word power

“Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.”
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

lets follow each other

Monday, August 6, 2012

hari pertama praktikal


salam..harini dah 17 ramadan..rasa macam cepat sangat masa berlalu..hopefully masa praktikal ni pun cepat jugak masa berlalu..semalam first day praktikal..mata ni asyik tengok jam kat office tu je bila la jarum jam nak mencecah 4.30 petang..tepat-tepat jam 4.30 petang aku da usha catering officer (CO) tanye bleh balik ke tak..ngahaha..dasar pekerja malas..

semalam catering dietitian (CD) cuti..so kami (aku dan isma) tak diberi penerangan pasal praktikal lagi..sampai-sampai terus pergi unit latihan untuk lapor diri dan terus ambil pas pelajar..officially sekarang dah jadi student praktikal di unit sajian dan dietetik Hospital Sultanah Nur Zahirah..tapi honestly aku ni tak minat sangat nak masuk-masuk dapur hospital..since aku ada pengalaman warded so first impression aku dapur hospital disaster as disaster makanan dekat wad..haha.. ok zetty lets not judge the book by its cover..selepas di usha-usha dapur..it is totally different from my expectation..bersih dan kemas! two words dah cukup nak describe dapur tu..

macam yang aku mention kat atas tadi CD still bercuti..makanya kami just jumpa CO..so CO dah mula tunjuk ajar sikit..mula-mula di suruh mengkhatamkan buku manual diet hospital 2006..weh seriously same sebijik dengan segala subject yang belajar kat universiti..kau ni pun zetty dah namanye dietetic department..hew..hew..

selepas khatam buku tu makanya kami diberi bertimbun buku besar-besar untuk di cop-cop..buku lebih kurang buku invois la kot..bermula dengan buku tu kami diajar macam mana nak receive order dari wad..macam mana unit receiving bergerak..siapa yang supply..masuk-masukkan nilai dalam buku invois..oder dan penerimaan..first time seriously dalam kepala aku ni..erk ntah pape je nilai banyak giler..luckily dorang memang dah ada satu excel program yang dah calculate sendiri berapa patient and berapa nak order..siap dengan yang basi-basi sekali..erk cam baju raya la plak kan..

so stakat ni dah faham dah serba sedikit pasal order and receiving.. stakat ni tak mampu lagi nak menggembirakan hati aku kat situ..serious macam awkward giler..and yang paling tak bleh blah boleh pulak gam tertumpah atas baju aku..dah la first day ..lagi disaster masa tu pakai baju putih dan seluar slack hitam..lagi disaster hampir separuh botol gam tu menyembah aku..haih..time tu seriously rasa macam nak balik time tu gak..rasa nak nanges weh..nasib baik basuh-basuh hilang juga  gam tu kat baju..tapi yang dekat seluar masih melekit-lekit sampai la balik..

tapi sometimes rasa seronok juga dok dalam office tu..and reality nya memang aku lagi prefer buat kerja office dari megendeng dekat kitchen..bukan sombong tapi tak reti nak tolong ape..dah la ni masak untuk ramai patient..kang tersilap susah plak..lagi pun bukannye guna kuali-kulai kecik..semuanya gedabak saiz kawah..karang tak pasal-pasal aku pulak terlingkup sama dalam kawah..ok ni memang exaggerate terlebih..ngahaha..

honestly tak tenang sangat time prkatikal coz asyik terfikir collecting data for FYP tak settle lagi 1..lab antiox hutang lagi 2..run test for certain subject tak settle lagi..antiox tak kira lagi..since kertas graf tak jumpa-jumpa lagi..bukan tak jumpa..tak cari lagi actually..just pray everything will be fine as planned..amin..

wassalam..


~thanx for reading..feel free to drop by~

2 comments: