word power

“Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.”
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

lets follow each other

Saturday, April 16, 2016

Surat cinta buat Amra Surfina : pengalaman bersalin

* post lama yang terperam dalam draft..


Salam..

Hi Amra..

Today umur Amra 104 hari, so today ummi nak cerita pengalaman ummi lahirkan Amra untuk kenangan kita bersama, abi, ummi dan Amra dan adik-adik Amra akan datang inshaAllah..

Actually estimated due date ummi 4 Januari 2016, tapi dengan izin Allah Amra nak keluar 14 hari awal, masa tu ummi 37 minggu 4 hari. ok lets get to our story

 10 Desember tu ummi ada blood show, masa tu sikit gelabah sebab takut terberanak dekat Seremban ni, ummi niat nak bersalin kat kampung. So terus call  Dr yang check up ummi, dia cakap itu perkara biasa selalunya around seminggu atau 2 minggu masih ada yang tak bersalin lagi walau ada blood show. Ummi cuba bertenang, tapi blood show masih berterusan. Next Isnin malam tu abi dan ummi decide untuk pergi ke hospital malam tu, Dr buat VE cuma 1 cm saje. sikit kecewa sebab ummi tak sabar nak jumpa Amra dah..haha

Esoknya ummi apply unpaid leave sebab nak balik kampung awal, tapi kena reject pulak, sebab dorang cakap anak first selalunya overdue. Tapi ummi rasa ummi akan bersalin cepat, so ummi mintak surat Dr untuk benarkan Ummi cuti awal, tapi dalam hati ummi ade jugak rasa risau kot overdue sia-sia pulak cutinya.. so 16 December tu abi start cuti juga nak hantar ummi balik kampung..maka pulanglah kami Rabu tu jugak..

Masa kat kampung tu ummi rilex2 je..takde tanda-tanda nak bersalin pun, so kami decided balik kampung abi pulak.. sebab if ummi tak bersalin lagi abi akan balik kerja dulu..if ummi bersalin awal abi akan sambung cuti sampai krismas..

so masa ni ummi saje-saje search macam mana nak bagi mudah bersalin, majoriti tips yang ummi baca semua cakap suruh banyak jalan, so hari sabtu pagi 19/12 tu ummi ajak abi jalan-jalan kat pantai batu buruk lepas hantar kereta untuk servis..boleh tahan jugak lelah berjalan sepanjang pantai dengan panas matahari pagi.. lepas dah habis pusing pantai tu sambung pusing paya bunga square pulak..balik terbongkang tidur =P

malam tu kitorang keluar makan kat kampung cina.. sambil tunggu order tu tetiba ummi rasa pergerakan baby sangat kuat tetiba rasa macam 'pop'.. lepas tu ummi rasa ada air meleleh keluar..ummi dah agak ni mesti ketuban pecah sebab ada baca few kisah yang macam ni.. so malam tu lepas makan balik tukar baju terus ke hospital.. rupanya nak lahir kat hospital besar anak ummi ni..hehe

di hopital Dr cek bukaan baru 2 cm.. sikit kecewa time tu.. tapi dah agak mesti bersalin within 24hours jugak ni sebab ketuban dah pecah.. so Dr decided ummi kena kem labour room terus sebab membrane dah missing, so baby akan senang kena infection.. tapi malangnya labour room penuh.. so kena masuk wad jugak dlu.. 

start pukul 11 malam ummi dah rasa sakit, tapi masa tu boleh tahan lagi.. ummi try bertahan sampai subuh.. so pagi tu pukul 6 baru ummi di hantar ke labour room, tapi sepatutnya dari semalam lagi ummi patot bagitahu nurse since dah takde membrane tapi ummi tak tahu..my bad..


5 jam ummi di labour room, bertarung dengan rasa sakit ditemani abi, time ni ummi bersyukur juga bersalin kat situ sebab abi boleh teman dari awal sampai habis.. masa ni ummi rasa menyesal jugak sebab tak bleh nak kawal emosi.. terlalu fikirkan sakit, abis semua lupa surah-surah dan doa-doa yang ummi hafal nak baca..bila Dr offer pethidine terus ummi setuju..tapi seriously tak membantu, time contraction still rasa sakit teramat.. masa ni terfikir mati je.. sempat mintak maaf kat abi..kih3..

kesan dari pethidine dan entonox gas ummi tak sedar bila nak kena teran.. in the middle of nak kena teran tu bila takde contraction ummi boleh tertidur semula.. sampai nurse panggil suruh bangun.. Alhamdulillah finally ummi berjaya jugak keluarkan amra.. amra keluar bersama segala rasa sakit.. lepas tu terus takda rasa sakit dah.. sampai ummi lupa dah macam mana rasa sakit tu.. the rest is history..hehe

 tengok ni dah besar dah baby ummi..






rasa rindu pulak nak pregnant lagi.. hehehe..




