word power

“Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.”
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

lets follow each other

Thursday, June 4, 2015

kisah move on


 Salam..
hai semua..macam dah lama je tak jenguk sini kan..
 btw banyak sangat benda nak cerita..banyak sangat yang nak dijadikan kenangan..tapi kekangan masa jadi tak sempat semua campur dengan badan tak sihat *alasan seposen dua..


 ok now officially aku dah brenti kerja as dietitian kat HTJS.. banyak sangat belajar kat sana.. walaupun cuma 2 bulan tapi ilmu yang di timba terlalu bnayak..terima kasih pada semua dietitian di HTJS terutamanya untuk bos sebab bagi aku peluang timba pengalaman kat sana.. korang semua memang awesome la..hehe

sepanjang tempoh dua bulan tu macam-macam aku lalui..suka duka semua akan aku jadikan kenangan selamanya.. seronok kerja kat sana ..nak resign banyak kali jugak fikir.. tapi demi masa depan yang lebih cemerlang gemilang dan terbilang aku harus move on..sampai bila nak berada di zon selesa je kan..

so here I am.. officially clinical dietitian di KPJ Seremban.. eventhough macam-macam orang cerita pasal scary jadi dietitian di private tapi what else I can do..aku anggap di rezeki untuk aku dan keluarga..

hari ni hari ke 4 aku di KPJ.. memang rasa masa berjalan sangat lambat..yela kerja 6 hari seminggu.. sepanjang tempoh 3 bulan tak boleh cuti.. badan pulak tak sihat.. Allah saje yang tahu perasaan aku.. setiap hari mengharapkan kekuatan dariNya.. tapi Alhamdulillah still survive..

Alhamdulillah jugak semua orang yang aku jumpa sangat baik..tak tahu la sebab baru lagi ke or sebab sini kan private so mungkin kena nice la kan..or mungkin sebab aku head of service.. mostly cakap janganlah berhenti dah ..aku ntah dietitian yang ke berapa dah.. hope so..aku pun dah penat nak tukar-tukar kerja..


now aku sedang biasakan diri dengan environment, hopefully badan makin sihat makanya makin bagus la...dan next week our own kitchen akan start beroperasi..aku mengharapkan yang terbaik dari semua pihak..semoga semua berjalan lancar.

ok la ..till then..



~thanx for reading..feel free to drop by~

Thursday, April 2, 2015

solemnization : 19 February 2015


Salam..

hye all... so yeahhh 1st post for 2015..ngee~
punya la lama tak buka blog.. reason?..
ntah sebab malas kot.. takde masa juga kot..eceh macam busy selalu saje

so cut it short and precise 19 Februari aritu officially someone's wife..
macam tak percaya lagi pun ada walaupun dah sebulan lebih kahwin..macam ape je kan =P

aku rasa aku tak pernah pun cerita pasal bertunang ke ..pasal kitorang ke kat sini kan.. tetiba dah nak kawen ..cemtuu..

so actually kitorang bertunang 31 Ogos 2014 tahun lepas, short notice punye plan ni.. less than 1 month punya preparation..ok bab ni nanti aku cerita..bepuluh kali dah janji dengan kawan-kawan nak cerita.tapi malas amat nak menaip kat sini..


so 

.
.
.
.
.
.
.

yeahhhh

 introducing my husband









ps: ilysms


~thanx for reading..feel free to drop by~

Wednesday, December 24, 2014

end of Disember


Salam..

this is first post for this Disember..

haihh

teserlah sifat malas yang nyata..

dah nak habis bulan Disember dah baru ingat ehh aku ada blog rupanya..

tak tahu nak tulis apa..muhahaha


tahun 2014 dah nak habis..apa yang aku dapat simpulkan kat sini aku semakin dewasa..eceh!

2014 tahun yang banyak mengajar aku erti kehidupan gittewww



tak tau nak elaborate ape lagi..cuma Alhamdulillah dan terima kasih Allah untuk segalanya ditahun 2014 
semoga tahun-tahun mendatang lebih berkat dan bermakna..




InshaAllah gonna change my status soon

semoga semuanya dipermudahkan




~thanx for reading..feel free to drop by~

Monday, November 17, 2014

research assistant (RA) versus graduate research assistant (GRA)

Salam..

Lately ramai yang email tanya pasal RA dan GRA.. pasal nak apply RA..
Ada yang tanya apa beza RA dan GRA..so harini aku berbesar hati nak share pasal ni
Eceh..

