word power

“Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.”
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

lets follow each other

Showing posts with label nikmat seorang muslim. Show all posts
Showing posts with label nikmat seorang muslim. Show all posts

Tuesday, July 9, 2013

salam ramadan

salam...selamat menyambut ramadan semua...dikesempatan ini nk mohon kemaafan kepada semua..*macam dah raya plak..

teringin sgt nk update blog..banyak benda nk cerita..tp busy sgt2..lappy pn dah seminggu tak on..online kt hp je..tu pn jrg2...huhu..

insyaAllah kalau ade kesempatan akn abadikn cerita2 kt sini lg...

semoga ramadan kali ini lebih bermakna...aminn...

salam..

~thanx for reading..feel free to drop by~

Saturday, July 21, 2012

nikmat seorang muslim: 1 ramadan

salam..alhamdulillah..1 ramadan sudah berakhir..2 ramadan sudah menjengukkan diri..alhamdulillah tahun ini diberi lagi kesempatan menikmati ramadan..alhamdulillah lagi sebab diberi kesempatan meraikan 1 ramadan bersama keluarga tersayang..bersahur bersama dan berbuka bersama..terasa nikmat yg sgt best eventhough aku still berbulan syaaban..hew...hew..orang lain countdown dah berapa hari puasa dah berapa hari pegi terawih..tapi aku dah siap countdown hari-hari pergantian..hew..hew..alhamdulillah juga sebab itu pon satu nikmat yg Allah bagi..semoga hari-hari mendatang penuh dengan keberkatan..amiin..
~thanx for reading..feel free to drop by~

Wednesday, November 16, 2011

nikmat seorang muslim : susah hati





salam..hye semua

hari ni mood kurang baek..2 test pun macam tunggang langgang..xtaw la ape yang dibaca..alih-alih time exam tak boleh jawab jugak..tapi alhamdulillah ok la jugak both test..terpaksa ambil 2 test sekali gus memandangkan dah kesuntukan masa..lecturer yang ajar subject tu dah nak balik ke hometownnye di Indonesia..makanya terpaksa la study 5 lecture note sekali gus satu malam..haih sape tak suruh study tim cuti?

mood kurang baik lagi bila ada perasaan susah hati..semalam call mak..katanya sakit dada datang semula selepas 5 tahun die buat angiogram ..hati anak mane yang tak serabut bila dengar berita-berita macam ni..huhu
rase macam nak balik rumah sekarang jugak

selepas disoal siasat akhirnya mak mengaku yang dah berhenti ambil aspirin katanya ingatkan dah tak perlu lagi sebab dah rasa ok..dah tak sakit lagi..haih..mak..mak..sejak bile jadi doctor sendiri ni..huhu

info :

An angiogram is an imaging test that uses x-rays to view your body’s blood vessels. Physicians often use this test to study narrow, blocked, enlarged, or malformed arteries or veins in many parts of your body, including your brain, heart, abdomen, and legs. When the arteries are studied, the test is also called an arteriogram. If the veins are studied, it is called a venogram.

To create the x-ray images, your physician will inject a liquid, sometimes called "dye", through a thin, flexible tube, called a catheter. He or she threads the catheter into the desired artery or vein from an access point. The access point is usually in your groin but it can also be in your arm or, less commonly, a blood vessel in another location. This "dye, " properly called contrast, makes the blood flowing inside the blood vessels visible on an x-ray.

tengah gundah gulana ni..tetiba terjumpa doa ni..mungkin doa ni boleh mambantau menenagkan hati..


“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu bersemayam di atas ‘Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti), dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.”




*mungkin doa ni menjadi penenang hati..rase macam nak balik rumah sekarng jugak..huhu..semoga mak cepat sembuh..lebiu mak..