Abi n Ummi sayang Amra..

love~
Ummi







Thursday, March 17, 2016

my breastfeeding journey









 Salam and good morning..

wahhh tajuk tanak kalah kau.. padahal baru 3 bulan journeynya..atas permintaan kawan maka iolss up satu entry laa..

ok actually aku bercita-cita nak exclusive breast feed my baby dari zaman dulu kala lagi..masa tengah study lagi ada cita-cita ni.. sebabkan dulu ada jugak subjek pasal breastfeed bagai nikan.. so dari situ la dapat tahu kelebihan titisan emas ni..

so masa pregnantkan Amra selalu blogwalking cari info-info, jenis pump yang sesuai dan gajet-gajet yang lain la seperti cooler bag, storage bottle, bottle warmer and list goes on..

first yang aku survey dulu pump, majority cakap suruh beli brand Medela worth invesment katanya, well aku rasa mostly tahu harga Medela kan.. so aku tak bercita-cita nak beli Medela.. lagipun masa tu aku ada negative thought sikit, aku takut dah beli mahal-mahal tapi tak berjaya.. So masa tu plan nak beli malish Aria je yang double pump..murah sikit..

tapi aku terbekenan pula dengan freemie, so tetiba dapat idea nak beli single pump dengan freemiw je.. kebetulan kakak aku nak let go Malish mango dia yang baru guna beberapa kali je, so aku setuju nak beli yang dia je..

sebulan lebih guna Malish mango single pump without freemie, serius penat weh, takes more time, makanya kecek2 en hubby pun setuju belikan freemie.. tq syg.. kih3..


lepas ada freemie aku bertambah bersemangat waja pump, sebab cepat boleh pump both, lepastu handsfree, aku pernah pump sambil iron baju, lipat baju, sambil makan, sambil baca buku, memang heaven la..

now Amra biasa minum 3oz each so aku perlukan around 21oz per day, but the production around 26-30 oz per day only.. tak tahu la nanti sempat ke tak nak buat stock.. banyak sangat meeting, event bagai so pumping schedule juga berubah.. serius rasa risau jugak ni..


ok back to topic, actually Amra tak la exclusive BF (breastfeed) sebab since day 1 in her life dah kena warded till day 6, so mula-mula tu susu sikit sangat, so kat ward tu nurse dah bagi formula milk, tapi aku berusaha jugak pump and hantar ke hospital, after day 6 Amra dah boleh balik, so since then memang aku bagi direct feed until 2 weeks before aku start kerja, it such heartbreaking masa nak bagi dia bottle fed and formula milk... sedih gilo..but I have to..no choice, tak sempat nak kumpul EBM (expressed breast milk) banyak-banyak.. tapi waktu tu azam kat diri sendiri balik seremban aku mesti rajin pump and kumpul.. Alhamdulillah masa balik 2 minggu kemudian aku berjaya kumpul..


seriously BF anak memang sangat mencabar, salute sangat dekat mommy2 yang dapat BF anak sampai 2 tahun.. aku ni hati dan minda nak kena gagah, bila penat always remind myself "I must fed her..I must fed her"


so aku ada lagi 1 tahun 9 bulan to fed her.. ermm.. wish me luck..inshaAllah



hahahaaa..kena sangat dengan diri sendiri


Tuesday, March 8, 2016

a letter to my self



Salam,

Dear me, MySelf, and I,

Today dah 9 bulan kerja as dietitian, tolak maternity leaves 2 bulan so jadi 7 bulan la.. perasaan?
erm.. bersyukur Allah masih murahkan rezeki aku ada jugak kerja.. but somehow rasa bosan gila kerja macam ni.. kadang-kadang hari yang rajin seronok jumpa patient, kadang-kadang rasa down..macam stranded kat sini..pfff

mungkin sebab diusia muda remaja (*muda remaja la sangat) camni terpaksa menjadi seorang ketua jabatan, which is aku rasa sangat tak layak, patut yang lebih berusia lagi yang jadi.. tapi no choice.. sungguh pun ada elaun tapi aku tak rasa berbaloi langsung.. I need my remaja timeeeee..

setiap hari pergi kerja with no spirit.. balik rumah fikir kerja untuk hari esok, lusa, tulat, tubir.. and list goes on..

penat weh, admin work, jumpa patient, community talk, health screening talk, consultation, kitchen, staff.. kadang-kadang fikir seronok juge jadi kerani je.. duduk je setempat.. tak perlun nak mingle around..

tapi dalam masa 7 bulan ni terlampau banyak yang aku belajar, ok.. aku patut bersyukur disitu..

one day tertengok cerita tundukkan playboy itu pukul 7 pm (*tertengok ok..in case my husband read this..haha).. i got something which is aku patut bersyukur masih ada rezeki , Allah masih sayang, He gives us what we need, not what we want..

but im still looking the best in my life, which is i also do not know what is that..rasa macam nak sambung study pun ade..


Tuhanku,
Kau murahkanlah rezeki buatku dan seluruh keluargaku...






sincerely,
me





~thanx for reading..feel free to drop by~

Amra Surfina


 Salam

Alhamdulillah all prises to Allah bagi aku peluang untuk jadi seorang ibu.. finally selamat lahirkan seorang puteri pada 20 December 2015 which is awal 2 minggu dari due date..
dah 2 bulan baru sempat nak update

 abi dan ummi sepakat namakan our first baby as

AMRA SURFINA 

Amra bint Abdur-Rahman was amongst the greatest of the female Successors, of the second generation, the generation that came after that of the companions of the Prophet Muhammad SAW. She was a jurist, a mufti, and a Hadith specialist.


