word power

“Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.”
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

lets follow each other

Showing posts with label experience. Show all posts
Showing posts with label experience. Show all posts

Wednesday, December 9, 2015

ujian rumah tangga


Salam..

tajuk  macam matang je kan...haha...masuk bulan December ni kiranya hampir 10 bulan dah aku dengan hubby pjj..

walaupun ramai kata Seremban ke KL tu sekangkang kera je..tak payah nak sedih sangat pjj ..hubby balik 2 kali seminggu..

perasaan?

entahlah..masa awal-awal kawen dulu aku rasa sunyi juga sebab 1st time hidup tanpa teman..ye la sebelum ni tinggal di hostel..lepas tu kerja tinggal dengan kawan-kawan.. at least dengar la juga suara celoteh kawan-kawan..makan pun berteman..

masa awal-awal duduk rumah sewa sorang-sorang sedih la jugak..tapi masa tu sebukkan diri dengan kemas rumah.. baca buku semua.. so takde la bosan sangat.. tapi saat yang paling mencabar bila aku pregnant.. masa ni banyak dihabiskan dengan melepet di tilam.. nak bangun tak larat.. pening..muntah.. bila dah tak boleh buat apa-apa mula la rasa sunyi dan bosan.. aku pernah je menangis sorang-sorang.. sebab terlalu tak larat dan sunyi.. even nak pergi ambik air segelas kat dapur pun tak larat nak bangun.. tapi perancangan Allah tu cantik..masa aku alahan teruk dapat balik kampung dalam 2 minggu..tinggal dengan mak dan abah.. masa ni memang kemuncak mabuk yang teruk..tapi Alhamdulillah mak abah sangat memahami.. kalau tinggal sendiri tak tau la macam mana..

lepas 2 minggu balik kampung..aku dah mula kerja..awal-awal kerja agak azab pada aku... mabuk tak hilang lagi.. badan lemau sangat.. nasib baik ofis aku tertutup so banyak masa jugak aku ambik untuk nap.. *ampun bos...hehe

kemudian masa bulan puasa..yang jugak terlebih mencabar untuk aku..sebab aku tak boleh perut kosong..bulan puasa mana nak dapat lunch..nak masak memang tak la..bau minyak pun aku dah nak muntah.. bawak bekal roti..tapi tekak ni sangat memilih.. end up aku sanggup lagi tidur dari makan..kesian baby.. dan masa dalam bulan puasa ni jugak dah dapat rasa baby bergerak..tula yang beri semangat kat aku untuk bersabar..

now dah dihujung-hujung pregnancy.. tak sampai sebulan lagi nak bersalin..kami? 
masih pjj..tak tahu la sampai bila macam ni.. kadang-kadang terasa juga nak berenti kerja nak cari kerja lain..tapi terlalu banyak komitmen..sabar dan sabar selagi mampu..tu je aku mampu buat sekarang ni.. semoga ada hikmah di sebalik segala ujian..




~thanx for reading..feel free to drop by~

Friday, October 16, 2015

bersyukurlah wahai diri ini








Salam..


straight to the point,  today rasa nak coretkan sikit pasal kerja aku.. which yang everyday aku rasa tak bersemangat.. rasa muak kerja.. rasa macam pffffffftt..

to be honest sebenarnya aku tak menjiwai sangat kerja aku.. dulu -dulu ambik dietetik sebab macam dah takde course yang menarik je nak ambik.. so hentam saja la labu ..nak-nak dengan result matrix yang biasa-biasa saje..

masa zaman study rasa seronok la juge.. mungkin sebab ada kawan-kawan.. lepas tu setiap semester mesti setiap subject tu akan ada 2 hari yang aku ponteng .. iaitu ponteng yang sengaja sebab kalu nak exam kena cukup 80% attendance kan.. so cukup la..tehehe..

bila masuk zaman praktikal aku dah mula malas-malas.. sebabnya aku baru sedar tak best rupanya bercakap untuk nasihat orang.. bila masuk wad yang crowded dengan bau-bauan aku rasa lagi hell.. bila kes banyak aku dah mula tak tahan lapar dan panas.. so posting yang aku paling suka dulu-dulu ialah special unit.. sebab ICU ada air cond.. gettew..

so kerja pertama aku selepas grad adalah pembantu penyelidik.. yang ni aku suka .. sebab masa kerja aku sangat flexible.. suka hati nak datang pukul brapa..suka hati nak balik pukul berapa janji task aku siap.. pulak tu aku duduk ngadap laptop dengan duduk dalam lab je.. which is tak perlu nak deal dengan manusia sangat kecuali bahagian kewangan yang sangat lembab nak masukkan gaji.. masa ni kawan-kawan pun best.. tetiap malam ajak Kimi test restoran-restoran baru kat KT tu..

tapi dalam masa kerja tu aku mengusha kerja lain juge.. interview pertama aku adalah catering dietitian BESTA.. sebenarnya aku tak berminat lansung nak jadi catering dietitian.. tapi nak test market punya pasal aku pergi je interview.. Alhamdulillah dapat tapi nak di hantar ke Pasir Gudang.. so aku tolak sebab aku rasa jauh dan tak berbaloi dengan gaji yang diberi tambah dengan cerita hell catering dietitian oleh kawan-kawan..

next kerja aku pegawai penyelidik.. yang ni nama je pegawai..ada hari macam kuli batak..yela  buat research banyak tempat.. tiap kali turun field segala mala file kena bawak dengan machine2 bagai.. so memang lain macam sikit la.. bukan junior cam aku je kena buat..tapi senior2 pun.. sesungguhnya gitu le research gomen.. masa kerja yang ni memang tetiap hari aku duk usha kerja lain.. resume tak yah cite berlambak apply mana-mana.. interview pun tayah cite memang aku paling champion.. tapi ntah kenapa walaupun penat dan stress keep in data aku rasa happy je.. tetiap hari sesak naik lrt pun ok.. tetiap hari marathon kejar ktm pun best.. kerja sabtu pun kadang-kadang best..sebab balik dari kerja cuci mata ke jln TAR, mid valley la.. TS la.. sogo la..macam-macam..tapi yang tak bestnya situ kontrak saje..

