word power

“Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.”
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

lets follow each other

Friday, August 10, 2012

jantung dan stroke bukan penyakit orang kaya sahaja!


salam..selamat berpuasa hari ke 22..semoga kita semua terus diberi kekuatan dan keberkatan olehNya..
btw hari ni one of my makcik yg agak sedara dekat-dekat lagi kena stroke..semoga Allah cepatkan proses penyembuhan untuknya walaupun agak tipis..kata doktor di A&E department tadi ada ketulan darah beku di otaknya..peluang just 50/50 je kalau buat operation..kalau tak buat she keep tak sedar camtu la..hard decision right..kalau aku jadi anak dia pun for sure tak tahu nak decide ape..hopefully they keep strong menghadapi situasi macam ni..dah la dalam bulan puasa..tinggal berapa hari lagi nak raya..tapi berbalik kepada takdir..Allah tahu setiap apa yang terjadi..pasti ada hikmah..just mampu berdoa je..

owh back to the topic..pehal pulak topik macam diskriminasi ni kan..nom..nom..
dulu-dulu ramai orang cakap penyakit jantung dan stroke ini adalah penyakit orang kaya..sebabnya aku pun tak pasti la..tapi bila dah besar2 sikit bila tengok drama kat tv tu aku dah mula faham kenapa..sebabnya orang-orang kaya kan hidup macam sedentary..bukan macam ..tapi memang..paling best sukan yang dorang buat ialah main golf..tu kira sukan paling hot la..kalau mak-mak datin plak sukan paling famous poco-poco kan..kan..dan mungkin sebab tu lemak dapat dikumpulkan dengan jayanya sehingga menyebabkan kena sakit jantungkan..

but nowadays..trend dah berubah..sebab apa aku kata berubah? sebab orang-orang kampung pun kena stroke..walhal..dorang-dorang ni super dupper physically active..dengan buat keja berkebun bagai..tapi still ada masalh jantung..paling sedih dorang memang tak sedar pun ada problem tu..tup-tup..stroke dan MI..
aku tak cakap pasal orang-orang kampung lain..tapi contoh paling terdekat orang-orang kampung mak aku..bermula dengan nenek aku tahun 2004..kena stroke sampai akhir hayat beliau 21 hari..(ni setakat yang aku dah boleh berfikiran matang..yang before tu aku tak taw la ade ke tak)..then tahun-tahun seterusnya ada la beberapa lagi sehingga membawa maut..tahun lepas pakcik aku..then hari ni sedare..ya..memang itu semua kerja Allah..sape lah aku menidakkan semua takdirNya..

tapi why not kita buat precaution.. precaution macam mana..??pada aku masalah ni mungkin berpunca dari segi pemakanan..since dorang da physically active kan..of coz aku nampak dari segi pemakanan sebab aku seorang student dietetik ..muahaha..

so sape yang patot buat precaution ni??
of coz la dietitian yang bijaksana ataupun nutritionist yang hebat..kan..kan..

tapi malangnya berapa ketul la sangat dietitian yang ada..lagi-lagi dekat hospital daerah..maybe 1 or maybe 2..nak cover berapa kampung..dan..dan..masyarakat ni sebenarnya tak berapa nak tahu sangat sape dietitian or nutritionist ni..kewujudan pun mungkin tak dapat dikenalpasti..

kalau dekat hospital tu yang dorang kenal doktor dan nurse je..tak pun radicare..nak kenal macam mana kalau doktor sendiri tak refer kepada dietitian...nah di sini lemahnya seorang doktor bile berfikiran mereka ni serba tahu..mereka multitasking..aku tak cakap semua doktor..tapi memang wujud manusia-manusia doktor yang macam ni..

aku ingat lagi seorang dekan sebuah universiti tempatan pernah cakap..doktor bertindak macam dorang tahu semua perkara..of coz tak dinafikan dorang memang hebat..tapi at the same time bodoh sombong pun ada..
lastweek aku terbaca sebuah blog milik seorang dietitian..dia cerita pasal kawannya.. dimana ada patient diarrhoea..nurse nak refer pada dietitian..dan doktor tu cakap cam ni "nothing much dietitian can do"..owh sentap sekejap..

eyh Malaysia memang memeerlukan ramai doktor sebab nak cure kan patient..eyh why not Malaysia juga ramaikan dietitian supaya bilangan pesakit dapat dikurangkan melalui precaution..

ada juga yang cakap..masyarakat ni nak dengar ke nasihat dietitian..why not..kita tak cuba lagi..sedangkan pantai pun berubah bila asyik dipukul ombak..cewahh!!

done.

No comments:

Post a Comment