salam...
cuti-cuit Malaysia kali ni adalah ke destinasi di Kelantan..
percutian 4 hari 3 mlm ni kampung kenali, kubang kerian adalah free..terima kasih kepada semua penaja..
antara destinasi tujuan macam biasa tempat orang tua-tua suka pergi iaitu Rantau Panjang..actually aku pun suka pergi tapi musim2 pokai ni tak berapa menarik hati nak pegi..haha
so pegi cuci-cuci mata jela..
semasa on the way balik dari rantau panjang..sempat kami sekeluarga singgah di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau lebih dikenali sebagai Masjid Beijing di Rantau Panjang..masjid ni dipanggil masjid Beijing or masjid China sebab seni binanya yang berbentuk seperti bangunan-bangunan di negera China..first time tengok..sangat teruja..ini baru first time aku tengok betol2..before ni just dengar nama masjid ni dari atuk aku..atuk lagi advanced dari cucu bab isu semasa okeh..
kat bawah ni sebahagian gambar masjid tersebut..tak sempat nak pergi sekeliling pun sebab cuaca sangat panas..
model rongak yang tak berbayar..haha
btw..semoga masjid ini memberi sejuta kebaikan kepada semua orang..janganlah ia hanya menjadi simbolik bermegah megahan semata-mata..wallahualam..
Dari Anas bin Malik r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda:"Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umat ku bermegah-megah (dengan binaan) masjid ". H.R Abu Daud.KeteranganDi antara tanda hampirnya qiamat, ialah umat Islam berbangga dan bermegah-megah dengan masjid yang mereka bina. Masing-masing negara berbangga dan merasa megah dengan bangunan masjid. Perhatian mereka hanya kepada keindahan masjid sahaja, tidak kepada pengisian masjid dengan ibadat dan solat berjemaah. Banyak masjid-masjid yang indah, besar dan cantik, tetapi yang datang bersembahyang didalamnya hanya segelintir manusia sahaja.
sumber : 40 hadith akhir zaman
~thanx for reading..feel free to drop by~
No comments:
Post a Comment