word power

“Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.”
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

lets follow each other

Thursday, March 31, 2011

mock counseling

hari ni first time sy buat mock counseling untuk diebetic patient
sangat..sangat...sangat nervous
tapi sekarang of coz da lega la kan
sudah selesai semuanya dengan jayanya
thnx pada bib sebab jadi patient yang sporting and understanding
caya la bib!!

ni bukanlah kali pertama actually meng-counseling orang ni
but this is the first time for lakonan
hak3..
lakonan apekah
rupa-rupanya nak berlakon jadi dietitian lagi susah dari jadi real dietitian
yela..before ni sy pernah join jaga booth fpsk kemaman dan jugak booth dietetik di pameran UCW
di kedua-dua booth ni ada la juga kena bagi nasihat serba sedikit pasal pemakanan kan
tapi tak la senervous mock counseling pagi tadi
serious macam nak tercabut jantung time nak start tu
tapi bila dah start terus macam lupa dunia
semangat datang dari man pun xtaw..
cakap pun banyak je
ceit..dasar suka bercakap!

btw..thnx pada semua yang bagi sokongan dalam menjayakan mock counseling tadi









sekarang im not in good mood
ntah kenape
semuanya salah
semuanya silap
perasaan rindu tiba-tiba datang membuak-buak
hilang kawalan pada perasaan sendiri
rindu mak..rindu abah..
rindu family
xspecially 2 anak comel itu
i can't stand with that anymore!!!
sakit!!


cepatla mase berlalu..nak balik rumah cepat-cepat


*sori to everyone yang mungkin menjadi tempat melepaskan geram..huh

mungkin hujan telah meng-influence segalanya
tetibe je salahkan hujan

dengar suara mak lagi bertambah sebak..dengar suara alif lagi deras air mata..bila dengar suara comel itu bertanya bile nak balik rumah
aku tak mampu nak berkata sepatah pun
~banjir~

wahai hati..tabah la..huhu

cepat-cepat la masa berlalu..nak balik..huhu

dammit!!!




Tuesday, March 29, 2011

jadual exam



cepatnya masa berlalu..tetibe je da kecoh-kecoh pasal jadual exam..apekah..tak puas lagi wei sem ni..haha


lebih dasat dan menyayatkan hati jadual exam sem ni sgt la best
*ok ini tipu*
hah! tengok la bulat-bulat comel kat bawah ni..sungguh meng harukan kan..


24/4 anatomy and physiology
25/4 basic genetic
27/4 pendidikan dan promosi pemakanan pesakit
28/4 medical nutrition therapy (MNT)
30/4 halal haram dalam pemakanan


may pulak

2/5 clinical biochemistry
5/5 pemakanan dan kesihatan
7/5 food analysis

owh..rapat-rapatnye..
15/5 -16/6 - fieldwork community nutrition a.k.a practical
20/6 - presentation
22/6 - exam

~bercuti~






Tuesday, March 22, 2011

food analysis's visits



22.03.2011
lawatan ke makmal keselamatan dan kualiti makanan,bukit tunggal

seperti arahan yang dikeluarkan, kami pelajar-pelajar dietetik sem 4 telah berkumpul kat tempat tunggu bas exclusive maidam tu dari pukul 8 pagi lagi..
namun rupa-rupa bas yang akan membawa kami ke makmal tersebut masih tidah kunjung tiba
disebabkan perut hebat berkeronsong kami :sy, isma, mira, cat:
telah membuat onar pergi makan nasi lemak
baru je duduk kat warung tersebut, tiba-tiba kelibat bas kelihatan
namun tiada apa yang mampu menahan niat sicu kami

nanti kempunan pulak kan

so, dengan tanpa rasah bersalah kami teruskan sehingga suapan terakhir
dan berlari-lari anak ke arah bas bilah terlihat muka bengis kak husna dan kak farhana
*ok ini tipu*

rupa-rupanya bukan kami yang memegang tittle paling lambat..
rupa-rupanya dudu pn blum sampai
alhamdulillah kenyang juga perut kami


**************sesi lawatan*************

rupa-rupa baru tahu betapa pentingnya food analysis and food microbiology..tibe-tibe je rasa hebat masa kat lab tadi.. sebab semua benda dah tahu..hehe

xillion thnx to en.adzim atas ilmu yg sgt bergune..hehe


K.O.M.S.I.S





salam..
hye readers
baru-baru ini..means dua hari lepas sy dan beberara orang lagi rakan-rakan seperjuangan telah menyertai sebuah konvensyen yang deiberi nama

"KONVENSYEN MAHASISWA SAINS KESIHATAN SE-MALAYSIA"

buat kali pertamanya konvensyen umpama ini diadakan khas untuk mahasiswa sains kesihatan
konvensyen ini adalah hasil anjuran UKM, USM , dan UIAM

konvensyen selama 2 hari ini telah diadakan UKM, Bangi
kami bertolak dari Kuala Terengganu kira-kira pukul 4 petang dan selamat sampai di UKM, Bangi pada pukul 1 pagi

kepenatan berada di dalam bas seharian akhirnya berbayar dengan segala informasi yang sgt berguna, banyak pendedahan mengenai peluang pekerjaan dan juga cara kerja yang menjadi tanda tanya selama ini terurai
*ayat skema xleh blah..haha*

pada sy, konvensyen ini lebih menarik lagi apabila kebanyakkan *ceh..byk la la sgt..padahal due tige orang je* "orang-oranf besar" yang menyampaikan forum adalah daripada dietitian sendiri..baru kini membuka mata saya bahawa dietitian boleh menjadi seorang insan yang sangat hebat


dalam konvensyen ni juga la baru sy tahu, rupa-ruoanya tersangat la banyak bidang sains kesihatan di peringklat internasional, kalau tak silap sy adalah dalam 50 bidang, namun di Malaysia hanyalah lebih kurang 15 sahaja yang diiktiraf..apekah??

eh..eh..tetiba je pelik ade juga course speech pathology..audio??? apekah


ok.dah malas nak membebel panjang2..layan jela gambar-gambar ini






Friday, March 18, 2011

Selamat hari lahir abah tercinta


Salam..hye readers..

