word power

“Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.”
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

lets follow each other

Friday, June 8, 2018

Aydin Eusuff

 Assalamualaikum,

hai.. hai.. =P

Lama do'oh tak update blog, maklum la mak anak dua. haha. last update aydin 37 weeks in my tummy, now dah nak masuk 7 bulan. So, demi untuk kenangan aydin , jadi hari ni ummi nak story pasal kelahiran aydin.

so nama diberi

AYDIN EUSUFF BIN AHMAD AZRI BAHARI

kenapa Aydin Eusuff?

macam biasa bab nama ni abi serahkan pada ummi, biasalah ummi kan kreatif. haha. so cari-punya cari ummi berkenan AYDIN. maksudnya pun best iaitu

"Brilliant, Enlightened, Intelligent, Light of the moon,"

EUSUFF pulak ambik sempena nama nabi Yusuf, tapi ummi tukar ejaan dia bagi hipster sikit. Maklumla anak wawasan 2020 gittew.


 Aydin lahir 13 November 2017, 17 hari awal dari due date. Alhamdulillah kelahiran Aydin sangat-sangat mudah, sampai tak sempat nak balik ganu. Maka Aydin jadi orang nogori. Aydin lahir di KPJ Seremban tempat ummi kerja.

kisahnya beberapa hari sebelum Aydin lahir ummi asyik rasa perut mengeras, kadang sakit, kadang tak, tapi sakit yang tolerable. memang tak expect Aydin nak keluar cepat. Ummi ignore je perut mengeras tu sebab ummi ada GBS so normal early contraction mengeras tu dari 14 weeks lagi.

sepatutnya next check up ummi 14 november (selasa), tapi isnin tu rasa tak sedap hati, perut kerap mengeras, so ummi decide terus je nak pegi jumpa dr isnin tu. masa check dr cakap air ketuban sikit, so baby boleh jadi stress, bila stress dia boleh berak, lagi bahaya. ummi takut kena caesar. so dr nak buat ve, ummi setuju. check punya check dah 4cm. tanjat kejap.

masa tu dalam kepala tengah fikir macam mana nak balik ganu. tapi Dr tak bagi dah, haha. dia suruh masuk wad pukul 2 pm. adehh. sadisnya bag baby semua tinggal kat rumah. so lepas keluar dari bilik dr terus call abi suruh balik, call mak inform the balik rumah mandi wangi-wangi, kemas barang masuk wad. semua ummi buat sendiri sebab abi tak sampai lagi, macam kelakar sebab tak sakit pun lagi. serah diri betul ni.

sampai wad terus kena ke labour room, nurse suruh tukar baju, pasang drip untuk induce bagi cepat. abi sampai dalam pukul 3 lebih kot tak silap. masa ni ummi serabut fikir macam mana dengan kakak amra. ummi wasap tecer dia bagitahu ambik lambat, tapi ummi kesian dia. so ummi decide takpe la ummi bersalin sorang pun, ummi suruh abi balik ambik amra pastu bawak pegi hospital. masa ni tuk dengan mak belum sampai sebab flight delay. dorang sampai pukul 10 lebih kat hospital.

masa dekat lr, murse pelik jugak tengok ummi tak sakit pun, contraction dah regular. pukul 6 petang dr datang pecahkan ketuban. alhamdulillah baby tak berak lagi. lepas pecah ketuban tahap sakit makin tak tahan dah, rasa nak teran je. mintak nurse buat ve dah 8 cm dia cakap. ummi asyik ulang nak teran je. nurse tak bagi dia suruh tunggu dr . tapi ummi teran gak senyap2. haha.

masa dr sampai ummi dah start teran dah, alhamdulillah 2 kali teran baby pun keluar. keluar-keluar je terus kencing. haha. alhamdulillah jugak baby keluar je dr terus azan. tak kena gunting. just 1st degree tear.

 pagi esoknya dah boleh balik, alhamdullah so kita terus balik ganu.
ok la sampai sini dulu uumi tulis, penat la pulak. haha.

next time ummi sambung.. (entah bila)

ni la dak aydin tu masa 3 bulan kot tak silap

ni latest dak aydin 6 bulan, pandai membaca dah uolss..haha



wsalam
xoxo~
ummi.

No comments:

Post a Comment