word power

“Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.”
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

lets follow each other

Showing posts with label anakabiummi. Show all posts
Showing posts with label anakabiummi. Show all posts

Friday, June 8, 2018

Aydin Eusuff

 Assalamualaikum,

hai.. hai.. =P

Lama do'oh tak update blog, maklum la mak anak dua. haha. last update aydin 37 weeks in my tummy, now dah nak masuk 7 bulan. So, demi untuk kenangan aydin , jadi hari ni ummi nak story pasal kelahiran aydin.

so nama diberi

AYDIN EUSUFF BIN AHMAD AZRI BAHARI

kenapa Aydin Eusuff?

macam biasa bab nama ni abi serahkan pada ummi, biasalah ummi kan kreatif. haha. so cari-punya cari ummi berkenan AYDIN. maksudnya pun best iaitu

"Brilliant, Enlightened, Intelligent, Light of the moon,"

EUSUFF pulak ambik sempena nama nabi Yusuf, tapi ummi tukar ejaan dia bagi hipster sikit. Maklumla anak wawasan 2020 gittew.


 Aydin lahir 13 November 2017, 17 hari awal dari due date. Alhamdulillah kelahiran Aydin sangat-sangat mudah, sampai tak sempat nak balik ganu. Maka Aydin jadi orang nogori. Aydin lahir di KPJ Seremban tempat ummi kerja.

kisahnya beberapa hari sebelum Aydin lahir ummi asyik rasa perut mengeras, kadang sakit, kadang tak, tapi sakit yang tolerable. memang tak expect Aydin nak keluar cepat. Ummi ignore je perut mengeras tu sebab ummi ada GBS so normal early contraction mengeras tu dari 14 weeks lagi.

sepatutnya next check up ummi 14 november (selasa), tapi isnin tu rasa tak sedap hati, perut kerap mengeras, so ummi decide terus je nak pegi jumpa dr isnin tu. masa check dr cakap air ketuban sikit, so baby boleh jadi stress, bila stress dia boleh berak, lagi bahaya. ummi takut kena caesar. so dr nak buat ve, ummi setuju. check punya check dah 4cm. tanjat kejap.

masa tu dalam kepala tengah fikir macam mana nak balik ganu. tapi Dr tak bagi dah, haha. dia suruh masuk wad pukul 2 pm. adehh. sadisnya bag baby semua tinggal kat rumah. so lepas keluar dari bilik dr terus call abi suruh balik, call mak inform the balik rumah mandi wangi-wangi, kemas barang masuk wad. semua ummi buat sendiri sebab abi tak sampai lagi, macam kelakar sebab tak sakit pun lagi. serah diri betul ni.

sampai wad terus kena ke labour room, nurse suruh tukar baju, pasang drip untuk induce bagi cepat. abi sampai dalam pukul 3 lebih kot tak silap. masa ni ummi serabut fikir macam mana dengan kakak amra. ummi wasap tecer dia bagitahu ambik lambat, tapi ummi kesian dia. so ummi decide takpe la ummi bersalin sorang pun, ummi suruh abi balik ambik amra pastu bawak pegi hospital. masa ni tuk dengan mak belum sampai sebab flight delay. dorang sampai pukul 10 lebih kat hospital.

masa dekat lr, murse pelik jugak tengok ummi tak sakit pun, contraction dah regular. pukul 6 petang dr datang pecahkan ketuban. alhamdulillah baby tak berak lagi. lepas pecah ketuban tahap sakit makin tak tahan dah, rasa nak teran je. mintak nurse buat ve dah 8 cm dia cakap. ummi asyik ulang nak teran je. nurse tak bagi dia suruh tunggu dr . tapi ummi teran gak senyap2. haha.

masa dr sampai ummi dah start teran dah, alhamdulillah 2 kali teran baby pun keluar. keluar-keluar je terus kencing. haha. alhamdulillah jugak baby keluar je dr terus azan. tak kena gunting. just 1st degree tear.

 pagi esoknya dah boleh balik, alhamdullah so kita terus balik ganu.
ok la sampai sini dulu uumi tulis, penat la pulak. haha.

next time ummi sambung.. (entah bila)

ni la dak aydin tu masa 3 bulan kot tak silap

ni latest dak aydin 6 bulan, pandai membaca dah uolss..haha



wsalam
xoxo~
ummi.

Saturday, April 16, 2016

Surat cinta buat Amra Surfina : pengalaman bersalin

* post lama yang terperam dalam draft..


Salam..

Hi Amra..

Today umur Amra 104 hari, so today ummi nak cerita pengalaman ummi lahirkan Amra untuk kenangan kita bersama, abi, ummi dan Amra dan adik-adik Amra akan datang inshaAllah..