2 minggu sebelum kawen aku dapat kerja as dietitian sambilan di Seremban.. masa dapat tu seronok la jugak.. finally dapat la kerja yang setimpal dengan degree aku.. tapi seronoknya sekejap je.. sebab kan aku memang tak minat nak jadi dietitian kan.. so hari-hari ke wad.. hari-hari jaga klinik.. hari-hari ngadap patient.. serius penat amat.. tak rasa happy lansung..

rezeki datang lagi selepas aku dapat kerja yang sekarang ni..dietitian jugak.. masa dapat seronok juga.. masa tu fikir rezeki anak ni sebab baru dapat tau pregnantkan.. masa mula-kerja memang rasa pfffffttt sebab tengah alahan teruk.. sampai satu tahap tak larat sangat sampai bentang sejadah baring kat dalam ofis.. kepala memang ting tong dalam beg sentiasa ada plastik untuk stand by muntah.. kadang-kadang on the way nak pegi tengok patient bleh brenti muntah dulu.. kena attend meeting sampai setengah hari..masa dalam meeting tak tahan sakit kepala mintak izin nak keluar pegi toilet..pastu lepak dalam toilet stengah jam sambil menangis.. patient tak ramai tapi management work yang buat aku pening.. tambah dengan kitchen baru buka.. makanya menjiwai la sekejap perasaan catering dietitian.. memang banyak betul dugaan masa mengandung ni.. hmmm..ape-ape pun bersyukur dah lalui 28 weeks plus plus..

last week bukak wechat setelah berbulan tak buka.. tetiba tertengok status kawan yang terpaksa berhenti kerja sebab jauh dengan husband.. pulak tu tengah pregnant.. kerja pun still status kontrak.. tengok #tag dia tulis nak sambung study la kerja pun susah nak dapat..hmm





I think I just woke up from my deep sleep.. bersyukurlah.. bersyukurlah wahai hati..

Wednesday, October 23, 2013

macam mana nak apply sebagai research assistant (RA)

Salam..
Bismillah..


ok..ade sorang adik ni tanya macam mana nak apply sebagai research assistant (RA)..adik ke?? ermm..aku pun fresh graduate jugak..convo pun belom..ehek..

alkisahnya  begini..aku pun sebenarnya tak arif sangat macam mana nak apply secara official..sebab aku ni ditawarkan oleh sorang lecturer ..masa tu aku masih lagi tengah praktikal kat PPUM..so aku pun apelagas setuju je masa tu sebab memang plan nak sambung study..


sebenarnya macam banyak je cara macam mana nak apply jadi RA ni..mengikut survey-survey yang aku buat kat blog-blog bagai..

yang pertama macam yang aku cakap tu la..try la tanya lecturer kot-kot ade yang ada grant tapi masih tak de RA..so boleh grab opportunity ni..

yang kedua macam ada classmate aku dapat jadi research officer (RO) lagi kat institur kesihatan umum (IKU) kat Bangsar nun..mengikut kata dorang yang ni bos kat tempat praktikal yang bagitahu ada vacancy..so drg apply..ada 3 orang kat sana.. drg ni pun boleh sambung master jugak dengan projek dorang..

aku sebenarnya tak tahu sangat berkaitan dengan course lain..yang aku tahu pasal sains kesihatan je..yang course lain tak pasti macam mana cara dia..tapi aku bagi contoh la macma mana nak apply

1.  korang mungkin boleh email or contact potential lecturer yang korang nak jadikan supervisor master korang tu. then tanya dia ada tak grant yg nak guna RA.so korang boleh guna grant lecturer tu as master projek korang.

2. korang boleh jugak search kat Google  vacancy for RA.. contoh macam bidang dietetik..nanti akan ada iklan dari HUKM ke institut-institut yang nak guna RA macam IKU tu ke..bidang lain serius aku tak tahu..sorry again..lepas tu dorang akan suruh hantar resuma dan panggil untuk interview..so after that korang pun boleh la jadi RA..tapi aku selalu tengok UM buat iklan vacancy for RA..gaji agak lumayan..
btw setakat ni UM dengan UKM jela bayar gaji RA mahal sikit dari universiti lain..


tu jela kot yang aku boleh kongsi kat sini..

macam yang adik ni cakap dia nak pengalaman dulu before amik master..so buat macam tu la..approach potential lecturer yang korang nak buat master tu..tengok expertise dia apa..pilih dari universiti yang korang agak-agak nak sambung tu..sebab if korang bantai je nak jadi RA tapi tak kesah expertise lecturer tersebut..rugi la..sebab korang dah work on that grant..tapi tak boleh nak guna hasilnya..

so kesimpulannya buat la research dulu tentang ke-expertise-san lecturer yang sesuai dengan projek yang korang ni tu..


aku rase macam aku duk ulang-sulang ayat yang sama jek..haha

owhh btw adik..akak ni RA kat UniSZA je..hikhokkkk

sekian.


