word power

“Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.”
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

lets follow each other

Showing posts with label UniSZA. Show all posts
Showing posts with label UniSZA. Show all posts

Monday, November 17, 2014

research assistant (RA) versus graduate research assistant (GRA)

Salam..

Lately ramai yang email tanya pasal RA dan GRA.. pasal nak apply RA..
Ada yang tanya apa beza RA dan GRA..so harini aku berbesar hati nak share pasal ni
Eceh..

Research assistant

Berdasarkan pengalaman aku ra di hire menggunakan budget grant research.. memang ada peruntukkan untuk ra.. sebab antara tugas ra adalah melancarkan perjalanan research.. macam aku dulu cari respondent..prepare chemichal..apparatus..keep in data..
kerja aku macam ringan sikit la..macam ada sorang lagi kakak yg jadi ra dengan aku masa tu dia kena contact sekolah...plan jadual research..order barang..kira lecturer aku bermurah hati la jugak sebab aku buat yang senang senang je..hewhewhew..

Tu serba sikit pasal ra la..job scope yg lain aku tak pasti sebab aku 6 bulan je kat situ..
main point kat sini gaji ra adalah dari grant research..katakanlah nak sambing master on that project pn boleh.. tanak pun takpe..tapi selalunya lecturer tersebut akan tawarkan master sebab katanya rugi kalu tak sambung..tapi biasa la ni adalah win win situation..dimana lecturer kn harus ade student..pastu kite pulak nk fund untuk research kan..so lecturer dapat student..kita dapat research free..


Graduate research assistant

Yang ni aku kurang pasti sebenarnye..info yang aku dapat ni dari kawan2 aku..gra biasanya universiti yang  bayar setelah kita register master on that university.. tugasnya disamping kita buat research utk master kita tu adalah kena assistant lab budak degree ke..jaga exam ke..of coz kena keja sikit..ko hengat university senang nak bagi free..

Tapi kalau kat unisza la kan dua2 sama elaun..u lain aku tak pasti..

So begitulah alkisahnya..

Nak tanya banyak lagi bleh je email aku kat zetty7813@gmail.com

Psssss pengeras ayam golek sekor..hikhikhik.




~thanx for reading..feel free to drop by~

Friday, June 27, 2014

sahabat antara angin, bumi dan langit



S.A.H.A.B.A.T


apa beza sahabat dengan kawan?
* soalan yang agak rare ditujukan kepada aku


jujurnya aku tak tahu nak jawab apa


jujurnya lagi kalau ikut pemahaman aku, aku kurang sahabat.. kategori kawan ramai tapi sahabat boleh bilang guna jari je..tu pun macam lebih jari mungkin.. *ape kau mengarut ni zetty.lol



aku cuba kenal pasti kenapa aku kurang sahabat..ermmm..
pertama mungkin sebab aku asyik pindah sekolah je..
kedua mungkin aku ni jenis tak suka keluar bermain dengan kawan-kawan..
ketiga mungkin aku bukan juga sahabat yang baik ..* dushhhh padu sangat lempangan ini



berbalik pada soalan yang ditanya pada aku tadi..katanya sahabat ada macam-macam  jenis..mungkin kot ^__^



tapi...

aku dapat kenal pasti tiga jenis kat atas ni je..

angin....bumi....langit


langit

sahabat jenis ni macam wujud je..yang kita nampak dia..sentiasa nampak dia hebat.. hari-hari nampak..hari-hari pandang..tapi..tak tercapai dek tangan..betapa jauhnya jurang kita dan langit macam tu la juga jauhnya jurang kita dengan sahabat tadi.. aku pun ramai sahabat jenis macam ni..kalau aku bila tengok langit perasaan macam nak pergi sentuh je..teringin nak kepal-kepal awan.. aku juga teringin nak berdampaing dengan insan sehebat langit yang tinggi..


bumi

setelah membuat kajian aku dapati jenis macam ni yang banyak wujud.. sentiasa sentuh..dekat..tapi selalu dilupakan..mcam kita pijak bumi tu..selalu pijak tapi tak pernah ambil tahu.. dia dekat..dia paling prihatin..dia paling baik..tapi dia yang sering kita lupa..


angin

antara banyak-banyak jenis sahabat..aku teringin nak jadi macma angin..bukan sebab berangin dengan kehebatan diri ye.. tapi yang tak nampak..tak nampak tapi rasa sentuhan dia..setiap kata-katanya mungkin berhikmah..




[Fakta]

* macam rare sangat aku nulis gini..lol..selepas dibaca berulang kali draft post ni aku nak gelak guling-guling pun ade..ini bukan zetty yang sebenar..mihmihmih...

*tetiba touching nak tulis gini sebab semalam ada junior iolss msg ucap terima kasih kerana menjadi kakak yang baik dan sahabat yang baik untuk dia.. katanya jauh tapi rasa dekat..lol sangat ni..hikhikhik





sekian







uhibbuki fillah!


~thanx for reading..feel free to drop by~

Wednesday, January 15, 2014

throwback 2013

salam..

lately aku jadi seorang pemalas nk update blog..tak tahu kenapa..mungkin lose sedikit spirit..hewhew..orang thaun baru new spirits..aku..makin lose pulak...apepuntabole

fine kali ni aku telah ditag #throwback 2013 oleh kawan aku..so sebab banyakkkkk sangat masa terluang meh la kite tunaikan..teheheeee


anak buah ke 5 lahir pada 26/9/2013..alhamdulillah bertambah ahli keluarga
NUR ZARA SAFIYA


 anak buah ke 4 lahir alhamdulillah
PUTERI MARYAM




meet by former lecturer for the first time after graduating for the sake of business




perjumpaan pertama selepas berakhirnya praktikal dan final year student dietetic





posting pertama aku di hospital kemaman
dietitian to be



last dinner as dietetic student dan UniSZA student







the only one nephew 5 years old dah start school..seminggu aku tunggu dia di tadika..semoga abang menjadi pelajar yang cemerlang




harta pertamaku..kereta idaman..terima kasih abah for the down payment dan the rest aku yang bayar 



last sekali alhamdulillah aku berjaya dianugerah kan Ijazah Sarjana Muda Dietetik dgn Kepujian




maaf tak ikut susunan..tak perasan berahir sudah tahun 2013..tahun yang sangat hectic dengan praktikal dan macam-macam..macam mana aku survive for the first time hidup di kuala lumpur..macam mana aku belajar menjadi lone ranger tanpa teman-teman rapat disisi.. 

tahun 2014 ni bukan lagi tahun honeymoon bagi aku..tahun yang penuh dengan cabaran walaupun masih diawal bulan Januari..tahun yang membalas budi..tahun yang mencari makne kehidupan..tahun yang perlu membuat keputusan demi ke keputusan..tahun yang perlukan pengorbanan..

aku semakin dewasa dont mess with me...tehehe..

sekiam..
wsalam


~thanx for reading..feel free to drop by~

Monday, December 2, 2013

convocation day 30/11/2013

salam..
hari sabtu haritu my BIG day
my convocation day..
alhamdulillah officially pemegang
 Ijazah Sarjana Muda Dietetik dgn Kepujian

terima kasih buat mak dan abah
keluarga
pensyarah pensyarah..cikgu-cikgu dari pra sekolah sehinggalah ke matrix
kawan-kawan seperjuangan sepanjang 4 tahun ini
dan "teman bergaduh"





with mak dan abah, penyokong utama








terima kasih for those flowers and teddy bear..sampai tak muat tangan nak pegang semua

sebahagian coursemate dan lecturers

usaha menyerap aura lecturer..hehe


ok dah malas nak buat caption..jom layan saje gambar ye..












Wednesday, October 23, 2013

macam mana nak apply sebagai research assistant (RA)

Salam..
Bismillah..


ok..ade sorang adik ni tanya macam mana nak apply sebagai research assistant (RA)..adik ke?? ermm..aku pun fresh graduate jugak..convo pun belom..ehek..

alkisahnya  begini..aku pun sebenarnya tak arif sangat macam mana nak apply secara official..sebab aku ni ditawarkan oleh sorang lecturer ..masa tu aku masih lagi tengah praktikal kat PPUM..so aku pun apelagas setuju je masa tu sebab memang plan nak sambung study..


sebenarnya macam banyak je cara macam mana nak apply jadi RA ni..mengikut survey-survey yang aku buat kat blog-blog bagai..

yang pertama macam yang aku cakap tu la..try la tanya lecturer kot-kot ade yang ada grant tapi masih tak de RA..so boleh grab opportunity ni..

yang kedua macam ada classmate aku dapat jadi research officer (RO) lagi kat institur kesihatan umum (IKU) kat Bangsar nun..mengikut kata dorang yang ni bos kat tempat praktikal yang bagitahu ada vacancy..so drg apply..ada 3 orang kat sana.. drg ni pun boleh sambung master jugak dengan projek dorang..

aku sebenarnya tak tahu sangat berkaitan dengan course lain..yang aku tahu pasal sains kesihatan je..yang course lain tak pasti macam mana cara dia..tapi aku bagi contoh la macma mana nak apply

1.  korang mungkin boleh email or contact potential lecturer yang korang nak jadikan supervisor master korang tu. then tanya dia ada tak grant yg nak guna RA.so korang boleh guna grant lecturer tu as master projek korang.

2. korang boleh jugak search kat Google  vacancy for RA.. contoh macam bidang dietetik..nanti akan ada iklan dari HUKM ke institut-institut yang nak guna RA macam IKU tu ke..bidang lain serius aku tak tahu..sorry again..lepas tu dorang akan suruh hantar resuma dan panggil untuk interview..so after that korang pun boleh la jadi RA..tapi aku selalu tengok UM buat iklan vacancy for RA..gaji agak lumayan..
btw setakat ni UM dengan UKM jela bayar gaji RA mahal sikit dari universiti lain..


tu jela kot yang aku boleh kongsi kat sini..

macam yang adik ni cakap dia nak pengalaman dulu before amik master..so buat macam tu la..approach potential lecturer yang korang nak buat master tu..tengok expertise dia apa..pilih dari universiti yang korang agak-agak nak sambung tu..sebab if korang bantai je nak jadi RA tapi tak kesah expertise lecturer tersebut..rugi la..sebab korang dah work on that grant..tapi tak boleh nak guna hasilnya..

so kesimpulannya buat la research dulu tentang ke-expertise-san lecturer yang sesuai dengan projek yang korang ni tu..


aku rase macam aku duk ulang-sulang ayat yang sama jek..haha

owhh btw adik..akak ni RA kat UniSZA je..hikhokkkk

sekian.


~thanx for reading..feel free to drop by~

Friday, July 19, 2013

MALAM ASPIRASI FPSK 2013


salam..hye readers...hik3.. see betapa busy tak aku..baru sekarang berkesempatan nak cerita pasal malam aspirasi FPSk ataupun annual dinner fakulti..padahal dah berlalu hampir sebulan dah kott..
so ape yang menarik malam ni..erm..nomnomnom..
disebabkan ini adalah dinner terakhir aku dan rakan-rakan seperjuangan so we expect more..tahniah kepada semua ajk yang terlibat menjayakan malam aspirasi ini..

so..



MALAM ASPIRASI FPSK 2013

theme: black and roses
venue: Cindai ballroom, Ri-yaz Heritage



Menu: just so..so ok saje..



but then..this is the happiest moment..we r together 





teman serumah

Alhamdulillah mendapat anugerah dekan untuk kesekiankalinya



sahabat pernah serumah..sebilik..sebantal..segulingan..seperiuk nasi..sekuali..



macam yang aku cakap kat atas tadi..disebabkan ini dinner terakhir kami sowe expect more..tapi..malangnya this is the worst ..sorry..I just can't resist to be honest..huuu

sedikit teguran membina yang ada unsur emosi sket..haha..ini bukan dari kacamata aku sahaja..tapi juga hasil kritikan membina dari rakan-rakan lain juge:

1. majlis yang kelihatan dull..bayaran mahal RM 50 per head..tapi makanan tak menarik..pembaziran pada goodies-goodies mungkin..macam majlis kawen pulak goodiesnya

2. terlalu ringkas.. malam yang sepatutnya meraikan lecturer juga..tapi takde pun keterlibatan lecturer baik dalam persembahan..

3. perjalanan majlis yang tidak berprotokol...student berdiri..bising.. bergambar sesama sendiri semasa penyampaian anugerah dan ucapan..seperti tak menghormati majlis dan juga orang-orang dimeja belakang..

4. susun atur meja yang tidak menarik.. dimana objektif nak menyatukan silaturahim antara pelajar dalam fakulti jika satu meja satu course..macam mana nak kenal kawan-kawan dari course lain..honestly objektif ni failed.. 

5. ini mungkin kelihatan selfish.. aku sebagai student tahun akhir rasa macam kedatangan tak dihargai..kenapa? sebab kami tidak pernah di-acknowledge... yaa let see tahun depan bila student ,edic tahun akhir macam mana sambutanya..*even tahun depan aku dah tak ada kat majlis tu..

6. persembahan yang tak variety.. persembahan yang sama..tarian yang sama..

7. penyampaian anugerah yang mengganggu masa makan VIP..

8. sijil yang tak lengkap tanpa tanda tangan .. cara penulisna yang salah..ini bukan reason mana yang valid tak valid tapi ini satu pengajaran sila rujuk batch-batc yang lepas.



ok sorry sebab terlalu jujur mungkin..

ahh..let by gone be by gone..kami berusaha menyeronokkan diri kami sendiri..stop it zetty..just ambik yang hepi je yang tak best tolak tepi..


~thanx for reading..feel free to drop by~

Sunday, July 14, 2013

mungkin lagi indah rupa dari khabar =)

salam..
hye..dah lame tak update blog..teringin sgt2 nak abadikan cerita-cerita kat sini..tapi kekangan masa amatlah tidak mengizinkan..huhu..
actually banyak cerita-cerita tertunggak yang nak diceritakan pada anak-anak cucu akan datang..heee..tapi nanti lah bila keadaan back to normal..

so malam ni gagahkan jugak bukak lappy..Alhamdulillah seronok dapat berkumpul satu family berbuka puasa sama-sama..walaupun keadaan kecoh dengan suara budak2 menyebuk di meja makan..entah bila semua dapat berkumpul lagi macam ni..


so malam ni secara tak sengaja terbuka blog dan terbaca comment ini







firstly nak ucapkan congrats untuk adik ni sebab berjaya ditempatkan di sebuah universiti awam..ramai lagi yang kat luar sana yang tak dapat peluang macam ni.. congrats skali lagi sebab pointer awak sangat hebat..meleleh air liur akak ni ha tengok pointer awak..hehe..


bukan awak sorang je yang rasa perasaan macam tu..akak dulu pun macam tu jugak..like apekah universiti ni..rase down je kan..sikit pn tak glemer..dala asyik tuka nama je *opss termengata pulak..haha..
tapi percayalah setiap yang ditakdirkan pasti ada hikmah..dan akak rasa majoriti classmate akak dan jugak batch lain pun pernah rasa perasaan macam ni..lebih-lebih lagi adik yang dapat pointer tinggi macam ni..


so takpe..tabahkan hati..insyaAllah, Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita..let say adik berminat nak jadi doctor ke.. so lepas dah register kat UniSZA ni adik try apply medic pulak..coz last year ade je student diet convert to medic..


