word power

“Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.”
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

lets follow each other

Monday, July 29, 2013

future planning

salam..


bercerita pasal future planning ni yang buat aku lemah dan lemau semangat ni..huu..

masa kat tadika berlumba-lumba nak masuk darjah 1

dah darjah 6 terkejar-kejar nak masuk sekolah asrama penuh

dah form 5 terkulat-kulat nak pilih nak pergi foundation ape sementelah result SPM tak begitu mengairahkan

dah habis matrik tersedu-sedu nak pilih couse ape sebab result matrik cukup-cukup saje dan mula hilang perasaan berangan cita-cita zaman kanak-kanak nak jadi angkasawan bagai..

dah abis universiti mula la bengong nak cari peluang pekerjaan..huu...

jangan nak tanya aku bila nak kawen..mmg aku hempuk dengan pasu bungan bonsai kat depan rumah aku ni jugak karang..

sekarang ni aku dilemma gilos..gilos..kerja??..master??.. kawen..?? ehhh!

kerja dengan master je la!!

aku jenis manusia yang berperancangan so bila terpkasa "just go with the flow" ni sakit jiwa sket la..huhu..tahu wehhh..serius tak tahu nak buat keputusan..

lagi satu kadang-kadang rase nak lempang diri sendiri bila berangan nak terus kerja yang best2..huhu..

tapi buat masa ni aku tak memilih..tapi apakan daya hanya mampu meleleh ayark lioqq tengok kawan-kawan pergi interview..aku? non hado yang panggil..serius sedih tahap gaban..rase nak terjun tiruk tali air tepi rumah ni je..huhu...


oh tuhan..tolonglah bantu aku buat keputusan..huhu...

~thanx for reading..feel free to drop by~

Friday, July 19, 2013

MALAM ASPIRASI FPSK 2013


salam..hye readers...hik3.. see betapa busy tak aku..baru sekarang berkesempatan nak cerita pasal malam aspirasi FPSk ataupun annual dinner fakulti..padahal dah berlalu hampir sebulan dah kott..
so ape yang menarik malam ni..erm..nomnomnom..
disebabkan ini adalah dinner terakhir aku dan rakan-rakan seperjuangan so we expect more..tahniah kepada semua ajk yang terlibat menjayakan malam aspirasi ini..

so..



MALAM ASPIRASI FPSK 2013

theme: black and roses
venue: Cindai ballroom, Ri-yaz Heritage



Menu: just so..so ok saje..



but then..this is the happiest moment..we r together 





teman serumah

Alhamdulillah mendapat anugerah dekan untuk kesekiankalinya



sahabat pernah serumah..sebilik..sebantal..segulingan..seperiuk nasi..sekuali..



macam yang aku cakap kat atas tadi..disebabkan ini dinner terakhir kami sowe expect more..tapi..malangnya this is the worst ..sorry..I just can't resist to be honest..huuu

sedikit teguran membina yang ada unsur emosi sket..haha..ini bukan dari kacamata aku sahaja..tapi juga hasil kritikan membina dari rakan-rakan lain juge:

1. majlis yang kelihatan dull..bayaran mahal RM 50 per head..tapi makanan tak menarik..pembaziran pada goodies-goodies mungkin..macam majlis kawen pulak goodiesnya

2. terlalu ringkas.. malam yang sepatutnya meraikan lecturer juga..tapi takde pun keterlibatan lecturer baik dalam persembahan..

3. perjalanan majlis yang tidak berprotokol...student berdiri..bising.. bergambar sesama sendiri semasa penyampaian anugerah dan ucapan..seperti tak menghormati majlis dan juga orang-orang dimeja belakang..

4. susun atur meja yang tidak menarik.. dimana objektif nak menyatukan silaturahim antara pelajar dalam fakulti jika satu meja satu course..macam mana nak kenal kawan-kawan dari course lain..honestly objektif ni failed.. 

5. ini mungkin kelihatan selfish.. aku sebagai student tahun akhir rasa macam kedatangan tak dihargai..kenapa? sebab kami tidak pernah di-acknowledge... yaa let see tahun depan bila student ,edic tahun akhir macam mana sambutanya..*even tahun depan aku dah tak ada kat majlis tu..