~thanx for reading..feel free to drop by~

Wednesday, May 29, 2013

tragedi mei

salam..sekarang aku di minggu ke 3 praktikal di ppum ni haa..ape yang aku boleh katakan semakin boleh adapt dengan suasana kat sini..hectic life..

ok itu bukan tujuan aku menulis malam ni..tajuk gaya tragis je kan...sob..sob..hari ni adalah hari tak produktif sangat bagi aku..banyak kejadian berlaku..sedih..sob..sobss..hanya pukul 10 malam baru dapat rasa makan nasi..


pagi tadi ada grand table round peads..alhamdulillah hari ada rezeki duduk atas kerusi..yang sebelum ni memang berdiri jela hampir 2 jam..hari ni consultant xde..so maybe drg cut jela mane-mane yang tak penting..tq pada yang tukan bagi kerusi..dan aku dengan muka tak malu ambik jela..hik3..ada specialist bawak coklat dari Ausie..nampak sodap..yummeyh..tapi puas aku belek kotak die xde pun tanda halal..so aku rasa was2 makan syubhah la kalau aku makan kan..so aku tahan je nafsu gila coklat aku nih..

lepas grand table round HOD bagi kami assigmnt suruh pegi timbang corn starch untuk patient 2 beradik ni..kesian penyakit genetik..dua beradik kena..glycogen storage disease..erm..sihat je nampak budak tu tapi tak siapa yang tahu penyakit dia..aku pun terkejut..actually ni baru first time aku dengar pasal penyakit ni..noob kan..well lain kali la aku cerita pasal penyakit ni..so lepas dah timbang-timbang corn starch..aku pun pegi la ambik diet recall patient..habis ambik diet recall tengok jam dah pukul 1.30 ptg..dah masuk lunch hour..owh..tak smepat nak makan..terpaksa lagi salin case note untuk case discussion..abes2 tulis dengan cari LCD bagai 1.50 ptg..terus turun wad n pegi beli roti and air milo..pastu pegi solat..petang ni akan ke wad geriatric kalu tak makan takot aku je yang tombang..


so sampai bilik student dalam pukul 2.15ptg aku terus melantak milo tu sampai abes setin..terus rase full..tak makan roti pn lagi.. then aku terus msg dietitian yang akan ke geriatrik wad nak ingatlan die..tup2 die call balik cakap hari ni kat geriatric takde case..so die bagi assigmnt..ahh..stress.kalu aku tahu awal aku dah pegi makan nasi da..aku ni dah la dasar tekak Melayu nak nasi jugak..

then aku pun plan nak ciapn kerja yang Miss T bagi tapi nak emel internet pulak tak dapat..then plan pegi ICU nak follow up patient semalam yang aku plan nak buat case presantation then nak pegi wad surgery nak buat KKP.. macam biasa dengan tenangnya masuk ICU pakai white coat dan galas beg khazanah..tetiba bunyi alarm tanpa henti..then ada nurse kat situ cakap alarm bunyi sebab kami pakai white coat..WTH..baru semalam datang takde alarm bagai pun..rupa-rupanya baru letak alarm hari ni..Oiccc...so lepas ni memang tak boleh nak angkut buku banyak-banyak lagi la pegi ICU..then usha-usha  la patient yang aku nak follow up tu..tengok2 katil die kosong...name dah xde kat ICU..rupa-rupanya dah pindah ke wad surgery biasa..ahhh apekah..,

tapi aku bersyukur jugak coz bilah dah ke wad biasa means that patient aku tu dah stable dan boleh continue feeding..sbb smalam she is still TPN..owh  semoga harapan aku cerah nak buat case presentation yang ni..
so bertapak la kau ke 7U..pegi salin case note bagai..then bergerak untuk buat KKP..dapat srg pn jadi la hari ni.. then nak lepas dah siap KKP aku turun lah bawah..tetiba terjumpa dengan srg dietitian ni Miss J..tanye dia nak pegi wad ke..then tnya nak ikot die..so dia bagi je..so bertapak semula ke wad 11 which is medical ward..so dapatla input sikit kan dengan dia cakap dengan carer patient..then tetiba tnaya pasal AKI..dan-dan tu jugak bagi assgmnt pasal AKI..erkkk..

pastue die suruh estimate calorie intake patient tu..masa tu baru sedar calculator xde..tadi amsa ICU ade je..waaaa xtaw tinggal kat mana..then bergegas ke 7U semula..malangnya lift tanak bukak pintu di tinggat 7..waaa cuak di situ dah la srg2..rupa-rupanya lift tu mmg xleh nak bukak pintu di tingkat 7..so naik lift samapi tingkat 6 then terpaksa naik ikut tangga..sob..sob.....

tapi still xjumpa..huhu..then bertapak pula ke tingkat 3 tempat ICU..malangnya lift tu pulak buat hal tanak brenti tinggat 3..apekah ini..terpaksa berhenti sampai tingkat 2 dan naik ikut tangga..tapi malangnya xde jugak..huhu..sedih...macam mana nak kira-kira esok ni..dala calculator handphone xbest nak kira-kira..nak exam nanti adekah kena beli yang baru???..sob..sob..tapi sedih sangat sebab calculator tu dari form 1 lagi..sgt ade sentimental value..ke dah memang sampai ajal die???




~thanx for reading..feel free to drop by~

Saturday, May 25, 2013

Musim orang masuk U

salam..hye everyone..
hoii bajet ramai ja baca blog..haktuihh..

hai-hai.jom masuk U..hik3..aku baru je sedar dah musim bebudak lepas SPM daftar U sekarang ni..itu pun aku pelik bin ajaib apesal la ramai benor bebudak datang kolej keenam ni dengan parents drg..siap tanya aku lagi mana dewan segala..dan aku pun terkulat-kulat sendirian sebab tak taw weh..ini bukan U aku...sroottt..sroottt..

tetiba mengimbas kenangan 5 tahun lepas..cewahh..baru sedar dah berumur rupanya aku ni..ecece..patut la mak salu cakap... mak waktu umur macam aku ni dah ade anak 3 org bila aku buat perangai..hehe..aku bukan apa..kadang-kadang terdatang perangai bebudak nak merajuk kan..sebab ingat muda-muda remaja lagi..hehe..dasar sgt..

