word power

“Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.”
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

lets follow each other

Monday, September 30, 2019

1 Ramadan 2019

Salam,

1 Ramadan 2019 bersamaan 6 Mei 2019 satu peristiwa yang tak akan aku lupakan sampai bila-bila. Mak yang aku cintai telah pulang ke negeri abadi kembali kepada penciptanya pada usia 58 tahun.

Aku tak tahu nak luahkan perasaan macam mana, harini baru aku ada kekuatan untuk tulis pasal ni. Pedih tak terkata hati aku bila teringatkan peristiwa tersebut. Dalam kegembiraan orang sambut Ramadan, kami sekeluarga berduka.

Semoga Allah kurnia kekuatan buat kami sekeluarga, dan ruh mak di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman, diperluaskan kuburnya, diterangi kuburnya, diringankan azab kubur keatasnya. semoga Allah ampunkan semua dosa-dosa mak. Aku merayu kepada sesiap saje yang baca post aku ni yang beragama Islam untuk sedekahkan bacaan al- fatihah untuk mak aku.

aku belum ada kekuatan untuk cerita secara detail macam mana mak pergi. hati aku masih pedih biarpun dah hampir 5 bulan mak pergi. mak pergi 6 bulan selepas ma pergi. aku masih tak boleh move on atas kedua kehilangan ni. tolong doakan aku untuk kuat jugak korang. thanks