Tuesday, September 6, 2011

aidilfitri 2011



salam ..
selamat hari raya semua!
agak terkura-kura sket nak postkn pasal hari raya..memandangkan post raya org lain da basi
tapi tak kesahlah nak jugak..haha

tahun ini giliran beraya di Terengganu..kampung sebelah mak..btw kmi adik beradik memang sangat suka beraya di kampung sebelah mak..makanya di sebelah ayah kurang sikit..haha

tahun ini 1st time beraya di teratak baru kami..sambutan agak meriah dari tahun2 lain..almaklumlah rumah baru..segalanya baru..orang-orang *bukan yang dekat sawah tu* pn ramai yang datang beraya..dari sedara-mara..kawan2 mak n abah..kawan akak. semua dtg..kawan saya je yang takde..takde ke yg nak dtg beraya?? haha

raya!
persiapan raya just simple je..raya pertama mak buat rendang, ketupat, dan lemang je *lemang pn beli je*..bagi yang datang dari jauh memang akan sediakn lunch untuk dorang..raya pertama langsung tak sempat nk pergi beraya sebab orang datng bertalu-talu..
then raya kedua start beraya sampai petang..raya ketiga semua adik beradik balik..nikmatnya raya bersama family..haih!
baju raya!
tahun ni tema kami berempat adalah warna oren ala-ala coklat..tajaan penuh oleh abah..buatan halus dari mak..dan manik2 jahitan sendiri..haha..keluarga along pun warna oren..kebetulan sama..dan keluarga angah warna hijau hampir sama dengan warna dinding rumah..haha

kuih raya!
hanya dua jenis saje buatan sendiri..yang lain semua buatan jari tunjuk2..haha

duit raya!
yang ni malas nk cerita sebab semakin dewasa org semakin segan nk bg duet raya kenapa eh..adekah sebab baju raya kita lagi vogue dari baju raya makcik tu?? ahh jeles la tuh..
tapi duet raya dari family tetap ada..tak perlu nak beraya sangat macam budak2..duk umah pn mampu dapat duit raya melibihi meraka..sebab duet raya sy tak amin la biru2 ni..semua hijau ala2 biru..kih3..

gambar raya!


*gambar ni di raya ketiga..sebab raya ketiga baru semua adik beradik ada..

*malas nak upload banyak2..tenet cam kekure takde kaki

hantu raya!
....................


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
DARI KAMI BERDUA!

*bukan kami berdua yang kat atas tu tapi dari kami empunya belog ini*







* eyh rindu la pada en.doctor..ade duet raye untuk sy tak??hehe

~thanx for reading..feel free to drop by~

Saturday, August 20, 2011

nikmat seorang muslim : Malam Lailatul Qadar




salam..
selamat berbuka semua!

hari ni dah hari ke 20 ramdhan..maknanya tinggal lagi 9 hari kita semua akan menyambul syawal..bagaimana persiapan raya??
opss!! bukan itu yang mahu dikongsi..hari ni hari ke 20..maknanya malam-malam seterusnya adalah antara malam ke 10 ramadhan..malam dimana ada satu malam yang dipanggil Malam "Lailatul Qadar"

apakah lailatul qadar??



lailatul qadar akan terjadi antara 10 malam terakhir ramadhan, ia merupakan malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan..setiap mukmin pasti menunggu-kehadiran malam ini..di mana pada malam ini ibadatnya lebih baik daripada 1000 bulan..sebagaimana yang diterangkan di dalam al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".


malam lailatul qadar mempunyai banyak kelebihan..beruntunglah pada siapaa yang berjaya mencarinya..berjaya mencari keredha pada malam tersebut..berjaya meningkatkan ibadat pada malam tersebut..

Rasulullah s.a.w meyarankan agar umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang penuh barakah ini dengan pelbagai amalan dan ibadat..antara hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

tanda-tanda malam lailatul qadar: [sumber]

[1] Udara dan angin sekitar terasa tenang. Sebagaimana dari Ibnu Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لَيْلَةُ القَدَرِ لَيْلَةٌ سَمْحَةٌ طَلَقَةٌ لَا حَارَةً وَلَا بَارِدَةً تُصْبِحُ الشَمْسُ صَبِيْحَتُهَا ضَعِيْفَةٌ حَمْرَاء

“Lailatul qadar adalah malam yang penuh kelembutan, cerah, tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar lemah dan nampak kemerah-merahan.” (HR. Ath Thoyalisi. Haytsami mengatakan periwayatnya adalah tsiqoh /terpercaya)

[2] Malaikat menurunkan ketenangan sehingga manusia merasakan ketenangan tersebut dan merasakan kelezatan dalam beribadah, yang tidak didapatkan pada hari-hari yang lain.

[3] Manusia dapat melihat malam ini dalam mimpinya sebagaimana terjadi pada sebagian sahabat.

[4] Matahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan jernih, tidak ada sinar. Dari Abi bin Ka’ab bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang artinya,”Shubuh hari dari malam lailatul qadar matahari terbit tanpa sinar, seolah-olah mirip bejana hingga matahari itu naik.” (HR. Muslim) (Lihat Shohih Fiqh Sunnah II/149-150)


*sesungguhnya sesiapa yang terlepas malam lailatul qadar teramatlah rugi..sama-samalah kita mencari malam tersebut..just untuk peringatan untuk diri sendiri..

btw, dlu mak pernah cerita ada sorang pakcik kat kampung dia ni sorang yang sangat alim dan baik..zaman dulu-dulukan manalah ada air paip kat masjis..masa tu kolah-kolah pun takde..so, dia pun pergi la kesungai untuk ambil wudhuk..sampai je kat sungai tu dia pun sangkut la tuala di pada sebatang pokok buluh *eyh pokok buluh orang panggil sebatang ke??* then dia pun pergi la ambil wuduk..lepas ambil wudhuk tu dia pun pergi kat tempat dia letak tuala tadi..then tengok tuala tu dah takde..rupa-rupanya tuala dia nun dihujung dahan buluh tu..kata orang pada malam lailatul qadar pokok-pokok semua sujud ke bumi..dimana pada malam ini para malaikat akan turun ke bumi..


ya..Allah..sy sangat teringin berjumpa malam lailatul qadar..semoga Allah s.w.t memakbulkan doa sy..amiin..sekian

~thanx for reading..feel free to drop by~

Friday, August 5, 2011

nikmat seorang muslim ; hikmah puasa

salam..
hye semua! puasa tak hari ni??

alhamdulillah..masuk hari ini bermakna sudah 5 hari kita semua berpuasa..ini bermakna hanya tinggal 25 hari sahaja lagi bakal berakhirnya bulan ramadhan...tetiba rasa sedih..agak-agaknya bertemu tak lagi kita dengan ramadhan akan datang?? insyaAllah kalau Allah masih panjangkan umur kita..

ok hari ini sekadar nak berkongsi hikmah puasa ataupun kelebihan puasa..sure dah ramai yang tahukan...tapi ini just untuk memperingatkan diri sendiri saje..


ada hadith nabi yang bermaksud :

“perut ialah rumah penyakit dan puasa adalah raja segala ubat“.

so, memang tak lain tak bukanlah bahawa perut makanan adalah punca penyakit..namun bukanlah bermaksud jangan makan lansung or semua jenis makanan adalah pembawa penyakit.

puasa menurut syariat bermaksud menahan diri darisegala sesuatu yang membatalkan puasa daripada terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari, dengan disertai niat ibadah dengan Allah.

dalam bulan puasa ni banyak mengajar kita sifat-sifat mahmudah..dalam masa yang sama kita berjaya meningkatkan iman dalam diri..apa tidaknya waktu yang digunakan untuk makan selama ini boleh digantikan dengan ibadah seperti bertadarus..waktu ini juga boleh membersihkan rohani kita dengan menanam perasaan kesabaran, kasih sayang, pemurah, berkata benar, ikhlas, disiplin, terhindar dari sifat tamak dan rakus, dan sebagainya.