so 5 tahun lepas aku dapat 2 tawaran lepas SPM tu kan..1st daapt matrix setahun kat Kolej matrikulasi Kedah kat changlun nun jauh di sana.. second aku dapat asasi sains pertanian UPM..nak pilih nak pegi mana pun dah konflik terlampau kat aku..yela dah la tak bijak kan..kalu orang lain status bajet2 dalam PASUM la..IB la..foudation sana ..foundation sini..aku pulak hanya mampu matrix dengan asasi pertanian je..jom bertani..hoiii!!!

tak glemer lansung tawaran untuk aku..haha..tapi ini pun dah cukup bagi konflik kat aku..so aku kan macam nak g matrix..tapi macam jauh sangat..tambahan lagi antara 3 pilihan matrix aku..satu pun tak mengena..aku mintak matrix pahang, johor dan melaka..sekali dapat kedah..sedih lagi..mula-mula aku nak mintak matrix penang..pastu abah aku cakap jauh sangat..die tak larat nak hantar nanti..so aku mintak la yang 3 tu..hooii tak dapat!!

so aku pun macam buat keputusan tragis nak pegi UPM jela asasi sains pertanian..bajet2 nanti nak kerja felda la macam abah..bonus banyak woooo...abah kate kalu ade degree dalam pertanian cepat naik pangkat..aku pun ape lagi ..duit..duit.duit...dasar sangat..

so dah nekad la kan nak g UPM tuh..skali abah tak bagi..die cakap perempuan tak sesuai masuk ladang..padahal aku tahu tujuaan asal die nak aku pegi matrix ..struggle giler2 dan ambik medic..so sedih lagi kat situ..aku sedar hakikatnya aku memang tak minat biology tak aku memang sedar aku tak layak nak ambik medic..sedih lagi

so aku pun tekad pegi matrix..so otw g matrix tu lalu la kan dekat matrix penang..tetiba menangis sebab aritu nak mintak matrix penang..tapi abah tak bagu..hoi..sedih lagi..

aku kuatkan hati jugak time tu..so as aaku mention aku tak suka biology kan..aku memang nak ambik sains fizikal kt matrix tuh..nak jadi engineer kenkonon..tapi abah kan nak suh aku ambik sains hayat..so aku sedih lagi..tapi aku terfikir takpelah abah dah banyak berkorban untuk aku..why not aku gembirakan ahti dia..dan aku pasti mesti ada hikmah..maka aku pun ambik la sains hayat..kawan pertama aku jumpa kat sana..shida n fairul..kemana sahaja bertiga..tapi dalam beberapa minggu fairul dapat tawaran buat tesl..aku sedih..dah la 3 org 4 orang je budak sekolah aku dat kedah..aku..adilah..haris dan arina..tp arina pegi UIA..so nmpak tak aku rase lonely gile..macam insan terbuang..kadang-kadang aku rase adekah matrix kedah untuk org-org nakal..sebab aku dan adilah nakal dlu kat sekolah..hak3..gilos..nasib baik shida xdapat maktab..tetiba doa gitu..haha..kejam..tapi rezeki shida tetap jadi cikgu akhirnya..

tapi aku dah kecewakan abah..dengan result matrix yang tak seberapa aku tak layak ambik medic..sob..sobsss...tapi aku nak bawak balik menantu budak medic..haha...bengom..ok sekian saje cerita lepas SPM aku..nanti nak cite pasal UniSZA plak la..kan dah final sem..so jom taching-taching.. =P



insan-insan yang menceriakan hari-hari aku di KMK



rumate yang sgt sporting


classmate sem 1 dan sem 2


sem 1






inilah hari pertama di KMK..insan-insan terawal yg aku jumpa..

bestie

bestie





ahhhh..tetiba rindu semua!!!

sekian..korang kawen jgn lupa jemput aku..walaupun tak taw aku bleh pg ke tak..hehe..

sekian..






~thanx for reading..feel free to drop by~

Saturday, May 18, 2013

Special Unit : Minggu Pertama di PPUM/UMMC

salam..
hai semua semoga sihat2 selalu..aku??
macam biasa la..fizikal sihat..mental je tak berapa nak stabil..hikhokk..hikhokk..


ok. aku dah berjaya menghabiskan 5 hari praktikal unit khas aku untuk semester akhir ni di PPUM atau nama omputihnye UMMC..so..perasaan aku??

erm..gerun..gentar..tercabar..segala macam ada..aku rasa macam aku paling tak bijak sekali kat sini..sebab macam banyak sangat benda yang aku tak tahu..rasa macam 3 tahun lebih kelas-kelas dan praktikal sebelum ni amatlah tidak membantu..ke aku je yang macam ni??

cara kat sini totally different dengan tempat-tempat yang aku dah praktikal sebelum ni..semua berbeza..sistem of coz la kan..kat sini panggil case note..kat hospital kemaman panggil bht..kat HSNZ panggil HIS.. hakikatnya benda yang sama je..tetap nota tempat tulis-tulis pasal pesakit..agak keliru kat sini..banyak benda yang sgt lain..cara pengurusan pun lain..of coz tempat berbeza cara pun berbeza..tapi takpe banyak pengalaman yang boleh aku kutip ..* tetiba termotivasi..hik3..

tapi minggu pertama ni memang tak banyak naik wad..sebab dietitian macam busy sangat kat sini..ada yang pegi kursus dan ada yang ada klinik..so masa-masa lapang tu la aku utilize dengan study balik segala mak nenek yang aku tak tahu..* tetiba jadi rajin..hik3..

eventhough aku datang sini untuk praktikal for special unit..tapi jadual kami kena jugak pegi buat kaunseling dekat wad2 biasa..tapi mengikut pengalaman aku la kan..kes2 kat wad biasa kat sini sangat berbeza dengan kes-kes wad biasa kat HSNZ dan hospital kemaman..sebabnya macam teruk-teruk jugak patient wad biasa kat sini..so sape-sape yang memang niat nak berlajar meh la intern di sini..

