word power

“Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.”
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

lets follow each other

Saturday, May 26, 2012

kawen..kawen..kawen

salam..
ok firsly post ni tiada kaitan dengan aku pon..jangan ada yang menyebarkan fitnah..ngahaha

post ni just  nak ucapkan
selamat pengantin baru pada ayu my friend since primary school

ahh tak sangka masa dah berubah..rasa macam baru semalam je main kejar-kejar keliling kon..
*typical ayat drama..haha

anyway 
"congrates ayu!! selamat pengantin baru..semoga berkekalan sampai bila-bila.."

owh..when is my turn??? *gedix

maturenye kawan-kawan aku..aa yang dah kawen..ada yang dah ada anak..dah nak masuk dua pn..
aku???masih nakal seperti dulu..masih buat perangai budak kecik..masih nak manja-manja bawah ketiak mak dan abah..
takpe-takpe..aku sedang persiapkan diri kearah lebih baik..cewahh!!
ayat org mengharap..kah3..





*eyh nak kawen cepat-cepat jugak la..ngee

wsalam..





~thanx for reading..feel free to drop by~

Thursday, May 10, 2012

dikala tiada semangat


2 hari lepas masa tengah tension dengan exam dan assignment..tiba-tiba terjumpa borang ni..mampu membuat aku tersenyum lebar..owh tak sangka dah hampir 3 tahun dah aku kat sini..means that tinggal lagi 1 suku..semangat datang lah..dah nak abes dah ni..


-~thanx for reading..feel free to drop by~

Monday, May 7, 2012

masjid beijing, rantau panjang, kelantan



salam...
cuti-cuit Malaysia kali ni adalah ke destinasi di Kelantan..
percutian 4 hari 3 mlm ni kampung kenali, kubang kerian adalah free..terima kasih kepada semua penaja..

antara destinasi tujuan macam biasa tempat orang tua-tua suka pergi iaitu Rantau Panjang..actually aku pun suka pergi tapi musim2 pokai ni tak berapa menarik hati nak pegi..haha
so pegi cuci-cuci mata jela..

semasa on the way balik dari rantau panjang..sempat kami sekeluarga singgah di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau lebih dikenali sebagai Masjid Beijing di Rantau Panjang..masjid ni dipanggil masjid Beijing or masjid China sebab seni binanya yang berbentuk seperti bangunan-bangunan di negera China..first time tengok..sangat teruja..ini baru first time aku tengok betol2..before ni just dengar nama masjid ni dari atuk aku..atuk lagi advanced dari cucu bab isu semasa okeh..

kat bawah ni sebahagian gambar masjid tersebut..tak sempat nak pergi sekeliling pun sebab cuaca sangat panas..


model rongak yang tak berbayar..haha




btw..semoga masjid ini memberi sejuta kebaikan kepada semua orang..janganlah ia hanya menjadi simbolik bermegah megahan semata-mata..wallahualam..

Dari Anas bin Malik r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda:
"Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umat ku bermegah-megah (dengan binaan) masjid ". H.R Abu Daud.

Keterangan

Di antara tanda hampirnya qiamat, ialah umat Islam berbangga dan bermegah-megah dengan masjid yang mereka bina. Masing-masing negara berbangga dan merasa megah dengan bangunan masjid. Perhatian mereka hanya kepada keindahan masjid sahaja, tidak kepada pengisian masjid dengan ibadat dan solat berjemaah. Banyak masjid-masjid yang indah, besar dan cantik, tetapi yang datang bersembahyang didalamnya hanya segelintir manusia sahaja.





~thanx for reading..feel free to drop by~