Actually estimated due date ummi 4 Januari 2016, tapi dengan izin Allah Amra nak keluar 14 hari awal, masa tu ummi 37 minggu 4 hari. ok lets get to our story

 10 Desember tu ummi ada blood show, masa tu sikit gelabah sebab takut terberanak dekat Seremban ni, ummi niat nak bersalin kat kampung. So terus call  Dr yang check up ummi, dia cakap itu perkara biasa selalunya around seminggu atau 2 minggu masih ada yang tak bersalin lagi walau ada blood show. Ummi cuba bertenang, tapi blood show masih berterusan. Next Isnin malam tu abi dan ummi decide untuk pergi ke hospital malam tu, Dr buat VE cuma 1 cm saje. sikit kecewa sebab ummi tak sabar nak jumpa Amra dah..haha

Esoknya ummi apply unpaid leave sebab nak balik kampung awal, tapi kena reject pulak, sebab dorang cakap anak first selalunya overdue. Tapi ummi rasa ummi akan bersalin cepat, so ummi mintak surat Dr untuk benarkan Ummi cuti awal, tapi dalam hati ummi ade jugak rasa risau kot overdue sia-sia pulak cutinya.. so 16 December tu abi start cuti juga nak hantar ummi balik kampung..maka pulanglah kami Rabu tu jugak..

Masa kat kampung tu ummi rilex2 je..takde tanda-tanda nak bersalin pun, so kami decided balik kampung abi pulak.. sebab if ummi tak bersalin lagi abi akan balik kerja dulu..if ummi bersalin awal abi akan sambung cuti sampai krismas..

so masa ni ummi saje-saje search macam mana nak bagi mudah bersalin, majoriti tips yang ummi baca semua cakap suruh banyak jalan, so hari sabtu pagi 19/12 tu ummi ajak abi jalan-jalan kat pantai batu buruk lepas hantar kereta untuk servis..boleh tahan jugak lelah berjalan sepanjang pantai dengan panas matahari pagi.. lepas dah habis pusing pantai tu sambung pusing paya bunga square pulak..balik terbongkang tidur =P

malam tu kitorang keluar makan kat kampung cina.. sambil tunggu order tu tetiba ummi rasa pergerakan baby sangat kuat tetiba rasa macam 'pop'.. lepas tu ummi rasa ada air meleleh keluar..ummi dah agak ni mesti ketuban pecah sebab ada baca few kisah yang macam ni.. so malam tu lepas makan balik tukar baju terus ke hospital.. rupanya nak lahir kat hospital besar anak ummi ni..hehe

di hopital Dr cek bukaan baru 2 cm.. sikit kecewa time tu.. tapi dah agak mesti bersalin within 24hours jugak ni sebab ketuban dah pecah.. so Dr decided ummi kena kem labour room terus sebab membrane dah missing, so baby akan senang kena infection.. tapi malangnya labour room penuh.. so kena masuk wad jugak dlu.. 

start pukul 11 malam ummi dah rasa sakit, tapi masa tu boleh tahan lagi.. ummi try bertahan sampai subuh.. so pagi tu pukul 6 baru ummi di hantar ke labour room, tapi sepatutnya dari semalam lagi ummi patot bagitahu nurse since dah takde membrane tapi ummi tak tahu..my bad..


5 jam ummi di labour room, bertarung dengan rasa sakit ditemani abi, time ni ummi bersyukur juga bersalin kat situ sebab abi boleh teman dari awal sampai habis.. masa ni ummi rasa menyesal jugak sebab tak bleh nak kawal emosi.. terlalu fikirkan sakit, abis semua lupa surah-surah dan doa-doa yang ummi hafal nak baca..bila Dr offer pethidine terus ummi setuju..tapi seriously tak membantu, time contraction still rasa sakit teramat.. masa ni terfikir mati je.. sempat mintak maaf kat abi..kih3..

kesan dari pethidine dan entonox gas ummi tak sedar bila nak kena teran.. in the middle of nak kena teran tu bila takde contraction ummi boleh tertidur semula.. sampai nurse panggil suruh bangun.. Alhamdulillah finally ummi berjaya jugak keluarkan amra.. amra keluar bersama segala rasa sakit.. lepas tu terus takda rasa sakit dah.. sampai ummi lupa dah macam mana rasa sakit tu.. the rest is history..hehe

 tengok ni dah besar dah baby ummi..






rasa rindu pulak nak pregnant lagi.. hehehe..




Abi n Ummi sayang Amra..

love~
Ummi







Tuesday, March 8, 2016

Amra Surfina


 Salam

Alhamdulillah all prises to Allah bagi aku peluang untuk jadi seorang ibu.. finally selamat lahirkan seorang puteri pada 20 December 2015 which is awal 2 minggu dari due date..
dah 2 bulan baru sempat nak update

 abi dan ummi sepakat namakan our first baby as

AMRA SURFINA 

Amra bint Abdur-Rahman was amongst the greatest of the female Successors, of the second generation, the generation that came after that of the companions of the Prophet Muhammad SAW. She was a jurist, a mufti, and a Hadith specialist.