Ayat puasa itu dimulai dengan firman Allah:"Wahai orang-orang yang beriman" dan disudahi dengan:" Mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa."Jadi jelaslah bagi kita puasa Ramadhan berdasarkan keimanan dan ketaqwaan.Untuk menjadi orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah kita diberi kesempatan selama sebulan Ramadhan,melatih diri kita,menahan hawa nafsu kita dari makan dan minum,mencampuri isteri,menahan diri dari perkataan dan perbuatan yang sia-sia,seperti berkata bohong, membuat fitnah dan tipu daya, merasa dengki dan khianat, memecah belah persatuan ummat, dan berbagai perbuatan jahat lainnya.Rasullah s.a.w.bersabda:

"Bukanlah puasa itu hanya sekadar menghentikan makan dan minum tetapi puasa itu ialah menghentikan omong-omong kosong dan kata-kata kotor."
(H.R.Ibnu Khuzaimah)

antara hikmah lain berpuasa adalah puasa sebagai pelindung ataupun perisai..perisai ?? Rasulullah SAW menjelaskan bahawa syurga diliputi dengan perkara-perkara yang tidak disenangi, dan nerakan diluputi dengan syahwat.. jika telah jelas demikian , sesungguhnya puasa boleh menghancurkan syahwat, dan mematahkantajamnya syahwat yang bisa mendekatkan seorang hamba ke neraka.. antara hadith yang menjelaskan :


Bersabda Rasulullah SAW "Tidaklah seorang hamba yang berpuasa di jalan Allah kecuali akan Allah jauhkan dia (karena puasanya) dari neraka sejauh tujuh puluh musim". (HR. Bukhari 6/35, Muslim 1153 dari Abu Sa'id Al-Khudry.

Rasulullah SAW bersabda "Puasa adalah perisai, seorang hamba berperisai dengannya dari api neraka" (HR. Ahmad 3/241, 3/296 dari Jabir, Ahmad 4/22 dari Utsman bin Abil 'Ash. Ini adalah hadits shahih).

Dan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda "Barangsiapa yang berpuasa sehari di jalan Allah maka di antara dia dan neraka ada parit yang luasnya seperti antara langit dengan bumi".

Kajian sains dan ilmu moden berkenaan kelebihan puasa (sumber)

Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik / racun2 dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit2nya dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubat2 moden. Dan puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat juga menajamkan minda kita.

Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.

Dr. Alan Cott, Seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.

Puasa juga insyaAllah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan.

Sedangkan dunia perubatan pula telah mengenal pasti pelbagai punca penyakit yang dialami masyarakat dunia masa kini dan antara penyakit yang paling kerap berlaku di dunia masa kini menurut Pertubuhan Kesihatan SeDunia ialah disebabkan sindrom metabolik. Sindrom ini meliputi 4 masalah iaitu: (1) glukos darah tinggi (2) Tekanan darah tinggi (3) Lipid darah tinggi dan (4) lebih berat badan atau obesiti. Dengan hanya meneliti penyakit utama dunia kini dan kesan puasa pada tubuh badan dapatlah kita simpulkan bahawa berpuasa adalah sangat bersesuaian untuk mencegah penyakit sindrom metabolik yang melanda dunia masa kini.

Al-Harits seorang doktor Arab mengatakan :“Yang banyak membunuh manusia adalah kerana manusia suka memasukkan makanan pada perut sebelum makanan dalam perut dicerna.”

Dr. Alexis Carel seorang doktor antarabangsa dan pernah memperolehi penghargaan nobel dalam bidang kedoktoran telah menyatakan bahawa dengan berpuasa dapat membersihkan pernafasan.

Puasa dapat manambahkan kesegaran dan kesihatan pada tubuh, kerana perut yang sentiasa bekerja memproses makanan juga perlu berhenti bekerja buat sementara waktu. Dan ketika berpuasa itu lah perut kita berehat dan mendapat kesegaran semula untuk bekerja kemudiannya. Sama juga ibaratnya seperti enjin kereta yang mungkin tidak tahan lama jika dipaksa untuk sentiasa berjalan tanpa henti.


sedikit info..moga memberi manfaat untuk kita semua..

p/s : tetibe rindu zaman puasa kat sekolah..tadarus same2 kat surau annur..terawih same2..serve makanan kat dewan makan sesame..hope ramadhan tahun ni lebih bermakna dari tahun2 lepas dengan penuh keberkatan..mari khatam quran beramai-ramai !



~thanx for reading..feel free to drop by~