Amra was a student under Aisha bint Abu Bakr, the Prophet’s wife and an influential trasmitter of ahadith transmitter. Aisha opinion carried more weight than many other authorities so that there are records of her revering decisions by other judges. In fact Aisha was regarded as the prime authority on legal concerns including that of agriculture.   
Amra was actually the grand daughter of one of the companions of the Holy Prophet (pbuh) by the name of Asad ibn Zararah Ansari. She had a special relationship with Aisha (RA) and according to the scholar Iman Bukhari (RA) acted as her secretary responsible for all of Aisha's correspondence. It is also believed by what the scholar Ibn Habban has taught, that Amra was the person to have received the best knowledge of ahadith from Aisha (RA). 

The great Caliph `Umar ibn ‘Abdul-`Aziz used to say: "If you want to learn Hadith go to Amra." Imam Zuhri, who is credited with compiling the first systematically edited compilation of Hadith used to say: "Go to Amra, she is the vast vessel of Hadith."

During that time, the Judge of Madinah ruled in a case involving a Christian thief from Syria who had stolen something. The judge had ordered that his hand be severed. When Amra bint Abdur-Rahman heard of this decision, she immediately told one of her students to go tell the judge that he cannot severe the man’s hand because he had stolen something whose value was less than a single gold coin (dinar). As soon as he heard what Amra had said, he ordered that the man be released, unharmed.

He did not question her authority, nor did he seek a second opinion from other scholars, who were quite numerous in Madinah at the time. They included the likes of Sa`id ibn Al-Musayyib. This incident is recorded in the Muwatta’ of Imam Malik, and this ruling is also his opinion in such cases. 

Amra exemplified a tradition of scholarly excellence among women, which continued throughout the centuries.

Surfina pula maksudnya yang bersih suci

Ummi doakan Amra Surfina jadi sehebat Amra  bint Abdur-Rahman



here we go few pic as kenangan untuk abi ummi dan amra in future

fresh from oven

few hours


1 month

2 months









love
~ummi~
~thanx for reading..feel free to drop by~

Wednesday, December 9, 2015

ujian rumah tangga


Salam..

tajuk  macam matang je kan...haha...masuk bulan December ni kiranya hampir 10 bulan dah aku dengan hubby pjj..

walaupun ramai kata Seremban ke KL tu sekangkang kera je..tak payah nak sedih sangat pjj ..hubby balik 2 kali seminggu..

perasaan?

entahlah..masa awal-awal kawen dulu aku rasa sunyi juga sebab 1st time hidup tanpa teman..ye la sebelum ni tinggal di hostel..lepas tu kerja tinggal dengan kawan-kawan.. at least dengar la juga suara celoteh kawan-kawan..makan pun berteman..

masa awal-awal duduk rumah sewa sorang-sorang sedih la jugak..tapi masa tu sebukkan diri dengan kemas rumah.. baca buku semua.. so takde la bosan sangat.. tapi saat yang paling mencabar bila aku pregnant.. masa ni banyak dihabiskan dengan melepet di tilam.. nak bangun tak larat.. pening..muntah.. bila dah tak boleh buat apa-apa mula la rasa sunyi dan bosan.. aku pernah je menangis sorang-sorang.. sebab terlalu tak larat dan sunyi.. even nak pergi ambik air segelas kat dapur pun tak larat nak bangun.. tapi perancangan Allah tu cantik..masa aku alahan teruk dapat balik kampung dalam 2 minggu..tinggal dengan mak dan abah.. masa ni memang kemuncak mabuk yang teruk..tapi Alhamdulillah mak abah sangat memahami.. kalau tinggal sendiri tak tau la macam mana..

lepas 2 minggu balik kampung..aku dah mula kerja..awal-awal kerja agak azab pada aku... mabuk tak hilang lagi.. badan lemau sangat.. nasib baik ofis aku tertutup so banyak masa jugak aku ambik untuk nap.. *ampun bos...hehe

kemudian masa bulan puasa..yang jugak terlebih mencabar untuk aku..sebab aku tak boleh perut kosong..bulan puasa mana nak dapat lunch..nak masak memang tak la..bau minyak pun aku dah nak muntah.. bawak bekal roti..tapi tekak ni sangat memilih.. end up aku sanggup lagi tidur dari makan..kesian baby.. dan masa dalam bulan puasa ni jugak dah dapat rasa baby bergerak..tula yang beri semangat kat aku untuk bersabar..

now dah dihujung-hujung pregnancy.. tak sampai sebulan lagi nak bersalin..kami? 
masih pjj..tak tahu la sampai bila macam ni.. kadang-kadang terasa juga nak berenti kerja nak cari kerja lain..tapi terlalu banyak komitmen..sabar dan sabar selagi mampu..tu je aku mampu buat sekarang ni.. semoga ada hikmah di sebalik segala ujian..




~thanx for reading..feel free to drop by~