nak guna RA macam IKU tu ke..bidang lain serius aku tak tahu..sorry again..lepas tu dorang akan suruh hantar resuma dan panggil untuk interview..so after that korang pun boleh la jadi RA..tapi aku selalu tengok UM buat iklan vacancy for RA..gaji agak lumayan..
btw setakat ni UM dengan UKM jela bayar gaji RA mahal sikit dari universiti lain..


tu jela kot yang aku boleh kongsi kat sini..

macam yang adik ni cakap dia nak pengalaman dulu before amik master..so buat macam tu la..approach potential lecturer yang korang nak buat master tu..tengok expertise dia apa..pilih dari universiti yang korang agak-agak nak sambung tu..sebab if korang bantai je nak jadi RA tapi tak kesah expertise lecturer tersebut..rugi la..sebab korang dah work on that grant..tapi tak boleh nak guna hasilnya..

so kesimpulannya buat la research dulu tentang ke-expertise-san lecturer yang sesuai dengan projek yang korang ni tu..


aku rase macam aku duk ulang-sulang ayat yang sama jek..haha

owhh btw adik..akak ni RA kat UniSZA je..hikhokkkk

sekian.


~thanx for reading..feel free to drop by~

Sunday, October 6, 2013

my new obsession


welcome to the world my 4th niece



introducing u

NUR ZARA SAFIYA BT MOHD SHAHADAN

born on 26th September 2013
9.22pm
Hopital Hulu Terengganu..

congrats to both ibu dan ayah


semoga menjadi anak yang solehah ye syg




few hours after born






~thanx for reading..feel free to drop by~

Thursday, October 3, 2013

hidup tidak semudah ABCs

salam..

sekarang aku agak busy tapi macam biasa time tu jugak gedik nak tulis kat sini..aku kan ade satu penyakit was-was..aku tak pasti penyakit ke atau memang penyakit..ayat pe ntah ni..

contohnya aku selalu was-was yang aku dah kunci kereta ke belum..kalau boleh setiap pintu kereta aku nak pergi check before tinggalkan kereta..pintu rumah pun macam tu..lagi..

aku selalu was-was nak sebut Alhamdulillah bila dah habis sendawa..bukan was-was nak sebut Alhamdulillah..tapi was-was dah sebut ke belum..menyebabkan aku akan sebut banyak kali..tapi takpe its a good thing..tapi..

aku rase bodoh jugak semua jenis makanan aku nak kena bau dulu before makan..ehh dah kenapa dgn aku ni..

paling aku tak boleh terima kadang-kadang dalam solat aku macam..eh dah rakaat ke berapa ni..dah cukup 4 ke ape..gile yang ni aku paling tak boleh nk terima..wth bile solat je mcm fokus nak kira rakaat pulak menjadikan aku tak kusyuk..

serius kepala semakin ting tong..

itu bukan fokus utama post aku hari ni..

minggu ni aku ade la sikit mase nak melepak dengan kawan-kawan medic aku..ceh ayat medic aku tu xleh blah.. x__x

so banyak dengar isi-isi hati drg ni..saje tanak sebut rugutan..kih3..
drg kate penat jadi 5th year student..kena marah dengan prof tu prof ni..banyak kerja..sampai kadang-kadang takde masa nak pergi hospital..tengok HO kena marah takut..etc..etc..etc..

dan jawapan aku..nanti bila korang dah kerja krg akan rasa betapa heaven zaman study..jawapan aku mmg standard je..aku pun tak reti nk comfort drg camne..sedangkan diri ku ini belum berjaya lagi..

takpe itulah yang dinamakan perjalanan hidup..aku jugak pernah mengalami saat-saat itu..sape yang kate course lain tak susah macam medic..sape kate course lain tak stress macam medic..sape kate course lainrelax..meh sini aku nk luku laju2..krg pernah rase ke masuk course lain??