so last week dalam jadual aku tu ada la yang kena pegi ICU kan..which memang specialize untuk praktikal kali ni..so aku pun dengan semangat message la kan kat dietitian yang terlibat..oh lupa nak bagitau..kat sini setiap hari memang dietitian berbeza..so memang setiap sesi kena contact dorang tuk tanya nak jumpa macam mana..so aku pun msg la kan..then dietitian tu call..die cakap die busy dan suruh kami ke wad dlu clerk patient..since this is the first time kami praktikal kat ICU..so aku tak tau nak buat macam mana..takot terganggu nurse2 kat situ..specialist pun tengah buat wad round time tu..so pergi masuk bilik patient takot tak boleh masuk..nak tengok case note pun berhati-hati..yela..ICU kot..most of the patient memang drg put on sedation..so memang tak berani masuk dekat-dekat dengan patient..dengan wayar-wayar yang banyak..mesin-mesin bagai..sile imagine sendiri..

so aku pun ambik la satu case untuk clerk..just take all the importan information kat case note..dan patient di ICU ni memang setiap orang ade chart yang banyak gile item..sampai aku rasekan semuanya adalah penting..macam nak salin semua note..hehe..luckily katil-katil kat ICU canggih manggih ada penimbang sendiri..so aku pun dengan bijaknya ambik jela berat kat situ..malangnya tinggi patient takde pulak..so aku ognore jela dlu kan..separuh jalan clerk case note.. rombongan specialist pun sampai kat patient aku tu..so aku pun beri la laluan kat drg dulu..

so nampak tak kat situ aku dah terpaksa membuang masa..

dan tengah aku nak g start clerk semua..tiba-tiba dietitian pun sampai..tetiba kena marah sebab tak habis clerk patient dalam masa sejam..sob..sob..kena soal macam-macam..tindakan bijak aku yang ambik berat yang kat penimbang katil tu rupa-rupanay tak bijak..sebab dietitian nak yang aku estimate g ukur-ukur segala tu..aku cakap la aku tak berani nak masuk sentuh patient..muka dietitian amatlah ketat..aku i dah seram sejuk je..rasa macam jap lagi aku pulak tempah bilik sebelah patient tu tadi..sroottt..sroottt..

dan akhirnya last-last tu dietitian cool sebab baru dia tahu ini first time untuk kami..dan akhirnya dia bagi kata-kata semangat..lega sikit hati..


seriously rasa macam tahap pendidikan aku tentang diet ni sekecil pasit di pantai je..cewahh..
dan aku mengharapkan tahap kerajinan aku berganda sejam demi sejam..aku tanak orang pandang rendah pada universiti kesayangan kami ni..


hoiii.hoii..sudah!..study sekarang...

kalau lecturer aku ke or dietitian sini ke..sedara dietitian ke baca post ni..buat-buat tak kenal aku jela eh.. *tetiba bajet macam ramai je baca blog aku..kih3..






psss..UMMC terlamapau complicated bangunan die bagi orng ulu macam aku..so hari jumaat baru jumpa the shortest way..hip..hip..horreyyy..


sekian..





~thanx for reading..feel free to drop by~

Sunday, April 7, 2013

selesai bab ke 2

salam..
alhamdulillah..finally hari ni settle semua berkaitan opd..
officially dah tamah dah latihan dietetik 3..now holiday..bleh hilangkan stress walaupun hanya seminggu..
berdebar-debar pule nk tunggu next subjek special unit..haihh kena banyak study nih..dah lama dah tinggal segala formula..

actually khamis minggu lepas lagi sepatutnye boleh hip..hip..horeyy.. pasal dah tamah opd..tapi hari ni baru selesai hantar semua log book, reflective journal n assgmnt..makanya hari ni baru merdeka..

tetiba rase sedih nak tinggal kan kk hiliran tu..sobss..sobsss..tade makan free lagi..muahaha

terima kasih pada semua yang ade  kat kk hiliran tu..anda semua awesome..baik sgt..
especially dietitian pn.shaheeda dan kak siti..

banyak belajar kat situ actually..lain dr yang lain..bukan sekadar belajar nak bagi diet consultation..tapi banyak belajar management..satu pengalaman yang menarik..

gonna miss kk hiliran dan kk lain2 juge...sobs..sobss...





*gelabah je jiwa bila terbayang bakal berguru dengan mama K pule..kih3..
~thanx for reading..feel free to drop by~

Thursday, March 28, 2013

minggu ke 3

salam..
hari ni genap 3 minggu aku jadi dietitian kat kk hiliran ni..eyh..bukan dietitian tapi student intern saje..
bese la dietitian cuti 2 hari maka aku pun mula la nak feeling-feeling dietitian sebenar..padahal tak cukup tangan nak menyalin log book..baru sentap feeling student smule..

3 minggu

rase sekejap giler..sebabnye..tiap2 hari memang klinik tak pernah lengang dengan patient..almost everyday aku kena bagi talk untuk group counselling..aku pun macam feeling-feeling penceramah gitu..verangann!!

bukan nak bangga diri..setekat nak bagi talk pasal DM, GDM, HPT, HPL sile la panggil aku je bagi talk..gile vangga..haha
seriously terlalu ramai patient sampai terpaksa ade 2, 3sesi untuk ceramah-ceramah sehari gitu..patient pulak ikot ske hati drg je nak dtg pukul brapa even dah bgtaw siap-siap suh datang pukul 9..bila dah datang ikot suke hati gini le jadinye..keikhlasan bekerja pun melayang..just fikir nak abeskan sesi pagi dengan pantas seperti bullet train saje..

ape yang seronok kat kk ni adelah bile dietitian superb best..staff nurse peramah..staff lain juge begitu..doktor-doktor pun best peramah dan tak sombong..cume ade seorang yang mulut taraf longkang..bese la dalam setandan kelapa mesti ade yang buruk..hehe..
tapi aku abaikan saje makhluk itu..ahhh ade aku kesah..

bila kerja kat kk ni ..dietitian terpaksa cover banyak kk lain lagi..so every monday mmg kami2 akan bermusafir ke klinik lain la..seronok juge..pegi banyak tempat..banyak ragamnye..banyak pengalaman..

makanya tinggal lagi seminggu nak bertapa di kk ni sebelum berangkat ke HSNZ untuk special unit..hohoi tak sabar nak grad..cite pasal grad ni sbenarnye buat aku pening lagi sekali..tak taw nak sambung ke nak keje..