ini link cerita-cerita pasal dietetik yang akak pernah tulis kat blog ni..

http://zettyzetty.blogspot.com/search/label/dietetik
http://zettyzetty.blogspot.com/search/label/attachment
http://zettyzetty.blogspot.com/search/label/experience
http://zettyzetty.blogspot.com/search/label/final%20sem
http://zettyzetty.blogspot.com/search/label/dietitian
http://zettyzetty.blogspot.com/search/label/UniSZA
http://zettyzetty.blogspot.com/search/label/practical



hopefully dapat membantu..jangan rasa down..actually kehebatan sesuatu perkara bukan terletak pada nama universiti tapi pada kita sendiri sebagai student.. dietetic UniSZA bukanlah seteruk yang kita-kita pernah fikirkan actually..even ada senior dietitian yang hebat dari hospital-hospital besar pun pernah cakap..student dietetic UniSZA more better than student dietetic universiti lain yang dah well establish..



w'salam.




~thanx for reading..feel free to drop by~

Wednesday, June 26, 2013

Pengalaman VIVA undergrad dietetik

salam..
alhamdulillah dah selesai VIVA untuk undergrad dietetik.. secara unoficially sekarang ni dah boleh grad dah..just tunggu result exam je lagi ni..
dan..
sekarang ni dah officially penganggur terhormat..hik3..

ok nak cerita pasal VIVA ni kan.. kami dibahagikan kepada 2 kumpulan..dan aku kumpulan pertama di bilik mesyuarat lembaga pengarah universiti (LPU) dan kumpulan kedua di bilik mensyuarat senat..
kumpulan pertama biasa lagi..tapi yang luar biasa kat sini adalah aku candidate pertama VIVA...erk..apekah..sepanjang 4 tahun aku di UniSZA ni inilah kali pertama aku jadi first candidate..nasib baik untuk assessment yang terakhir..hik3..


persiapan..ermm
sejujurnya sepanjang exam kali ni memang aku tak buat persiapan apa-apa pun..sesetengah kawan aku cakap aku tak pe tak study sebab baru balik dari praktikal sepcial unit..so masih fresh lagi ingat..yeke??.. aku pun tak pasti tentang itu..hehe

aku just study sikit2 untuk exam special unit saje..tu pun just review slide presentation kawan-kawan je..
ok berbalik pada VIVA ni..pagi sehari sebelum VIVA ni aku pegi ke PDK seberang takir bersama groupmate praktikal dulu..so memang tak study la kan..petang tu aku tidur je..masa tu list nama memang tak keluar lagi..just tahu tarikh, masa dan tempat je tentang VIVA..maklumat lain non hado..even external examiner pun tak tahu sape..I loike this surprise..huh!!

so petang tu bangun2 tidur bukak instagram tengok kawan aku post list name VIVA..oh..tanjat gegel bila tengok as first candidate..terus tak boleh nak tidur..dan2 tu jugak pegi bilik kawan tanya study pasal apa..tapi masih jugak tak study.. tetiab terus bersiap nak pegi beli makanan..haha..

so malam tu pun aku tak study jugak just google la jugak kan pengalaman org2 yang dah pernah VIVA ni,.so dalam pukul 10.30 pm macam tu dah ready nak tidur dah ni..terkujat lagi sekali tengok kawan-kawna post pasal pengalaman VIVA daru universiti lain..haip..stress jugak..tapi sambung je tidur..hehe

so pagi tadi bangun awal mandi dan iron baju..tapi still macam blur2 nak cakap apa masa VIVA..huhu..
sampai dah depan bilik LPU tu baru sibuk2 nak berlatih..biasa sangat ko ni zetty..nervous dah melebihi IPU jerebu dah ni..tetiba terus di panggil ke dalam bilik LPU..so bermulalah perjalan VIVA..

alhamdulillah aku dapat jawab hampir semua soalan .. alhamdulillah masih mampu berconfident..aku apelagi kan menjawab dengan penuh semangat sampai eh tetiba dah habis..serius masuk je dalam bilik tu terus rasa hilang debaran.. ni contoh soalan yang disoal kat aku..macam simple jugak la..tapi kawan-kawan aku ada yang kena lagi teruk:

1. of coz kena introduce our self..aku cakap sekejap je ni..simple sampai tahap sekolah menengah je..dan aku yakin examiner bukannya nak dengar sampai kisah-kisah keluarga bagai.

2. ditanya macam mana boleh masuk kos dietetik ni..aku pun cerita je balik kisah yang aku pernah post ni ..tapi aku siap cakap dietetik bukan fisrt choice aku kat matrix dulu..so examiner tanya ape first choice..aku jawab la cikgu..terkejut die..pastu dan-dan pulak tanya beza dietitian dengan cikgu..aku pun bantai je jawab takda beza sgt sebab dua-dua pun akan bertindak sebagai educator..

3. ceritakan pengalaman praktikal..ini aku rasa semua org pun kena tanya

4. the most interesting cases..aku pilih case leptospirosis yang aku manage kat ICU PPUM..nanti-nanti kalu rajin aku story pasal ni..yang ni paling teruk jugak aku kena..sampai kena tanya pasal fat metabolism..pastu macam mana nak educate low fat pada patient

5. examiner bagi scenario as catering dietitian..macam mana nak handle staff yang degil..aku cakap la slow talk, if tak dengar jugak bagi warning..lepastu examiner cakap..kalu degil lagi..aku pun bantai je cakap..mesti ada good relationship dengan pekerja bawahan..so drg aka respect sket..aku nampak examiner senyum-senyum je waktu aku jawab ni..mesti dalam hati die cakap budak ni dah start merapu dah..haha

tu je kot yang aku ingat aku kena tanya tadi.. sedar-sedar masa dah ahbis..serius tak rasa pape kat dalam tu..keluar dengan senyum lebar..padahal tak tahu fail ke pass..haha

nevermind..malas nak fikir..and now im free..


terima kasih pada external examiner yang datang jauh dari HKL..pn.mariam..dan juga internal examiner dr.aryati dan pn.muhaini..tolong luluskan saya..pleasee!!!...sob..sob....




~thanx for reading..feel free to drop by~

Tuesday, January 29, 2013

first batch dietetic

I miss the time we are all together
fisrt raya yg kitorang celebrate togehter.. ciap ambik gambar untuk buat card jemputan untuk lecturer.. tapi tak  pasti la terbuat ke tak..hehe


dalam kelas.. waktu ni we all still gina MKK 2 since masa ni takde lagi bilik kuliah diet.. so merempat jela kan..


gambar yang keat ats ni masa kena kuarantin tunggu turn untuk exam microb..apelagas bergigam  dulu le..


time ni schedule padat dengan segala lab..



ini masa dinner FASKES kali kedua sepanjang we all kat UniSZA..gambar dinner yang pertama tak de  hilang dan mmg tak bergamab sangat pun since mase tu one of the person in charge so tersangat la busy.. but then hepi kot bila apa yg dirangcang berjaya..and riak sikit2 bila most of my friend cakap anta 3 dinner yg we all attend the first dinner yang aku one of the person in charge adalah yg paling best..hehe




ini mase tunggu bas..time ambik koko






ni masa stay kat KGB masa sem satu...last day di kampus KUSZA( masa tu still panggil KUSZA)
merayau2 cari kotak..






dan ini sesi lawatan ke kilang sos untuk subject food analysis

yg ni gaya pe ntah masa lawatan ke td poultry untuk subject halal dan haram..sembelih.. sembelih..


ok ini membuang masa menanti giliran ke kilang sos.. jauh nau menunggu sampai ke TER


inilah pelakon-pelakon terhebat dietetic..tehehe..

ahhhh... rindu..







and 







I miss him badly too