walaupun medic pada namanya sudah gah..tapi course lain pun gah jugak dari segi cabaran..tayah cakap banyak cuba sehari pegi jadi dietetic intern kat hospital dan dalam masa yang sama pegi buat fyp dan dalam masa yang sama pegi buat case write up plus assgmnt yg CI kasi..pasti krg terguling jugak..

ujian Allah dalam pelbagai bentuk..susah korang sekarang tapi masa depan krg terjamin..insyaAllah keluar nanti kerja dah sedia ternanti..kami-kami ni..terpaksa bersusah dulu mintak kerja sana sini..mohon sana sini.. post resume sana sini..masa duit dan tenaga habis..tapi kepastian tak ade..

masa tengah belajar pun sama..bila buat program..mesti ayat..wah seronoknye korang..buat program berjaya..best la ada masa buat program..kami ni tak de masa nk buat program..sedar tak program tu satu requirement pada kami..sedar tak betapa sakitnya kami nk uruskan smeua tu?

pendek kata setiap org pasti ada ujian untuk dia..tapi ingat satu je..Allah tak kan beri kita ujian melebihi apa yg kita mampu..

kata kawanku semalam..macam mana nanti nak jadi HO..takot la..kata aku..kalau org lain boleh ..mesti ko pon boleh..kataku aku tak pernah dengar lagi HO mati..katanya ramai HO refer ke psychiatrist..kataku..berapa percent yg macam tu?? kenapa nak ambik contoh golongan minoriti..

ok lah..malas dah nk taip..post ni jugak bertujuan dedicate untuk diri aku sendiri yang sdg malas..mihmihmih..

nanti mesti ada yang kata dalam hati camna..ala boleh la die cakap..bukan die yang merasa pun..bukan dia yang ambik medic pun..kitorang berganda rasa stress..kornag kos diet biasa-biasa je..

sentap hati I tawu tak..ko hingat diet senang ke..kalau tak mesti semua comel2 selim je kan..

daa~~




~thanx for reading..feel free to drop by~

Sunday, September 29, 2013

first salary..

salam..

Alhamdulillah merasa jugak first salary aku yg mcm nak bergaduh bakor universiti tu kan..kong ajo sungguh pembantu am (PA) kat opis tu..

alkisahnya aku sekarang ni kerja sebagai RA atau name glemer research assistant start bulan 8 hari tu..so aku ni kan baru first time kerja memang excited tunggu gaji kan..sementelah hutang berderet jua..

so aku macam lambat sikit la buat proses claim elaun ni..sebabnye tak reti dan campur malas sikit2 kan..lagi pun masa bulan puasa dan raya tu aku jarang pegi ofis sebenarnya..takde kerja sgt.mihmihmih..

so bila dah masuk bulan 9 tu mula tergagap-gagap nak pegi bulan claim kan..untuk claim gaji tu aku perlu letakka attendance aku dan kena mintak sign 3 org before proceed ke bendahari..first of course supervisor..since supervidor aku ni tengah cuti study so memnag die tak de kat opis la kan..tapi yang positifnye aku tolong die buat projek phd die..so memang akan jumpa selalu..

org kedua yang perlu aku mintak sign adalah timbalan dekan penyelidikan..ini mendatangkan perasaan sakit hati tak berbelah bagi..asyik takde kat ofis je..busy manjang..seminggu brg aku dekat ofis die..

dan org terakhir adalah pengarah pusat penyelidikan..yg ni mmg aku hot giler dengan pembnatu am pejabat tu..nk je aku hadiahkan luku barang sebutir dua kat kepala dan mulut die..kong hajo sangat minah ni..ikuti perbualan aku bersama minah senget ni:..zassssssssssssssss