6. persembahan yang tak variety.. persembahan yang sama..tarian yang sama..

7. penyampaian anugerah yang mengganggu masa makan VIP..

8. sijil yang tak lengkap tanpa tanda tangan .. cara penulisna yang salah..ini bukan reason mana yang valid tak valid tapi ini satu pengajaran sila rujuk batch-batc yang lepas.



ok sorry sebab terlalu jujur mungkin..

ahh..let by gone be by gone..kami berusaha menyeronokkan diri kami sendiri..stop it zetty..just ambik yang hepi je yang tak best tolak tepi..


~thanx for reading..feel free to drop by~

Sunday, July 14, 2013

mungkin lagi indah rupa dari khabar =)

salam..
hye..dah lame tak update blog..teringin sgt2 nak abadikan cerita-cerita kat sini..tapi kekangan masa amatlah tidak mengizinkan..huhu..
actually banyak cerita-cerita tertunggak yang nak diceritakan pada anak-anak cucu akan datang..heee..tapi nanti lah bila keadaan back to normal..

so malam ni gagahkan jugak bukak lappy..Alhamdulillah seronok dapat berkumpul satu family berbuka puasa sama-sama..walaupun keadaan kecoh dengan suara budak2 menyebuk di meja makan..entah bila semua dapat berkumpul lagi macam ni..


so malam ni secara tak sengaja terbuka blog dan terbaca comment ini







firstly nak ucapkan congrats untuk adik ni sebab berjaya ditempatkan di sebuah universiti awam..ramai lagi yang kat luar sana yang tak dapat peluang macam ni.. congrats skali lagi sebab pointer awak sangat hebat..meleleh air liur akak ni ha tengok pointer awak..hehe..


bukan awak sorang je yang rasa perasaan macam tu..akak dulu pun macam tu jugak..like apekah universiti ni..rase down je kan..sikit pn tak glemer..dala asyik tuka nama je *opss termengata pulak..haha..
tapi percayalah setiap yang ditakdirkan pasti ada hikmah..dan akak rasa majoriti classmate akak dan jugak batch lain pun pernah rasa perasaan macam ni..lebih-lebih lagi adik yang dapat pointer tinggi macam ni..


so takpe..tabahkan hati..insyaAllah, Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita..let say adik berminat nak jadi doctor ke.. so lepas dah register kat UniSZA ni adik try apply medic pulak..coz last year ade je student diet convert to medic..


ini link cerita-cerita pasal dietetik yang akak pernah tulis kat blog ni..

http://zettyzetty.blogspot.com/search/label/dietetik
http://zettyzetty.blogspot.com/search/label/attachment
http://zettyzetty.blogspot.com/search/label/experience
http://zettyzetty.blogspot.com/search/label/final%20sem
http://zettyzetty.blogspot.com/search/label/dietitian
http://zettyzetty.blogspot.com/search/label/UniSZA
http://zettyzetty.blogspot.com/search/label/practical



hopefully dapat membantu..jangan rasa down..actually kehebatan sesuatu perkara bukan terletak pada nama universiti tapi pada kita sendiri sebagai student.. dietetic UniSZA bukanlah seteruk yang kita-kita pernah fikirkan actually..even ada senior dietitian yang hebat dari hospital-hospital besar pun pernah cakap..student dietetic UniSZA more better than student dietetic universiti lain yang dah well establish..



w'salam.




~thanx for reading..feel free to drop by~

Tuesday, July 9, 2013

salam ramadan

salam...selamat menyambut ramadan semua...dikesempatan ini nk mohon kemaafan kepada semua..*macam dah raya plak..

teringin sgt nk update blog..banyak benda nk cerita..tp busy sgt2..lappy pn dah seminggu tak on..online kt hp je..tu pn jrg2...huhu..

insyaAllah kalau ade kesempatan akn abadikn cerita2 kt sini lg...

semoga ramadan kali ini lebih bermakna...aminn...

salam..

~thanx for reading..feel free to drop by~