Research assistant

Berdasarkan pengalaman aku ra di hire menggunakan budget grant research.. memang ada peruntukkan untuk ra.. sebab antara tugas ra adalah melancarkan perjalanan research.. macam aku dulu cari respondent..prepare chemichal..apparatus..keep in data..
kerja aku macam ringan sikit la..macam ada sorang lagi kakak yg jadi ra dengan aku masa tu dia kena contact sekolah...plan jadual research..order barang..kira lecturer aku bermurah hati la jugak sebab aku buat yang senang senang je..hewhewhew..

Tu serba sikit pasal ra la..job scope yg lain aku tak pasti sebab aku 6 bulan je kat situ..
main point kat sini gaji ra adalah dari grant research..katakanlah nak sambing master on that project pn boleh.. tanak pun takpe..tapi selalunya lecturer tersebut akan tawarkan master sebab katanya rugi kalu tak sambung..tapi biasa la ni adalah win win situation..dimana lecturer kn harus ade student..pastu kite pulak nk fund untuk research kan..so lecturer dapat student..kita dapat research free..


Graduate research assistant

Yang ni aku kurang pasti sebenarnye..info yang aku dapat ni dari kawan2 aku..gra biasanya universiti yang  bayar setelah kita register master on that university.. tugasnya disamping kita buat research utk master kita tu adalah kena assistant lab budak degree ke..jaga exam ke..of coz kena keja sikit..ko hengat university senang nak bagi free..

Tapi kalau kat unisza la kan dua2 sama elaun..u lain aku tak pasti..

So begitulah alkisahnya..

Nak tanya banyak lagi bleh je email aku kat zetty7813@gmail.com

Psssss pengeras ayam golek sekor..hikhikhik.




~thanx for reading..feel free to drop by~

Tuesday, November 11, 2014

Giveaway Special Mama & Bayi bernilai RM 750.00

Salam..

Sebagai seorang dietitian of coz sy tahu kepentingan penyusuan susu ibu secara ekslusif untuk bayi sehingga umur 6 bulan dan haruslah diteruskan sampai bayi tu umur 2 tahun. Sebenarnya banyak kelebihan susu ibu berbanding susu formula untuk bayi, kadang-kadang ibu yang anak pertama kurang pengalaman dan ilmu berkenaan penyusuan ni. ada yang pengalaman pertama give up sebab kurang susu, baby pulak asyik menangis tak cukup susu, ni sebenarnya pengalaman kakak sy. masa anak pertama dia sangat struggle nak penuhi demand baby. nak buat stok untuk baby minum bila dia masuk kerja pun tak sempat.

selain tu sy juga pernah ditanya oleh kawan-kawan yang bersalin anak pertama pasal pemakanan untuk menambahkan susu. terdiam sebentar iolss sementelah kita sendiri pun tak kahwin lagi uolss..hewhewhew
mungkin sebab sy ni dietitian kot..sebab tu dorang tanya..mungkinnn kott

so pada pendapat sy buat bakal-bakal ibu ni termasuk diri sendiri juga untuk akan datang, yang pertama adalah niat. yup niat awal-awal nak exclusive breastfed baby. tanamkan dalam diri azam tu. inshaAllah mindset dapat membantu badan merembeskan hormon-hormon yang berkaitan.


yang kedua sokongan, yang ni penting mungkin semasa mengandung lagi bakal ibu ni dah boleh cerita dengan suami dia pasal kelebihan penyusuan susu ibu ni.. biar bakal ayah tu teruja sikit kan..


yang ketiga persediaan, persediaan ni contohnya peralatan perlu la seperti breast pump, storage bottle, warmer, ice box, ice pack etc etc etc. haaaa yang ni sy nak puji akak blogger kita ni bijak buat giveaway special untuk mama dan bayi. hadiahnya sangat lumayan.. tahniah akak ni ada inisiatif nak menyokong penyusuan susu ibu.. kalau sy menang ni..ermmmm mungkin boleh hadiahkan pada kawan-kawan..



[klik kat gambar untuk join]

hadiah bernilan RM 750 tuuu..jom join reramai

bawah ni pulak hadiahnya...









tapi akhirnya yang penting sekali doa banyak-banyak semoga Allah murahkan reseki untuk baby-baby dengan perbanyakkan susu ibu dia...


jom ramai-ramai join giveaway ni!