Amra was a student under Aisha bint Abu Bakr, the Prophet’s wife and an influential trasmitter of ahadith transmitter. Aisha opinion carried more weight than many other authorities so that there are records of her revering decisions by other judges. In fact Aisha was regarded as the prime authority on legal concerns including that of agriculture.   
Amra was actually the grand daughter of one of the companions of the Holy Prophet (pbuh) by the name of Asad ibn Zararah Ansari. She had a special relationship with Aisha (RA) and according to the scholar Iman Bukhari (RA) acted as her secretary responsible for all of Aisha's correspondence. It is also believed by what the scholar Ibn Habban has taught, that Amra was the person to have received the best knowledge of ahadith from Aisha (RA). 

The great Caliph `Umar ibn ‘Abdul-`Aziz used to say: "If you want to learn Hadith go to Amra." Imam Zuhri, who is credited with compiling the first systematically edited compilation of Hadith used to say: "Go to Amra, she is the vast vessel of Hadith."

During that time, the Judge of Madinah ruled in a case involving a Christian thief from Syria who had stolen something. The judge had ordered that his hand be severed. When Amra bint Abdur-Rahman heard of this decision, she immediately told one of her students to go tell the judge that he cannot severe the man’s hand because he had stolen something whose value was less than a single gold coin (dinar). As soon as he heard what Amra had said, he ordered that the man be released, unharmed.

He did not question her authority, nor did he seek a second opinion from other scholars, who were quite numerous in Madinah at the time. They included the likes of Sa`id ibn Al-Musayyib. This incident is recorded in the Muwatta’ of Imam Malik, and this ruling is also his opinion in such cases. 

Amra exemplified a tradition of scholarly excellence among women, which continued throughout the centuries.

Surfina pula maksudnya yang bersih suci

Ummi doakan Amra Surfina jadi sehebat Amra  bint Abdur-Rahman



here we go few pic as kenangan untuk abi ummi dan amra in future

fresh from oven

few hours


1 month

2 months









love
~ummi~
~thanx for reading..feel free to drop by~

Tuesday, October 13, 2015

28 weeks milestone

Salam..

Alhamdulillah baru habis audit JCI..baru boleh bertenang..kalau tak stress je manjang..kesian baby.. now dah 28 weeks plus plus.. rasa cepat je masa berlalu.. rasa macam baru je lagi muntah-muntah..nangis-nangis tak larat =P

now baby dah masuk 28 weeks.. makin terasa gerakkan.. awal-awal dulu cuma rasa macam angin bergerak dalam perut.. lepas tu rasa gelombang-gelombang.. now memang rasa sangat dia pusing-pusing dan tendang..kadang-kadang tetiba rasa nak terkencing..lepas tu hilang.. lepas tu rasa lagi.. kawan-kawan ummi cakap awak tendang pundi kencing ummi..

 now abi dan ummi dah beli barang-barang keperluan untuk baby.. tapi tak complete semua lagi.. ummi rasa macam banyak je lagi masa.. tapi semua orang cakap dah kena prepare especially beg untuk bawa pegi hospital.. ummi ikot jela..dah ni 1st time kan.. semua tanya org..

sekarang ni ummi tak boleh nak tido sangat malam-malam sebab rasa baby asyik tendang-tendang je.. bila ummi mengiring baby tendang-tendang.. bila ummi baring melentang baru baby diam.. agak kematu blakang ummi asyik melentang je =D

ummi tak sabar nak jumpa baby..
abiummiloves u syg~



Thursday, August 27, 2015

21 weeks milestone

 Salam..

Minggu ni baby dah usia 21 minggu, maksudnya dah 5 bulan lebih.. Alhamdulillah aku still survive dan kesihatan getting better, cuma pagi-pagi je ada muntah.. Selera makan pun dah ok.. surprisingly berat naik 4 kg.. >,<

Cuma lately asyik mengantuk yang amat, kadang-kadang rasa nak jalan sambil pejam mata..bila lambat makan pening kepala yang tak dapat dibendung lagi.. so memang akan bawa bekal roti sentiasa.. 

Semalam monthly check up, macam biasa Dr akan scan setiap kali check up.. so semalam dapat tahu dah jantina baby.. sama macam di teka-teka sebelum ni.. lepas dapat tahu terus dah bayang-bayang baju yang cute-cute..hehe

ok back to topic



Dear baby,

sekarang ummi dah dapat rasa awak gerak2..tendang2.. dah nampak awak gerak2.. walaupun semua orang cakap perut ummi kecik tapi ummi yakin awak sihat-sihat2 je..

Biasa awak suka gerak petang-petang.. bila ummi balik dr kerja awak mesti gerak2.. dan lately makin kerap awak gerak.. malam2 la paling banyak.. sebelum ummi nak tido awak dah tendang2.. lepastu kadang-kadang ummi tersedar tengah malam sebab awak gerak.. terima kasih teman ummi tido ..

semalam masa Dr scan awak tutup muka..awak angkat tangan..Dr cakap awak sambut merdeka kot..lepas ummi ketawa awak hisap jari pulak.. ummi tak sabar nak tunggu awak keluar..another 4 months to go..

 please bear with ummi syg..
 abi dan ummi loves u..








~thanx for reading..feel free to drop by~