~thanx for reading..feel free to drop by~

Friday, March 15, 2013

bukan sekadar memberi khidmat nasihat

salam...
selamat pagi jumaat..

boring di pagi hari..niat dihati nak balik minggu ni ..tapi dah tersetuju nak pegi program dumex dekat hotel grand continental nu haa plak..menyesal pun ade haihhh..takpe la demi makanan sedap-sedap..pejam mata bayangkan berada di rumah jela..


ok hari ni nak cerita pasal salah 1 tugas dietitian ..org selalu fikir tak penting untuk dapatkan khidmat nasihat dari dietitian kennn...ye la sape nak pegi setengah jam untuk dengar dietitian membebel kenn.. lepas tu terpaksa tinggalkan habit lame untuk ikot semua nasihat dietitian kenn..


tapi sebenarnya dietitian pun malas nak cakap lame2 hewhew..jujur aku cakap..sepanjang aku praktikal ni kan..kalaulah ade patient yang macam buat muke buat-buat ikhlas je..mmg aku malas nk ckp banyak2..kite punyalah beria nak tolong die..end up "abes dah??"
eyh..eyh..membazir air liur taw..


tapi kan.. sejak berada di komuniti ni a.k.a klinik kesihatan..tersenyum sekejap jiwa aku..sebabnye macam gaya ala-ala cikgu pulak rase..ceramah untuk group counselling..guna-guna white board untuk ajar exchange.. hik3..kena sangatlah dengan jiwa aku yang nak jadi cikgu ni..

pulak tu kalau makcik-makcik tu banyak tanye..lagi la seronok nak cerita..pendek kata lagi syiookkk jadi dietitian di klinik kesihatan dari di OPD hospital..pada aku lah kenn..


memanglah kat klinik kesihatan ni memang kes DM lah memanjang..kalau FTT tu segan silu jela ade..dekat hospital of coz la kes hebak-hebak mung..

tapiii..kau kena ingat jah..bak kate seorang leturer tu "kalau dapat kes gempaq pun tapi management hancur baik tak payah.."  haha..setuju..


kalau dulu masa praktikal in patient aku berebut-rebut nak case rhyle tube bukan sebab aku nak tunjuk hebaknye lah aku pilih enteral formula..tapi sebenarnya aku memang tersedia malas nak bercakap dengan patient kalu kena bagi counselling..ape tak nye rhyles tube just ukur-ukur patient..kira-kira..indent enteral formula then blah...esok datang cek BHT je untuk tengok tolerance..tengok patient BO or PU ke tak..tengok IO chart..tapi kalu patient counselling of coz kena soal siasat lagi..

pertama kenapa aku tak suke counselling di ward ni sebab selalunya nk tengok BHT terpaksa mengalah dengan doctor..dietitian mmg baik hati..tengah clerk patient pun ..tengah salin-salin untuk BHT pun..kalu doctor mintak BHT ktrg akan bagi pada drg dlu..so dah terganggu dah kat situ..


kedua keadaan ward tu sendiri buat aku tak selesa..dengan keadaan sempitlah bagai..so nak cakap kuat2 pun sambil jeling-jeling dekat patient katil sebelah yang tengah tidur..takutnye lah mengganggu patient katil sebelah dengan kelantangan suara aku...hik3..


tapi di klinik kesihatan memang ade bilik khas untuk dietitian ..so apelagas..mau bergegar bilik aku bercakap.. herkkkherkkk...

so tetiba terjatuh cinta untuk jadi community dietitian..hik3..

ok bai..
sekian.




~thanx for reading..feel free to drop by~

Thursday, March 14, 2013

minggu pertama OPD klinik kesihatan

salam..hambik tajuk panjang-panjang..
patutnya tulis mcm ni


 "Pengalaman kali kedua praktikal out-patient department di klinik kesihatan di kuala terengganu"


herkkk..herrrkk....tarik nafas panjang- panjang....


ok..tahniah untuk diri sendiri kerana berjaya menghabiskan 1 minggu di klilik kesihatan H * H for what sile rujuk ke post-post yang lepas..maknanya tinggal lagi 3 minggu..

seriously untuk praktikal kali ni aku terasa tercabar dan begitu mencabar..tapi bukan dari segi clinical practice tapi dari segi kehidupan berdikari ..di ulangi " BERDIKARI"..

first time terasa segala kesusahan dengan kenderaan tak di sediakan..dan macam-macam lagi..semua ni buat aku menangis teresak-esak..org cengeng macam aku mmg camnih! sroottt...srootttt...* tarik hingus yang masih berbaki.


first day aku masih selamat pergi dan pulang.. balik toksah cakap la..mmg jammed yang teramat..terpaksa balik pukul 6.30 ptg ..

kenapa ia terjadi??

pada asalnya aku nego dengan pakcik prebet..tapi malangnye segalanya tak seperti yang dirancang..akhirnya aku yang cengeng ni menangis kat mak..hik3..pada asalnya tanak nanges..tapi tetibe jadi sebak plak..dan sebagai penyelesaiaannya abah dengan berat hati benarkan aku bawak motor..makanya aku merempit jela sekarang nih..

kenape aku kesah sangat pasal kenderaan ni kan..??