16 march 2011: dua hari yang lepas..maknanya genaplah umur my abah tercenta yang ke 53..

“SELAMAT HARI LAHIR ABAH”

Wish u an endless of joy and happiness..may Allah bless u always

U r the best abah!!

Pagi tadi dah call abah n wish kat die..agak lambat jugak call..dalam pukul 8 lebih baru call..sebab rushing nak pergi kem motivasi yang dianjurkan oleh dekan tersayang bak kate en.razif..

Hamper-hampir terlupa hari ni birthday abah..teruk kan sy ni..huhu..semalam sebelum tidur baru ingat..pagi ni bile dengar alarm baru teringat..time kasih kat en.tlepon sebab tolong ingatkan..

Abah semakin tua..ape yang sy buat untuk membalas budi dan kasih sayang dia???

Ok stop pasal tu..then nak cite pasal kem motivasi harini..even kem tu sampai esok ..maksudnye tak habes lagi la kan..tapi hati dah membuak-buak nak kongsikan sikit cerita ini..padahal semalam dah sumpah seranah dah pasal kem ni..tapi dalam hati jela kan..haha..manusia memang macam tu..belum pape da benci..dan hari sy rasa kem itu adalah satu keperluan jiwa..sangat member output yang bermakna..ok berbalik pada yang nak cerita tadikan..

Satu ketika dahulu sy pernah merungut pada kawan sy..sy cakap abah selalu outstation..kalu time sy balik rumah pun dia outstation..kadang sy belum bangun lagi pagi..dia dah pegi outstation..malam pulak..sy dah tidur dia baru pulang..bukan sehari..malahan kadang-kadang sampai seminggu..sy mahukan masa lalu zaman kanak-kanak..huhu

Tapi sekarang..sy rasa sgt2 bersyukur..sy punya abah n mak yang sangat penyayang..selalu ambil berat pasal kami adik beradik..pentingkan pendidikan kami..terima kasih ya Allah..Kau telah berikan aku nikmat kasih sayang ibu bapa yang sangat bernilai..hanya Kau yang mampu balas jasa mereka..kasih sayang mak dan abah memang tiada tandingan..

Sy berjanji pada diri sendiri..insyaAllah satu hari nnti sy juga pasti punya anak sendiri..sy tak kan abaikan meraka walaupun sesibuk mana..apa yang terjadi pun family first..


*post ini ditulis padaa 16bmarch..tapi disebabkan kecanggihan internet kat maidam..ianya terpaksa ditangguh*

Sunday, March 13, 2011

tsunami Japan

salam
hye readers..
adekah anda baek2 saje ?
hope so

first nak nak ucap takziah pada warga-warga Jepun yang kena tsunami xspecially bagi umat Islam yang berda di sana..
semoga Allah melindungi anda semua dari segala malapetaka
takpe2..ini adalah ujian Allah

sy yang agak ketinggalan dalam beriat-berita bagai ni tahu agak lambat mengenai tsunami tersebut..maklumla terlalu busy sampai tak sempat nak baca surat khabar pun.. *sgt menipu*
update dari facebook lagi la lembab nak dapat..yela da hotspot kat hostel tu sgt la slow mungkin disebabkan gempa bumi kat Jepun telah meng-effect line internet tersebut *tipu lagi*

tau-tau saje ade kawan-kawan cakap ade amaran tsunami kat Pantai Batu Buruk
erk..

apekah ??
adekah gelombang ombak tersebut akan sampai ke pantai timur Malaysia
nauzubillah
semoga Allah melindungi kita semua


mangsa-mangsa gempa bumi yang terselamat meminta bantuan dari atas bangunan
sangat kesian..pape pun agak berbangga dengan meraka sebab masih mampu fikir untuk meletakkan tanda SOS untuk minta bantuan
takpe2 orang-orang jepun ni dah dilatih untuk selamatkan dirikan



GAMBAR dari udara oleh helikopter Jabatan Pertahanan Awam Jepun hari ini menunjukkan hampir seluruh pusat Bandar Minamisanriku, di Miyagi bertukar menjadi ‘padang jarak padang tekukur’ apabila musnah dibawa tsunami selepas gempa kuat 8.9 magnitud melanda Jepun, Jumaat lalu. - Foto REUTERS/Kyodo
SUMBER : berita harian

Jepun yang maju menjadi seperti padang jarak padang tekukur plak kan





*pape pn harap semua selamat..kawan-kawan jgn pegi pantai..biarpun sesungguhnya kalu telah ditetapkan ajal pada waktu itu..biarlah kita pergi dengan keadaan yang sempurna
**eh..eh..universiti tanak hantar BRIGED PERDANA untuk membantu mangsa tsunami ke ??