aku : sy dtg nak hantar brg claim elaun RA..
minah senget: ok..tapi awak tak kan dapat gaji sebanyak ni
aku : kenapa
minah senget: sebab awk apply guna sijil SPM
aku : oh yeke..tapi sy dah ada surat tamat belajar dan transkrip sementara
minah senget : kalau macam tu awk bawak dtg sini kite tengok
aku: ok..nanti sy bg..sy faks kan boleh tak
minah senget: erm..kite nak yg hard copy..awk hantar cepat sikit sy nk tengok boleh ke tak..kalau tak boleh nk kena buat surat potong elaun..
aku: esok sy hantar
minah senget: tapi still tak dapat gaji asal jugak
aku : kenapa
minah senget: sebab kita nak potong KWSP dan SOCSO
aku: tapi dalam surat tawaran sy tu state memang takde postong KWSP dan SOCSO
minah senget: yg tu kite baru masuk meeting bln 7 haritu
aku: tapi surat sy bulan 8..tak kan lah xde..
minah sneget: erm sy pun tak tahu lah..bos yg masuk meeting..tp elaun ni lambat tau nak psoses
aku: kenapa lambat
minah senget: sebab bos xde sekarang ni..bos minggu depan baru ada
aku : xde pemangku ke
minah senget: ade tapi kite semua tak tahu..bos yang masuk meeting
aku : agak-agak berapa lama
minah senget: tak de la sampai setahun
aku dalam hati berkata..amboi minah ni..sikit je lg nk kena luku minah ni..kong ajo betol..nak perli-perli pulak..tahik sungguh..

esoknya zassssssssss aku pos surut tamat belajar ikot despatch opis..esoknya aku call..hoii die cakap tak sampai lagi..aku naik baran dah..aku pesan leklok kalu takde jugak sampai ptg mmg aku anto by hand la kan..tapi xde pulak drg call.aku assume dah sampai..

aku bagi tempoh seminggu lebih..tu pun nasib baik aku seminggu berjimba di temerloh sampai lupa segala..kalau tak memang setiap jam aku call minah tu..nak perli2 pulak..ko tunggu jela time aku jadi lecturer nanti..eh!..mihmihmih


so sekarang da dapat la kan elaun..tapi sekajap je ha..tetiba pule time ni la kete nk kena hantar service..so jgn minatk aku belanja ok..haha..gaji  pertama mmg tak la kenn nak buat saving..takpe la..





~thanx for reading..feel free to drop by~

Monday, August 12, 2013

lebaran 2013

salam..hai2 semua

selamat hari raya aidil fitri
maaf zahir dan batin
mohon ampun semua ye atas segala silap dan salah yang tak sengaja mahupun disengajakan..kikiki..


HARI RAYA


hari ni 5 syawal dan aku dah terrrpaksa bekerja..ceh bajet kerja beria je kan..hik3..biar la..
so raya tahun ni biasa-biasa je bagi aku..tak seseronok zaman kanak-kanak dolu-dolu..tahun ni rumah meraih suam-suam kuku je..sebabnya along turn beraya rumah mak mertua dia..ngah on call pula raya..hanya tinggal anak-anak dia je yang menuntut aku untuk menjaga..caiitt..tak hot raya ni sebab kena pgg baby,..hee
uda  je yang beraya dirumah itu pun tak meriah sangat sebab perut dah nak meletops..so aku pun dah xde geng nak bergigam..uda dah jiwa mak-mak dah..






hari raya pertama macam biasa pagi-pagi ke masjid..ada potluck..lepas tu pergi ziarah kubur..habes baju rayaku berkemuncup..pegi rumah makcik dan terus balik rumah je lepas tu sebab munchkin dah buat hal tokleh panas-panas..ngengade korang ni taw.. balik rumah ingatkan boleh rehat..sekali tetamu datang takl putus-putus sampai petang..serius penat..

raya kedua ada majlis makan-makan kat rumah..
raya ke tiga baru start nak pegi beraya balik
raya ke empat pegi kenduri kawen anak kawan mak..
raya ke lima dikampus..tetiba teringat kuih raya kat rumah..menyesal tak mkn puas-puas..