sebabnya 2 nd tu aku konon nak balik naik bas jelakan sebab pakcik prebet tu cakap tak bleh ambik awl..so aku pn call la pakcik tersebut:

aku : salam..pakcik..takpe la tak payah ambik sy la ptg ni..sy naik bas je

pak cik kereta putih : owh bagus jugak tu sebab pakcik mmg tak sempat nak ambik awk..hari-hari naik bas pun takpe

erk

aku : air mata pertama menitis

tetiba datang 2 org perempuan tunggu bas jugak
aku pn cuba control macho tahan nanges

tunggu sampai pukul 5.45petang.
2 perempuan tersebut dah naik bas lain

aku masih menanti..
air mata kedua menitis

tunggu lagi
tengok jam dah pukul 6.20 ptg
tetiba hingus meleleh
dengan langkah longlai ke tempat teksi

akhirnya naik teksi dengan harga RM 15 dari Mydin ke Maidam..sangat mencekik ye pakcik!!!!

thats it
balik terus call mak...apelagas air mata terus membasahi bumi.


keputusannya 3 hari dah aku merempit best jugak rupe-rupenye..hehe
tunggu jela mnggu depan kot2 ade yang bermurah hati bagi kereta sebijik ke.


sekian.



~thanx for reading..feel free to drop by~

Tuesday, February 19, 2013

dunia dietetik 2

salam..

ok ini post bersiri..ala-ala pembunuhan bersiri gitu..

kali ni nak stori pasal subject yang wajib belajar semasa di universiti ni before bergelar graduan dietetik.. tapi rasa-rasanya setiap universiti schedule subject ni berbeza..depends pada u tersebut..tapi secara kasarnye ni la subjectnye2..ok ni yg akak belajar dulu la.. rasenye junior sekarang dah berbeza ikot sem..tapi subjet tetap sama.

semester 1
anatomi & fisiologi
asas sains makanan dan pemakanan
microbiology asas
biokimia asas


semester 2
patologi asas
kesihatan masyarakat & epidemiology
prinsip pemakanan dan metaboilisme
sosiologi makanan


semester 3
biokimia metabolisma
mikrobiologi makanan
pemakanan dan kitaran hidup
penilaian status pemakanan
seminar pemakanan dan dietetik


semester 4
pemakanan da kesihatan
asas genetik
biokimia klinikal
analisis makanan
anatomi dan fisiologi 2
medical nutrition therapy 1
pendidikan dan promosi pemakanan pesakit
halal haram dalam pemakanan


semester 5
farmakologi
imunology
psikologi perkembangan
prinsip penyediaan makanan
biostatistik
medical nutrition therapy 2
metodologi penyelidikan


semester 6
pengurusan perkhidmatan makanan
pemakanan lanjutan (advanced nutrition)
medical nutrition therapy 3
penyediaan diet terapeutik
pemakanan komuniti dan latihan * praktikal


semester 7
projek penyelidikan tahun akhir
catering placement *praktikal
dietetic training 1 (out-patient) *praktikal
dietetic training 2 (in-patient) * praktikal


semester 8
dietetic training 3 (out-patient) * praktikal
dietetic training 4 (in-patient) *praktikal
dietetic training 5 (special unit) *praktikal



makanya cukuplah 8 semester bersamaan 4 tahun..ni tajuk je dlm bahasa melayu..belajar semua english taw..


~thanx for reading..feel free to drop by~

Monday, February 18, 2013

dunia dietetik 1

salam..
hye semua...
ok post kali nih ala-ala formal taik-taik ayam gitu..btw thanx pada sorang adik nih sbb sudi baca blog syok sendiri akak ni...hik3..

ok adik ni berminat kat kos dietetik nih.. so sebagai seorang kakak yang prihatin yang tak berapa nak baik sgt ni nak bawak..adik ni dan semua adik-adik yang berminat dengak course dietetik menyelam dalam lautan pasifik..eh!!

dalam lautan dietetik..

ok mula-mula jom kite kenal ape dietetik atau dietitian to be ni.. tukang tolak troli makanan pesakit kat hospital ke??? ehh melampau betul kau..

so bawah ni adelah skop2 tugas pegawai dietetik..ni akak mintak kat web site spa nk tampal kat sini *kenkonon.. kat web site ni siap ade takat gaji lagi taw...



$_______$

cissss dasar mata duitan kau zetty



Deskripsi Tugas:
a. Perkhidmatan Dietetik Klinikal
  • Melaksanakan langkah-langkah dalam nutrition care process seperti nutritional prescription, nutrition monitoring and evaluation bagi setiap pesakit dalam atau pesakit luar yang dirujuk oleh doktor untuk mencapai tahap kesihatan yang optima.
b. Perkhidmatan Dietetik Komuniti
  • Menyumbang kepada program/aktiviti dalam perkhidmatan promosi kesihatan dan pencegahan penyakit kepada hospital, klinik-klinik kesihatan, organisasi dan media massa.
c. Penyediaan Perkhidmatan Makanan
  • Menyelia operasi penyediaan makanan untuk memastikan diet normal, diet teraputik atau tube feeding yang disediakan untuk pesakit adalah betul, mengikut preskripsi dan menepati tahap kualiti perawatan.
d. Latihan
  • Memberi latihan mengenai penyediaan diet-diet kepada Tukang Masak, Penyelia Asrama dan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan.
e. Memberi perkhidmatan pemakanan/diet di hospital-hospital dan klinik-klinik kesihatan.



ok gitu alkisahnye pekerjaan sebagai seorang pegawai dietetik di sektor gomen ni..
so sekarang meh kita listkan universiti mana plak yang menawarkan kos dietetik ni


1- UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN *jangan tanya kat mane..sile gugle sendirik

2- UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

3- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

4- UNIVERITI PUTRA MALAYSIA

5- UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA


so tepuk dada bandingkan dengan result nak pilih mane...



~thanx for reading..feel free to drop by~

Tuesday, January 29, 2013

first batch dietetic

I miss the time we are all together
fisrt raya yg kitorang celebrate togehter.. ciap ambik gambar untuk buat card jemputan untuk lecturer.. tapi tak  pasti la terbuat ke tak..hehe


dalam kelas.. waktu ni we all still gina MKK 2 since masa ni takde lagi bilik kuliah diet.. so merempat jela kan..


gambar yang keat ats ni masa kena kuarantin tunggu turn untuk exam microb..apelagas bergigam  dulu le..


time ni schedule padat dengan segala lab..



ini masa dinner FASKES kali kedua sepanjang we all kat UniSZA..gambar dinner yang pertama tak de  hilang dan mmg tak bergamab sangat pun since mase tu one of the person in charge so tersangat la busy.. but then hepi kot bila apa yg dirangcang berjaya..and riak sikit2 bila most of my friend cakap anta 3 dinner yg we all attend the first dinner yang aku one of the person in charge adalah yg paling best..hehe




ini mase tunggu bas..time ambik koko






ni masa stay kat KGB masa sem satu...last day di kampus KUSZA( masa tu still panggil KUSZA)
merayau2 cari kotak..






dan ini sesi lawatan ke kilang sos untuk subject food analysis

yg ni gaya pe ntah masa lawatan ke td poultry untuk subject halal dan haram..sembelih.. sembelih..


ok ini membuang masa menanti giliran ke kilang sos.. jauh nau menunggu sampai ke TER


inilah pelakon-pelakon terhebat dietetic..tehehe..

ahhhh... rindu..







and 







I miss him badly too






Friday, November 30, 2012

pioneer

salam..
hari ni rase nak meluahkan sedikit yg terbuku di hati..aku selalu ditakdirkan menjadi pioneer sesebuah keadaan... bukanlah selalu pun actually..ade la 2 kali je pun..first masa sekolah dulu.. batch aku menjadi first batch.. menjadi insan-insan first batch bukanlah segah namanya.. actually tersangat banyak yang kami lalui untuk mencapai ke tahap ini.. pelbagai kekurangan yang ada.. kalau nak cerita kat sini 10 hari belum tentu abes sebab aku malas nak taip..muahaha..

ok sekarang ni bukan nak cerita pasal masa aku first batch kat sekolah dulu..tapi nak cerita pasal aku jadi first batch course dietetic di sebuah universiti tu kan..macam yang aku mention tadi terlalu banyak kekurangan..hey ko jgn nak banding u ko yang setahun jagung dengan u orang lain yang dah tu kerepot ituh!.. *akur sambil tunduk kepala ke bawah..

ok kami masuk dengan segala kekurang tak kira dari segi apapun..maybe result result matrix kami dulu kurang jugak kot.. hehe..so lecturer kurang.. asrama cenonet kecik benor  tak boleh nak buat lingkungan mak kiah bersembang..macam- macam kami lalui.. dengan lecturer yang silih berganti sebab pegi sambung study..makanya timbullah lecturer baru.. terpaksa menumpang lab course lain.. terpaksa berulang- alik dari main kampus ke kampus kota.. terpaksa yang mcm-mcm lagi terpaksa.. so pada adik-adik yang baru masuk tu meh nak piat mulut tu yang bnayak sangat complain..haih!

ok actually nak cakap pasal practical aku sekarang ni.. memandangkan banyakkkkk sangat CI yang ada...makanya kami.. eh aku jela kot terasa sangatttttttt banyakkkkkkk ilmu yg dapat.. kat sini mungkin aku boleh bagi hypothesis semakin ramai guru semakin banyak ilmu yang dapat!

malangnya semakin banyak cikgu semakin banyak mazhab..makanya semakin confuse la kami..especially aku..so untuk tidak mengecewakan cikgu-cikgu ni..kami absorb je semua ilmu yg diberi..tapi kami dah semakin bijak menggunakan.. maksud yg bijak kat sini tu ialah..contoh

bila turn cikgu 1, makanya kami guna mazhab 1
bile turn cikgu 2, makanya kami guna mazhab 2

mcm tu la seterusnya..mungkin kalau ada 10 cikgu.. 10 mazhab kami buat.. =P


itu tak kesah lagi.sebab mmg ade CI ckp setiap dietitian mmg akan ada thought mereka sendiri.. sebab benda-benda bukan lah nak kata kena ikot teori dalam buku teks je..memang basic semua sama je..tapi it is depends on current situation..so its ok.banyak ilmu yang dapat..

tapi yang paling tak best kenapa kami dicampak ke tempat yang jauh..dan setiap hari terpaksa balik lewat..yang menyebabkan semua org stress.. kami as student.. CI .. driver bas.. sebab dah banyak kali kami ni dirungut lewat even bukanlah kehendak kami..sape je yg nak stay di hospital tu ptg2 dikala org dah beriadah..bila tiba time2 mcm ni aku mulalah nk mengutuk org yang buat keputusan mcm ni..hehe..

hopefully for next generation yang nak pegi praktikal hope this person in charge fikir molek2 deh..jgn fikir short term sgt.. fikir long term sket.. kalau letak kami dekat2 dengan hospital tu mungkin bnyak benda yang tak menstresskan kami dan juga CI yg bertugas..and seriously aku mmg tak faham lagi intention org tersebut..but then aku bersyukur le segala kesusahan menyebabkan aku jadi kuat dan berhati beku cenggini.. =P

ok habis melalut.. just mind sharing.. for junior.. pastikan before masuk attachment segala ilmu mesti di kepala.. sebab tak muat tangan nak hangkut smeua teks book pegi ward.. and kita ni sangat menarik sebab org selalu perhatikan kita.. asyik nak cari salah kita..padahal kalau nak dibandingkan dengan student u lain mmg takde beza pn..malahan aku rasa kita-kita lagi bagus dari drg.. tapi bila hati dah busuk mmg org xkn nampak kepandaian kita..chill...

# setiap kesusahan yang dilalui pasti ada kesenangan yang menanti


~thanx for reading..feel free to drop by~