KUIH RAYA

kalau nak cerita pasal kuih raya ni kan..keluarga aku memang juara sokmo..juara TAK buat kuih raya..hikhik..itulah yang aku rasa tak hepi sangat..masa kau ekcik2 dulu along jela yang rajin buat-buat kuih raya ni..lepas dia kawen dah takde..ngah tosah cakap la memang dasar suka beli je..uda?? dia pun jenis malas jugak berlumur dengan tepung..aku rasa kat rumah aku tu selain mak..aku denga along je yang jenis suka masak-masak..hee..padahal brapa kali je aku pegang senduk kat rumah..bukan apa malas je nk tunjuk skill..hew..hew..2 tahun lepas aku ada lah jugak buat kuih raya sendiri sorang2..waktu tu sempat berpuasa kat rumah..anak buah pun time tu alif srg je yang menyebok..tahun lepas kena praktikal musim raya..lagi la kirim salam je kuih-kuih ni..tahun ni kalau aku buat confirm la jadi biskut khalisha...semperit maryam dan ketupat alif..

jenis family aku ni pulak tak suka nak beli kuih-kuih raya jual dekat bazar tu..sbbnye enakkkkk sgt kan..kerang ketung..so kalau beli mmg yang tempah2 biar mahal sikit asal tak patah gigi..selebihnya beli kerepek-kerepek jela..


BAJU RAYA

dalam usia aku 23 tahun ni raya tahun ni baru first time beli baju raya..tahun-tahun sudah mak buatkan untuk kami sekeluarga so boleh la nak sedondon kedondong kan..tapi tahun ni mak tak sempat lasnung nak bukak msein jahit dia..sebab jaga cucu khalisha dan maryam..lagipun mak kate dah tak larat sangat nak menjahit..so abah pun just bagi kami duit untuk beli baju raya masing-masing..budget besar jugak sebab abah kasi..ngah kasi..along kasi..ude blikan tudung..tapi bila dah kena manage sendiri ni baru sedar haii mahalnye semua benda..so aku decide beli sepasang jela..kedekut!!..hehe..sebab baju uda bagi yang dia tak jadi pakai masa bertunang tu tak pernah pakai un lagi..so boleh dikira baju baru  la kan..hehe..kitorang (mak, abah dan aku) decide nak pakai warna purple..sebab abah yang beli baju melayu dia dulu warna purple..pastu aku pun beli kurung warna purle ala-ala blue black..tapi mak pulak xde warba purple yang ada maroon je..so jadilah tema purple-maroon- purple ala-ala blue black..hik3..dua lagi my munchkin pun purple juge..








DUIT RAYA


hikhik..ni malu-malu ayam nak cerita..walaupun dah dewasa comel-comel macam aku ni still dapat duit raya taw..hikhik..siap dapat lebih dari budak2 lagi..ni yang rasa tanak keja lagi ni..hehe..tahun depan adakah giliran aku pula bagi duit raya..tungguuuuuu...korang doa la aku cepat-cepa dapat keja best yang gaji lumayan..heee


KASUT RAYA

takde maknanya kasut-kasut raya ni..recycle yang 2 tahun lepas je..nasib baik elok lagi..



akhir sekali selamat hari raya maaf zahir dan batin..
mohon ampun sekiranya ada silap dan salah..
jemput datang beraya ke blog..hehe..







sekian sahaja laporan raya..
moh je ngadap jurnal semula..






Monday, July 29, 2013

future planning

salam..


bercerita pasal future planning ni yang buat aku lemah dan lemau semangat ni..huu..

masa kat tadika berlumba-lumba nak masuk darjah 1

dah darjah 6 terkejar-kejar nak masuk sekolah asrama penuh

dah form 5 terkulat-kulat nak pilih nak pergi foundation ape sementelah result SPM tak begitu mengairahkan

dah habis matrik tersedu-sedu nak pilih couse ape sebab result matrik cukup-cukup saje dan mula hilang perasaan berangan cita-cita zaman kanak-kanak nak jadi angkasawan bagai..

dah abis universiti mula la bengong nak cari peluang pekerjaan..huu...

jangan nak tanya aku bila nak kawen..mmg aku hempuk dengan pasu bungan bonsai kat depan rumah aku ni jugak karang..

sekarang ni aku dilemma gilos..gilos..kerja??..master??.. kawen..?? ehhh!

kerja dengan master je la!!

aku jenis manusia yang berperancangan so bila terpkasa "just go with the flow" ni sakit jiwa sket la..huhu..tahu wehhh..serius tak tahu nak buat keputusan..

lagi satu kadang-kadang rase nak lempang diri sendiri bila berangan nak terus kerja yang best2..huhu..

tapi buat masa ni aku tak memilih..tapi apakan daya hanya mampu meleleh ayark lioqq tengok kawan-kawan pergi interview..aku? non hado yang panggil..serius sedih tahap gaban..rase nak terjun tiruk tali air tepi rumah ni je..huhu...


oh tuhan..tolonglah bantu aku buat keputusan..huhu...

~thanx for reading..feel free to drop by~

Friday, July 19, 2013

MALAM ASPIRASI FPSK 2013


salam..hye readers...hik3.. see betapa busy tak aku..baru sekarang berkesempatan nak cerita pasal malam aspirasi FPSk ataupun annual dinner fakulti..padahal dah berlalu hampir sebulan dah kott..
so ape yang menarik malam ni..erm..nomnomnom..
disebabkan ini adalah dinner terakhir aku dan rakan-rakan seperjuangan so we expect more..tahniah kepada semua ajk yang terlibat menjayakan malam aspirasi ini..

so..



MALAM ASPIRASI FPSK 2013

theme: black and roses
venue: Cindai ballroom, Ri-yaz Heritage



Menu: just so..so ok saje..



but then..this is the happiest moment..we r together 





teman serumah

Alhamdulillah mendapat anugerah dekan untuk kesekiankalinya



sahabat pernah serumah..sebilik..sebantal..segulingan..seperiuk nasi..sekuali..



macam yang aku cakap kat atas tadi..disebabkan ini dinner terakhir kami sowe expect more..tapi..malangnya this is the worst ..sorry..I just can't resist to be honest..huuu

sedikit teguran membina yang ada unsur emosi sket..haha..ini bukan dari kacamata aku sahaja..tapi juga hasil kritikan membina dari rakan-rakan lain juge:

1. majlis yang kelihatan dull..bayaran mahal RM 50 per head..tapi makanan tak menarik..pembaziran pada goodies-goodies mungkin..macam majlis kawen pulak goodiesnya

2. terlalu ringkas.. malam yang sepatutnya meraikan lecturer juga..tapi takde pun keterlibatan lecturer baik dalam persembahan..

3. perjalanan majlis yang tidak berprotokol...student berdiri..bising.. bergambar sesama sendiri semasa penyampaian anugerah dan ucapan..seperti tak menghormati majlis dan juga orang-orang dimeja belakang..

4. susun atur meja yang tidak menarik.. dimana objektif nak menyatukan silaturahim antara pelajar dalam fakulti jika satu meja satu course..macam mana nak kenal kawan-kawan dari course lain..honestly objektif ni failed.. 

5. ini mungkin kelihatan selfish.. aku sebagai student tahun akhir rasa macam kedatangan tak dihargai..kenapa? sebab kami tidak pernah di-acknowledge... yaa let see tahun depan bila student ,edic tahun akhir macam mana sambutanya..*even tahun depan aku dah tak ada kat majlis tu..

6. persembahan yang tak variety.. persembahan yang sama..tarian yang sama..

7. penyampaian anugerah yang mengganggu masa makan VIP..

8. sijil yang tak lengkap tanpa tanda tangan .. cara penulisna yang salah..ini bukan reason mana yang valid tak valid tapi ini satu pengajaran sila rujuk batch-batc yang lepas.



ok sorry sebab terlalu jujur mungkin..

ahh..let by gone be by gone..kami berusaha menyeronokkan diri kami sendiri..stop it zetty..just ambik yang hepi je yang tak best tolak tepi..


~thanx for reading..feel free to drop by~